Bab 7

Vampire Series 4523

Setibanya aku di tempat yang paling aku gemari , aku mengambil tempat duduk di kerusi panjang . Aku bersandar lalu kepala aku dongakkan dengan mata terpejam .
Keluhan berat aku lepaskan . Terasa rumit sungguh perjalanan hidup ini . Aku tidak layak untuk bahagia kah ? Aku sudah cukup bersabar .
Seberat apapun masalah itu , aku lalui dengan kesabaran . Aku berusaha sedaya upaya untuk tidak menangis setiap kali mengalami percobaan . Kerana setiap butir yang jatuh , akan mengingatkan aku betapa lemahnya aku menghadapi semua ini .
Berapa banyak lagi yang aku harus tempuhi dengan kesabaran ? Sungguh aku penat dengan semua ini .
Sekali lagi aku melepaskan keluhan berat . Ini sajalah cara aku melepaskan semua yang terlubuk di hati aku .

“ Saya sentiasa ada untuk awak Cealyn . ”

Tiba-tiba terlintas sebuah situasi di dalam minda Emelyn . Apa semua ni ?

“ Asalkan awak janji yang awak tak kan tinggal kan saya . Awak janji ? ”

Dia ! Lelaki yang meraung nama Cealyn sewaktu aku tidur ! Apa ni ?! Mimpi ? Tak mungkin ! Aku masih terjaga ni ! Imaginasi ? Atau satu lagi memori Cealyn ? Ah tak mungkin !
Namun aku tidak dapat melihat dengan jelas rupa lelaki ini . Hanya suara yang dapat aku ingat .
Mata aku masih seperti tadi , terpejam . Aku cuma nak pastikan yang ini hanya sebuah imaginasi . Mana lah tahu terbawa-bawa dengan mimpi ngeri hari tu kan ?

“ Saya janji akan jaga awak . ” kata lelaki itu .

Tiba-tiba air mata aku jatuh . Aku masih memejamkan mataku sambil tersenyum kecil . Betapa gembiranya aku jika seseorang mengatakan kata-kata itu kepadaku .
Dan entah sejak bila aku terlena di taman itu . Terasa hari ini amat melelahkan .

••••

“ Emelyn . ” panggil seseorang .

Aku mencari kelibat suara itu . Aku pasti , itu suara Cealyn !

“ Emelyn . ” panggilnya lagi .

Aku memerhati sekeliling sehingga mata aku bertembung dengan sepasang mata itu . Mata Cealyn .

“ Apa kau nak sebenarnya ? Boleh tak kau jangan ganggu aku lagi ! ” kata aku keras .

Cealyn mendekati aku lalu mengusap lembut pipiku yang baru saja menjadi sasaran pelepasan kemarahan . Perlahan-lahan dia mengukir senyuman kecilnya .
Aku sudah biasa melihat senyuman itu . Malah aku ingat senyuman itu . Kalau aku buat senyum macam ni , memang confirm sama .

“ Apa kau nak sebenarnya Cealyn ? ” soalku perlahan . Aku sudah penat untuk bermimpi tentang dia .

“ Aku tak nak apa-apa . Aku cuma nak kau bangun sekarang . Orang-orang yang kau sayang sudah balik ke dunia sebenar . ” katanya perlahan . Aku tatap matanya yang kelihatan sedih .

Serta merta mata aku terbuka luas . Jantung berdegup laju . Aku kerling jam di tangan . Sudah pukul dua belas pagi . Ui lamanya aku tidur !
Nasib juga tak ada benda buruk yang jadi dekat aku sepanjang aku tidur tadi . Siapa tak takut oii ! Hutan ni !!
Aku menghembus nafas lega , cuba untuk menghilangkan debaran di hati . Aku meraup wajahku . Aku tengah fikir sekarang nak balik atau tak ?
Jap ! Aku mimpi Cealyn kan tadi ? Apa dia cakap ?

‘ Orang-orang yang kau sayang sudah balik ke dunia sebenar ’ ?

Apa maksud dia ? Kenapa cakap macam tu ? Kenapa reaksi dia sedih masa cakap macam tu ?

“ Emelyn . ”

Aku perhatikan sekeliling taman itu . Aku memang sangat pasti ada orang panggil nama aku tadi . Aku pasti tu Cealyn . Tapi taman ni macam sunyi je . Hanya aku seorang yang berada di sini .

“ Keluarga kau . ” katanya lagi

Jantung berdegup dengan kencang semula . Keluarga aku ? Kenapa dengan mereka ?
Tiba-tiba aku teringat kembali kata-kata Cealyn semasa aku tidur . Tak .. Tak mungkin !
Lantas aku bangun dari posisi aku lalu berlari selaju yang mungkin menuju ke rumah aku . Dalam hati hanya mampu berdoa agar mereka baik-baik saja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience