BAB 15

Adventure Completed 1114

“Sekejap, kita mempunyai bom magnet? Bermakna,” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Tody mencelah

“Tetapi bilangan bom itu tidak banyak,” katanya.

“Tetapi bom ini mampu menarik magnet sejauh 1000 km. Walaupun kita hanya mempunyai 10 biji bom ini, namun ini sudah memadai,” kataku tenang.

“Tetapi jarak yang diperlukan The Soldier adalah sekurangnya-kurangnya 5000 km untuk meletupkan sebuah planet kecil. Jadi, jika planet sebesar ini, mungkin kita memerlukan jarak 3000 km untuk berjaya,” kata Petra.

“Tetapi saya risau sekiranya impak tekanan dari atmosfera mereka mungkin akan menghancurkan The Soldier,” kata Tody.

“Baiklah, jika begitu, Newt, keluarkan 50 ribu askar robot kita. 40 ribu membaluti The Soldier bagi melindunginya, 10 ribu lagi cuba meniru bentuknya dan mengelirukan pihak musuh. Seperti klon, jadi Newt, berapa bilangan askar kita yang tinggal?” tanyaku.

“100 ribu” balasnya. Kelihatannya para askar mula mengelilingi The Soldier bagi melindunginya dan yang lain pula meniru reka bentuknya untuk mengelirukan mereka. Perlahan-lahan kami mara.

“Impak semakin kuat,” kata Petra.

“Kita masih boleh bertahan. Newt, bersiap-sedia untuk jatuhkan kedua-dua jenis bom. Pastikan bom magnet yang dijatuhkan dahulu,” kataku.

“”Kita harus cepat kerana The Soldier mungkin tidak dapat bertahan,” kata Petra. Satu mesej terpapar di skrin komputerku. Ianya daripada Ketua Heli. ‘Yakin pada diri sendiri, dan jangan tertekan’. Aku tersenyum. Dia sentiasa menyokong dan yakin dengan setiap perbuatanku. Aku kembali fokus.

“Jarak kita menghampiri 3000 km,” kata Tody.

“Newt, dekatkan jarak askar dengan The Soldier. Arahkan mereka untuk membuka sedikit ruang di hadapan untuk melakukan tembakan,” arahku. Bagus, nampaknya rancangan ini ternyata berjaya mengelirukan mereka. Kelihatan askar musuh cuba untuk menyerang klon The Soldier itu.

“Jatuhkan bom magnet,” jeritku. Satu persatu askar musuh mula ditarik kecuali askar kami. Itulah fungsinya. Menarik askar lain tetapi bukan askar kami.

“Baiklah. Dalam kiraan tiga,” semua kelihatan bersiap-sedia.

“Satu, dua, tiga. Tembak sekarang dan segera menjauh,” arahku. Dengan segera, askarku mula bergerak menjauhi planet tersebut. Mujur tiada apa-apa terjadi kepada The Soldier dan tiada pertumpahan darah yang perlu terjadi. Kelihatan skrin gergasi itu memaparkan satu-persatu kemusnahan yang terjadi di Planet Trizon itu. Semua bertepuk tangan. ‘Akhirnya selesai,’ kata hatiku.

Kini, aku telah dilantik sebagai Jeneral Max Alexander di usia yang sangat muda. Penduduk bumi semuanya sudah mengetahui tentang aku termasuk Tom.

Namun, aku pulang ke bumi bukanlah untuk disanjung atau apa-apa, aku hanya ingin berjumpa dengan kedua orang tuaku dan aku tetap harus kembali ke akademi itu pada minggu hadapan. Masih banyak perkara yang menanti diriku.

“Macam tak percaya je apa yang telah jadi kepada diriku ini,” kataku sambil memandang ke luar tingkap. Betullah kata orang, kita harus yakin terhadap keputusan kita sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience