"Kau follow je mana dia pergi buat apa aku suruh. Aku taknak benda ni kantoi kau buatlah apa pun yang penting tak bocor semua."
"Baik boss!"
"Huhh berani ye kau dhia.. Ingat kau bahagia ke? huhhh tunggu lah nasib kau nanti!"
*RUMAH ZAFRIL DAN DHIA
Dhia yang sedang menyediakan sarapan tersentak apabila kerusi di meja makan ditarik zafril.
"Abang boleh tunggu sekejap.. Dhia dah nak siap dah ni." beritahu dhia sambil tangannya ligat menggaul sebati mee goreng.
Zafril hanya diam sambil bermain dengan telefonnya. Sekali sekala dia mencuri pandang dhia yang sedang menyediakan sarapan. Setelah beberapa minit dhia datang kemeja makan bersama semangkuk mee goreng basah buat suaminya. Sambil menuang air kopi kedalam cawan dia merasakan dirinya diperhatikan.
"Abang makanlah. Sorry semalam dhia tak buatkan makan malam untuk abang.." sayu dhia berkata sambil memegang tangan suaminya meminta maaf.
Zafril tersenyum melihat kelakuan dhia yang mencuit hatinya. Sebelah tangannya mengusap kepala isterinya dengan perlahan.
"Perut okay tak? Pinggang? Nak hug lagi tak?" soal zafril menyakat dhia sebelum mendapat jelingan tajam dari si isteri.
Dhia hanya menahan malu dengan muka yang merona merah disebabkan soalan suaminya. Dia menjarakkan dirinya dengan zafril lalu mencedokkan sesenduk mee goreng ke dalam pinggan suaminya.
"Okay dah.. Awak boleh tak kita pergi groceries kejap lagi? Barang dapur dah habis." beritahu dhia memandang kewajah suaminya.
"Boleh nanti kita pergi. Dhia tak makan ke?"
Dhia menggeleng kerana dia rasa bersalah suaminya tidak menjamah makan malam semalam gara-gara dia.
Zafril menarik dhia dekat dengannya lalu menyuakan mee goreng. Dhia yang terkejut dengan tindakan zafril hampir sahaja menjerit. Mulanya dhia menolak tapi apakan daya bila dirinya ditahan oleh si suami. Akhirnya dia mengalah dengan membuka mulut menerima suapan zafril. Zafril tersenyum melihat perubahan isterinya.
'Adakah dia dah mula terima aku??...' bisik hati zafril.
*PASAR RAYA
"Abang, tolong ambilkan sos cili atas tu... Dhia tak sampai.." pinta dhia kepada suaminya yang sedang menolak troli.
"Boleh miss pendek dhia.." gurau zafril sambil mencuit bahu dhia lalu mencapai botol sos yang diminta isterinya.
Dhia hanya menggeleng suaminya ada je nak menyakat. Sedikit dhia tersenyum dengan gurauan suaminya.
Selesai bayar mereka menuju ke parking basement untuk pulang kerumah.
"Alamak abang lupa bayar parking. Dhia tunggu sini kejap jangan pergi mana-mana." pesan zafril sebelum berlari ke mesin pembayaran automatik.
Sedang dhia berdiri menunggu zafril dia merasakan seperti ada orang yang mengekorinya. Sejak dari dalam mall lagi dia sudah rasa tak sedap hati inikan lagi dikawasan yang gelap diparking basement. Dhia tak berani berpaling ke belakang dia hanya mampu beristighfar dan berdoa agar dilindungi Allah.
'Bukk'
Dhia yang tak sempat berbuat apa-apa ditolak seseorang dari belakang hingga terjatuh ditengah laluan. Ketika itu juga terdapat sebuah kenderaan pacuan 4 roda memecut dengan laju hendak melanggar dirinya. Zafril yang terlihat isterinya begitu dengan kereta yang memecut, bergegas lari mendapatkan isterinya. Zafril menarik dhia ketepi dan mengeluh perlahan.
Dhia memeluk zafril seeratnya bersama tangisan akibat terkejut dengan situasi tak diduganya.
"Sial!!" jerit zafril dengan kuat melepaskan amarahnya.
Zafril menilik isterinya sambil membalas pelukan isterinya. Syukurnya dia sempat berlari untuk mendapatkan isterinya yang hampir dilanggar.
'Ya Allah... Kalau aku lambat tadi....'
"Sssaaa...Sakittt... shhshsh..." ucap dhia bersama tangisan. Akibat tolakan tadi berlaku hentakan kuat dilututnya.
Zafril yang mendengar ucapan dan tangisan dhia segera mendukung isterinya 'bride style' menuju ke kereta. Dia meminta security guard menolak troli menuju ke keretanya. Zafril juga begitu bengang dengan security guard yang tidak menjalankan tugas dikawasan gelap tersebut.
* RUMAH DATO' HISHAM
"Syukur puan dhia takde sebarang luka yang serius. Cumanya terdapat lebam dan luka dilututnya akibat hentakan yang kuat. Saya juga ada berikan ubat tidur kerana puan dhia kemungkinan terkejut hingga menyebabkan dia trauma sedikit. Yelah situasi yang tak diduga berlaku. Tapi apa-apa pun sekarang ni puan dhia kena berehat untuk sembuhkan lutut serta mental dia." terang doktor suraya kepada zafril.
"Macam mana boleh jadi macam ni zaf??" soal dato' hisham yang juga berada didalam bilik anak sulungnya itu sambil memandang kewajah zafril.
Zafril menceritakan semuanya kepada papa, mama, zarah dan doktor suraya.
"Mama kalau dapat sape yang buat ni nahas dia." geram puan aima sambil mengusap kepala menantunya.
"Memang salah zaf jugak tinggalkan dhia sorang tadi." sesal zafril jikalau dia tidak tinggalkan isterinya keseorangan mungkin semua ini takkan berlaku.
"Benda nak jadi dah along." tutur zarah yang diam sedari tadi.
"Okay apa kata kita bagi puan dhia rehat dulu. Zafril, ini ubat untuk puan dhia ada ubat sapu dan ubat cuci luka. Nanti cuci dan sapukan setiap kali lepas 5 jam. Ni pun ada bandage untuk elakkan kuman make sure pantaukan puan dhia ye jangan bagi lasak. Saya minta diri dulu ye ada patient tunggu."
Angguk zafril faham akan nasihat doktor suraya. Dato' hisham, puan aima dan zarah juga turut keluar meninggalkan dua pasangan itu didalam bilik.
'Sorry sayang...' bisik hati zafril kesal meninggalkan dhia keseorangan.
"Hello riz, aku nak jumpa kau kejap... Okay nanti aku datang.." tutur zafril setelah mendail nombor sahabat karibnya hariz yang juga merupakan seorang doktor. Setelah mematikan panggilan dia mengambil kunci kereta lalu keluar dari bilik tidur itu.
*STARBUCK CAFE
"Assalammualaikum! "
Zafril dan Adam yang sedang menghirup air mereka mengalihkan pandangan kepada si pemberi salam.
"Waalaikumussalam!" jawab adam.
"Waalaikumussalam, bro" jawab zafril sambil berjabat tangan.
Hariz yang baru tiba setelah memberi order kepada waiter mula bersuara.
"Apa cer zaf? Lepas kahwin ni apa perkembangan?" soal hariz kepada zafril.
Zafril hanya menganggukkan kepala.
"So far alhamdulillah okay cumanya... Tadi ada orang nak langgar dhia." beritahu zafril mengundang kejutan kepada adam dan hariz.
Adam yang ligat berfikir mula memberikan pendapatnya.
"Aku rasa ada orang yang dendam ni. Yelah kan start dari rumah dania lagi kan." ujar adam.
Zafril dan hariz turut merasakan benda yang sama.
"Aku ada dapat mesej dari sape taktahulah." maklum zafril sambil menghulurkan mesej yang terdapat ditelefonnya kepada adam dan hariz.
"Bahaya ni zaf. Sekarang ni keselamatan dhia, maknya dengan dania jadi taruhan ni." ujar hariz kerisauan
"Kau send aku nombor ni aku siasat. Pape aku update kau." ujar adam kepada zafril.
Zafril hanya menganggukkan kepalanya lalu mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Sedang dia melayani perasaannya terlihat seperti seseorang dengan pakaian hitam memerhatikannya disebalik tembok.
"Bro, aku rasa ada orang follow aku ni." beritahu zafril kepada adam dan hariz.
Adam dan hariz turut menghalakan pandangan keluar tingkap terlihat seorang berbaju hitam disebalik dinding.
Zafril tanpa beragak terus bangun diikuti adam dan hariz menuju ke luar cafe. Sebaik mereka keluar lelaki itu sudah menghilangkan diri.
"Cis sial mana dia lari!" geram zafril sambil menendang tembok yang didepannya.
"Sabar zaf.. kitorang ada kitorang tolong kau.." ujar hariz sambil menggosok belakang zafril.
"Shit! macam mana korang buat kerja haaa!! Memang tak boleh diharap!" amuk seseorang didalam gudang kosong.
"Boss, suami dia tu peka sangat susah kita nak buat..."
"Betul tu boss!"
'Hmm suami dia pun not bad.. '
"Dah ahh blah!"
next
Share this novel