1

Drama Series 11067

POV USTAZ MALIK FAISAL

Pada suatu malam minggu, di sebuah rumah arwah Syed Hilman, rakan baikku. Pada ketika itu saya duduk bersama seorang remaja yang berumur 12 tahun.

Namanya Syahir. Seorang anak yang taat kepada ibunya. Sedangkan Hilman telah lama meninggal dunia iaitu ketika Syahir masih lagi di dalam kandungan ibunya lagi.

“Ustaz, beginilah. Kalau boleh ustaz rawat dulu ibu saya. Selepas ibu sembuh barulah saya pulak yang berubat dengan ustaz.”

“Ustaz bukan tidak setuju. Tetapi, ibu awak masih lagi kat hospital. Tunggulah dia keluar dulu. Lepas tu barulah kita rawat dia. Tapi untuk sementara tu kalau boleh biarlah awak dulu yang berubat.

Syahir memandang saya. Mungkin di benak fikirannya sedang memikirkan sesuatu sehingga menganggu jiwanya. Agak lama juga Syahir melayan perasaannya.

Saya tidak tahu kenapa air jernih bergenang di kelopak matanya.

Mungkin Syahir sedih kerana sedang memikirkan kesihatan ibunya yang semakin hari semakin teruk. Ibunya semakin lemah di hospital. Dulu ibunya, Aireen Qassandra seorang yang ceria, banyak bercakap dan ramah.

Tetapi sekarang Aireen banyak berdiam diri sahaja. Cuma mulutnya sentiasa bergerak-gerak seperti sedang melafazkan ayat Al Quran dan zikir.

Menurut Syahir, dia dan Aireen menjadi mangsa kerakusan manusia lain yang bertuhankan bomoh. Sanggup menggadaikan aqidah semata-mata ingin melihat kesengsaraan dan kemusnahan orang lain.

Syahir ada memberitahu saya bahawa mereka adalah mangsa kerakusan sihir orang yang dengki kepada mereka. Cuma saya tidak terlalu peduli tentang itu.

Risau-risau syaitan memainkan peranannya untuk memecah-belah keharmonian dan kerukunan sesama manusia.

Sehingga kehidupan mereka yang dulunya bahagia, perlahan-lahan dilanda bencana. Hilman meninggal dunia setelah beberapa bulan bertarungnya nyawa akibat dari disihir.

Aireen pula tengah sakit tenat dan harta mereka pula hilang sekelip mata akibat ditipu.

Keluarga mereka berantakan. Adik beradik Syahir entah ke mana. Masing-masing mengambil hala tuju sendiri tanpa khabar berita.

Tinggalkan Syahir sendiri bersama ibunya di rumah kebun mereka setelah mereka ditipu dan dihalau dari rumah mereka sendiri disebabkan rumah mereka telah dijual oleh orang lain tanpa pengetahuan mereka.

Ketika itu Aireen belum lagi dimasukkan ke dalam hospital.

Setelah beberapa ketika, Syahir kembali memandang ke arah saya. Wajahnya kemerahan. Sesekali Syahir menarik nafasnya dalam-dalam berulang kali. Agar jiwa berkecamuknya kembali lebih tenang.

“Baiklah ustaz. Saya akur dengan pendapat ustaz. Untuk malam ini biarlah saya yang dirawat dulu. Nanti selepas ibu keluar dari hospital saya akan mintak ustaz rawat ibu pulak.”

“Boleh Syahir. Ustaz tiada masalah. Asalkan Syahir berubat dulu dan Insyaallah kalau Syahir sembuh dengan izin Allah bolehlah lepas tu Syahir pula yang akan tolong bawa ibu untuk berubat.”

“Ok ustaz. Saya setuju.”

Selepas itu saya mulakan bacaan saya ayat-ayat Ruqyah. Saya meminta Syahir untuk baring sedangkan saya memegang perutnya dengan tapak tangan saya.

Ketika bercerita dengan Syahir tadi Syahir menjelaskan yang dia selalu mengalami sakit perut. Pernah Syahir pergi ke klinik dan hospital menaiki kereta pak ciknya, mereka juga tidak tahu kenapa Syahir selalu mengadu sakit perut.

Sedangkan pada pengamatan pakar, perut Syahir adalah normal dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

Untuk kali ini saya cuma bacakan beberapa ayat Al Quran yang berkaitan dengan sihir sahaja. Saya mulakan dengan bacaan doa;

“Allahumma abthil hazas sihra bi quwwatika ya jabbaras samawati wal ard."

(Ya Allah Ya Tuhanku, musnahkanlah sihir ini dengan kekuatanmu ya Allah yang mempunyai kekuasaan di langit dan di bumi)

Kemudian saya mulakan dengan membaca Surah Al Fatihah, Surah Al Baqarah: 102, Surah Kursi, Surah Al-’Araf Ayat 117-122, Yunus Ayat 81-82, Toha Ayat 69 dan tiga Qul.

Pada awal bacaan saya tidak ada apa-apa yang berlaku. Sepertinya Syahir masih seperti awal-awal tadi. Duduk sambil khusyuk mendengar bacaan Al Quran. Selepas itu saya kembali meneruskan bacaan saya.

Biasanya dalam kes-kes tertentu, kita memerlukan supaya bacaan Al Quran kita dibaca berulang-ulang kali. Malah untuk beberapa hari juga. Supaya dari bacaan Al Quran tadi akan memberi kesan kepada pesakit.

Selepas itu Syahir mula menangis. Menangis semahu-mahunya dan saya biarkan saja Syahir berperangai seperti itu.

Saya tidak memberhentikan bacaan saya malahan saya kuatkan lagi bacaan supaya Insyaallah dengan izin Allah bacaan yang saya niatkan kepada Allah itu akan memberi kesan yang menyakitkan kepada syaitan yang menganggu Syahir.

Selepas itu Syahir cuba untuk mengalihkan tangan saya dari perutnya. Pada ketika itu melalui tapak tangan saya, saya dapat rasakan bahawa perut Syahir semakin mengeras dan seolah-olah seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak dengan cepat.

MENJERIT

Syahir kemudiannya mula menjerit-jerit dan menangis semahu-mahunya. Tidak lama kemudian Syahir memandang saya.

Wajahnya pucat tetapi jelingannya penuh dengan dendam dan amarah. Senyumannya juga benar-benar menakutkan saya. Tidak lama kemudian syaitan di dalam badan Syahir bertanya;

“Kenapa menganggu aku? Aku tidak menganggu kamu?”

“Merasuk ke dalam badan manusia kamu katakan bukan menganggu?”

“Iya. Aku cuma ditugaskan saja. Itu sudah tugas aku.”

“Jadi kenapa kamu menganggu dia?”

“Sudah aku katakan tadi. Bukan aku menganggu dia. Aku cuma ditugaskan.”

“Kalau begitu apa tugas kamu?

“Menyiksa lelaki ini. Menyiksanya sehingga mati. Juga menyiksa ibunya. Juga memporak perandakan keluarga mereka. Asalkan hidup mereka penuh dengan kekecewaan dan putus asa, maka aku telah berjaya dan meraikan kejayaan ini bersama-sama syaitan-syaitan yang lain."

"Kerana setelah itu mereka akan lupa kepada Allah dan itulah akhir dari kesemua penyiksaan ini. Jadi mereka akan tersesat selama-lamanya. Di dunia ini juga pada hari pembalasan nanti. Cuma pada ketika itu kami berlepas dari apa yang kesesatan mereka buat. Sesungguhnya mereka tidak melihat apa yang kami lihat.”

“Kenapa sebegitu kejam kamu kepada mereka? Apa tidak ada rasa kasihan pada diri kamu kepada mereka ini?”

“Hahahaha..Menang tidak ada. Untuk apa semua itu. Tiada kepentingannya untuk aku.”

“Kalau aku perlakukan keluargamu seperti itu. Bagaimana perasaan kamu?”

“Hahaha..Aku tiada keluarga. Aku tidak perlukan itu semua. Aku adalah syaitan yang bertuhankan Iblis. Jadi kehidupan aku cuma berbakti kepada Iblis serta merosakkan manusia. Kerana itulah satu-satunya tujuan hidup aku.”

“Sesungguhnya kamu adalah syaitan yang terkutuk dan semoga Allah melaknat kamu hingga ke hari kiamat.”

“Hahaha..Ya..Begitulah..Hahaha..”

“Sudah. Keluarlah wahai musuh Allah. Ukhruj ya ‘aduwallah. Ukhruj ya syaitan. Keluarlah wahai syaitan.”

“Apa semudah itu aku mahu keluar? Sedangkan keseronokan melihat penderitaan mereka ini tidak sentiasa berlaku hari-hari dalam kehidupan kami. Jadi raikanlah detik-detik ini selagi ianya ada di hadapan mata kami. Hahaha..”

“Ya Allah. Engkau peliharalah kami dari kejahatan yang engkau ciptakan. Semua kejahatan ini tidak akan berlaku melainkan dengan izinMu Ya Allah. Azabkanlah mereka Ya Allah dengan azabMu.”

“Azab Allah? Hahaha..”

Kemudian saya mula membacakan sebuah doa;

“Dengan nama Allah, kami berada di senja ini dengan nama Allah Yang Tiada sesuatupun yang dapat menghalangiNya dan dengan keagungan Allah yang tidak dapat dikalahkan dan direndahkan. Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Mencegah, kami berlindung dan dengan semua nama-namaNya yang baik kami berlindung dari kejahatan-kejahatan syaitan-syaitan, sama ada dari golongan manusia dan jin."

"Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan menyembunyikan diri, dari kejahatan segala sesuatu yang keluar di malam hari dan bersembunyi di siang hari, dari segala kejahatan sesuatu yang menampakkan diri di siang hari dan bersembunyi di malam hari dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakanNya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan Iblis dan pengikut-pengikutnya dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaanMu."

"Sesungguhnya Rabbku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang dimohonkan oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakanNya, yang kotor dan yang bersih dan dari kejahatan Iblis dan pengikut-pengikutnya dan dari kejahatan segala sesuatu yang membangkang.”

Cara di atas dipetik dari Kitab ‘Al Wabil As Sayyib Minal Kilm At Tayyib’ oleh Ibnu Qayyim Al Jawziyyah. Ia diamalkan oleh Abu An Nadhir Hashim bin Al Qayyim atas nasihat dari Al Muharibi di Kufah, setelah rumahnya diduduki oleh jin. Jin tersebut berkata kepada Abu An Nadhar,

“Beralihlah dari kami (tinggalkan rumah ini).” Setelah Abu An Nadhir melaksanakan seluruh kaifiat di atas, jin-jin itu berkata kepada Abu An Nadhir,

“Engkau membakar kami, kami akan berpindah dari engkau.”

Selain dari untuk memagar, saya juga gunakan doa ini untuk kes-kes seperti yang dialami oleh Syahir ini iaitu untuk kes-kes jin yang keras.

Selepas itu saya bacakan kembali Surah As Shafaat ayat 1 hingga 10 secara berulang kali supaya gangguan jin yang dialami oleh Syahir ini akan berkurangan Insyaallah dengan izin Allah.

“Baiklah..Baiklah..Sudah masanya untuk aku keluar. Kalau aku tetap bertahan, maka aku akan terbakar nanti. Tidak ada yang tersisa. Walaupun sebenarnya cuma tinggal sedikit sahaja lagi urusan aku yang belum selesai. Hahaha..”

“Sebelum itu, bagaimana kamu boleh berada di dalam badan lelaki ini?”

“Aku hidup di kolam tahi manusia. Di situlah kehidupan dan perkampungan kami. Sehinggalah pada suatu malam kami diseru oleh seseorang. Dia bertelanjang bulat dan memerlukan bantuan kami."

"Oleh kerana tujuannya meminta bantuan kami untuk memudaratkan manusia, maka kamipun bersetuju. Bukan disebabkan tujuan memudaratkan manusia semata-mata, tetapi kami juga dapat menyesatkan manusia yang bernama bomoh ini untuk menemani kami di neraka nanti.”

MENYERU

“Ketika bomoh itu menyeru kami, dia mengambil beberapa cebisan Al Quran yang kemudiannya cebisan Al Quran itu dicampur dengan air kolam tahi tadi lalu dihancurkan cebisan itu sebelum dilumurkan ke seluruh tubuh badannya sendiri. Kemudian dia membaca beberapa mentera untuk menyeru kami.”

“Selepas itu dia menyatakan tujuannya kepada kami lalu kamipun bersetuju untuk membantu bomoh tersebut. Asalkan berupa kesesatan, mengapa tidak kami membantunya dengan sepenuh hati? Hahaha.."

"Selepas itu kami hadir dan mencari kedudukan lelaki ini berdasarkan gambar yang dibawa oleh bomoh tersebut ketika memuja kami di kolam tahi tersebut yang mana sebelum itu gambar telah dikencing terlebih dahulu sebelum dia mengunyah dan menelannya.”

“Lalu kami diminta untuk menganggu keluarga lelaki ini. Akhirnya disebabkan tiada pegangan agama yang kukuh, maka mudahlah untuk kami menyesatkan mereka, menganggu kebahagiaan mereka, menimbul rasa benci dan dengki sesama mereka adik beradik dan juga meneyrang segala urat sarat yang ada sehingga mereka mengalami sakit. Yang mana sakit itu semakin lama semakin menjalar ke seluruh tubuh badan mereka.”

“Dan akhirnya seperti mana yang telah engkau lihat sekarang. Tidak sedikitpun kami menyisakan kebahagiaan pada keluarga mereka melainkan rasa benci dan dendam yang menyala-nyala. Kalaulah bukan kerana mereka teringat akan Allah nescaya lebih mudah lagi bagi kami untuk menyesatkan mereka.”

“Dan ketika kami telah berada di dalam keluarga ini, aku telah ditugaskan untuk menganggu lelaki ini. Aku tinggal di perutnya. Kerana sebelum ini dia telah termakan perantaraan sihir yang dibuat oleh bomoh tadi dengan menggunakan cebisan kulit babi yang telah dikeringkan dan ditumbuk halus. Lalu dibacakan mentera kepadanya sebelum dihantar melalui angin.”

“Sebab itulah kenapa lelaki ini sering mengadu sakit perut. Selain kerana dia telah memakan perantaraan sihir tersebut, kan aku juga berada di situ. Di dalam perutnya. Maka sebab itulah kenapa sakit yang dia alami itu tidak sembuh-sembuh walaupun telah beberapa kali dia berubat di hospital. Kerana ini bukan penyakit zahir tetapi penyakit yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar.”

“Kalau bukan kerana tindakan dia yang tepat pada masanya, nescaya dia juga akan sakarat seperti ibunya sekarang. Hahaha..Menunggu masa untuk mati sahaja. Nasib baik lelaki ini dari awal-awal lagi mengetahui akan kehadiran aku di dalam badannya.”

“Hahaha..Ingat. Bukan kami yang mencabut nyawa mereka. Tetapi kematian itu pasti akan datang. Cuma selagi belum sampai di kerongkong maka selagi itulah kami akan terus-menerus menyesatkan mereka dan membimbing mereka untuk memilih neraka sebagai pilihan terakhir mereka. Hahaha..”

“Keluar sekarang. Semoga laknat Allah akan sentiasa bersama kamu di mana sahaja kamu berada.”

“Iya..Iya..Hahaha..Asal kamu tahu sahaja. Banyak lagi yang menunggu untuk masuk ke dalam badan keluarga ini untuk terus menganggu mereka. Hahaha….selepas ini giliran ibunya pula. Kan ibunya telah semakin lemah. Mungkin menunggu masa saja untuk disapa kematian. Hahaha..”

Selepas itu saya membaca Surah Al Fatihah, Surah Al Baqarah ayat 102, Surah Kursi, Surah Al-’Araf Ayat 117-122, Yunus Ayat 81-82, Toha Ayat 69 dan tiga Qul. Berulang-ulang kali.

Syaitan di dalam badan Syahir pula terus tertawa. Seperti orang yang sedang di dalam kepuasan yang teramat sangat.

Mungkin syaitan itu telah berjaya menyusahkan Syahir sekeluarga. Menyesat dan memporak-perandakan keluarga mereka.

Untuk apa lagi tinggal di dalam badan orang yang mereka ganggu, sedangkan mereka telah berjaya menimbulkan syak wasangka manusia kepada Allah dan itulah penghargaan yang syaitan peroleh dari sebuah kesesatan ini.

Selepas itu Syahir kembali diam. Agak lama juga saya memerhatikan wajah Syahir sambil membaca Ayat Kursi. Lalu menghembus pada wajahnya untuk memastikan bahawa syaitan tadi benar-benar telah keluar dari badannya.

Selepas itu saya terpandang pada hidung Syahir. Tiba-tiba muncul warna kemerah-merahan di sekeliling hidungnya. Saya memerhati dengan tekun. Menanti apa yang akan terjadi. Saya merasa hairan kenapa hidung Syahir tiba-tiba bergerak.

Berdasarkan pengalaman saya, saya tidak pernah melihat keadaan pesakit seperti itu. Hidung kemerah-merahannya bergerak-gerak. Saya perhatikan dengan lebih dekat. Kalau-kalau muncul sesuatu yang akan keluar dari hidungnya.

Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba..

“Aacchhhooommmmmm..”

“Astaghfirullahal ‘azhim. Ya Allah..Syahir..Kenapa dengan kamu?”

TERBERSIN

Saya memegang wajah saya. Terasa seperti dipenuhi dengan cecair putih. Juga cecair yang lembik berwarna hijau pokok pisang.

Saya usap wajah saya perlahan-lahan. Terasa cecair tersebut melekat erat di wajah saya sebagai tanda persahabatan.

Geli gelaman juga rasanya ketika itu. Bayangkan dengan gabungan tahi hidung Syahir serta air liurnya, juga apa-apa sahaja cecair kimia yang wujud di dalam rongga hidungnya, bertindak menyatu menjadi sebuah kekuatan yang maha hebat dan kemudiannya menyerang wajah saya tanpa ada rasa belas kasihan.

Tetapi apakan daya. Begitulah takdir saya ketika itu.

“Tiada apa-apa ustaz. Muka ustaz pula kenapa?”

“Kenapa? Yang kamu bersin di muka ustaz kenapa?”

“Mana saya tahu. Saya cuma terbaring saja tadi.”

Jawab Syahir sambil tersenyum sambil memandang ke arah saya.

“Ustaz, ustaz pergilah ke dapur dulu. Cuci muka. Macam muka Shawn Crahan je saya tengok.”

“Shawn Crahan ‘Clown’ kumpulan Slipknot ke?”

“Pergh..Macamana ustaz tahu?”

“Ustaz follow jugak lagu diorang. Hahaha..”

Suasana sepi pada awalnya tadi mula bertukar menjadi riuh rendah dengan ketawa kami berdua.

Syahir kemudiannya menawarkan diri menemani saya pergi ke tandas untuk mencuci muka. Dalam perjalanan ke dapur saya sempat bertanya kepada Syahir.

“Kamu ok tak Syahir?”

“Alhamdulillah syukur ustaz. Badan saya terasa ringan. Kepala saya takde rasa runsing macam sebelum ni. Rasa macam diperhati orangpun dah takde. Cuma badan sedikit lemah ustaz. Perut saya ada rasa macam nak memulas jugak. Tapi saya masih boleh tahan lagi.”

Selepas itu saya biarkan saja Syahir di luar pintu tandas. Sementara itu saya mula menyuci seluruh wajah saya. Juga rambut dan bahagian tengkuk.

Selepas beberapa minit saya keluar dari tandas. Saya memandang ke arah Syahir.

“Syahir, tadi kamu kata kamu ada rasa memulas nak berak ke?”

“Ye ustaz.”

“Kalau macam tu tolong sediakan ustaz air untuk kamu minum.”

“Mineral water boleh ke ustaz?”

“Boleh.”

“Ok ustaz. Saya ambil sekarang.”

“Kat mana?”

“Ada kat ruang tamu tadi.”

“Kejap-kejap.”

“Kenapa ustaz.”

“Jom sama-sama pergi ke depan.”

“Kenapa ustaz. Ada sesuatu yang pelik berlaku ke? Ke ustaz takut?”

“Takde papelah. Jom.”

Siapa yang berani kalau tinggal keseorangan di dapur tu.
Selepas itu saya dan Syahir berjalan menuju ke ruang tamu. Saya tidak mahu Syahir tahu yang saya ni penakut. Itu saja.

Sesampainya di ruang tamu saya duduk di kerusi yang berhadapan dengan tv. Selepas itu Syahir menyerahkan kepada saya dua buah botol air mineral bersaiz besar.

“Ni ustaz. Sebotol ni untuk saya. Sebotol lagi untuk ibu.”

“Sayang betul awak dengan ibu awak Syahir.”

“Ya ustaz. Bahkan dengan taruhan nyawa saya sekalipun. Asalkan ibu sihat.”

“Insyaallah Syahir. Apa-apapun yang akan berlaku itulah jawapan atas tanda kasih sayang Allah kepada kita.”

Selepas itu saya bacakan ayat-ayat ruqyah pada kedua botol air mineral tadi sambil diperhatikan dengan khusyuk oleh Syahir.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian, setelah saya selesai membaca ayat Al Quran saya serahkan kembali botol air mineral tersebut kepada Syahir.

“Syahir, apa-apapun air ini cuma salah satu bentuk ikhtiar saja. Tiada kelebihan apa-apapun. Kerana sebaik-baiknya adalah ayat Al Quran itu dibaca, difahami dan diamalkan. Barulah berkesan. Lepas ni jangan bergantung dengan air seperti ini lagi. Teruskan dengan bacaan Al Quran saja. Sebab ada perbezaan pendapat berkenaan dengan kaedah ini.”

“Faham ustaz.”

Selepas itu Syahir meminum salah satu dari botol air mineral tersebut. Kemudian agak lama juga Syahir terdiam. Lalu memegang perutnya kembali.

“Ustaz, dah sampai masanya ni ustaz.”

“Dah sampai masanya?”

“Ya ustaz. Dah sampai dah.”

“Dah sampai apa. Ustaz tak paham.”

“Saya nak berak ustaz.”

“Lain kali gunakan bahasa yang mudah orang nak faham. Nak berak pun masih nak berkias-kias jugak.”

“Takut ustaz tak bagi.”

“Adoi. Kenapa pulak ustaz tak bagi. Pergi cepat.”

Syahir kemudiannya berlari-lari anak menuju ke tandas sambil memegang punggungnya. Dari ruang tamu saya terdengar bunyi Syahir menghampas pintu tandas di bahagian dapur.

Mungkin ketika itu telah sampai ke kemuncaknya barangkali.

Agak lama juga rasanya Syahir di dalam tandas. Selepas lama menunggu akhirnya Syahir memanggil-manggil nama saya.

“Ustaz..Ustaz..Sini kejap. Ada masalah ustaz.”

Saya bingkas bangun dari tempat duduk lalu menuju ke arah dapur. Sesampainya di dapur saya lihat Syahir sedang tersenyum memandang saya. Lalu saya pergi mendapatkan Syahir di muka pintu tandas.

“Ustaz..Tahi..”

“Tahi?”

“Ya. Tahi ustaz.”

“Itu bukan tahi akulah. Kau yang berak.”

“Ya ustaz. Tahi saya. Bukan tahi ustaz.”

“Lepas tu?”

“Tak ada apa-apa ustaz.”

“Kenapa dengan kamu.”

“Ustaz tengok sendiri.”

“Tengok apa?”

“Tengok tahi ustaz.”

“Tahi kamulah. Bukan tahi aku..”

Entah kenapa pada malam tersebut saya terpaksa melihat tahi orang. Mahu tidak mahu itulah yang saya kena buat. Saya melangkah masuk ke dalam tandas dan memerhati apa yang ada. Saya perhatikan ada sesuatu di atas lantai.

“Ustaz, itu tahi saya. Tapi saya tak tahu Kenapa boleh jadi begitu.”

“Kenapa tahi kamu berwarna hitam Syahir? Macam arang je ustaz tengok. Macam ada yang pelik.”

NAJIS BERWARNA HITAM

“Itulah yang saya hairan ustaz. Kenapa boleh jadi macam tu. Lagipun ustaz perasan tak seperti ada bau hangus sahaja.”

“Ya. Ustaz perasan. Bau itu yang ustaz cari-cari tadi.”

“Jadi macamana ustaz?”

“Tak apa Syahir. Kamu siramlah. Ustaz tunggu kat luar.”

“Baik ustaz.”

Sementara menunggu Syahir, saya terfikir sendiri bagaimana tahi Syahir boleh bertukar seperti arang. Bentuknya memang sama seperti tahi manusia. Cuma tahi tersebut seperti hitam terbakar dan berkilat seperti arang.

Setelah beberapa ketika Syahir keluar dari tandas dan mengajak saya masuk kembali ke ruang tamu. Kami duduk di kerusi yang ada di situ. Lalu Syahir memandang ke arah saya.

“Ustaz, lepas minum air tu tadi tiba-tiba saya rasa betul-betul nak berak. Masa kat dalam tandas tadi saya tak sempat dah nak duduk. Tiba-tiba je tahi tu keluar. Yang peliknya itulah. Seperti yang ustaz lihat. Betul-betul macam arang. Baupun macam tu jugak. Macam bau benda hangus.”

“Allahu a’lam Syahir. Cuma Allah saja yang tahu kenapa. Seingat ustaz ini kali pertama ustaz tengok kes macam ni.”

“Tapi Alhamdulillah ustaz. Saya rasa semakin sihat dan segar sekarang. Rasa senak dan sakit kat perut tiba-tia saja hilang ustaz.”

“Alhamdulillahlah kalau macam tu. Mungkin inilah petunjuk Allah dari permasalahan yang kamu hadapi sebelum ini Syahir.”

“Ya ustaz. Sayapun rasa macam tu jugak.”

“Baiklah Syahir. Kalau tak ada apa-apa lagi ustaz nak balik dulu. Dah lewat dah ni.”

“Baiklah ustaz. Ustaz, kalau ibu dah sembuh saya nak mintak tolong ustaz tolong rawat ibu.”

“Insyaallah Syahir. Boleh. Tunggu ibu Syahir keluar hospital dulu ok.”

“Alhamdulillah. Baik ustaz. Terima kasih ustaz.”

“Sama-sama. Ustaz balik dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Selepas itu saya bersalaman dengan Syahir dan menuju ke arah kereta. Lalu saya hidupkan enjin. Perjalanan dari rumah Hilman ke rumah saya tidak terlalu jauh.

Sekitar sepuluh minit sahaja untuk sampai ke rumah. Sepanjang perjalann balik ke rumah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Setelah membaca beberapa ayat Al Quran, saya membuka radio sambil mendengar lagu dari dari kumpulan Gun N’Roses, Don’t Cry .

Talk to me softly
There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there beforesomething changin' inside you
And don't you know
Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Lagu inilah yang menemani saya hingga sampai ke rumah. Setelah itu saya kembali membaca Surah Kursi sebanyak tiga kali sebelum masuk ke dalam rumah.

Setelah saya masuk ke rumah, mengambil wuduk dan duduk menghadap tv. Saya menonton rancangan kegemaran saya iaitu Counting Cars di History Channel.

Saya tidak sedar bila masa saya terlelap sehinggalah saya tersedar apabila jam menunjukkan lebih kurang dalam pukul 3.00 pagi.

Saya mengambil hp yang berada di sisi saya. Sepertinya ada 17 panggilan tak dijawab. Ternyata nombor yang tertera adalah nombor telefon Pak Cik Syahir.

Saya mengambil keputusan untuk menelefon Pak Cik Syahir. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Dan ternyata Pak Cik Syahir tidak menjawab panggilan saya. Saya mula risau kalau terjadi apa-apa pada Syahir.

Setelah itu saya terus mencuci muka dan segera bergegas ke rumah Syahir . Di tengah perjalanan telefon saya kembali berdering. Saya lihat tertera nama Syahir lalu saya menjawab panggilannya.

DERINGAN TELEFON

“Assalamualaikum ustaz.”

“Waalaikum Syahir. Kamu di mana? Apa yang berlaku?”

“Saya di hospital ustaz?”

“Hospital? Kenapa?”

“Ibu saya ustaz.”

“Baiklah Syahir. Lepas ni ustaz pergi ke sana. Kebetulan ustaz dalam perjalanan ke rumah kamu tadi. Tak apa. Lepas ini ustaz pergi ke hospital.”

“Baik ustaz. Saya tunggu.”

“Kamu urus dulu apa-apa yang patut Syahir. Tanya Pak Cik kamu. Nanti kita jumpa di hospital.”

“Ya ustaz. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Selepas itu saya berpatah balik dari perjalanan ke rumah Syahir menuju ke hospital. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada Aireen. Cuma di dalam hati saya berdoa kepada Allah agar tiada apa yang berlaku.

Sesampainya di hospital saya mencari Aireen. Mungkin di wad perempuan. Ketika itu sudah bukan waktu melawat. Di luar pintu wad perempuan saya lihat ada beberapa orang telah berada di sana.

Mungkin mereka juga ingin berjumpa dengan keluarga mereka tetapi tidak diizinkan oleh pengawal keselamatan di sana.

Saya cuba untuk menghubungi Syahir kembali tetapi hampa. Beberapa kali saya membuat panggilan tetapi tidak di jawab.

Selepas itu untuk sementara saya menunggu di luar saja dan berharap agar Syahir menghubungi saya kembali.

Agak lama juga saya berada di luar wad. Dingin malam mula menyentuh kulit saya. Rasa penyesalan timbul di dalam hati kerana saya tidak membawa baju sejuk. Agar saya dapat merasa sedikit kehangatan.

Selepas beberapa ketika, pandangan saya beralih ke arah pintu wad. Saya lihat ada seorang perempuan. Usianya dalam sekitar 60 tahun.

Ketika itu dia sedang berbicang-bincang atau bercerita dengan pengawal keselamatan tersebut sambil memandang ke arah saya.

Saya perhatikan saja apa yang berlaku ketika itu. Dan akhirnya perempuan tersebut meninggalkan pengawal keselamatan lalu menuju ke arah saya.

“Assalamualaikum. Ustaz Malik ke ni?”

“Ya kak. Ada apa kak?”

“Kakak ni makcik Syahir. Syahir mintak tolong kakak untuk pangil ustaz masuk ke dalam kalau ustaz ada kat luar ni.”

“Boleh masuk ke ni kak?”

“Boleh. Kakak dah mintak izin dari pengawal keselamatan.”

“Baiklah kak. Jom. Macamana keadaan mak Syahir kak.”

“Nantilah ustaz tanya dan tengok sendiri. Kakakpun tak tahu nak cakap mancamana ustaz.”

“Owh..”

Selepas itu kami melangkah perlahan menuju ke wad. Melalui beberapa buah bilik dan katil. Saya cuma memerhati sahaja beberapa orang pesakit yang sedang tidur nyenyak di katil masing-masing. Setelah itu kami masuk ke salah satu bilik di sebelah kiri.

Makcik Syahir mengetuk pintu sambil memberi salam. Lalu diikuti oleh saya. Kemudian kami melangkah perlahan masuk ke dalam. Saya perhatikan sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil. Mungkin itulah ibu Syahir.

Sedangkan Syahir saya lihat sedang memegang erat tangan ibunya sambil kepalanya dibaringkan di sebelah ibunya. Untuk sementara saya tidak mahu menganggu Syahir dulu.

Mungkin Syahir sedang keletihan atau memerlukan sedikit masa untuk berehat sebentar.

Saya perhatikan jam di tangan saya menunjukkan hampir pukul 4.00 pagi. Dingin malam tersebut semakin mencengkam kulit saya.

Tidak lama seleps itu makcik Syahir bingkas mendapatkan Syahir lalu meletakkan tangannya ke atas bahu Syahir lalu menggerak tubuhnya dengan kasar. Ya, kasar.

Atau.....mungkin saya saja berperasaan sebegitu.

“Syahir, bangun nak. Ustaz dah sampai ni.”

Syahir mula membuka matanya dan mukanya pucat lesi apabila terlihat mak ciknya. Saya tidak tahu kenapa tapi kelihatan seperti Syahir ketakutan apabila terpandang mak ciknya itu. Syahir tersenyum kembali apabila dia terpandang ke arah saya. Kelihatan pada kelopak matanya masih lagi berair dan hidung serta matanya kemerah-merahan.

Cepat-cepat Syahir mengelap dan menggosok matanya agar pada wajahnya tidak nampak akan kesan dari kesedihan.

SEDAR DARI TIDUR

“Assalamualaikum Syahir. Syahir ok ke?”

“Waalaikumsalam. Ustaz dah lama sampai ke?”

“Baru je Syahir.”

Saya mengambil sebuah kerusi kosong di hadapan katil Aireen lalu diseret ke sebelah Syahir. Saya memegang bahu Syahir sambil mengurutnya beberapa kali.

“Syahir, alangkah indahnya apabila di pengakhiran kehidupan kita sebagai ibu bapa nanti, ada anak-anak yang menemani kita sambil melafazkan doa kepada kita.”

“Apa boleh sampai doa kita kepada ibu bapa kita ustaz?”

“Boleh Syahir. Dalam sebuah hadis ada menyebut.”

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. (HR Muslim)

“Macam mana pulak doa yang sesuai ustaz? ”

“Doanya senang saja Syahir. Macam ni bunyi doanya.”

“Allahhummaghfirli dzunuubi waliwaalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro.”

“Maksudnya, Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

“Kalau kita berbakti kepada mereka hingga saat akhir, adakah mereka akan redha kepada kita ustaz?”

“Iya Syahir. Bahkan Allah juga redha kepada kita. Sabda Rasulullah.”

“Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)

“Jadi apa yang perlu saya buat ustaz?”

“Sabda Rasulullah SAW: “Jaga baik-baik ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat An Nasa’i dan Ahmad)

“Jagalah ibu kamu semampu kamu Syahir. Sebagaimana ibu kamu pernah menjaga kamu. Juga mempertaruhkan jiwa dan nyawanya pada kamu suatu ketika dulu. Mungkin sekarang ibu kamu sudah tidak kuat lagi.”

“Ya ustaz. Ibu saya juga sudah tidak seperti dulu. Saya juga sudah tidak kuat ustaz untuk menghadapi semua ini. Ingin rasanya untuk saya menghabiskan sisa-sisa hidup saya bersama ibu ustaz. Agar saya boleh berbakti kepada ibu.”

“Insyaallah. Masih boleh lagi Syahir. Kamu masih punya banyak masa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kamu. Menyuap makanan ke mulut ibu, solat bersama-sama, membawa ibu kamu berjalan-jalan dan sebagainya. Insyaallah ketenangan akan sentiasa ada bersama kamu nanti.”

“Tak dapat ustaz. Saya tak dapat. Saya tidak mampu dan sekuat dulu.”

“Jangan putus asa Syahir. Allah berfirman”

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az zumar: 53)

“Syahir, Allah sentiasa ada untuk kita. Insyaallah penyakit ibu kamu akan sembuh nanti. Kalau perlu, sekarang juga ustaz akan berusaha untuk rawat ibu kamu. Bolehkan Syahir?”

Syahir terdiam. Wajah sugulnya cuma terarah pada wajah ibunya yang sedang nyenyak tidur. Syahir kemudiannya mengenggam kedua tangan ibunya. Selepas itu Syahir menangis semahu-mahunya. Suasana sayu kembali menyelubungi kami pada ketika itu.

Untuk seketika kami mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Selepas beberapa ketika barulah Syahir kembali memandang saya;

“Ustaz, ibu saya telah meninggal dunia ustaz. Masa saya telefon ustaz berkali-kali tadi.”

“Allahu Rabbi. Innalillahi wainna ilaihi roji’un. Maafkan ustaz Syahir. Ustaz tidak tahu.”

“Di sinilah pengakhiran kehidupan ibu saya ustaz. Seperti apa yang ibu impikan selama ini. Iaitu ada di antara anak-anak ibu yang akan menemaninya pada detak jantungnya yang terakhir.”

Mengalir juga air mata jantan saya ketika itu. Masakan tidak. Bagaimana kita boleh bergembira apabila melihat seorang anak yang terputus kasih sayangnya kepada ibu yang memeliharanya sedari kecil lagi.

Saya biarkan saja Syahir memeluk kukuh tubuh ibunya. Kerana mungkin itu pelukan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Juga membiarkan air mata Syahir membasahi pipi ibunya pada ketika Syahir mengucup kening ibunya.

“Ustaz, apakah saya ini anak yang derhaka?”

“Tidak Syahir. Pada penghujung hayat ibumu dia memandang kamu, tersenyum padamu dan berusaha untuk menguatkan semangatnya untuk berbicara kepadamu. Tidak akan ada seorang ibupun yang mendoakan supaya anaknya menyusuri kehidupan yang menyusahkan.”

“Ustaz, apa Allah mendengar doa saya pada ketika ini?”

“Ya Syahir. Allah Maha Mendengar. Juga menunggu akan rintihan kerinduan hambaNya kepadaNya. Berbahagialah kamu Syahir kerana di akhir-akhir kehidupannya, kamu telah berada di sisi ibu kamu. Dan kamulah wajah yang terakhir yang dilihat dan dibelai oleh ibu kamu.”

SUNYI

“Selepas ini hidup saya akan kesunyian ustaz. Separuh dari jiwa saya telah pergi selamanya. Tiada tersisa apa-apa melainkan kesedihan yang berpanjangan.”

“Syahir, kematian itu pasti akan datang. Apakah kamu tetap mahu melihat ibu kamu dirundung kesakitan yang berpanjangan sedangkan kematian itu lebih baik untuknya?"

"Kadang-kadang apa yang baik menurut kita itu, belum tentu baik menurut Allah. Jadi, berlapang dadalah atas apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun rasa pahit menusuk hingga ke penghujung jantung. Firman Allah;
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al Baqarah: 216)

“Ustaz, terima kasih atas nasihat ustaz. Ustaz, saya perlu masa untuk bersendirian dengan ibu saya.”

“Ustaz faham Syahir. Ambillah masa kamu. Tetapi jangan terlalu hanyut dengan kesedihan. Kerana ibu kamu juga tidak mahu kamu bersedih.”

“Baik ustaz.”

“Ustaz keluar dulu Syahir. Ustaz doakan ibu kamu ditempatkan di syurga. Walau dari mana-mana pintu-pintu syurga sekalipun. Beruntung ibu kamu punya anak seperti kamu. Insyaallah ibu kamu pasti akan menceritakannya kepada Allah suatu hari nanti. Ustaz balik dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Terima kasih atas segalanya ustaz.”

“Sama-sama..”

Selepas itu Syahir kembali memandang ibunya. Saya terdengar juga kata-kata terakhir dari Razi. Sebelum saya meninggalkan mereka.

“Ibu, ini air yang saya minta ustaz buatkan untuk ibu. Minta maaf ibu. Syahir belum pandai membaca Al Quran. Nanti apabila sudah pandai Syahir akan bacakan Al Quran. Supaya pahala ibadahnya Syahir hadiahkan buat ibu. Ibu, Syahir tidak kuat untuk bersendirian seperti ini. Dulu pada ketika ayah meninggal dunia. Ayah cuma ada kita. Ibu dan Syahir. Sekarang, cuma tinggal Syahir seorang ibu. Syahir perlukan ibu. Syahir sayang ibu..”

Akhirnya saya mula melangkahkan kaki saya menuju ke luar pintu. Jiwa saya juga berkecamuk. Apakah ini pengakhiran hidup kita nanti? Apa bekal yang akan kita tinggalkan buat keluarga, isteri dan anak-anak?

Sabda Rasulullah SAW;

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yg menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sebak juga rasanya bila mana melihat keadaan Syahir. Ditinggalkan begitu sahaja oleh adik beradiknya yang lain. Akan begitu jugalah kita nanti. Apabila tiba saatnya.

Mengadu nasib kepada Allah. Apabila kembali kepada janji Allah. Iaitu keseorangan di dalam kubur. Sebagai tempat persinggahan. Sementara menunggu untuk dipanggil. Menanti hari perhitungan.

Yang tiada seorang pun akan terlepas dari janjiNya. Iaitu alam akhirat. Yang pernah manusia dustakan akan kewujudannya dahulu. Firman Allah;

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan hanif atau lurus kepada agama ciptaan Allah, yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Surah Ar Ruum ayat 30)

Syahir pulang ke rumah bersama Pak Ciknya untuk membersihkan dirinya. Dia serahkan segala urusan pengkebumian kepada Pak Ciknya, Syed Arif Halimi.

Semoga Allah memberi ganjaran yang tak terhingga pada Syahir dan semoga juga Aireen Qassandra ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin Ya Raabal Alaamin.

Selamat Membaca (^_^) !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience