Bab 48
Ya.
“Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, dia memerlukan hati yang dekat dengan Allah. Jiwa, hati nurani yang dekat dengan Allah.”
Aku off laptop lepas habis tengok ceramah tu.
Rambut yang mencecah paras bahu aku ikat. Aku turun daripada katil. Mengatur langkah menuju bilik air. Pili air aku buka. Ambil air sembahyang.
Yasin di atas meja aku ambil lepas keluar dari bilik air. Pakai telekung dan duduk hadap kiblat.
“Kalau tak ada kerja nak buat, bacalah al-Quran. Kalau hati rasa kosong, baca al-Quran,” pesan Along.
Ummu tepuk bahu aku. Aku koyak senyuman nipis. Dah selesai bacaan Yasin. Orang dah banyak balik. Dan kenangan Along kembali bermain di minda aku. Memori yang dah jadi kenangan tu datang balik. Air mata, jangan mengalir hari ni. Jangan sesekali tumpah walaupun hanya setitik. Aku kuat. Ya. Aku kuat. Aku tak boleh lemah.
“Jiya…”
Tetap tunduk.
“Your dunia kosong sangat. Boleh tak Along duduk kat dalam dunia Jiya tu? Along nak kawan dengan Jiya dan tak nak Jiya sunyi lagi.”
Terus aku panggungkan wajah. Along pandang aku. Serius.
Aku tengok dia dengan pandangan tak percaya.
Adakah aku bermimpi?
-
“Untung siapa yang jadi bini Along. Along ni baik, caring.”
Bibir kujuih dan dia gelak.
“Along tak caring eh?”
Tak… hohoho.
“Hensem tak Along ni?”
Geleng kepala.
“Along hensemlah. Ramai perempuan terpikat dengan kehenseman Along. Asal adik sendiri tak kata Along hensem? Hairan, hairan.” Along sentuh hujung dagu dan aku jongket bahu. Dia usap kepalaku sebelum kembali duduk di sisiku.
Aku labuhkan punggung di atas kerusi. Ummu duduk di sisiku.
Walaupun aku tak banyak beritahu dekat Ummu pasal Along, Ummu selalu kata yang aku ni beruntung sebab ada abang yang baik.
Ya. Aku beruntung ada Along. Mungkin orang akan jemu tengok aku tulis aku beruntung ada Along banyak kali tapi itu hakikatnya. Aku memang beruntung ada dia walau dia hanya ada di sisi aku dalam waktu yang singkat.
“Along kau memang baik,” komen Ummu.
Aku senyum.
“Dan kacak.”
Ummu tergelak kecil. Aku geleng kepala. Sempat lagi tu.
“Kak Jeeeeyyyaaaa….” Lut mendekatiku dan duduk di atas ribaku.
Dia dengan Daniel memang ada satu masalah iaitu suka panggil aku Kak Jeeya dan bukannya Kak Jiya. Seronok agaknya sebut nama aku macam tu.
Rambut dia aku elus lembut.
“Kak Jeeya comel hari ni.”
Ummu tergelak. “Nak bodek Kak Jiya lettuw.”
“Kak Jeeya manis hari ni.”
Ahaha.
“Mata Kak Jeeya menawan.”
“Senyuman Kak Jeeya mempersona.”
“Pipi Kak Jeeya tembam.”
“Hahaha.” Ummu gelak kuat.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah hubungan Najya semakin rapat dengan Daniel dan Lut?
Share this novel