[Kota Hujung.]
Tentu saja, di tengah peperangan berdarah, mana mungkin Adriana bebas tanpa sebarang kecederaan.
Mengikuti perang walaupun ditegah, Adriana telah mengalami kecederaan teruk walaupun berjaya menumpaskan ramai musuh.
Namun sayang, dia kini hanya berseorangan. Jauh daripada sesiapa yang dikenali.
Adriana menyorok di dalam sebuah bangunan buku-buku. Bangunan yang sering dipecah masuk untuk melepak suatu ketika dulu.
Badan direhatkan di lantai seakan altar, dengan kaki melunjur. Dia cuba menidakkan kesakitan perut walaupun jelas semakin banyak darah pekat mengalir keluar.
Dia cuba menguatkan kudrat untuk bangun dan meneruskan perjuangannya, tetapi seperti jangkaan, dia terjelupuk jatuh dengan erangan yang menyayat hati.
Di kala ini, dia lemah untuk berbuat apa-apa. Dia menutup matanya rapat sambil menahat perit. Dia betul-betul yakin riwayat hidupnya akan tamat disini. Dalam bangunan indah ini.
"Adriana! Adriana!"
Adriana membuka mata. Antoninus?
"Adriana!!"
Suara yang dirinduinya itu... dia tidak bermimpi! Itu memang suara Antoninus!
Adriana menangis. Entah disebabkan kesakitan atau kerinduannya. "Antoni... Antoninus!!" Kepayahan suaranya memenuhi ruangan bangunan itu. Membentuk satu gema yang sukar diendah.
Antoninus terdengar namanya dipanggil laju berlari mengikuti suara gema itu. Mulutnya tidak berhenti melaung nama Adriana.
Adriana juga masih memanggil, meletakkan harapan besar keatas kawan sejak kecilnya itu agar dia terselamat. Agar kesakitannya berkurang.
****
Antoninus memerhati kawasan sekeliling sebelum memasuki sebuah bangunan gah, dengan seni-seni halus yang kritikal.
Suara gemersik yang memanggil dengan nada terpaksa itu menjadi semakin kuat, turut menjadikan suara hatinya semakin kuat menyuarakan pendapat.
Antoninus cuba memanggil sekali lagi, kali ini lebih terdesak.
Panggilan namanya tiba-tiba bertukar menjadi esakan yang ditahan, memenuhi ruangan bangunan yang cantik. Bunyinya syahdu, menarik rantai jantung sesiapa saja yang mendengarnya.
Kemudian terlihat di depannya, seorang wanita terbaring dibanjiri darah pekat. Wanita yang amat dikenalinya.
"Adriana!", Antoninus berlari dan memangku kepalanya. Dipeluk kawannya erat dengan tangan berusaha menghentikan pendarahan yang semakin teruk.
"Antoninus..."
Antoninus menggeleng terdesak. "Maafkan aku Adriana. Ini semua salah aku! Kalaulah aku lebih dulu tiba..."
Adriana menggeleng dan tangannya menggapai wajah Antoninus. "Ada masanya aku menyalahkan takdir, Antoninus... tetapi, melihat kau di depan mata aku kini, dendam aku sedikit hilang."
Antoninus tidak faham apa yang dikatakan. Tangannya sibuk menahan luka agar tidak menjadi semakin parah. "Bertahan Adriana. Aku akan bawa kau keluar dengan selamat."
Adriana memegang tangan Antoninus yang menahan luka di perut. Kini tangan mereka dipenuhi darah pekat. "Antoninus."
Suaranya lembut, gemersik... bak manisan di telinga.
Antoninus merenung mata Adriana.
Adriana menyuruhnya untuk memerhati kawasan sekeliling. "Cantik bukan? Aku selalu kesini untuk berhibur, membaca buku atau pun menari."
Antoninus bagai terbayang Adriana melakukan pelbagai aktiviti di sini. Dia mengikut penceritaan wanita itu. Setiap gerak geri yang diberitahu, Antoninus membayangkan di minda. Ini juga dilakukan dengan bantuan surat-surat kiriman bertahun lamanya.
Jujur, dia merasa lebih dekat dengan Adriana. Rasa seperti tidak terlepas hari-harinya yang dihabiskan di Hispania.
Suara itu masih beralun, semakin perlahan dan perlahan.
"Adriana?" Antoninus sedikit panik apabila mata kawannya itu tertutup rapat. Badannya kaku seperti tidak bernyawa.
Beberapa suara kedengaran dari luar bangunan, tetapi dia tidak peduli. Air mata mengalir perlahan sambil dia menggoncang tubuh Adriana supaya tersedar. "Jangan tinggalkan aku. Kau janji untuk tunggu aku."
Air matanya mengalir lebih deras. "Adriana bangunlah... tolonglah..."
Tiada reaksi daripada Adriana tika itu bagai merentap terus tangkai jantungnya. Tubuh yang kaku itu dipeluk, dan teriakannya bergema di dalam bangunan itu.
****
[Itali.]
[Tanggal Februari 2010.]
Sudah hampir seminggu mereka di negara orang, tetapi Anthony masih tidak menjenguk memori silamnya.
"Bro, y'kay?" Liam meletakkan secawan mug berisi coklat panas di atas meja kopi.
Anthony berdehem. "Do you think I'm crazy?"
"Out of normalcy, but everything happens for some reason."
"So you believe in my story?"
"If it cost a chicken bucket and more cola, why not?"
Anthony tersengih. Kemudian wajahnya bertukar serius. "Let's go."
"Where?" Liam sangsi.
"I need to check something." Anthony sudah menuju ke pintu rumah.
Liam menggeleng malas. "Good your old-self back, but visiting the town at peak hour is really a stupid decision."
Anthony tergelak. "Oh come on. More cola huh?", dia mengusik.
Liam tersengih.
Dijadikan cerita, mereka berdua berjalan-jalan di kawasan pekan. Anthony menuju ke sebuah bangunan demi bangunan sehinggalah kakinya terhenti.
"This is it."
Liam menjenguk kawannya. "This is it... what?"
Anthony melangkah masuk sambil berkata, "This was the place. I found it." Seperti segunung harapannya terbalas apabila berhasil menemui apa yang dicari.
Dia bergerak ke tengah altar, dan semakin lama semakin sesak rasa yang menghimpitnya. "I found it.", katanya syahdu.
Liam membiarkan kawannya melayan perasaan.
Tiba-tiba seorang perempuan datang dengan sekuntum bunga merah. Bunga it diletakkan di altar, dekat dengan tempat Anthony berdiri.
"Ana, we're heading back!", seorang lelaki memanggil dan melambai tangan kepada perempuan yang meletak bunga itu tadi.
"Wait for me!" Laju dia mengekori kawannya, tetapi ditahan.
Anthony menarik tangan perempuan itu. "Why you put the flower there?"
Dia terdiam melihat dua orang asing di hadapannya. "Uh...?"
Anthony geram. Pertanyaannya menjadi lebih kuat.
"Anthony, what's wrong?", Liam cuba meleraikan tetapi ditepis.
Kawannya, Ben, melihat situasi itu lalu datang dan merentap tangannya daripada lelaki asing.
"What happen?", dia bertanya kepada kawannya.
Perempuan itu mengangkat bahu. "I just put the flower like usual."
Ben mengangguk. Dia merenung Anthony dan Liam silih berganti sebelum beredar dengan menarik tangan kawannya.
Anthony masih terdiam di tempatnya. Melihat perempuan itu hilang disebalik orang.
Dia yang melangkah pergi, menjenguk kembali ke altar dan dia melihat lelaki itu mengambil bunga merah yang diletakkan tadi. Entah kenapa, pertemuan mereka tadi seperti ada rasa kebiasaan.
Jika benar, di mana dia menemuinya?
There's too many technical issues, smh. Thank you for your patience. If you happen to get some pages in wrong order, please refer to the number of each chapter. Thank you.
Share this novel