TURUN daripada helikopter Damien terus memimpin langkah Camie ke kereta. Sepanjang perjalanan ke duanya senyap. Damien fokus pada pemanduan sementara Camie pula ralit melayan perasaan. Ada sedikit perasaan kantuk yang masih bersisa, maklumlah malam tadi dia tidur agak lewat demi menyudahkan tugasannya.
“Kalau mengantuk, tidurlah dulu.” pelawa Damien setelah beberapa kali menangkap kelibat Camie menguap. Kerusi Camie direndahkan dengan butang kawalan. Sebuah bantal kecil yang sempat Damien capai tadi di letakkan ke paha gadis itu.
Camie tersengih sendiri. Tingkah Damien seringkali mengingatkan dia pada si Budiman.
Break tangan di tarik ke atas sebaik sahaja Lexus RX 300 berwarna putih milik Damien berjaya di masukkan ke dalam kotak parkir. Toleh ke sisi, wajah Camie yang masih lena diulik mimpi di tilik, senyuman manis terukir di bibir merah Damien melihatkan kepolosan wajah itu. Teringat soalannya yang masih belum berjawab Damien diburu resah.
Jeda di pihak Camie membuatkan Damien hembus keluh berat. Mengapa keras benar hati gadis ini. Apa lagi yang harus dia lakukan untuk membuktikan yang Damien sesungguhnya tidak bermain dengan kata-kata. Mengapa sukar benar Camie untuk membuka hatinya untuk Damien. Sedangkan antara mereka tiada lagi rahsia. Apa lagi yang harus dia lakukan untuk membuktikan cintanya bukan sekadar manis bicara?
“Camie bangun. Kita dah sampai.”
“Hah? Dah sampai? kenapa tuan tak kejut saya awal-awal?” Camie tarik tas tangan di kaki. Compact powder di bawa keluar, cermin kecil di situ digunakan untuk menilik penampilan wajahnya. Berkerut-kerut wajah itu dibelek tuannya.
Bulat mata Damien saat melihat satu objek tirus yang dibawa keluar oleh Camie. Pantas tangannya merampas.
“Dah cantik dah tu... tak payah pakai lipstik ni...” Terjuih bibir Damien saat membelek lipstik di tangan.
“Cherry red? Lepas ni tak payah pakai warna ni. Merah sangat! Tak sesuai untuk kau. Macam badut nanti!” Damien rampas pula handbag Camie.
“Powder? Boleh. Blusher? Tak payah! Cherry red ni pun tak payah. Maskara, eyeliner semua ni tak perlu! Tak penting... Lip balm? Ini bagus. Ini pakai setiap jam pun tak apa. Nah, simpan ni. yang lain-lain tu tak perlu pakai lagi dah.”
Camie melopong. Selamba sahaja Damien buang semua barangan mekap yang tidak mendapat kelulusan darinya tadi ke tempat duduk belakang.
‘Aku baru beli semua tu... Nak belajar guna pun tak sempat lagi...’ Camie kepal penumbuk. Sia-sia duit gajinya.
“Tuan! Saya beli semua tu pakai duit tau!”
“Tak tahu pulak aku Malaysia ada pakai sistem barter... Mestilah kau pakai duit, ingat aku tak sekolah ke?”
“Memanglah tuan sekolah. Tapi adab tuan tu zero. Mana boleh suka hati selongkar beg orang macam tu...”
“Beg copy ori aje pun nak kedekut juga?”
Camie ketap geraham. Jika membunuh itu tidak bersalah pasti Tuan Damienlah mangsa pertamanya. Pasti tanpa dakwa dakwi!
“Mulai hari ni, tak payah nak mekap lebih-lebih. Natural macam ni pun dah okey. Kau nak cantik-cantik untuk siapa?”
“Untuk Budiman!” Dek kerana geram Camie meninggi suara. Frust sungguh tak sempat merasmikan semua itu. Dia pun punya keinginan untuk kelihatan cantik seperti gadis seusia yang lainnya. Manalah tahu jika ditakdirkan bertemu dengan Abang Budiman bolehlah dia bersolek cantik-cantik.
“Budiman ke Badiman ke aku tak kira, macam ni pun dah cukup cantik sangat dah bagi aku.”
“Belum dapat, memanglah semuanya cantik, kentut pun bau wangi. Cuba kalau dah dapat nanti.”
“Mana ada semua cantik dan wangi. Kau tak cantik pun. Teja cantik lagi, Wangi? Kalau tak sebab aku sembur febreez tadi jangan harap kau nak bau wangi macam sekarang. Bau bacin aje...” kutuk Damien terang-terangan tiada langsung selindung.
“Febreez tu bukan ke pewangi rumah? Tuan sembur febreez dekat saya?”
“Dah tu, itu aje pewangi yang ada dalam kereta ni. Febreez tu bagus buat hilangkan bau hapak kau. Tak akan aku nak curah Glade Sport tu pulak dekat badan kau?” usik Damien.
‘Glade Sport tu apa pulak? Ambi Pur aku tahulah jugak.’
Mata Camie automatik mengikut arah pandangan mata Damien. Nah, botol pewangi berlabel Glade Sport yang melekat di lubang penghawa dingin menjawab persoalan Camie. Spontan bibir mencebik. Benci! Usikan Tuan Damien bukan biasa-biasa, hampir sahaja Camie menitiskan air mata, wajah pula usah cerita sudah terbias rona merah sejak tadi. Nak marah dan menangis sama banyak!
“KAU tunggu milo tu terjun sendiri dalam cawan ke?”
Balang milo yang kejap dipeluk sejak tadi di rampas oleh tangan kekar seseorang. Camie tersentak tetapi tidak terkejut, kerana haruman maskulin lelaki itu sudah terlebih dahulu menerjah deria baunya. Gerakan tangan yang lincah menggodek cawan kosong juga terhenti saat cawan itu turut sama di rampas.
“Susu ke gula?”
Santai suara itu membuatkan Camie menoleh. Tuan Damien telah mengambil alih tugasnya membancuh air.
“Susu...”
Buat seketika bergema ruangan pantri dengan bunyi sudu besi dan cawan kaca berlaga.
“Termenung apa? Fikirkan siapa? Jangan cakap Budiman pulak. Aku tak suka. Daripada fikirkan lelaki tu, baik kau fikirkan soalan aku semalam. Aku tunggu jawapan kau.” lancar bicara Damien terselit peringatan yang Camie tahu tidak boleh dia pandang enteng.
“Aku tunggu jawapan kau...” ulang Damien sekali lagi seraya menolak cawan di tangan kepada Camie.
Nak tak nak Camie terpaksa ambil juga cawan kaca pemberian Damien. Berlalu ke peti ais Damien membongkok mencari sesuatu. Saat mata terpandang benda yang dicari bibir secara tak sedar melepaskan keluh perlahan. Di ambil sesuatu itu seraya melangkah kembali kepada Camie.
“An apple a day, keep the doctor away... Makan epal ni, good for your heart. Jangan amalkan minum manis selalu.” Bersama senyuman segaris Damien letakkan sebiji epal hijau di telapak tangan Camie.
Camie terima epal hijau dengan kerut seribu. Lembut suara Tuan Damien tidak mampu membuang rasa gundah di hati Camie. Setiap bait bicara Tuan Damien seakan menghantar satu isyarat yang masih belum mampu Camie tafsirkan.
Pulang semula ke meja kerja, jambangan bunga camelia menanti di atas meja. Gabungan kuntuman camelia dengan warna putih, merah dan pink di raih sebelum di bawa ke hidung.
"Bau Budiman..." Entah kenapa, tetapi jambangan itu benar-benar berkongsi haruman yang sama dengan Abang Budiman.
“I won’t stop until you said I do...” Ayat di kad kecil itu menjelaskan siapa gerangan si pengirim.
Tuan Damien pula, langsung tidak berselindung. Bersandar di dinding sambil menjongket kening. Membuatkan Camie termalu sendiri kerana mengagumi jambangan kiriman si dia.
salam subuh dr tuan damien ;)
Share this novel
alahai Tuan Damien ni romantic jg orangnya ye...hehehehe