“Kenapa pula pintu ni masih tak tutup.”.
Proffesor Guna berasa pelik. Pintu Makmalnya belum ditutup. Dia baru datang ke Makmal itu. Membawa beg sandang bewarna hitam. Berkaca warna putih.
Guna menekan pasword yang berada di tepi pintu itu. Dia yakin pasti ada orang di dalam makmalnya itu.
Guna melintasi pintu Makmal. Dia datang seorang diri. Cuaca di luar sudahpun pagi. Dia melihat sekeliling Makmal. Kosong. Hanya barang-barang saja yang masih belum disusun. Hatinya mulai marah. Dia tidak senang melihat barang-barang itu bertaburan sana-sini.
Guna maju ke hadapan. Menghala ke biliknya.
“Huh!”.
Dia terhenti separuh jalan. Guna ternampak Nora tidur di meja. Masih lena Nora tertidur. Tidak sedar dengan kedatangannya.
“Bangun!”.
Guna menghempas meja Nora dengan kuat sekali. Kertas yang berada di meja Nora turut berterbangan.
“Jangan lah kacau aku Jobi. Aku nak tidur ni.”.
Senyum sendiri Nora. Matanya belum terbuka. Tapi nama Jobi disebut di mulutnya. Rasa hairan sedikit Guna.
“Oh tak nak bangun.”.
Hati Guna semakin panas. Tidak senang dia melihat Nora yang masih belum bangun dari meja itu.
“Nora!!”.
Kali ini begitu kuat Guna memukul meja itu. Tangannya kemerahan. Terlalu kuat meja itu dihempas. Tidak kesah dengan perbuatannya. Dia mahu Nora bangun dengan cepat. Banyak kerja yang perlu dibuat oleh Nora. Semenjak Amelia tidak ke pejabat, Nora saja yang Guna harapkan.
Nora membuka matanya. Hempasan itu membuatkan tidurnya terhenti. Matanya perlahan-lahan dibuka.
“Prof.”.
Berdiri Nora dengan tegak. Di depannya adalah Proffesor Guna. Riak muka yang sentiasa bengis. Memang garang Proffesor Guna.
“Kenapa kau tidur kat sini?”.
Tanya Guna. Beg yang dipegangnya disimpan di bawah lantai. Dia memerhati Nora dengan tajam. Rasa aneh mula timbul.
“Oh. Prof. Semalam elektrik mati. Pintu tu tak dapat buka. Saya terpaksa lah bermalam kat Makmal.”.
Jawab Nora dengan hormat. Dia masih berdiri dengan tegak. Goyang juga dielakkan. Terlalu hormatnya dia dengan Proffesor Guna itu.
“Kenapa tak ikut pintu belakang?”.
Soal Guna dengan perasaan curiga. Di Makmal itu ada dua pintu. Ada juga pintu yang berada di belakang.
Nora langsung tidak tahu yang pintu ada lagi kat belakang.
“Tak guna kau Jobi!”.
Nora mencaci Jobi. Dia telah ditipu oleh Jobi.
“Good Morning Prof.”.
Suara Jobi menyapa Guna. Nora pula masih berdiri dengan tegak. Jobi kelihatan berseri. Dia balik ke rumah. Jobi kenakan Nora. Dia tahu arah pintu belakang itu. Sengaja tidak mahu beritahu perkara itu kepada Nora. Panas hatinya terhadap Nora masih terasa. Disebabkan Nora sengaja melewatkan Jobi membaca Novel The Love itu.
“Tak guna!”.
Geram Nora dengan tindakan Jobi. Matanya terus memandang Jobi. Membuatkan Nora semakin membenci Jobi. Dia mengawal dahulu perasaan marah itu. Tidak mahu tunjukkan di depan Guna.
“Jobi betul ke semalam tak de elektrik?”.
Kali ini Guna menyoal Jobi. Sungguh kemas pakaian Jobi. Nora pula masih kelihatan sangat selekeh. Rambutnya habis kusut. Mata Nora masih separuh sedar. Semua solekan di mukanya hilang.
“Ye Prof. Semalam elektrik mati.”.
Jawab Jobi dengan tenang.
“Kenapa Nora boleh tertidur dekat sini? Kau ada cakap tak dengan dia yang pintu ada lagi kat belakang tu?”.
Nora senyum. Dia berharap Jobi dimarahi oleh Guna.
“Saya da cuba Prof. Bangunkan dia ni. Tapi dia tidur macam tak ingat dunia. Dia tak nak bangun juga. Jadi saya balik lah.”.
Jawab Jobi soalan Guna.
“Eh! Bila kau bangunkan aku. Prof dia memang sengaja nak kenakan saya. Dia saja nak balik. Saya langsung tak dapat rasa yang dia ni kejutkan saya Prof.”.
Bantah Nora. Jobi cuba berbohong di depan Professor Guna. Jobi kelihatan takut dimarahi Guna.
“Terpulang lah.”.
Guna hentikan pertengkaran Jobi dan Nora. Telinganya terasa bingit. Tidak menahan suara kuat mereka berdua.
“Sekarang ni aku nak korang masuk kat bilik aku. Aku nak dengar buku cerita yang aku da bagi tu. Kau Nora. Kau da baca tak buku tu?”.
Guna meragui Nora.
“Dah Prof.”.
Jawab Nora tenang.
“Kau Jobi?”.
Guna alihkan pertanyaan kepada Jobi.
“Dah Prof.”.
Jobi juga menjawab dengan tenang.
“Bagus. Sekarang masuk kat bilik aku. Aku nak cerita tu betul. Kalau tak betul dari salah sorang dari kamu, aku akan bagi denda selanjutnya. Faham!”.
Arah Guna. Dia teruskan ke biliknya. Menunggu kedatangan Jobi dan Nora.
“Aku masih tak puas hati dengan kau. Kau tunggu pembalasan aku.”.
Kali ini Nora dapat menengking Jobi depan mata dengan suara perlahan. Nora akan membalas segala perbuatan Jobi. Hatinya masih berang dengan tindakan Jobi. Dia tidak akan maafkan tindakan Jobi itu.
“Hahaha. Aku tak takut lah!”.
Jobi keluarkan lidah. Mengejek Nora.
“Eish. Gila.”.
Nora tidak layan dengan karenah Jobi. Seperti budak-budak dianggapnya Jobi. Nora teruskan jalannya menuju ke bilik Guna.
^^^
“Siapa nak mula dulu ni?”.
Tanya Guna. Di depannya sekarang Nora dan Jobi yang sedang berdiri. Nora betulkan sedikit rambutnya yang kusut sedikit. Dia jauhkan sedikit arahnya berdiri daripada Jobi. Begitu juga dengan Jobi.
“Apesal korang ni?”.
Berang Guna. Dia melihat Jobi dan Nora sedang menjauhkan diri. Tidak senang hatinya melihat mereka.
“Saya start dulu Prof.’.
Jobi mengangkat tangannya. Dia sudah bersedia ceritakan kisah di dalam Novel The Love itu.
“Ok teruskan Jobi.”.
Guna persilakan Jobi. Jobi betulkan bajunya yang hampir jatuh ke bawah. Dia betulkan cara berdirinya. Nora yang di sebelahnya langsung tidak melihat Jobi.
“Kisah dia bermula dengan Brandon. Brandon ni orang kaya. Semua harta dia dirampas oleh ibu tirinya sendiri. Selepas hartanya itu habis dirampas oleh ibu tiri dia, hidup Brandon tak tentu arah. Kedua ibu bapa Brandon sudah meninggal. Brandon pula berumur 26 tahun. Dia budak cacat dan berkaki tempang. Tapi dia tak pernah rasa yang jadi kat dia tu penghujung. Dia tidak menyerah. Brandon terjumpa dengan perempuan yang bernama Sonia. Sonia juga cacat sama macam Brandon. Brandon bekerja dengan Sonia. Brandon juga pembantu rumah Sonia. Sonia saja dia ada dalam hidup. Lama kemudian, Brandon dan Sonia bercinta. Sonia dapat melihat ketulusan hati Brandon. Dia percaya Brandon lelaki baik. Sonia tidak memandang harta. Dia memandang ketulusan hati Brandon. Sebelum kahwin, ibu bapa Sonia langsung tak setuju dengan perkahwinan Sonia dan Brandon. Brandon sedar dia tidak ada harta. Harta dia semua diambil oleh ibu tirinya. Dalam bab 30 tu mak tiri Brandon mati. Brandon tetap anggap mak tiri dia itu Mumy. Brandon ikhlas dengan perbuatan ibu tiri dia. Brandon juga maafkan semua kesilapan yang mak tiri dia buat. Sonia juga tidak dilupakan. Semua harta yang mak tiri dia rampas dulu Brandon ambil balik dan harta itu beralih milik Brandon semula. Dia berkahwin dengan Sonia. Sonia tidak sangka yang Brandon adalah pemilik pusaka saudagar besar di sekitar England. Akhirnya Brandon dan Sonia kahwin. Dan Sonia dan Brandon dianugerakan seorang anak. Tapi Brandon dan Sonia sedih. Sebab mata anak mereka buta. 10 hari kmudian anak itu mati. Begitu juga dengan Sonia. Sonia tak boleh teruskan hidup dia. Brandon hidup huru-hara. Dia masih tidak terima dengan pemergian Sonia dan anaknya yang baru lahir itu. Brandon tetap tabah. 30 hari kemudian, Brandon juga mati. Disebabkan Brandon terkena darah tinggi. Tu je lah Prof.”.
Sebak sedikit Nora mendengar cerita itu daripada Jobi. Bijak Jobi keluarkan ayat yang sesuai di mulutnya.
“Tahniah Jobi. Sekarang kamu pula Nora.”.
Kali ini Guna mahu dengar cerita itu dari mulut Nora.
“Prof saya dah lupa cerita tu!”.
Nora sengaja buat-buat lupa. Dia mahu lagi didenda. Kali ini denda itu harus terbalas kepada Jobi. Sudah dua kali Nora dikenakan oleh Jobi. Nora tidak puas hati. Dia pastikan pembalasan itu harus terbalas kepada Jobi juga.
Jobi begitu berang. Dia tahu yang Nora cuba sengajakan.
“Baiklah. Memandangkan Nora gagal, aku nak korang berdua siapkan peta yang aku akan bagi esok kat whatsapp korang. Aku nak korang lukis peta tu. Ini denda kedua. Kalau korang tak buat betul-betul, aku bagi lebih teruk dari ini. Sekarang keluar!”.
Arah Guna.
“Tapi Prof?”.
Jobi cuba membantah. Tapi Guna sudah pusingkan kerusinya ke belakang. Nora pula tersenyum tidak henti-henti.
“Siap kau! Aku akan balas apa yang kau dah buat. Tak guna!”.
Berkata Nora di dalam hati.
Mereka cepat-cepat keluar dari pejabat Guna. Jobi menoleh ke arah Nora. Nora pula sedar yang Jobi menolehkan kepalanya. Nora menggigit kukunya sambil melihat jendela bilik Guna. Dia tidak kesah dengan kemarahan Jobi.
“Erh!”.
Keluar Jobi dengan cepat. Hanya sia-sia dia menghafal cerita itu semalaman. Dia menahan saja berangnya dahulu terhadap Nora.
Nora juga keluar perlahan. Tersenyum-senyum Nora selepas mengenakan Jobi. Puas sedikit hatinya. Selepas ini dia akan fikir rancangan lain untuk kenakan Jobi. Dia tidak akan duduk diam.
Share this novel