"Apa yang Syafiq cakap ni?Lina tak pahamlah,"soal Darlina.
Dengan tidak berperasaannya,Syafiq berkata,"Eh,kau orang melayu kan?Aku dah cakap bahasa melayu kot,takkan tak paham?Aku cakap kita putus!!"
"Tapi dulu...."
"Tu dulu,bukan sekarang.Dulu dan sekarang perkara berbeza okey.Aku bukan apa,aku dah bosan couple dengan kau.Dahlah Nur Darlina,sekarang ni baru aku tahu betapa murahnya harga diri pompuan bertudung meleret macam kau!Pantang bagi ayat manis sikit,dah cair.Huh!"ujar Syafiq dan terus berlalu dengan hati yang beku.
Darlina tidak terkata apa apa,air matanya merembes laju.Hish,kuat betul penangan cinta Syafiq.
"Oit,assalamualaikum,kenapa nangis?Ade problem ke?"sapa satu suara dari belakang.
Kelihatan dua orang pelajar form5 sedang memandangnya dengan wajah hairan.
"Hmm,takde apa apa,"ujar Darlina dan terus berlalu.
"Kenapa pulak dengan budak tu ea?Eh,kalau tak silap dia form3 kan?"tanya salah seorang daripada mereka yang bernama Aina Nur Syaikhah kepada sahabatnya,Syafinaz Aqilah.
"Entah,form3 lah kut.Tapi saya tak puas hatilah sebab tak tahu apa masalah dia,"rungut Aqilah.
"Eh,jomlah masuk kelas cepat,kita kan best student,kena masuk kelas awal,"ujar Aina dengan selamba badaknya.
"Eleh...best student lah sangat..."perli Aqilah sambil menolak bahu Aina.
"Biarlah,ada saya kisah??Tak kan..."balas Aina pula tidak mahu mengalah.Turut ditolaknya bahu Aqilah,terdorong sahabatnya ke hadapan.
"Eeii,sakitlah,"
"Tak tanya....."
Mereka berdua ketawa serentak.Terus langkah diatur menuju ke kelas 5 Amanah.
Share this novel