PETANG yang damai kedengaran musik jazz moden yang mengisi ketenangan di cafe Lily itu.
Nurjihan yang selesai memasukkan beberapa ikatan wang ke dalam mesin tunai terpandangkan ada susuk tubuh lelaki yang berseorangan di meja kecil paling hujung di cafe itu.
Siapa dia? kenapa hari-hari asyik datang dan duduk di meja yang sama. Loner kot? Nurjihan terus menilik setiap inci gaya lelaki itu. Memang ada gaya... nampak seperti golongan bangsawan namun hanya memakai kemeja putih dan di selangi dengan singket kain khitwear di luar. Wajah? Ye sangat kacak ! tapi.... kelihatannya dia betul-betul sedang dalam dunianya.
Hari-hari datang minum kopi lepas tu tengok tingkap je?
Terangkat bahu Nurjihan bila di cuit oleh Laila.
"Tengok apa Jihan dari tadi aku perhati kau ni. Suka ke?". Usik Laila rakan sekerja.
"Uish, tak la. Aku pelik tengok orang tu. Hari-hari macam tu bila datang sini. Kopi pun asyik order yang sama je."
Mata Nurjihan masih tidak beralih dari lelaki itu.
Laila tersenyum.
"Okay apa, regular customer tu heheh. Ada la tu masalah dia kot. Biarlah asal dia tak kacau kerja kita."
Nurjihan melihat paparan skrin komputer flat di atas yang terlekat elok di rak itu menunjukkan pesanan makananan atau minuman yang masuk.
Caramel Macchiato + chocolate drizzle? Haish aku la ni yang kena buat. Di kerling sekilas ke arah Laila yang tersengih membodek.
"Kau kan barista terhebat dekat cafe ni.". Bodek Laila.
Sudah dia duga.
Kopi yang di blend di tuangkan ke dalam mug dan biarkan buih penuh di atas permukaan kopi. Setelah itu drizzle chocolate sauce di atas buih kopi mengikut sukatan. Akhir sekali caramel sauce di lapiskan pada atas permukaan. Simple not so sweet !
Pesanan di meja 8 telah siap. Nurjihan menghantar kopi ke meja tersebut. Dia lah pelayan, barista dan dia jugalah cashier. Begitu juga Laila. Hanya mereka berdua dan seorang pengurus yang bekerja di cafe itu.
"Your coffee sir?". Sopan Nurjihan meletakkan kopi itu di atas meja.
Lelaki itu hanya diam. Tanpa respond. Matanya tetap ke arah luar tingkap. Ah ! Nurjihan sudah terbiasa. Mungkin dia bukan seorang yang mudah mesra ?
Mungkin.
Seperti memahami perasaan lelaki itu Nurjihan kembali mendekat meja nombor 8 itu.
"Be strong, kesakitan tu akan hilang."
Mendengarkan pengucapan itu, lelaki itu terus menoleh ke arah Nurjihan.
Nurjihan tekejut. Pertama kali dia bertatapan mata dengan lelaki ini. Dia salah cakap ke? Alamak !
Senyuman di berikan oleh Nurjihan dan lekas bergerak untuk menyambung kerjanya semula.
Dia hanya melihat pelayan itu berlalu pergi tanpa berkelip. Telinga dia tidak salah mendengarkan?
JIHAN....NURJIHAN !!
Nurjihan yang sedang menahan mengantuk itu terus segar matanya bila terdengar namanya di jerit oleh pensyarahnya Dr.Husni.
Melihatkan Nurjihan yang telah terjaga itu, Dr Husni terus menekan slide seterusnya pada papan kekunci yang memaparkan sebaris ayat berbentuk soalan.
"What is the answer Jihan?".
Jihan merenung projektor skrin di hadapan. Mengerah sel-sel otaknya untuk berhubung.. Ahh siapa suruh tidur di dalam kelas?
Questions : A fully saturated soil is said to be?
Terdiam seisi kelas menunggu jawapan daripada Nurjihan.
"Two phase system with soil and water."
Terkejut Dr. Husni dengan Jawapan Nurjihan. Wajahnya terukir riak tidak senang sambil mengganguk perlahan.
"Pergh!". Terdengar pekikkan dari Hawa. Tanda menyokong sahabatnya itu.
"Ehem ! jangan suka sangat. The answer is Correct Jihan !".
Bergema suara ketawa dari seisi kelas akan respond Hawa yang overexcited itu.
Terangkat-angkat kening Nurjihan tanda suka kepada Hawa yang berada di kerusi bawah sebelah kiri.
Hawa kembali merespond tumbs up kepada Nurjihan. Sengaja di pisahkan tempat duduk mereka di dalam kelas oleh Dr.Husni. Dua orang ni kalau duduk sekali..hilang fokus asyik bersembang.
Usai kelas, Nurjihan dan Hawa berjalan beriringan menuju ke kerusi bulatan pada pokok di tengah yang terdapat di Taman Farabi kolej.
"Kau nampak tak tadi muka Dr.Husni masa kau dapat jawab soalan dia tu? Kelakar weh. Muka tak puas hati hahaha".
Seronok Hawa mengata pensyarah mereka.
Nurjihan mengganguk setuju. Dia juga ketawa geli hati. Nasib baik la dia sempat membaca sedikit topik yang akan belajar hari ini pada subuh tadi.
Apa yang tidak puas hati Dr.Husni pada Nurjihan?
Flashback semeter 3.
Diam semua di dalam kelas asas mekanik bendalir itu. Di hadapan mereka ada seorang pensyarah yang hampir berumur lanjut masuk ke angka 50-an. Tegas dan garang lagaknya. Tiada satu bunyi pun semasa beliau mengajar. Hanya bunyi kipas syiling lama yang sedikit usang terkadang ia akan berbunyi. Itupun di jeling tajam pada kipas itu. Apalah salah..ia hanya sebuah kipas !
Ketika hampir tamat kelas, Dr.Husni bangun dan berdiri di tengah kelas sambil memegang kertas senarai nama.
"Saya nak ada orang tolong angkat buku-buku ni ke bilik saya selepas ini. Nama yang saya sebutkan, dia yang di tugaskan. Faham?".
Seisi kelas bersuara tanda faham.
"Luqman?".
keadaan kelas diam.
"Luqman tak datang Doktor. Dia ada trip kolej, kelab alam sekitar". Jawab Haikal pengetua kelas.
"It's okay".
Dr. Husni meneruskan lagi meneliti senarai nama itu dan...... "Nurjihan?"
Setelah di kunci dewan kuliah itu..Dia mengangkat 5 buah buku yang tebal milik Dr.Husni yang di letakkan sementara tadi di atas rak kasut di sudut kiri lantai itu dan bergerak ke Kabin Biru di mana ia adalah penempatan semua para pensyarah.
Di cari nama Dr.Husni di setiap pintu. Setelah itu dia mengetuk. Tapi tiada suara balas dari dalam.
Nurjihan membuka sedikit pintu bilik itu dan dia terdengar suara seseorang sedang bercakap. Dia memanjangkan lagi lehernya untuk menjenguk ke dalam dan di lihat Dr.Husni sedang bercakap di telefon menghadap dinding membelakanginya.
Nurjihan terus memasang telinga.
"Eiii bie ni nakal la...sayang tengah kerja ni masih di office. Weekend nanti kita dating ye bie?".
Nurjihan di belakang itu sedang menahan mual. Sumpah ! dia ingin muntah. Bukankah Dr.Husni ini andartu? siapakah bie? weekend?
"Ehem!".
Terkejut Nurjihan. Terus dia masuk sepenuhnya ke dalam bilik Dr.Husni itu dan cepat-cepat dia meletakkan buku-buku tadi dan kunci dewan kuliah pada atas meja Dr.Husni.
Riaksi panas di terima oleh Nurjihan daripada Dr.Husni.
"Terima kasih Jihan. Lain kali ketuk dulu pintu. Jangan main buka je".
Nurjihan menggaru-garu kepalanya termalu sendiri dengan sikap memandainya.
"Errr..saya ada ketuk tadi. Doktor yang tak dengar hehe".
"Really? sorry". Wajah ketat yang sama di terima pada pandangan Nurjihan.
"Tak apa Doktor, saya balik dulu." Pinta Nurjihan.
Dr.Husni hanya menggangguk tanpa memandang Nurjihan.
Nurjihan memulas tombol pintu ingin keluar dan dia berpaling kembali ke arah Dr.Husni.
"Elok-elok dating weekend ni. Kirim salam dekat boyfriend ye?".
Berani dia mengusik harimau?
flashback end.
Pecah ketawa Nurjihan dan Hawa mengingati kembali peristiwa lucu itu. Sampai ke hari ini Dr.Husni itu anti dengan Nurjihan.
Nasib Nurjihan tidak dapat di ramal bila Dr.Husni kembali mengajar kelasnya untuk subjek lain pula pada semester terakhirnya itu.
PADA hari kedua Nurjihan bekerja menjadi maskot di tempat awam dia akhirnya pulang dengan keletihan. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Dia menapak naik tangga ke tingkat 4 di flat Taman Kelisa Jaya.
Tok..tok..tok
pintu rumah di ketuk.
Jeda...tiada siapa yang membuka.
Mana Mak Eton ni? Pia? masih tiada siapa yang membuka pintu untuknya. Cepat la buka pintu.... jiran-jirannya yang lalu lalang di situ kelihatan sedang mengecilkan badan mereka untuk lalu melepasi Nurjihan yang masih memakai maskot beruang itu.
"Hehe sorry..sorry". Naik segan dia meminta maaf pada jiran-jiran yang lalu lalang itu.
Pintu di buka....
"Oh mak kau beruang kutub!!!". Tekejut Mak Eton dan automatik juga mengejutkan Nurjihan sekali dengan latahnya Mak Eton.
"Apa mak ni? terkejut orang.". Salam di beri dan Nurjihan masuk ke dalam rumah.
"Mahunya aku tak terkejut kalau tengok beruang ada depan rumah". Membebel Mak Eton.
"Ada pulak kata beruang kutub. Ni beruang lain mak. Comel kot mak beruang ni".
Nurjihan membuka maskot yang di pakainya itu.
"Yang kau ni apahal pakai macam ni?".
Kepala maskot beruang itu di belek Mak Eton.
"Orang kerja la mak, pakai ni lepas tu bagi flyers dekat orang yang lalu dekat kawasan Lrt tu tadi".
"Bila kau kerja macam ni, aku tak tahu pun?". Mak Eton menyarung pakaian maskot beruang itu. Dia cuba memakai.
"Baru hari ni start. Tak sempat bagitahu mak tadi. Mak kan tak ada di rumah masa orang balik kelas tadi."
Mak Eton masih leka dengan membetulkan maskot beruang di badannya itu.
Nurjihan mengambil segelas cawan plastik dan di tuang air kosong sejuk. tekaknya berasa sangat haus dan terus di teguk air itu.
"Cak ! Comel tak kau tengok Mak Jihan?". Kata Mak Eton sambil menari-nari memakai maskot beruang itu. Macam-macam gaya pelik orang tua ni buat.
Jihan menutup mukanya dengan sebelah tangan.
Buat hal la Mak Eton ni.
"Mak siapa la macam ni..haih".
Pia yang baru keluar dari bilik terus terkejut melihat ada beruang menari di dalam rumah mereka itu.
*Bahasa isyarat Pia : Siapa ni?
Nurjihan kepenatan bersuara. Lalu tangannya juga membalas bahasa isyarat Pia.
*Bahasa isyarat Nurjihan : Mak aku !
Mimik muka pia ketawa tanpa suara.
Mak Eton masih sebegitu. Teruja dia dengan kecomelan maskot yang di pakainya itu.
Nurjihan terhibur. Akhirnya dia juga ketawa. Inilah ubat keletihannya bekerja setiap hari.
p/s : Jangan lupa follow ig fifi gais .. : @hudhafifi
Share this novel