Bab 2
Sesampai di rumah ibu terkejut dengan penampilan aku kini lalu dia bertanya.
”Kenapa dengan anak ibu ni, macam kerbau masuk lumpur ni?” Ibu tersenyum.
”Ibu tadi masa adik balik, ada budak gila bawak kereta laju. Dialah yang menyebabkan anak ibu yang comel dan ayu ni jadi comot.”
Aku bercerita dengan nada manja memohon simpati.
”Dah anak ibu sayang, pergilah mandi lepas tu kita minum petang.”
”Orait ibu sayang ibu.”
Inginku peluk ibu tapi dia menepis-nepis, mengelak dari aku. Baru aku teringat yang keadaan tidak bersih.
”Sorry ibu, adik lupa.”
Seminggu berlalu aku bertekad kalau jumpa dengan mamat kurang ajar tu akanku balas dendam. Aku pernah suarakan pada ibu dan abah mereka menyuruh aku memaafkan saja mahluk perosak itu. Bukan tidak mahu maafkan dia, tapi geram yang berleluasa menyebabkan nekad untuk mengajarnya.
Aku telah menceritakan cerita ni pada Nini kawan baik yang sekepala dengan aku. Kurang asam dia terkekeh-kekeh gelakkan aku.
Dia tanya apa yang aku lakukan jika terjumpa jejaka itu. Timbul pula idea nakal dan jahat dalam kepala otak aku ni.
Petang itu ibu telah memesan supaya aku pulang ke rumah lebih awal dan mengajak Nini sekali.
”Hisy kenapa pula kena pulang cepat, lepas tu ajak Nini.”
”Nini, ibu aku ajak kau datang rumah petang ni kau nak ikut ke?”
”Boleh juga, tapi kenapa yek? Errr angah kau ada tak?”
”Ha ni tanya pasal angah kenapa? Kau suka kat angah aku ke?” Saja nak mengenakan Nini,memang ku sedar selama ni Nini ada hati kat angah.
”Eh tak adalah aku saja tanya, segan kat dia.”
Dia tersengih-sengih mula menafikan pergolakkan perasaanya.
”Sudah jangan nak kelentong aku, bukan tak kenal kau. Suka tu cakap suka aku bukannya nak marah kat kau. Aku pun suka kalau kau jadi kakak ipar aku.”
”Hisy kau ni sampai ke situ pulak dia.”
Aku lihat ada rona kemerahan di wajahnya.
”Eh buat kerja bos datanglah.”
Aku membuka file yang tertutup di hadapan aku.
”Selamat tengahari, Hani sila masuk ke bilik saya sekejap.”
Apalah orang tua ni inginkan dari aku ni.
”Baik tuan.”
Aku membontoti bos aku ke dalam biliknya.
Di dalam bilik aku di persilakan duduk oleh orang tua itu.
”Hani, kalau boleh minggu depan saya ingin menjemput awak ke rumah saya. Anak saya Boy baru balik dari UK celebrate birthday dia. Awak datang dengan Nini ya,saja nak kenalkan awak berdua dengan keluarga saya.”
Bos aku walaupun berpangkat dato tapi lebih suka membahasakan dirinya encik, tapi aku lebih suka panggil tuan.
Dia nak kenalkan anaknya dengan aku rupanya, aku ingat apa tadi.
”Baiklah tuan, nanti saya akan cakapkan dengan Nini ya. Tuan kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu.”
”Baiklah tapi jangan lupa ya.”
”Insyaallah.”
Share this novel