Bab 7

Drama Completed 35637

Keesokan harinya, Tiara datang awal supaya dia dapat bagi kasut Hadi dan dapat jauh kan diri daripada Hadi. Nasib baik Hadi pun datang awal untuk pulangkan kasut Tiara.

"Nah kasut kau" kata Tiara sambil meletakkan kasut Hadi di lantai

"Ni kasut kau. Aku jaga elok-elok tau tak" kata Hadi

"Hmm, thank you" kata Tiara sambil bawak kasutnya dan pergi meninggalkan Hadi.

"Aik, macam tu je dia? Lantak kau lah" kata Hadi. Dia pun pergi ke arah yang sama dengan Tiara untuk masuk ke kelas. 

Tiara masuk ke kelas dan duduk di meja nya. Dia tidak pandang ke kiri ke kanan dan keluarkan bukunya dan letak di atas mejanya.

Dia keluarkan telefon nya dan main. Dia tak nak tahu pasal benda lain. 

Hadi yang masuk selepas 5 minit Tiara masuk nampak Tiara sedang main telefon. 

"Masuk kelas tapi main phone. Apa benda la" kata Hadi

Kemudian Hadirah dan Farhan masuk kelas. Mereka ambil tempat di sebelah Tiara. Mereka melihat yang mood Tiara sudah baik, mereka pun bertanya tentang kejadian semalam.

Tiara pun ceritakan segalanya.

Sepanjang hari itu, Tiara cuba untuk tidak bertembung dengan Hadi. Dia cuba untuk jauhkan dirinya dari Hadi supaya dia tak akan masalah lagi dengan Hadi.

Hadi perasan dengan sikap Tiara itu tetapi dia endahkan sahaja.

Bukan setakat hari itu sahaja, tetapi baki hari dalam minggu itu Tiara seboleh-bolehnya tidak mahu bertembung mata dengan Hadi.

Hadi sengaja bagi Tiara tenang selepas kejadian kasut itu kerana minggu depan Tiara akan kembali seperti biasa kerana Tiara kena beli makanan untuk Hadi.

Kecuali semasa hari Jumaat, sebelum mereka pulang Hadi sempat berpesan pada Tiara
"Jangan lupa hari Isnin nanti. Makanan aku" kata Hadi dan pergi.

Meluat Tiara melihat perangai Hadi.
//
Hari Sabtu dan Ahad terasa seperti cepat sahaja berlalu.

Hari Isnin sudah menjelang. Pagi itu, Hadi bangun seperti biasa untuk ke universiti.

Tak sabar dia mahu melihat apa yang di beli Tiara untuk dia. 

"Ikhwan, makan dulu sebelum pergi class" kata Puan Balqis apabila nampak anak teruna nya itu turun tangga. 

"Tak apa umi, minggu ni ada makanan free dekat universiti. Jadi minggu ni Ikhwan tak sarapan kat rumah" kata Hadi sambil tersenyum ada makna.

"Ouhh, ada makanan free. Siapa yang bagi?"

"Ada orang yang murah hati sedekah. Papa dah pergi kerja dah?" tanya Hadi sambil memakai stokin di atas sofa.

"Dah, dah keluar dah tadi sekali dengan Hawa. Papa cakap dia nak hantar Hawa harini. Dah lama katanya tak hantar" kata Puan Balqis

Kalau tidak, Hawa selalu pergi ke sekolah di hantar oleh pemandu keluarga mereka, Pak Karim. Begitu juga dengan balik dari sekolah.

Kalau Hadi tiada, Pak Karim lah yang kena layan Hawa. Pak Karim layankan saja.

Mereka ada pemandu tetapi rumah itu tiada orang gaji kerana Puan Balqis suka membuat kerja di rumah tu sendiri. Puan Balqis tidak berkerja jadi dia jadi suri rumah sepenuh masa.

Hadi mengangguk kepala mendengar kata-kata uminya itu.

"Okey la umi. Ikhwan pergi dulu" kata Hadi sambil menghulurkan tangan untuk salam.

"Hah ye lah. Bawak kereta elok elok. Esok pagi umi tak payah masak banyak la kan sarapan? Sebab Ikhwan makan dekat universiti"

"Haah. Umi masak untuk umi, Hawa dengan papa je"

"Okey" kata Puan Balqis sambil melihat kereta Hadi menyusur keluar.

Tiara pula sedang menunggu makcik yang jual nasi lemak itu bungkus nasi lemak yang dia beli. Nasib baik gedai nasi lemak itu dekat dengan rumahnya.

"Beli breakfast untuk orang lain, yang aku sendiri pun tak makan. Sedih betul" kata Tiara dalam hati.

"Enam ringgit" kata makcik itu. Tiara beli dua bungkus nasi lemak. Sebungkus 3 ringgit. 

Tiara menghulurkan duit 10 ringgit dan makcik itu beri baki 4 ringgit.

"Terima kasih" kata Tiara tersenyum kepada makcik itu.

Sampai sahaja di universiti, dia terus ke kafe untuk membeli air pula. Selesai membeli, dia pun pergi ke kelas.

Dia melihat Hadi tidak sampai lagi. Dia pun meletakkan makanan itu atas meja Hadi dan duduk di tempatnya.

Tiara terlupa tentang suatu perkara…

Selepas 15 minit, Hadi sampai. Tersenyum dia melihat plastik berwarna oren ada di atas mejanya.

Dia melihat Tiara sedang main phone. Tiara tidak perasan yang Hadi sudah sampai.

Hadi pergi ke tempatnya dan melihat isi kandungan plastik itu.

"Wah, nasi lemak. Aku memang tengah lapar ni. Kejap, mana resit yang aku suruh dia selit sekali?" Hadi melihat tiada resit di situ.

Akmal yang baru sampai datang ke arahnya. 

"Tiara beli ke?" tanya Akmal

"Haah" jawab Hadi dan pergi ke meja Tiara

Terkejut Tiara melihat Hadi di sebelahnya. 

"Makanan kau aku dah beli. Atas meja tu. Esok aku beli lain pulak" kata Tiara tidak memandang muka Hadi. Dia pandang telefon nya.

"Mana resit?"

Hah sudah! Tiara terlupa apa yang Hadi suruh dia buat. Hadi suruh dia selit sekali resit sebagai bukti dia beli makanan lebih 8 ringgit.

"Aku beli nasi lemak tepi jalan. Kau expect tepi jalan ada mesin cetak resit ke?"

"Aku tak kisah. Aku nak kau beli aku makanan yang lain. Makanan yang ADA resit. Nasi lemak tu aku ambik, tapi aku tak terima sebagai gantirugi" kata Hadi selamba

"Tengkorak kau! Nasi lemak tu sebungkus 3 ringgit , aku beli dua jadi 6 ringgit. Air tu pulak 2 ringgit. 6 tambah 2 berapa?! Tak reti kira ke?"

Tiara yang lama kembali semula.Tiara yang tidak mahu kalah dengan Hadi

"Kau ingat aku nak percaya? Entah entah nasi lemak tu sebungkus 2 ringgit , air tu seringgit. Jadi 5 ringgit je semua" 

"Ya Allah. Kenapa bengap sangat kau ni! Buat apa aku nak menipu?!" 

Di dalam kelas itu, hanya ada 5 orang sahaja. Tiara, Hadi, Akmal dan lagi dua orang.

Mata mereka semua tertumpu pada pergaduhan mereka. Akmal melihat sahaja dari jauh. Kalau dia nasihatkan Hadi pun, memang tak akan jalan.

"Aku tak kisah. Aku nak sekarang kau pergi kafe beli makanan aku yang lebih 8 ringgit and make sure ada resit. Pergi cepat" kata Hadi

"Aku benci kau" kata Tiara di hadapan muka Hadi sambil pergi keluar kelas untuk ke kafe. 

"I don't care" jawab Hadi

Selepas melihat Tiara pergi, Hadi kembali ke tempat duduknya. Dua orang yang ada di kelas itu tengok Hadi.

"Apahal pandang aku?" tanya Hadi. 

Setelah mendengar Hadi bersuara, mereka cepat cepat pandang depan semula.

"Kau ni Di. Kesian Tiara. Asal kau suruh dia beli lagi makanan kau? Ni siapa nak makan?" kata Akmal sambil menunjukkan plastik nasi lemak itu

"Alah, rilek la Mal. Aku saja je. Kalau kau nak, ambik la satu, Hafiz ambik satu" kata Hadi.

Selepas beberapa minit, Tiara pun kembali ke kelas. Di tangan nya ada platik berwarna putih pula.

"Nah! Resit ada dalam tu. Aku ingat nak photostat resit itu bagi banyak. Tapi library tutup lagi" kata Tiara sambil meletakkan plastik itu di atas meja Hadi

Hadi melihat di dalam plastik ada 3 jenis roti dan milo tin. Hadi melihat resit, harganya RM 9.50.

Belum sempat Hadi berkata apa-apa, Tiara bertanya ,
"Esok kau nak apa? Senang aku nak beli" tanya Tiara dingin

"Nasi goreng" jawab Hadi tak malu.

Dia mahu kata terima kasih tetapi belum sempat dia cakap, Tiara dah pergi ke tempatnya. Farhan dan Hadirah sudah lama sampai.

Selepas 10 minit, Prof Yusuf masuk dan class pun bermula.
//
Selepas hari itu, Hadi akan menerima makanan yang di beli oleh Tiara tanpa banyak soal.

Ini kerana, setiap pagi Tiara akan letakkan makanan di atas meja Hadi dan selepas Hadi sampai, dia akan ke meja Hadi untuk tanya Hadi makanan apa dia mahu esok.

Tiara pula akan beli makanan itu di kafe universiti kerana ada resit. 

Sepanjang minggu itu, Tiara akan menasihati dirinya supaya bersabar.

"Sabar Tiara, minggu ni je. Minggu depan kau bebas. Dia buat hal dia, kau buat hal kau. Gantirugi kau dengan dia dah tamat"

Pelajar pelajar dalam kelas itu sudah sedia maklum tentang Tiara dan Hadi. Kalau mereka berdua bergaduh, mereka semua tidak pelik.

Mereka semua juga tahu yang Hadi suruh Tiara belikan makanan dia. 

Ada student yang simpati dengan Tiara dan ada yang tidak senang melihat Tiara membelikan makanan untuk Hadi.

Semestinya pelajar yang tidak senang itu ialah pelajar perempuan. Dan salah seorang pelajar itu adalah Intan.
//
Ketika itu, hari Khamis. Tinggal beberapa hari saja lagi tempoh Tiara untuk 'bayar' gantirugi.

Tiara sedang berada di dalam tandas. Dia sudah beri Hadi makanan yang dia pesan pagi tadi.

Semasa Tiara sedang basuh tangan di sinki, Intan masuk ke dalam tandas. Tiara pedulikan sahaja kerana dia ingat Intan mahu menggunakan tandas.

Tiba-tiba Intan berdiri di sebelah nya sambil memandang mukanya. 

"Kenapa Intan?" tanya Tiara

"Aku just nak cakap dekat kau yang tak payah nak menggedik sangat la dengan Abang Hadi. Mentang mentang dia suruh kau beli makanan dia, kau lagi nak mengada-ngada ek? Kau tak akan dapat la Abang Hadi. Dia tu kepunyaan orang lain" kata Intan

Tergelak Tiara mendengar kata-kata Intan.

"Apahal kau gelak? Sebab betul kan yang kau saja nak menggedik dengan Abang Hadi? Kau bukan perempuan first la yang aku jumpa yang nak try Abang Hadi" sambung Intan lagi

"Kau cakap apa? Aku menggedik? Mengada-ngada? Nak try Hadi? Kau jangan buat aku muntah la kat sini. Celah mana aku menggedik nya? Kau tak nampak ke yang Hadi tu suruh aku beli makanan dia? Kau ingat aku suka sangat nak bazirkan duit aku untuk dia? Tapi tak apalah, aku kira sedekah. Kau dengki ke sebab tak boleh nak belikan makanan untuk dia? Kalau kau dengki, aku persilakan kau untuk ganti tempat aku. Sebab duit aku pun banyak sangat dah keluar minggu ni" balas Tiara.

Suka hati dia je nak cakap aku menggedik. Tak ada kerja dia nak try mamat mereng tu. Nak di cekiknya ada lah.

"Kau tak payah pusing cerita lah. Konon tak suka la beli makanan untuk Abang Hadi, padahal kau suka kan?! Entah apa yang kau letak dalam tu tak tau la" tuduh Intan

"Eh mulut kau biar elok sikit. Biar muka buruk jangan perangai macam sampah. Kau ingat duit aku tu dapat dari langit ke sampai aku suka suka nak habiskan? Eh, cakap dengan kau ni , buat sakit jiwa je lah. Aku dah anggap aku beli makanan untuk dia tu aku sedekah, tapi bila aku cakap dengan kau ni rasa tak ikhlas pulak aku beli semua makanan dia tu. Sekarang ni, aku yang gedik ke engkau yang gedik ni? Gedik sangat sampai tuduh aku bukan bukan. Padahal orang lain tak ada pun cakap apa-apa dengan aku. Yang kau melebih apahal?" Dia dah la geram dengan Hadi, tambah pulak perempuan meroyan ni. Lagi panas hati dia.

"Apa kau kata? Aku gedik? Hey! Kau tu student baru kat sini. Buat la gaya macam budak baru. Ini macam dah lama sangat pulak belajar dekat sini" balas Intan

"Umur kau berapa?" tanya Tiara tiba-tiba

"22" jawab Intan

"Umur kita sama je. Tak payah nak lebih lebih"

"Masalahnya aku student lama dekat sini" balas Intan

"Tarikh lahir dekat IC kau sama je dengan aku. Tahun 1999. Dia tak tulis dekat situ pun siapa student lama siapa student baru. Kalau kau nak orang cakap elok-elok dengan kau, kau start dulu. Kalau macam ni la gayanya, orang tinggal nak pijak je kau ni" kata Tiara dan keluar dari tandas.

"Biadap punya betina! Kau tunggu. Kau tak tahu lagi Abang Hadi tu milik siapa. Dia milik Nia Natasha" kata Intan dengan penuh geram

thankyou sebab sudi bace :^):^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience