Bab 1

Romance Completed 21373

"Aku terima nikahnya Iris Lidya binti Muhammad Iman dengan mas kahwinnya RM200 tunai." lafaz Rayyan dengan sekali nafas. Isteri yang tidak pernah disangka. Itulah yang berada di fikiran Rayyan Hadif. Mengambil penolongnya di sekolah menjadi penolongnya dirumah sehingga akhir hayat.

Iris Lidya dilantik sebagai penolong ketua pengawas di sekolah supaya menyenangkan kerjanya sebagai ketua pengawas.

Iris mengetap bibirnya kuat. Jika tidak kerana amanat akhir arwah datuk Rayyan supaya dia mengahwini lelaki itu, dia tidak ingin menjadi isteri semasa berusia 17 tahun. 'Arrggghhh... bagaimana alam perkahwinn mereka nanti? Adakah aku akan diceraikan Rayyan?' Iris tertanya sendiri.

Disalam tangan lelaki yang sudah bergelar suami itu apabila lelaki itu sudah menyarungkan cincin. Dibalas pula dengan ciuman di dahinya.
Selepas majlis akad nikah selesai, mereka bersalaman dengan tetamu yang hadir. Keluarga mereka juga memberikan beberapa nasihat untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga.
Iris dan Rayyan hanya tersenyum hambar.
**********************
"Aduhh.. kenapalah arwah atuk minta aku kahwin dengan kau. Takde perempuan lain ke? Dahlah masa umur 17. SPM tak lepas lagi. Sama sekolah. Penolong aku pula tu. Adoii.. kawan-kawan tahu mampus!" bebel Rayyan.
Mereka kini dibilik. Dua-dua dah tukar baju dalam bilik air. Kononnya hendak menjamin keselamatan diri. Biasalah, tak matang lagi.
"Daripada kau duk membebel baik turun bawah. Karang diaorang ingat kita buat benda lain dalam bilik. Lagi mampus kena gelak. Kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau. Yelah berbual pun jarang. Masa mesyuarat je. Itupun bukan berbual. Ingat muka kau yang handsome tu buat aku gilakan kau macam budak lain? Sorry, tak. Alaa.. senang-senang tak payahlah cakap dengan kawan-kawan. Buat rileks je. Dah lah... kau nak berkabung dalam bilik aku ni, suka hati kaulah." panjang Iris membalas.
Bagai kena tembak berdas-das oleh Iris. Rayyan memandang isterinya yang sudah berjalan keluar lalu menutup pintu. "Hei... kalau bukan bini aku mesti aku dah sumbat dia dalam kawah tau. Takpun aku lipat masuk dalam poket. Geli aku bila semua cakap aku dengan dia macam cincin dengan permata. Taulah sama-sama handsome dengan cantik. Tapi tak perlulah bagi peribahasa macam tu. Muntah, muntah!" Rayyan sambung membebel.
**********************
Iris membantu mengemas apa yang patut. Majlis nikah kecil-kecilan saja. Tiada majlis persandingan. Rayyan dan Iris yang tidak mahu. Kalau buat mesti keluarga mereka mahu adakan secara besar-besaran. Habislah seluruh sekolah tahu.
"Dya, mana Rayyan? Kamu biarkan suami sorang-sorang dekat atas?" tanya Hajah Laila. Tak senonoh betul. Tentulah Rayyan tidak biasa lagi dengan keluarga ini. Jadi tugas Iris lah untuk memperkenalkan.
Dalam hati ibu tua itu sebenarnya berasa leha kerana anaknya dikahwinkan dengan orang yang dipercayainya. Arwah datuk Rayyan, Encik Zaidan merupakan rakan baik arwah ayah Hajah Laila. Jadi, Encik Zaidan mahu keluarga mereka mempunyai hubungan. Kerana itulah dia membuat amanat seperti itu.
Jawapan Iris mengejutkan Hajah Laila dari lamunannya. "Biarlah pak cik tu, umi. Dari tadi membebel." selamba sahaja jawapan Iris. Baru sahaja Hajah Laila mahu menegur, suara Rayyan kedengaran.
"Sedap sahaja awak mengata saya, ea?" Rayyan menjeling. Hajah Laila meninggalkan mereka berdua. Saja memberi ruang.
"Tak payahlah bersaya, awak sangat. Dah macam biawak aku dengar. Kau nak apa-apa ke? Ke kau lapar. Nasi ada lagi." Iris tidak mahu memanjangkan isu itu. Terus dia mengubah topik.
"Lepastu, kau nak aku panggil kau Dya? Eee.. aku panggil kau Iris kat sekolah pun jarang. Nak panggil Dya. Muntah hijau aku. Aku laparlah. Hidangkan makanan." Rayyan mengarah.
'Ek eleh, mamat ni.... Mentang-mentang kau ketua kat sekolah, nak gebang pula. Nasib baik kau laki aku. Kalau tak, aku jolok mulut kau tu dengan sudip ni.' Iris membebel dalam hati.
"Dya tu orang tertentu je boleh panggil. Dan kau bukan orang tertentu itu. Depan family je awak, saya. Kalau tak, macam biasa. Kau pergilah borak-borak dengan diaorang dulu. Dah siap, aku panggil." Dayana menolak lelaki itu supaya keluar dari dapur.
**********************
"Hei, Rayyan. Tak sangka pula sepupu aku kahwin dengan kau. Memang berjodoh. Kat sekolah berpasangan, dekat rumah pun sama. Sweetnya..." Khairil merupakan rakan sekelas Rayyan dan Iris juga merangkap sebagai sepupu Iris.
Rayqal menjeling tajam Khairil. Malu bila diketawakan oleh ahli keluarga yang lain. "Korang muda-muda dah kahwin. Baguslah tu. Ni tengok akak. Dah umur 21 tahun pun takde calon." Irdina, kakak Iris berseloroh.
"Depan kakak tu calon yang setia menanti. Mana ada takde calon." suara Iris menyampuk perbualan mereka.
Iridina memandang kehadapan. Terus merah padam wajahnya. Seniornya diunversiti turut hadir. Tidak perasan pula bila dia duduk dihadapannya. Ah! Mesti walid yang jemput.
Lelaki itu hanya tersengih.
"Que, betul ke?" tanya Haji Amin pula. Que hanya mengangguk. "Tunggu masa nak hantar rombongan." Que tersengih lagi.
"Wah, dia baguslah. Makin besarlah keluarga besan kita ni ya tak abang?" Puan Sri Hadina menambah perisa. Seronok pula berborak dengan keluarga besan ini.
Iris mencuit bahu Rayyan. "Dah hidang. Pergilah makan." kata Iris seperti berbisik. Tidak mahu menganggu perbualan yang sedang berlaku. Rayyan menapak ke meja makan lalu menyantap nasi arab itu dengan berselera. 'Pandai juga dia hidang.' bisik hati Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience