SCENE 21

Drama Completed 7675

Nediya kelihatan sibuk hari ini di butik tersebut. Masakan tidak, ini merupakan hari terakhir dia bekerja di situ sebelum dia bergelar isteri kepada Faris. Puas dia memujuk Faris untuk terus bekerja di butik tersebut walaupun dia sudah pun menjadi isterinya. Namun, Faris tidak membenarkannya. Nediya terpaksa akur. Dia memandang positif akan keputusan bakal suaminya itu. Mungkin Faris tidak mahu Nediya bersusah-payah di butik milik bakal suaminya sendiri.

"Sibuk nampak hari ni." Nediya berhenti seketika daripada menyusun kotak-kotak pakaian lelaki yang baru sampai itu apabila Yani menyapanya. Nediya melontarkan senyuman kepada Yani sambil berkata. "Yela. Stok baru sampai ni. Banyak lagi lepas ni nak kena buat." Nediya berkata. Yani mengerdipkan matanya melihat Nediya bertungkus-lumus menyusun kotak di butik itu.

"Dhia, aku tak sangka hari ni merupakan kali terakhir aku dapat bekerja sama-sama dengan kau. Sedih la." Nediya terkejut kerana Yani memeluknya erat sambil menahan sebaknya. Nediya turut berasa sebak melihat rakan karibnya itu meluahkan kata-katanya tadi. Lantas Nediya berhenti sekejap daripada melakukan kerjanya itu.

"Yani, nanti ada peluang aku datang la butik ni semula lawat kau. Pasti aku akan rindu kau. Selama ni kau lah kawan baik aku kat sini tau." Nediya menggosok-gosok bahu Yani itu. Yani sudah pun menitiskan air matanya. "Tak sangka kawan aku ni dah nak kahwin. Kahwin dengan bos pula tu, hehehe. Kan aku dah cakap korang berdua ni lain macam. Macam orang dah dilamun cinta. See, tak lama lagi dah nak kahwin dah." Yani berkata manja. Nediya tergelak mendengar kata-kata Yani itu.

"Alhamdulillah lah Yani. Aku berjumpa jodoh disini. Nanti bila turn kau nak kahwin, jangan lupa pula jemput aku tau." Nediya berkata manja. Yani mencubit lengan Nediya lalu berkata. "Hahaha mestilah. Kau kan nanti jadi pengapit aku." Nediya bersorak keriangan apabila mendengar kata Yani itu.

Sungguh berat baginya untuk berpisah dengan Yani. Masakan tidak, sudah hampir lima bulan dia bekerja disitu dengan Yani. Segala suka dan duka mereka kongsikan bersama namun dalam beberapa jam sahaja lagi Nediya akan meninggalkan butik tersebut dan juga rakan karibnya, Yani. Dalam hatinya sungguh berat untuk meninggalkan butik dan Yani itu namun dia berharap agar dapat berjumpa lagi dengan Yani walaupun selepas dia menjadi isteri Faris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience