BAB 4

Horror & Thriller Completed 12235

“APA yang kamu nampak, Di?”  soal Mak Su Zila apabila Suri Jasmeen sudah masuk rumah.  Lengan Didi dengan pantas Mak Su Zila tarik lalu di bawa jauh sedikit dari rumah opah.  Kini keduanya berada di pondok kecil tempat Pak Su Lan letak buah-buahan untuk jualan. 

Didi tahu ada yang sedang ‘mengintip’  lalu dia berbisik.  Beristigfar Mak Su Zila, jadi yang jatuh atas bumbung kereta mereka berkemungkinan ‘benda’  yang Didi halaukan itu.  Didi tak mahu membuka cerita di depan Suri Jasmeen. Mak Su Zila juga memahami.

Sebab itulah dia meminta Suri Jasmeen masuk dahulu.  Lagipun Nial dah balik dari kilang, jadi dalam rumah sudah ada orang. 

Didi minta emaknya masuk segera.  Mak Su Zila akur namun saat dia mahu menutup pintu,dia sekali lagi memanjangkan lehernya menjengah tingkap rumah Nyah Rubiah.  Lampu hanya mereka  bukakan di bahagian dapur saja,  ada bayangan perempuan sedang tegak berdiri merenungnya tika itu.

Mak Su Zila mengecilkan lagi kelopak matanya.  Dia mahu melihatnya dengan lebih jelas lagi.  Dia menelan air liur dan terasa kesat bila air itu melalui rengkungan,  kelam-kabut dia tarik daun pintu lalu menyelaknya.  Dada berdebaran hebat.  Perkara tadi masih lagi bersisa kini apa yang dia nampak itu pula.

Sungguh semenjak dia diminta untuk ‘menjaga’  oleh emaknya itu, pelbagai jenis gangguan menghantui dirinya kini.   Ada ketikanya, suaminya juga menerima tempias.  Itu belum lagi dia memberi kata putus untuk menerima...

“Baik, baik... Tapi, kamu jangan salahkan emak kalau ‘anak’ mak yang ini, ganggu kamu anak-beranak. Dia sukakan kamu.  Tak apalah, emak tak kose nak bergaduh dengan kamu Mila oi... Emak sudah ada pengganti yang lain...”

Mak Su Zila meraup muka dengan berkali.  Sehingga ke saat itu, apa yang Nyah Rubiah perkatakan masih mengejar umpama  bayang-bayang sahaja. 

“Mak, ate ngape dok tercegat je kat pintu tu maknye?”  Nial atau Danial yang hadir secara tiba-tiba menegur tatkala sedari dia pergi ke  dapur, dia lihat keadaan  emaknya itu seperti patung butik pengantin sahaja.  Tegak!

“Hah, tak ada apa-apa.  Moh, moh...” sahut Mak Su Zila dengan nada kelam-kabut sahaja.  Nial masih lagi memerhati tingkah emaknya sehingga wanita lewat tiga puluh an itu, ke kamar.

Nial angkat bahu tanda pelik lalu bergerak ke arah bilik sambil di perhatikan oleh susuk yang sama Mak Su Zila nampak tadi di cermin tingkap rumah Nyah Rubiah yang masih tiada orang itu.  Nasiblah Nial tiada keistimewaan sepertimana abangnya walau dia juga budak silat.

Suri Jasmeen buka mata.  Bingkas bangun.  Gelisah dan tidak mahu lena langsung.  Terkibas-kibas tangannya kerana rasa panas secara tiba-tiba.  Kipas meja memang menghala padanya.  Kipas atas alang lagi.

Telefon pintar dia angkat lalu merenung skrinnya,  ada beberapa mesej dari Zafrul Hoon kekasih hatinya.  Aplikasi tersebut di natal.  Banyak juga pemuda mualaf berdarah korea itu hantar mesej, maklumlah dia berada di luar negara.  Namun tak lama akan tiba di Malaysia.

Suri Jasmeen masih lagi ralit membalas mesej tanpa dia mahu menghiraukan keadaan sekelilingnya.  Ada sesuatu sedang merangkak turun dari arah dinding dan seakan mahu pergi ke arah katil.

"Bau apa pula ni?" Dia menyoal dalam ralit. Mata dari merenung skrin telefon pintar kini bergerak ke atas atap dan juga alang. Kosong nasiblah tiada apa-apa yang matanya nampak.

Suri Jasmeen kembali merenung aplikasi Fac. Dan benda itu pula sudah pun berada di bawah hujung katil. Suri Jasmeen tidak sedar sepasang tangan kurus tinggal tulang namun kukunya sangat panjang berwarna hitam menjalar ke arah kaki.

Laju dia menyusup ke bawah bila Suri Jasmeen menghantar pandangan ke hujung katil. Entah kenapa, hati berasa kurang selesa nak-nak lagi dengan bau yang sedang dia hidu itu.

"Su... ri... su... ri..."

Laju dia mendongak kembali. Pegangan pada telefon pintarnya juga agak berketaran. Gerakan anak mata coklat cairnya meliar ke setiap sudut gelap dan juga pintu. Kemudian dia bawa pula pandangan matanya ke arah tingkap dan kerawang sebelah atasnya.

Memang dia terasa di hembusi angin. Suri Jasmeen cuba positifkan fikirannya dengan mengatakan itu adalah sapaan bayu malam dan tidak mungkin bisikan seseorang.

"Su... ri... su... ri..." Sekali lagi bisikan dari suara halus yang sama hadir menyapa lorong pendengaran.

"Siapa pula ni?" Suri Jasmeen menyoal dengan berkali-kali menelan air liur sendiri. Dahi sudah mula berpeluh.

Perlahan-lahan Suri Jasmeen memalingkan wajahnya, ke sebelah kanan katil mendepani almari tatkala ekor mata ternampak ada sepasang kaki berayunan dari atas almari.

Berkumat-kamit mulutnya membaca apa yang patut. Suri Jasmeen memang rasa mahu menangis apabila muka sudah menghadap almari dan perlahan-lahan bola matanya bergerak ke atas.

"Suri!" Sekali dia menyergah. Dari berada di atas almari kini sudah berada berdekatan dengan Suri Jasmeen yang memekup muka.

"Allah! Mak Su!!!"

"Kakak!!!" Pekik Mak Su dan Didi pabila ternganga saja pintu bilik.

"Allahuakbar!!!" Didi mengalunkan azan. Di mata Didi ada seorang wanita yang teramat tua berserkup kepala dengan batik lusuh dan bertongkat sedang melawan tatapan mata.

"Kakak, mak su ada ni. Bawak mengucap!" Pujuk wanita lewat tiga puluhan an itu sambil mendakap erat tubuh anak saudaranya itu yang tersedu-sedan memeluk tubuhnya.

Sementara itu...

Dalam lena Nyah Rubiah.

“KAU harus terima aku demi keselamatan kau juga, puteri,” sahut suara yang sama.  Jenuh wanita jelita itu mengalih posisi baringnya tetap sama, tidak mahu lena.  Malah tubuh rasa berbahang dan berpeluh dengan banyak.

“Kau siapa hah?” Nyah Puteri bercakap dengan mata yang terpejam.  Walau itu sekadar mimpi, tetapi dia merasakan sedang berada di alam tersebut secara nyata. 

“Aku keturunan kamu juga, Nyah Puteri,” ujar wanita jelita yang berpakaian seperti tuan puteri dongengan kanak-kanak.  Sungguh harum sekali bau tubuhnya tak ubah bau Nyah Puteri. 

“Baiklah jika kau mampu jaga keselamatan aku serta seluruh keturunanku aku ikat janji ini,”  sahut Nyah Puteri. 

Selain Nyah Puteri menerima cucuk sanggul dari tuan puteri yang tidak jejakkan kakinya atas tanah ini, Nyah Puteri juga  ada mengamalkan beberapa amalan lama.  Serta dia juga diharuskan  untuk ‘membela’  harta  arwah emaknya yang berasal dari  Tanah Sumatera.

Cuma sehingga kini, dia tidak tahu apakah ‘dampingan’  dia yang satu lagi.  Mungkinkah harimau putih siluman yang menyelamatkan dia tempohari?

“Ya Allah, cantiknya,”  puji Nyah Puteri setelah memegang cucuk sanggul berwarna gangsa berhulukan kerawang awan larat serta di tengah-tengah ada ukiran ayat jawa kuno. 

“Jangan di ulangi ayat itu,”  arah tuan puteri itu yang panas tiba-tiba.  Nyah Puteri mendongak secara melopong.   Tertanya-tanya.

“Nanti kau akan tahu kenapa aku larang.  Kau kena jaga ia dengan elok.  Dan satu lagi jauhkan ia dari Al Quran, seeloknya sentiasalah berada di atas sanggul kau itu,”  ujarnya menggawangkan tangan, spontan cucuk sanggul terlepas dari tangan Nyah Puteri lalu terselit atas sanggul.

“Setiap malam rebo wekasan kau perasaplah ia, sama seperti amalan kau yang lain,”  ujarnya sebelum ghaib begitu sahaja.  Namun harum tubuhnya masih lagi meninggalkan kesan.

“Hah!” 

Nyah Puteri yang sudah terbuka mata terus bangun lalu menegakkan posisi duduk.  Tangan memegang rambut belakangnya g terurai dengan perlahan-lahan benda yang tiba-tiba ada itu, dilorot ke bawah.

Menggenggam dahulu.  Hati berdebaran.  Perlahan-lahan dia buka genggaman lalu terpaparlah cucuk sanggul sama seperti dalam mimpinya tadi. 

“Hah!”  jeritnya bingkas bangun dengan cucuk sanggul dia lepaskan lalu terjatuh  atas tilam kerana terlalu terkejut.  Dia hanya bermimpi tetapi cucuk sanggul itu wujud.  Bagaimana ia boleh terjadi?

“Nak Puteri, ingat pesan nenek setiap apa barang yang kita perolehi tak kisah dari mana jagalah ia dengan baik...”

Dengan tak dia minta, pesanan arwah neneknya terimbau di kotak ingatan.  Nyah Puteri menghelakan nafasnya lalu mengutip kembali cucuk sanggul tersebut dari atas tilam, menapak ke arah meja  solek memandang cermin sambil tangan menyimpul sanggul lalu cucuk sanggul dia pasak pada sebelah atas sanggul.

Sekejap itu juga makin berubah penampilan Nyah Puteri.  Dia yang sememangnya jelita bertambah jelita.  Seterusnya dia tersenyum di hadapan cermin. 

Tidur yang sememangnya tidak lena membuka kelopak matanya. Laju Nyah Rubiah bangun dan memerhati sekeliling.

"Mak..."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience