Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula.aku membantu ibu dikedai.Ayah juga aku
berikan tumpuan kerana kesihatannya yang makin merosot.Hati aku tidak selesa.aku risaukan ayah..
"ibu anisa balik rumah sekejap ya..risau pula dekat ayah"luahku.
"iyan anisa balik rumah kejap nak jenguk ayah"ujarku.arash membenarkan
"bawa angah sekali"pintanya
"jom ayong"motor ex5 ayah dibonceng qayyum
"ayah.. ayah.."panggilku namun tiada balasan. aku masuk ke bilik ayah. ayah ketakutan. aku mendapatkan ayah tapi aku ditarik dari belakang. paksu.
"paksu.. apa paksu buat dekat sini"soalku
"aku datang sebab kau la"baju ku dirobek lelaki itu.
"paksu.. tolong paksu jangan paksu"rayu ku.. dikeluarkan sebilah pisau lipat dari poketnya dan di letakkan di mukaku.
"johar jangan"suara ayah yang lemah kedengaran
"apa jangan... apa kau boleh buat.. hah.. "tudung ku dicabut baju ku terkoyak menampakkan sebahagian tubuhku... tubuh lelaki itu menghimpitku...
"paksuuu... "panggilku..aku sukar bernafas.tiba aku melihat ayah rebah ke lantai dengan berlumuran darah.pisau ditangan paksu berlumuran darah. aku bangun dan berlari untuk mendapatkan qayyum yang berada di bawah pohon ceri. tapi aku ditangkap paksu. aku rebah ke lantai.tubuhku cuba diratah lelaki itu kasar..
"angahhh"tempikku..
"angahhhh"tempikku lagi sebelum aku diheret masuk ke dalam bilik ayah.lelaki itu membuka seluarnya..lelaki itu terperosok ke almari.
"ayong"panggil qayyum. dia mengangkat ku.
qayyum menumbuk dan menendang paksu semahunya.
"angah.. sudah angah"paksu kelihatan tidak bermaya.
"telefon ibu cepat"qayyum mencapai telefon rumah lalu menelefon ibu dan arash.aku memangku ayah yang sudah tidak nyawa.qayyum mengikat paksu di tiang seri rumah.
"sayang"panggil arash.dia mendapatkan ku yang masih memangku ayah. badan ku menggigil..arash melepaskan geramnya dengan menumbuk paksu berkali kali.
"iyan sudah... "tempik ibu.air mata ibu bercucuran. arash memelukku yang berlumuran darah.
"ibu... ayah ibu... iyan ayah.."raung ku...pandangan ku kelam.
"sayang"panggil arash
"iyan ayah.. mana ayah.. "soalku.. aku berharap iti hanya mimpi
"sayang sabar ya.. sabar sayang"pujuknya
"aku tanya ayah mana... ayah... kau suruh aku sabar buat apa.. "amukku
"ayong"tempik qayyum
"angah ayah mana..mana ayah angah"soalku lagi
"ayah dah takde ayong"ujar angah.
"ayahhhh.... ayahhh.."tempikku. aku berlari ke bilik ayah kosong... kesan darah masih berbekas. aku meraung semahunya. ibu datang memelukku.tangisanku berpanjangan
"sayang iyan minta maaf"ujarnya
"kenapa kau tak tepati janji kau nak jaga keluarga ni.. kenapa kenapaaa"tempikku.dada arash aku tumbuk berkali kali. dia masih tetap disitu. masih dihadapanku.masih menahan tumbukkanku
"ayong.. sekarang bukan masa untuk salahkan sesiapa... abang iyan tak bersalah pun.. ayah pergi atas kehendak Allah.. kita kena redha dan ikhlaskan"ujar qayyum.
"ayah... "terasa langit jatuh menghempas ribaan... aku sudah hilang penunjuk arah.jarum kompasku sudah hilang.
jenazah arwah ayah selamat dikebumikan. syira dan beberapa rakan sekelas datang ke rumah ku. begiti juga guru guru termasuk sir rahimi
"hajar, awak kena kuat... "pujuknya. aku mengesat airmataku
"ramai lagi orang yang sayangkan awak dan perlukan awak.. adik adik awak perlukan awak"ujarnya.aku masih dalam esakkan.bahuku dipeluk syira. diseka airmataku. aku hanya mampu berdiam.
"aku nak masuk bilik"syira membantuku.arash memapah aku masuk tapi aku menolak pertolongannya. aku tidak mahu diganggu. kekasih hati dunia akhiratku.. lelaki pertama yang aku kasihi telah tiada. kosong... badan ku ibarat kertas andai dilepaskan ianya terbang tanpa arah.ayah...maafkan ayong tak dapat lindung ayah.. masih terbayang dimataku bagaimana keadaan ayah jatuh didepanku dengan berlumuran darah.sukar untuk aku padam dari ingatan ku.
Sudah sebulan pemergian ayah seakan baru semalam berlaku. suasana rumah sudah tidak seceria dulu. tiada lagi sarapan tambahan yang perlu disiapkan.sekolah..sudah dua minggu aku tidak hadir.aku masih tidak mampu berhadapan dengan dunia luar.aku sendirian di rumah. aku terperuk dibilik ayah.kedengaran suara adik adikku pulang.
"angah.. adik.. nak makan"soalku
"bukan kami yang ayong patut tanya tapi abang iyan.. syurga buat ayong tu.. kami ni ibu ada..kami pun boleh urus diri sendiri... "tegur qayyum.aku diam. arash menghulur tangan untukku salam.aku tidak mengendahkan
"ayong... kenapa buat macam tu... salah satu pemecah kebencian dan amarah adalah dengan bersalaman. kalau tangan suami pun ayong tolak apatah lagi nikmat dan redha Allah.. buta buta ayong tolak"leter qayyum. aku sambut tangan arash dan ku salam dan kukucup tangan itu. aku menyiapkan makan tengahari untuk mereka
"angah.. jangan terlalu menekan ayong.. bagi dia ruang dan waktu untuk bertenang.. "ujar iyan. terbit rasa bersalah aku padanya.
"dah dekat sebulan bang.. bukan sehari atau dua hari.. dia terlalu meratap"ujar qayyum
"aku bukan meratap tapi aku sedih..ayah mati depan mata aku.. kau apa tahu"tengkingku
"kau ingat aku tak sedih.. kau ingat aku tak ada rasa menyesal.. kalau aku masuk rumah sama dengan kau waktu tu mungkin ayah masih ada.. kau ingat aku tak ada rasa terkilan.. sesal.. aku anak lelaki sulung...tanggungjawab aku jaga keluarga ni tapi apa aku buat.. kakak aku hampir diperkosa.. ayah aku mati depan mata aku... kau rasa... aku tak sedih."tengking qayyum. itu kali pertama aku melihat marah begitu
"tapi satu je aku pegang.. setiap yang hidup akan mati.. semua hanya pinjaman tiada yang abadi.. sesayang mana kita pada seseorang.. Allah lebih berhak.. kasih macam mana pun kita Allah lebih berhak.. Allah boleh beri apapun dia mahu kepada sesiapa saja yang Dia berkehendak... kita siapa untuk menidakkan qada dan qadar Allah.. semua dah tertulis.. paksu tu hanya asbab tapi hakikatnya Allah dah tulis hari itu.. waktu itu..saat itu.. nyawa kita akan di cabut.. kalau ayong terus macam ni... apa pun tak guna.. syaitan bertepuk tangan sebab apa.. ayong dah menderhaka pada suami..orang yang pegang kunci syurga ayong"leternya lagi. aku terdiam
"abang iyan lagi la sedih... ayah sendiri nak rosakkan isteri dia... ayah mertua dia dibunuh ayah sendiri.. ayong rasa.. apa perasaan dia.. tapi dia dahulukan ayong.layan mengada ngada ayong"leter qayyum lagi.. aku masuk ke bilik.. aku merenung kembali kata kata qayyum.pandangam ku lempar ke langit biru.
Pintu bilikku diketuk.aku membuka.
"nak apa"soalku.qayyum masuk ke bilikku.
"angah nak ayong tidur dengan abang... "ujarnya
"kau gila"tempikku
"dia suami ayong... berdosa apa bila seorang suami mengasingkan tempat tidur isterinya tanpa sebab.. begitu juga sesorang isteri.. tidak dapat cium haruman syurga apabila seorang isteri dengan sengaja mengasingkan tempat tidurnya dengan suami.kalau asingkan tempat tidur tujuan mendidik dan mengajar hanya tiga hari saja dibenarkan.. ni ayong... lama mana dah"soal qayyum
"kami asing sebab taknak ada apa apa lagi"balasku
"apa apa maksud ayong"soal qayyum
"yelah.. ayong tak nak ada baby lagi.. ayong nak habis spm dulu.. "balasku
"alah benda tu senang je.. sekarang berlambak orang jual alat merancang.. kondom tu hah bersepah.. dekat seven eleven pun ada.. apa susah"amboi ustaz ni.. pandai dia pasal merancang tak merancang.
"ayong tak nak buat tuu lagi sebab ayong takut perkahwinan ni masih awal.. perjalanan kami masih jauh.. "ujarku
"kalau itu ayong boleh bincangkan...tapi jangan sampai menidakkan... kenapa Allah melarang suami isteri tidur berasingan.. sebab suami isteri hanya boleh bermesraan secara berlebihan didalam bilik... nak bergurau macam mana pun lantak la.. itu akan mengeratkan hubungan.. itu yang dimaksudkan dengan bahagia jangan ditunjuk.. gauli lah pasangan mu semahu mu dikamarmu.. tiada batas. tapi diluar kamar... walaupun halal masih ada batas.. takkan nak bercium depan orang.. takkan nak berpeluk mesra depan orang... nanti orang meluat orang benci... apatah lagi yang dengki.. "ceramah qayyum dimalam hari. aku mati kata.
"ayong tidur dalam bilik abang iyan atau abang iyan tidur dalam bilik ayong.. cepat... "tegasnya.. aduhh... nak buat macam mana ni...
"angah kira sampai tiga tidak angah buat keputusan"ugutnya
"satu..... dua..... "
"sini...tidur sini"nah kau....masakkk.. habis aku..
"abang iyan.. masuk"suruh qayyum. arash masuk ke bilik ku dengan bantal dan selimutnya.
"dah.... tidur... oh ye.. katil kukuh dak.. kalau tak kukuh daki pelan sikit.. agak agak tak boleh daki pelan sebab kawasan bercerun.. dok atas lantai.. bukan apa takut menganggu"selorohnya.aku baling bantal ku ke arahnya. cepat pintu bilik ku ditutup qayyum.hantu punya adik..apa aku nak buat.. apa aku nak cakap.. hah sudah.. aku mati kutu.arash duduk di kerusiku.dia mengibas ngibas bajunya. aku membuka tingkap. kipas aku kuatkan. tapi masih hangat. berpeluh..
"sayang.."aku terdiam.arash melutut dihadapanku.tanganku dipegangnya
"iyan tahu iyan gagal jadi ketua keluarga yang baik"ujarnya
"tapi tolong bagi peluang sekali lagi untuk iyan..iyan akan jaga keluarga kita sebaik mungkin..iyan akan jadi suami yang akan membahagiakan sayang hingga akhir hayat"pintanya.airmata ku menitis. terasa keikhlasan dari lelaki ini. jarinya menyeka air mataku.
"aku pun nak minta maaf sebab kurang ajar dengan kau"aku tersedu sedan
"aku tak patut letak sesal aku atas bahu kau"aku rasa bersalah yang teramat.
"aku minta maaf sebab aku bukan isteri yang baik buat kau"seluruh egoku runtuh.
"sayang takde salah pun dengan iyan... kita masing masing masih baru.. dunia kita dunia baru... banyak benda harus kita pelajari"ujarnya.dirapatkan dadanya ke kepalaku.. dipelukku erat.
"kita sama sama perbaiki ya.. kita sama sama corak rumahtangga kita ya"ujarnya.pelukannya terasa selesa.
"lapar... "rengekku
"nak makan apa.. "soalnya
"burger tepi bendang..jom"ajak ku.
"ok..bersiap cepat."aku menyarungkan tudung dan jaket benang kait.aku menatap diwajahku di cermin. sembam mataku kerana menangis seharian.
"dah siap"ujarku
"jom.. "arash memelukku dari belakang erat.
"terima kasih"ucapnya.kami keluar dari bilik untuk ke kedai.
"nak ke mana"soal ibu.
"nak beli burger"balas arash
"dan dan laparkan.. itu tandanya setan dah keluar... "canda qayyum
"adik nak juga burger"pinta redza
"ibu nak"tanya ku
"taknak la. diet"seloroh ibu
"pak osetad nak burger tak pak osetad"selorohku
"dah tentu.. ingat bagi ceramah tu free... tapi nak special tau.. taknak bawang haha"ujarnya.motor ex5 itu dibawa penuh berhati hati. jalan malam yang gelap. gerai dihujung jalan itu meriah.ramai yang melepak disitu.
"hajar... lama tak nampak"tegur pemuda itu
"ada je bang bad"balasku.burger yang dipesan qayyum dan redza.
"ni siapa"soal abang bad
"owh ni sepupu hajar.. dari melaka"ujarku.arash menarik tanganku.
"sepupu... "bisiknya
"diam diam"suruhku.aku membawa arash ke tepi bendang.
"cuba dengar"bunyi padi yang sedang menguning mengasyikkan.tenang dan nyaman. kami menikmati suasana malam sementara menanti burger siap
"kenapa taknak bagi tahu dorang yang kita dah kawin"soal arash
"tak sedia lagi... "ujarku. sejujurnya berkahwin di usia muda banyak cabaran. aku takut aku yang tidak dapat menghadapinya. aku hanya berharap agar arash dapat bersabar dan hubungan kami kekal.
"hajar burger dah siap"tempik lelaki itu. kami bangun lalu mengambil burger dan pulang.mataku tertangkap tulisan pada burgerku
BURGER ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA.. DIBUAT DENGAN KASIH SAYANG
aku tertawa. arash membaca nota itu dan merajuk secepatnya. aku ketawa.
"osetad.. nak buat macam mana ni osetad"soalku pada qayyum
"yang ni korang handle sendiri..."ujar qayyum.kami tertawa.
Aku duduk dikatil.arash masih membaca komiknya.
"iyan tak nak tidur lagi ke"soalku.
"nak baca ni kejap"ujarnya.
"anisa tidur dulu ya.. "pinta ku.
"hah tidur lah.. "lampu bilikku dipadam.. dia memasang lampu belajar. totonya telah aku bentang.aku terlena dan hanyut dibuai mimpi.pintu bilikku diketuk.aku mengesat mataku. arash terbaring diatas toto.jam sudah pukul lima setengah pagi.
"iyan bangun"kejutku.tapi tidak diendahkan arash.
"sayang.. bangun"bisikku.tidak semena tubuh ku dirangkul arash.
"iyannn...bangun.."aku cuba melepaskan pelukkannya tapi gagal.
"nah"aku menjentik dahi arash kuat.
"aduhh"arash mengerang kesakitan.aku bangun dan terus ke dapur menyiapkan bekal. ibu menyiapkan barang untuk berniaga. aku menggoreng nasi untuk bekal.
"ibu nak milo"pintanya.
"mandi dulu"suruhku
"hahaha kena marah"tawa ibu. pinggangku dirangkul dari belakang.leherku di kucup lembut.senduk ditangan terjatuh kerana aku terkejut dengan reaksi arash yang tiba tiba
"kena ceramah seharian baru lah bersinar rumah ni"seloroh ibu
"menantu ibu.. bukan iyan"dia duduk kembali di kerusi.
"sama lah...iyan pun kena didik dan bimbing anisa.. tanggungjawab seorang suami bukan senang"pesan ibu.
"ya puan faridah...sekarang ni milo mana milo."pintanya.
"mandi dulu.. "aku menarik tangannya dan ku dorong badannya ke bilik air.
"tuala"tempiknya.aku masuk ke biliknya dan mengambil tuala lalu aku sangkut di pintu.
rambutnya yang basah direnjis ke muka ku.
"iyan apa ni.. tak senonoh sungguh"marah ibu.arash masuk ke biliknya.aku mandi dan bersiap.qayyum dan redza sudah menanti giliran.
"cepat.. bagusss"puji ku. aku masuk ke bilik untuk bersiap. arash di dalam bilikku.
"buat apa dekat sini"soalku
"butang"pintanya
"dah ada wudhu la"ujarku
"wudhu boleh amik balik.. "ujarnya tidak mahu kalah
"nak solat"aku juga. tapppp.. tangannya memegang tanganku.
"iyannn"tempikku.aku menyiapkan arash dahulu sebelum aku mengambil wudhu semula.subuh dan solat pertama aku di imamkan suami sendiri
Sistem peranakan manusia. aku menelan air liur. segala yang berkaitan ditunjukkan di dalam slot projektor tersebut
"sayang.. nanti baby kita duduk dekat situ.. "bisik arash. muka aku merah malu.
"apasal muka kau"soal syirah
"ni.. "aku tunjuk jariku kearah arash.
"cikgu... waktu subur untuk wanita mengandung bila cikgu"ah buat dah si syira ni..macam macam soalan dia dan arash berikan.aku tak boleh duduk dekat dengan dua ketul ni..
"ingat tu.. waktu subur... arash.. aku kena kira"usik syirah. aku menepuk bahu syirah dengan buku.
"kira apa"soal sir rahimi
"hah... ermm..pelajar yang nak pergi lawatan ke petrosains minggu depan"dalih ku
"oohh.. hajar dah dapat dah idea untuk booth jualan hari keusahawanan nanti"soal sir rahimi
"tak pe nanti kami bincang dalam kelas"sampuk arash. wajahnya terpampang cemburunya
"ok..ermm ni hajar"kata kata sir rahimi di pintas arash
"sir takde student lain ke yang sir nak minta tolong.. kenapa mesti hajar... selalu hajar.. class monitor kan ada.. panggil la si mata empat tu.. kenapa kena hajar"ujarnya
"salah ke"soal sir rahimi
"salah tu tidak tapi boleh timbul fitnah"marahnya
"iyan.. dah.. jom"ajakku
"kalau betul apa yang dikatakan mereka kenapa.. kau sapa nak halang aku suka hajar"aku terdiam. lelaki itu terlalu berterus terang
"kau... aku ni... "
"sepupu saya"pintasku.
"kau sepupu je.. kau ada hati dekat dia ke"soal sir rahimi
"kalau ada kenapa.. kau nak fight.. "soal arash
"deal.. kita lawan secara adil..tapi siapa pun pilihan hajar.. kena terima dengan hati yang terbuka"ujarnya
"ok deal... aku percaya kau akan kalah"ujar arash geram.disapu bahu sir rahimi dengan jarinya. aku menarik tangan arash dan membawanya pergi. dia menyepak meja dan kerusi didalam kelas.
"iyan.. shuuttt"aku cuba menenangkannya.
"kau nampak tak tadi.. heiii geramnya aku. dia mundar mandir ditepiku. aku menarik seluarnya agar dia berhenti.
"kerek gila dia.. yakin sangat dia..heiii geramnya aku"tempiknya.aku gelabah.semua mata tertumpu pada kami. syira juga cuak
"ganas suami kau hajar"bisik syira
"dia tak tahu dia akan kalah juga akhirnya"luahnya
"ye ye... memang dia dah kalah.. aku kan isteri kau yang sah"bisikku memujuk.tangannya aku pegang. kepalaku dirapatkan keperutnya. dia memelukku.syira dan yang lain ternganga melihat reaksi arash.
"arash sufiyan"tempik farah. gadis itu menghampiri kami.
"awak buat apa ni"pelukannya dilepaskan.
"kau memang tak tahu malu kan.. dalam banyak jantan.. laki aku juga kau nak kebas.."herdik farah
"ni pun sekor lagi... dah confirm comfirm kalah"bisik syirah.aku tersenyum. pipi ku terasa perit kerana ditampar gadis itu. aku berdiri dihadapannya
"aku taknak naik tangan sebab aku tahu apapun berlaku dan siapa pelaku tetap aku dipersalahkan tapi kau jangan mengundang bala"amaranku
"apa.. apa"provok farah
"kau.. "arash menarik tangan farah lalu keluar dari kelas.aku geram
Share this novel