BAB 34

Romantic Comedy Completed 82737

AKHIRNYA Aisyah jejak kaki kembali ke rumah Adam.Rasa dekat sebulan lebih dah Aisyah tinggalkan rumah Adam.Keadaan perabot masih lagi sama.Bersih dan kemas.Mungkin Adam suruh bibik yang bersihkan.

Aisyah masuk dan terus berjalan mahu menuju ke bilik bawah yang didiaminya dahulu.

"Bilik tu abang buat stor.Sayang tak dibenarkan guna bilik tu lagi.Bilik sayang dekat atas."Adam tunjukkan ke arah tingkat atas.

Aisyah mengeluh perlahan.Tak kan nak kongsi bilik lagi.

"Ini bilik kita.."kata Adam sambil membuka pintu bilik utama seluasnya.

Aisyah masuk tanpa bantah apa pun.Geram juga dia dengan sikap memaksa Adam.Kesian Datin Mazni tadi.Monyok saja muka bila Adam cakap nak balik rumah sendiri.

"Nanti sayang susun baju kat sana."sambil tunjukkan ke arah pintu putih almari pakaian.

Ini pertama kali Aisyah jejak kaki ke bilik atas.Selama hampir tiga bulan lalu sekali pun dia tak pernah.Adam tak izin kan.Sekarang dah terbalik.

Bilik yang sederhana luas.Apa yang Aisyah nampak,Adam seorang pengemas.Baju Adam semua tersusun rapi.Alat perabot dalam bilik juga disusun dengan kemas sekali menampakkan ruang bilik yang kemas dan selesa.

Adam tarik Aisyah duduk di katil baldu berwarna hijau lumut.

"Mulai esok,abang akan hantar dan ambil sayang ke rumah baba."kata Adam.

Aisyah angguk.Malas dah nak bantah.Buat buang air liur saja.Bukan Adam nak dengar pun.

"Dan mulai esok sayang jangan layan Aidil lagi."yang ini bunyi agak serius.

"Kenapa pula.Saya dengan Aidil dah kenal lama.Tak kan nak berbual pun tak boleh."

"Abang tak suka."

"Tapi...."

Adam angkat tangan suruh Aisyah berhenti cakap.

"Abang tak suka sayang rapat dengan Aidil.Abang cemburu."

Apa?cemburu!

"Saya tak ada apa-apa dengan dia.Lagi pun tak lama lagi kita kan...."

Adam cepat potong ayat Aisyah.

"Sayang jangan mimpi abang nak lepaskan sayang.Langkah mayat abang dulu kalau dia nak rebut sayang dari abang."

"Awak jangan fikir bukan-bukan boleh tak.Saya tak ada apa dengan Aidil.Tak mungkin dan tak akan.Saya sedar diri saya tak layak untuk sesiapa pun.Awak sepatutnya cari perempuan yang dapat bahagia kan awak dan keluarga awak."panjang lebar Aisyah bercakap.

"Abang pilih sayang.Sebab sayang yang terbaik buat abang.Abang minta maaf sebab terlalu ikut hati cemburu.Abang cintakan sayang."Adam kendurkan kembali suaranya.

"Dah la saya nak pergi susun baju."dalih Aisyah tak mahu dengar Adam sebut pasal cinta.

"Jom kita solat Isyak dulu.Lepas tu abang tolong sayang susun semua baju."

"Err..err..awak solat dulu lah."

"Kenapa pula?selalu okey saja solat sama-sama.Dah sayang pergi ambil wuduk dulu."

"Saya..saya...tak boleh."muka Aisyah sedikit merah.Mana pernah dia berkongsi hal peribadi yang satu ni dengan mana-mana lelaki.

Adam kerutkan kening.Ligat berfikir akan maksud 'tak boleh' Aisyah.Tersenyum segaris Adam.Baru dia faham maksud Aisyah 'cuti' solat rupanya.

"Ohh sayang cuti.Okey abang faham." kata Adam sambil sengih mengusik.

Patut semalam masa tidur kaki Aisyah siap selit bawah kakinya.Sejuk saja dia rasa tapak kaki Aisyah.Dia pun biarkan saja.Bukan senang Aisyah nak tidur berhimpit macam tu.

"Lepas solat,abang tolong sayang.."kata Adam separuh jerit bila Aisyah sudah mehilangkan diri di sebalik pintu almari.

Pagi ini Adam cuti.Selepas solat subuh tadi Adam keluar beli kan sarapan buat mereka berdua.Aisyah nak masak tapi satu barang basah dan kering pun tiada.

"Kita makan dulu.Sekejap lagi kita keluar pergi beli barang dapur."beritahu Adam sambil senyum memanjang.Entah apa yang lucu entah lah.

Aisyah teruskan hingga suapan terakhir nasi lemak.Adam yang duduk di hadapan Aisyah turut bangun bila Aisyah hendak ke sinki.

Adam berdiri di belakang Aisyah sambil tangan di letakkan atas sinki.Mengepung Aisyah dari situ.

Sengaja Adam buat lambat-lambat basuh tangan dan mulut.Padahal nak usik Aisyah.

"Awak tolong ke tepi boleh tak." kata Aisyah dah geram.

"Sayang ni suka marah.Sebab period kan.."usiknya lagi buatkan Aisyah makin geram.Dah tahu tanya lagi.

"Awak ni kannn....eeiiii...geram tau tak."Aisyah ketap gigi.

"Bagus.Itu satu perkembangan positif.Abang rela sayang geram dekat abang.Sayang nak buat apa pun abang rela."Adam gelak kuat.

"Awak jangan macam-macam.Kang saya tumbuk kang."sambil tunjuk penumbuk yang tak besar mana.

Adam angkat kedua belah tangan.

"Woww!garangnya isteri abang.Tapi abang suka."tawanya lagi buatkan muka Aisyah berubah merah.

Aisyah jeling sekilas.Adam masih dengan sisa tawanya.Suka la tu dapat usik Aisyah.

"Tadi cakap nak beli barang.Jom lah cepat."Aisyah ubah topik.Tak mahu adengan di dapur berpanjangan.Terus Aisyah naik ke bilik bersiap ala kadar.

"Sayang jalan tu slow sikit."Adam berlari anak bila Aisyah makin jauh ke hadapan.

"Awak cakap nak beli barang dapur.Saya takut habis."Pada hal memang dia sengaja jalan cepat.Tak mahu beriringan dengan Adam.

Takkan lah boleh habis.Pasaraya ni besar kot.

"Tunggu lah abang.."sedikit tercunggap Adam ambil nafas.

Sampai dekat dengan Aisyah terus Adam tarik dan kepit tangan Aisyah.Aisyah berusaha menolak tapi Adam lagi pantas.Di pautnya pinggan Aisyah.

"Awak lepas lah.Malu lah orang tengok."Aisyah tepis sambil tengok kanan kiri.Ada juga yang tertoleh pandang kepada mereka.

"Nak malu apa.Kita suami isteri.Abang takut sayang hilang.Orang ramai ni."Alasan Adam.

"Saya nak ambil troli ni."dalih Aisyah.

"Biar abang yang ambil."

Adam capai troli tapi sebelah tangan tetap pegang erat tangan Aisyah.Sampai naik rimas Aisyah dibuatnya.Orang sibuk nak pilih barang.Dia sibuk nak berkepit.Dari satu barang sampai penuh troli Adam masih tak lepaskan tangan Aisyah.Adam pekakkan telinga bila Aisyah suruh lepaakan.

"Awak boleh tolong lepas tak tangan saya ni.Dah tak bernyawa awak pegang macam ni."

Adam ketawa geli hati.Pertama kali keluar sebagai pasangan suami isteri.Memang dia tak mahu lepaskan peluang.Halal kan.Yang tak halal lagi sibuk berkepit ini kan bila dah halal.

"Dah jom kita makan."Adam tarik tangan Aisyah menuju ke sebuah restoran.Barang semua Adam dah simpan dalam bonet kereta.

Masa bawak kereta pun sibuk nak capai tangan Aisyah.Aisyah apa lagi cepat larikan tangan.Kali ini Aisyah tak bagi dah peluang sampai mereka tiba di rumah.

Adam angkut barang sehingga habis masuk ke dalam rumah.Aisyah pula sibuk mengemas.Mengasingkan barang kering dan barang basah.Disimpan kemas dalam peti sejuk dan kabinet dapur.

Adam naik ke bilik untuk bersihkan diri dan solat Asar.Sengaja Aisyah duduk lepak di ruang tamu.Biar Adam turun dulu baru dia naik.Kepala disandarkan ke sofa.Rancangan yang ditayangkan di televisyen tidak begitu menarik.Aisyah sekadar pasang untuk hilangkan bosan sementara menunggu Adam turun.

Aisyah terasa angin di tiup pada mukanya.Rasanya tadi dia tengok tv.Keras pula sofa ni.Letih sangat sampai terlelap.Perlahan Aisyah buka mata.

Muka Adam yang penuh senyuman terlalu hampir dengan muka dia.Aisyah bingkas bangun.Masa bila pula dia tidur atas riba Adam.Gelabah terus muka.

"Sayang penat sangat ni.Dah pergi naik mandi.Abang dah siapkan makan malam."

Aisyah kerling seketika jam besar di ruang tamu.Alamak pukul tujuh dah.Waktu mereka sampai tadi baru pukul enam.Sejam juga dia tidur.

"Saya naik dulu.."malu Aisyah.Boleh pula tertidur dekat situ.Atas riba Adam pula tu.Seingat tadi dia sandar di sofa.Letih jalan punya pasal tak sedar terus.

Lepas makan malam,Aisyah tidak terus naik ke bilik.Dia mengemas apa yang patut.Adam yang baru selesai solat Isyak turun semula ke bawah.Mereka berselisih di anak tangga.

"Jom teman abang tengok tv."Adam terus tarik tangan Aisyah turun semula.Tak sempat Aisyah nak elak.

Mereka berdua duduk di sofa.Adam genggam erat jari jemari Aisyah.Aisyah dah cuba duduk renggang dari Adam tapi Adam ni macam magnet asyik nak melekat saja.Sesekali Adam hantar pandangan dan senyuman yang menggetarkan hati Aisyah.Tapi Aisyah cuba mengawal supaya tidak ketara.

Rambut Aisyah yang masih lembap dibelainya.Adam tarik perlahan kepala Aisyah ke dadanya.Untung bila duduk rumah sendiri Aisyah tidak perlu bertudung.Dan Adam tak perlu nak kongsi aurat Aisyah dengan sesiapa pun.

Dada Adam berdegup kencang.

"Sayang dah buat abang jatuh cinta."katanya sambil pandang ke dalam mata Aisyah.

Aisyah tergamam.Tak tahu nak cakap apa.

"Abang tahu sayang pun rasa yang sama juga kan."

Adam dekatkan muka nya ke muka Aisyah.Aisyah turut berdebar.Apa yang Adam nak buat.Dah la mereka berdua saja.Tangan Aisyah naik menolak perlahan dada Adam.Tetapi Adam lagi pantas,dipeluknya Aisyah.Tangan naik mengusap pipi Aisyah.

"Abang cintakan sayang..."Tanpa amaran bibir Aisyah ditindih lembut oleh bibir Adam.Aisyah meronta untuk lepaskan diri.Lagi lama Adam cium.

"Awak lepas lah...."rayu Aisyah.Dia dah nak menangis.Pertama kali ciuman di curi.Adam orang pertama yang mencurinya.Adam masih erat memeluk dan menenangkan Aisyah.Membisikkan kalimah cinta.

"Jangan tinggalkan abang..."

Adam peluk Aisyah seeratnya.Aisyah kaku di dalam pelukan Adam.Adam dah parah.Bukan main-main lagi.Dia cintakan Aisyah dengan sepenuh hati.Tak akan melepaskan Aisyah pergi dari hidupnya.Dia mahu Aisyah mengerti akan perasaannya yang sukar digambarkan ini.Hari-hari dia berdoa agar Aisyah dibukakan pintu hati untuk menerimanya kembali.Adam tak boleh hidup tanpa Aisyah.Tiap kali Aisyah cakap akan pergi dari hidupnya seolah nyawanya terbang melayang.Dia berharap sangat cinta nya berbalas.

Maaf semalam tak update.. Selamat membaca:) Sakura Leo 1 Dis 2021 Izinkan Aku Memiliki Mu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience