BAB 9

Fantasy Completed 4006

“Oleh itu, dengan rasminya akulah raja di kawasan padang ragut ini.” Sorakan bertambah kuat dan nyaring daripada kawanan lembu. Suasana sangat bising dan bertukar menjadi hingar bingar.

“Aku mahu kawanan kambing dan kawanan kerbau menghormati kami di sini. Kamu semua mesti ikut peraturan yang aku buat. Sesiapa yang melanggar peraturan itu, mereka akan dihukum.” Sorakan bertambah kuat daripada kawanan lembu. Anak anak buah Tok Janggut dan Tok Hitam memandang dengan rasa tidak puas hati. Mereka merasakan tindakan Tok Perkasa itu sudah malampau.

“Tok… mereka memang melampau tok. Tok nak ke kita semua ikut semua peraturan dia?” Soal Hahi dengan wajah yang jelas dalam kemarahan dan rasa tidak puas hati. Dengusan nafasnya begitu kasar sekali. Tok Janggut hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang terbit dari mulutnya. Hanya hembusan nafasnya sahaja yang kedengaran.

“Tok… tok dengar tak apa yang saya cakap ni?” Soal Hahi yang hairan melihat Tok Janggut yang seperti kambing bisu itu. Tiba tiba Tok Janggut terus bergerak meninggalkan Hahi yang berada dalam keadaan terpinga pinga. Hahi berasa hairan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Tok Janggut pada waktu itu. Walaubagaimanapun, dia tidak dapat berbuat apa apa. Segala keputusan dan arahan terletak di tangan Tok Janggut.

Pada malam itu, kawanan lembu telah mengadakan pesta yang sangat meriah. Sekali lagi kawanan kambing dan kawanan kerbau terganggu dengan dengan bunyi bising yang dibuat oleh kawanan lembu. Kawanan kambing terpaksa bersabar kerana kerana ketua mereka iaitu Tok Janggut tidak membenarkan mereka membuat apa apa tindakan.

Tiba tiba kawanan kambing mendengar kawanan lembu menyanyi. Nyanyian mereka sangat menyakitkan hati.

“Kambing haiwan busuk! Kambing berbau hamis! Keluar dari sini! Berambus dari sini! Jangan kotorkan tempat ini dengan kebusukkan kamu!”

Lagu yang menyakitkan hati itu diulang ulang oleh kawanan lembu beberapa kali. Kawanan kambing tersentak dan terkejut dengan nyanyian kawanan lembu itu. Mereka tidak tahu mengapa kawanan lembu sanggup menghina mereka sebegitu rupa sedangkan mereka sentiasa menjaga hati dan perasaan kawanan lembu. Mereka sentiasa melebihkan kawanan lembu dari segala hal. Mereka sentiasa bersabar dengan kerenah kawanan lembu dan itu balasan kawanan lembu kepada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience