BAB 7

Horror & Thriller Completed 9981

-10.30 malam-

Casier tercungap-cungap melarikan diri. Nyawanya lebih penting sekarang ini!

Yukiko mengejar dari belakang dengan laju. Mereka berkejaran di dalam hutan.

Casier hampir kehilangan nafasnya. Dia tetap gagahkan diri untuk berlari.

"Tolong!" jerit Casier di tengah malam.

Yukiko akhirnya berjaya memberkas Casier dan Casier tersembam ke tanah.

"Hello, tadi berani sangat kacau aku. Kenapa sekarang nak nangis pula?" kaki Yukiko berada di belakang badan Casier.

Casier menangis bagaikan budak kecil.

"Tolong jangan,"

Darah memercik untuk kesekian kalinya. Yukiko tidak menikamnya tetapi menghiris urat lehernya. Euw.

*****

-Sabtu, 29 Mac 2019-
-6 pagi-

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu rumah Yukiko diketuk oleh seseorang. Dia berasa geram kerana lenanya diganggu. Yukiko cepat-cepat melihat di luar rumah melalui tingkap di biliknya yang berada di tingkat 2.

"Polis?!" Yukiko terkejut.

Yukiko cepat-cepat membasuh mukanya sebelum bergerak ke arah pintu. Jantungnya dup dap dup dap gitu. Tandanya dia berasa gelisah ketika ini.

"Ya?" kata Yukiko seraya membuka pintu untuk polis.

"Boleh kami bercakap sikit dengan puan? Kami ada beberapa soalan yang hendak ditanya," kata Joan peramah.

"Oh sure, silakan," kata Yukiko lalu membuka lampu di bahagian ruang tamu. Rahsianya sudah terbongkar?

"Macam ni, kami nak tanya puan sikit tentang kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ni tentang kes pembunuhan yang menggunakan pisau,"

"Oh kes tu. Ok kenapa?"

"Saya ingin dapatkan alibi puan boleh? Di mana puan berada pada waktu malam 23 Mac Isnin lepas?"

"Saya kat McDonald lagi tu. Kerja sampai malam," jawab Yukiko.

Soal siasat mereka mengambil masa 10 minit saja. Pihak polis kemudiannya pulang.

Nampaknya, pihak polis sudah buat siasatan. Gumam Yukiko.

Yukiko lekas-lekas mandi sebelum menelefon bosnya, mengatakan dia tidak sihat. Walhal dia ada destinasi lain yang hendak dituju!

*****

"Dah? Apa kata dia?" tanya Hazaki.

"Dia juga ada alibi macam kakaknya. Aku ada juga minta CCTV kat McDonald dia tadi, memang dia balik malam," terang Joan.

"Nampaknya mereka berdua tidak bersalah. Kita cari orang lain pula. Yohan ke?" cadang Joan.

"Tak, dalam pertandingan tu hanya Tsukiko dan Yukiko yang baling tak pernah tersasar pisaunya. Yohan daripada 10 balingan, 7 kali dia tersasar. Jauh beza nombor 3 dengan nombor 2. So aku tak syak dia sangat," kata Hazaki.

Joan hanya mendengar dengan teliti. Nampaknya kes semakin sukar. Masing-masing ada alibi.

"Aku ada satu idea," kata Hazaki.

"Apa dia?" tanya Joan.

"Rahsia,"

Joan bengang. Time macam ni pun dia nak berahsia.

"Suka hati kaulah," jawab Joan merajuk.

Hazaki tergelak apabila Joan muncung tanda merajuk. Lol.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience