Chapter 47

Romance Completed 35261

“Sayang, abang minta maaf. Abang bukan sengaja.” meminta maaf Iskandar Faiz. Dia menyesal tidak memikirkan mengenai isterinya. Isteri belum habis belajar lagi. Tinggal dua semester lagi untuk bergraduat. Bagaimanakah sekiranya isterinya berisi? Sepatutnya dia kena lebih berhati-hati tadi. Dia harus memikirkan keadaan isterinya.

Sofia Amelia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia inginkan ketenangan dulu. Apa yang berlaku tadi bukan salah Iskandar Faiz. Dia sendiripun salah. Sepatutnya dia memberitahu awal kepada suaminya. Sudah terjadi, tidak guna menyesal sekarang.

“Tak apa abang. Benda dah jadi pun. Anak kan rezeki tuhan. Kalau sudah ditakdir, saya redha. Cuma saya nak abang selalu ada bersama untuk mengharungi segala dugaan nanti sekiranya saya pregnant.” ujar Sofia Amelia lembut.

“Abang selalu ada bersama sayang. Sayanglah isteri abang sehingga akhir hayat abang.” kata Iskandar Faiz dan menarik tubuh isteri ke dalam dakapan. Hatinya lega apabila Sofia Amelia tidak memarahi dirinya atas keterlanjuran tadi.

“Abang cintakan sayang.”

“Saya pun cintakan abang.” balas Sofia Amelia dan mencium dada suaminya.

“Sayang, one more round.” bisik Iskandar Faiz. Dirinya tidak boleh tahan apabila badan isterinya rapat dengan badannya.

“Abang,” panggil Sofia Amelia menggoda. Confirm pregnant Sofia Amelia kali ini!


***************************

Perodua Aruz berhenti di halaman rumahnya. Wahidah Tiara keluar dari perut kereta itu lalu membayar duitnya kepada pemandu Grab itu. Mukanya masam mencuka. Linda sudah tahu mengapa muka anak sulung itu sebegitu.

Wahidah Tiara terus menerjah masuk ke dalam rumah. Tidak menghiraukan ibunya yang sedang duduk di sofa. Kakinya melangkah laju untuk masuk ke dalam bilik.

“Wahidah Tiara!” panggil Linda dengan nada yang agak tinggi.

Wahidah Tiara menghentikan langkahnya. Tidak jadi untuk masuk ke dalam bilik. Matanya dialih ke arah ibunya yang duduk di sofa.

“Nak apa mak?” tanya acuh tak acuh.

“Kenapa balik lewat? Tengok tak jam berapa sekarang?” Linda mengajukan soalan dengan geram. Inilah kali pertama Wahidah Tiara balik lewat ke rumah.

“12.35 tengah malam.”

“Tahu pulak tengah malam. Kenapa balik lambat? Pergi mana tadi?” bertubi-tubi soalan Linda.

“Pergi jumpa kawan.”

“Kawan? Kawan mana satu?”

Wahidah Tiara naik angin. Gaya ibunya seolah seorang polis siasat penjenayah.

“Mak, Tiara penat. Tiara nak tidur.” jawab Wahidah Tiara. Tanpa menunggu balasan ibu, Wahidah Tiara berjalan untuk masuk ke bilik.

“Tiara pergi jumpa Is kan.”

Kaki Wahidah Tiara berhenti lagi sekali. Dari mana ibunya tahu tentang perjumpaan Wahidah Tiara dengan Iskandar Faiz?

“Kenapa diam? Jawab soalan mak.” tegas Linda.

“Ye. Tiara pergi jumpa Is.”

“Mak tak izin Tiara jumpa dengan Is kan. Kenapa Tiara ingkar arahan mak?”

“Apa masalah mak sekarang ni?” meninggi suara Wahidah Tiara.

Pang! Pipi kiri Wahidah Tiara menjadi mangsa tamparan Linda.

“Kamu buat kecoh dekat pejabat Is. Kutuk Sofi yang bukan-bukan! Kamu ni tak malu ke Wahidah Tiara? Bukan sahaja itu, berani kamu menapak club malam. Sebab itu kan kamu lambat balik rumah harini. Siapa ajar semua ni Wahidah Tiara? Siapa ajar bawa diri masuk ke dalam club malam? Tempat haram pula tu! Kamu ni perempuan! Bukan lelaki.” marah Linda. Sungguh tidak boleh percaya anak perempuan yang belajar tinggi itu masuk ke club malam. Mana perginya didikan agama?

“Betul! Apa mak cakap semuanya betul! Tiara pergi jumpa Is untuk suruh lepaskan Sofi. Tiara buat kecoh. Mak ni apahal? Nak sangat bela si Sofi betina gatal itu? Siapa anak mak? Saya tau anak mak. Sepatutnya mak kena bersebelahan saya. Bukan perempuan itu!” tutur sebak Wahidah Tiara. Dirinya berasa seperti tiada orang di sebelahnya semasa diperlukan.

“Tiara, dengar cakap mak. Kamu dengan Is tiada jodoh. Cuba terima kenyataan itu. Lagipun, Sofi bukan macam dulu. Dia sudah berubah. Tak baik menuduh orang lain. Tak baik memburukkan orang lain, nak. Allah sudah tentukan jodoh Is dengan Sofi bukannya dengan kamu. Tolong move on Tiara. Biarlah mereka berdua hidup bahagia.” pesan lembut Linda. Dia tahu anak perempuan bukannya stabil dari segi emosi.

“Senangnya mak suruh move on. Tiara tak boleh move on. Tiara tak akan biarkan mereka hidup bahagia. Sofia Amelia tak mungkin berubah. Dia sahaja gunakan Is. Tiara akan pastikan Is kembali pada Tiara semula.” tekad Wahidah Tiara.

“Langkah mayat mak dulu, Tiara. Mak tak akan sesekali biarkan kamu hancurkan rumah tangga orang. Cuba kamu fikir balik jasa Dato’Johari. Dato’Johari yang tolong kita masa kita susah. Dia yang tolong kita untuk bayar balik hutang Ahlong dulu. Dia yang biayai perbelanjaan masa kamu belajar. Kamu lupa semua ke?”

“Tiara tak lupakan semua itu mak. Tiara tak salahkan Dato’Johari. Cuma anak dia tu yang tak betul. Perangai dia tak senonoh!”

“Mak tak nak kamu kacau Is ataupun Sofi lagi. Lagi satu mak tak nak Tiara pergi ke tempat haram itu lagi, faham? Kalau mak dapat tahu Tiara buat lagi, mak tak akan teragak untuk halau kamu keluar dari rumah mak!” kata serious Linda.

“Buat apa pun mak, Tiara tak akan lepaskan Is. Hanya Is suami Tiara.” nekad Wahidah Tiara.


*************************

“Good morning sayang. Bangun awal buat apa?” muncul Iskandar Faiz di dapur. Sofia Amelia sibuk menyediakan sarapan pagi khas untuk suaminya.

“Saya dah bangun awal abang. To prepare breakfast untuk abang. Saya tak tahu sedap ataupun tak. I just tried my best. Jangan marah kalau tak sedap.”

Sandwich tuna, nasi goreng kampung dan roti bakar siap dihidang di atas meja. Sofia Amelia kembali ke meja makan dengan teko yang berisi air kopi. Iskandar Faiz pula hanya memerhatikan tingkah laku isterinya.

“Terima kasih ya allah atas kurniaanmu ini. Saya tak akan sia-siakan isteri saya yang bernama Sofia Amelia binti Dato’Johari.” Iskandar Faiz memanjatkan terima kasih dalam hati. Dia gembira kerana memiliki seorang perempuan yang cantik, yang sedang berusaha untuk melengkapi kehendak dirinya.

“Makan lah abang. Kenapa tengok saya macam itu? Ada apa-apa pelik ke?” Sofia Amelia berkerut kening.

“Tak lah. Abang tengok isteri abang yang cantik ni.”

“Dah, makan.” arah Sofia Amelia lembut. Takut juga kalau melayan suami yang akan menjadi gatal nanti. Lain pula akan jadinya.

Iskandar Faiz makan sesudu nasi goreng kampung. Walaupun minyak lebih, rasanya tidaklah begitu teruk sampai ke tahap tak boleh makan.

“Macam mana abang? Okay ke tak? Say something.”

“Nak abang bagi review jujur ke?” soal Iskandar Faiz.

“Yes.” balas Sofia Amelia dengan berdebar-debar dalam hatinya.

“So far it tastes okay tapi…”

“Tapi apa abang? Terlebih garam ke?” gelabah Sofia Amelia. Maklumlah ini pertama kali dalam hidupnya masak sendiri.

“Abang belum habis cakap sayang. Garam semua okay cuma terlebih minyak.” komen Iskandar Faiz.

“Betul ni?”

“Betul. Cuba sayang rasa.”

“Betul lah abang. Next time saya kurangkan minyak.”

“Siapa ajar sayang masak ni?”

“Tadi saya call Mak Ziah. Dia yang ajar.”

“Good. Nanti abang akan ajar sayang ye. Kita masak bersama-sama.”

“Thank you abang.”


*******************

Gambar arwah Datin Aliza menjadi tatapan Dato'Johari. Fail merah di atas meja menarik perhatian Dato'Johari. Isi kandungan fail itu adalah pesanan terakhir Datin Aliza sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Sekarang sudah tiba waktunya Liza. Abang akan menunaikan perjanjian abang pada sayang hari ini." gumam Dato'Johari dalam hati. Telefon bimbitnya diambil dan mendail nombor Dato'Othman. Panggilan disambung.

"Assalamualaikum Johari. Ada apa call tiba-tiba?" dengar suara Dato'Othman di hujung itu.

"Waalaikumsalam Othman. Saja. Awak busy ke?"

"Tak adalah busy sangat. Kenapa? Dengar suara macam serious je." Dato'Othman dapat mengesan perubahan pada suara Dato'Johari.

"Memang penting pun. Apa kata kita jumpa malam ni? Boleh?" Dato'Johari ingin berjumpa bersemuka supaya senang untuk berbincang.

"Boleh. Kali ni awak pula datang ke rumah saya. Saya suruh Fidah untuk masak. Sudah lama awak pun tak rasa masakan Fidah kan. Semuanya sebabkan saya." ada nada sebak di suara Dato'Othman. Disebabkan tidak kematangan dia dalam buat keputusan, dia memisahkan adik beradik. Dia tahu Datin Rafidah dan Dato'Johari sangat rapat.

"Othman awak okay ke tak?" soal Dato'Johari.

"Saya okay je. Nanti malam jangan lupa tau. Saya call Sofi. Ajak dia jugak datang ke rumah saya malam nanti."kata Dato'Othman dengan penuh teruja.

"Baik lah kalau macam itu. Malam nanti kita jumpa."

"Liza, abang tahu sayang akan happy sekarang." wajah isteri muncul di hadapan maya Dato'Johari. Sungguh dia rindu akan belaian isterinya yang tercinta itu.

Enjoy reading my readers :) jangan lupa komen dan rate. Follow my ig miz.kikki_novelplus untuk teaser dan gambar-gambar :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience