BAB 11

Romance Completed 4317

Rohani yang setia di sisi mendengar setiap cerita, Rohani yang sudi meminjamkan bahu untuk dia menangis dan Rohani yang selalu memberikan semangat untuknya.

Kerana Rohani juga Dahlia yakin, dia masih mampu hidup walaupun tanpa Yusra di sisi.

“Jauh termenung?” Teguran itu mengejutkan Dahlia. Punah segala kisah silam yang tertayang di ruang mata seketika tadi. Mata yang basah dikesat sepantas kilat, tidak mahu Rohani tahu dia sedang berduka. Rohani mengambil tempat di sisinya di atas katil.

“Masih berharap pada dia?” Pertanyaan itu kembali mengudang rasa sebak di hati Dahlia. Dia menunduk dengan kolam mata yang bergenangan.

“Lia... it’s been years okay?”

“Aku tahu... tapi...” Air mata Dahlia menitis lagi. Rohani menariknya ke dalam pelukan.

“Aku sangka aku dah boleh lupakan dia. Tapi aku silap, Lin. Hanya dia lelaki yang ada dalam hati aku ni, dari dulu dan tak pernah berubah sampai sekarang...” Rohani mengusap bahu Dahlia.

Dia faham apa yang dirasakan gadis itu. Dia yang setia mendengar setiap cerita Dahlia tentang Yusra dan sehingga kini pun, ‘tanggungjawab’ itu masih tergalas di atas bahunya.

“Serahkan semuanya pada Allah, Lia. Kalau ada jodoh kau dengan dia, kau tetap akan bersama dia satu hari nanti,” pujuk Rohani.

“Kalau tak?” tanya Dahlia dalam esak tangisnya.

“Kalau aku dengan dia tak ditakdirkan untuk bersama?” Dipandang wajah Rohani dengan renungan kabur.

“Kau percaya sepenuhnya pada Allah, kan?” tanya Rohani perlahan. Dahlia mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience