lima puluh

Romance Series 207093

Wajah yang tidur mengiring menghadapnya itu diperhati dari tadi. Entah berapa lama wanita itu tertidur selepas aktiviti mereka tadi.

Azan zuhur sudah lama berlalu, jam di dinding sudah menunjukkan angka 3. Hujan di luar juga sudah lama berhenti, hari mulai cerah kembali biasa.

Khalish menarik perlahan lengannya di bawah kepala Shira sebelum mengesot bangun, bersandar pada kepala katil.

Rambut Shira dielus-elusnya sambil mengejut lembut,

"Shira sayang. Bangun... Mandi, solat." dibisiknya lembut

"Yang.. bangunlah.." panggilnya lagi. Dahi Shira dikucup-kucupnya sehingga berkerut dahi wanita itu kerana tidurnya diganggu.

Mata yang terasa berat diangkat juga. Wajah beku Khalish menyapa pandangannya. Terus ditutup kembali.

"Orang penatlah.. ngantuk." rengeknya manja. Selimut yang menutupi separas bawah bahu itu ditariknya lagi hingga ke paras dagu sambil mengesot ke perut Khalish.

Mengada.

"Dah pukul 3 ni.. kita tak solat zuhur lagi. Hmm? Solat dulu ye? Jomlah.." ajak Khalish lagi.

Bahagian belakang Shira yang sedikit terdedah tanpa sehelai benang itu diusap lembut.

"Em..." balasnya tanpa membuka mata. Mahu bangun tapi tubuh dirasakan berat semacam, penat.. malas..

Khalish mengeluh berat sebelum menguak selimut tebal yang menutupi tubuhnya sebelum bangun ke bilik air. Meninggalkan Shira yang masih enak berbaring.

Bila pasti Khalish sudah berada di dalam bilik air, Shira membuka matanya. Badan perlahan-lahan dikesot ke kepala katil juga. Bersandar.

Serta-merta wajahnya berkerut menahan ngilu dan sedikit pedih pada bahagian bawah. Bawah perutnya ditekan-tekan perlahan.

'Mak ai.. tadi bukan main syok, dah ni.. sakit la pulak.' rungutnya sendirian.

Shira menguak sedikit comforter untuk turun dari katil sebelum sesuatu menyapa pandangannya lagi.

'Ini...' kesan gelap di atas cadar kelabu itu dilihat dan disentuhnya.

Membulat matanya bila mengetahui..

"Abang! Abang...!" Shira menjerit kecil memanggil Khalish.

Pintu kaca bilik air ditolak sedikit kasar oleh Khalish,

"Kenapa? Are you okay sayang?" tali bathrobes ditubuh diikat ala kadar sambil mendekati pantas pada si isteri di atas katil.

"Kenapa ni? ha?" wajah terkejut Shira dipegangnya sambil bertanya cemas.

"Tu.." bibir sedikit dimuncungkan menunjuk kepada comforter.

Berkerut dahi Khalish di sebalik rambut basahnya. Tak sempat mahu mengelap diri apabila mendengar namanya dijerit Shira tadi.

"Ada apa?" tanya Khalish sambil mengalihkan comforter dan dilihatnya yang sama dengan Shira tadi.

Khalish lega. Fikirnya apalah yang ditakutkan sangat si isteri tadi. Rupa-rupanya..

"Betul ke bang?" Tanya Shira ragu-ragu.

Bukankah sebelum ini tragedi hitam itu sudah mencemarkan maruahnya? Tapi mengapa..

"Hmm.. You're virgin." ucap Khalish perlahan sambil mengangguk.

"Tap-tapi.. bukan ke Shira dah ko-" bibirnya ditindih lembut, sekilas sebelum dilepaskan.

"No you're not sayang.. I told you before, even though 'that' happens, I'll still choose you." ucapnya perlahan.

Mata berkaca Shira dikucupnya kedua belah sebelum menarik si isteri ke dalam pelukan. Diusapnya lembut belakang itu bagai mendodoi anak kecil.

"Now you have been mine.. forever. Not that guy.. not anyone. Just me." suara Khalish kedengaran lagi di sebelah telinganya, berbisik.

"Sekarang.. jom mandi. Hmm? Tak perlu fikirkan hal ni sangat. Okay?" ajak Khalish lagi.

Dia bangun dari duduknya sebelum menyua tangan, ingin memimpin Shira bersama.

Tapi langsung tak disambut wanita itu.

"Yang?"

"Apa yang abang fikirkan ni?" Pandangan tajam Shira padanya membuatkan Khalish kaget.

'Ha? Dah apahal pulak ni?'

"Fikirkan apa? Abang nak ajak mandi la. Tak boleh?" tanya Khalish pula, membalas.

"Hish! Pergi la amik tuala kat Shira! Takkan orang nak bogel je ke toilet sana!" geram dengan suami schizonya yang langsung tak faham keadaan semasa.

Adakah patut diajaknya dia begitu saja dalam keadaan begitu? Nonsense!

"Ooh. Kenapa tak cakap? Abang lagi suka ayang tak pakai apa-apa." ujar Khalish dingin, menuju ke sebuah almari di hujung bilik.

Segulung tuala diambilnya sebelum diberikan kepada Shira.

"Cepat sikit. Dah pukul berapa ni." Khalish berpesan ala kadar sebelum melangkah kembali ke arah bilik air.

"Shira taulah." masih cemberut wajah itu seperti tadi. Tuala dibalut pada tubuh sebelum berjalan ke arah bilik air yang tak ditutup.

"Au.." desisnya perlahan setelah beberapa langkah. Terbongkok-bongkok Shira seketika menahan sakit.

"Abang! Bang."

"Nak apa lagi?" muncul Khalish dengan tuala pada pinggang yang hanya dipegang, air membasahi seluruh tubuhnya. Ditanyanya malas.

"Sakit.." adu Shira perlahan. Bawah perut ditunjuknya sayu.

Khalish mengeluh lagi entah yang keberapa kali sebelum keluar dari bilik air begitu saja.

Tubuh basah itu mengendong Shira selembut yang mungkin sebelum dibawa ke bilik air bersamanya.

"Mengada." suara perlahan Khalish dapat ditangkap Shira.

"Sape yang mengada? Shira? Eh abang ni.. kate kat orang. Shira sakit sebab abang tau tak? So please tolong sikit ek." balasnya tak puas hati.

Memuncung bibirnya, merajuk. Wajah mencuka diberikan. Protes!

"Okay.. sorry." balas Khalish, malas bergaduh. Shira dilihatnya sekali, masih sama.

'Merajuk lah tu. Haih...'

"Sayang sakit sangat ke? Hmm?" suara dilembutkan selembut-lembutnya sambil duduk bertinggung di hadapan Shira

Sebelah tangan itu diusap kekuranya sambil bertanya.

Mahu luruh hati wanitanya mendengar bicara Khalish. Mama!

"Sakitlah." tetap dibalas soalan Khalish walaupun dalam nada merajuk. Wajah itu langsung tak dipandangnya.

"Sorry sayang.. let me cure you hmm?" lutut Shira yang terdedah dikucupnya lembut berkali-kali sebelum lama-kelamaan bertukar lain macam.

Berkerut wajah Shira sebelum tangan menghentikan perbuatan Khalish yang sudah melalut ke mana-mana.

Mata yang kian kuyu itu diangkat bertentang mata dengannya pula.

"Why? Let me cure you." ayat yang sama diulang semakin membahangkan wajah Shira.

"Kate nak rawat, nanti lagi sakitlah kalau macam ni." ujarnya perlahan sambil menunduk. Kedua tangan dimain bersama. Malu yang amat.

"Practice make perfect hon.." jawapan Khalish membuatkan Shira mahu pengsan.

"Kata nak solat. Cepatlah! Dah lambat dah ni." pantas dipintas Shira, mengubah topik sebelum perkara lain pula yang berlaku.

"Fine then." Khalish bangun sebelum mula memandikan Shira.

"Niat." ujarnya kosong. Shira hanya mengangguk diam, blushing!

Dalam mandian bersama itu, tiba-tiba Khalish berbisik padanya.

" I am not done with you. After our prayers, we continue okay?"

"Tapi.."

"No excuses."

Dengan malu-malu kucing Shira membalas pandangan Khalish.

"Okay." balasnya perlahan, menahan malu apabila air diratakan di tubuhnya oleh Khalish.

"Good wife."

-schz wll updt on frdy. tq-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience