Rate

Bab 57 Melaka Bumi Bersejarah

Romance Completed 278137

Setelah beberapa jam memandu, akhirnya Adib Umair dan Anis Umairah telah sampai di negeri yang penuh bersejarah itu iaitu negeri Melaka. Oleh kerana Adib Umair penat memandu seharian, dia bercadang untuk berehat terlebih dahulu di hotel sebelum berjalan-jalan pada keesokan paginya. Adib Umair terus sahaja mencari hotel SWISS GARDEN HOTEL MELAKA 2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka, melalui alamat yang di beri oleh ayahnya.

"Honey belum nak makan ke?" Tanya Adib Umair pada isterinya.

"Belum lagi abang, Anis nak bersihkan diri dulu, baru nak rest kejap." Sahut Anis Umairah dengan lembut.

"Okay, kita rest kejap... lepas ni kita pergi makan di The Blue Chip Lounge, di tapak restoran." Sahut Adib Umair.

"Okay abang, tak sabar tunggu esok, Anis nak jalan-jalan naik beca...boleh ke abang?"

"Insya Allah boleh honey, cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika honey mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah salah satu pilihan yang bijak. Beca boleh membawa kita melalui jalan-jalan dan pelusuk Bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin kita akan terlepas sekiranya memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di Bangunan Stadthuys." Jelas Adib Umair dengan detail pada Anis Umairah.

"Wah, abang dah pernah datang ke sini ke?" Soal Anis Umairah dengan bersemangat.

"Dah pernah sekali honey." Ucapnya sambil tersenyum.

Setelah 2 jam mereka merehatkan badan, Adib Umair dan Anis Umairah pun bercadang untuk makan sebelum pergi ke bangunan Stadthuys untuk mengambil jasa beca. Suasana malam yang bergermerlapan dengan sinaran lampu yang sentiasa dinantikan pelancong untuk mencuba menggunakan khidmat beca. Disamping itu, Adib dan Anis dapat menyaksikan keunikan negeri Melaka yang diserikan lagi dengan kehadiran ratusan beca yang dihias indah dengan pelbagai bunga-bungaan, lampu berwarna-warni dan diiringi lagu popular masa kini. Dengan bayaran bermula serendah RM25 untuk sebuah beca, Adib dan Anis telah dibawa dengan menaiki beca berhias itu di sekitar bandar raya sambil pengayuh ini menjadi pemandu pelancong tidak rasmi kepada mereka berdua.

Setelah penat berkeliling dengan menaiki beca pada malam itu, Adib dan Anis pun kembali semula ke hotel.

"Penatnya abang!" Rengek Anis Umairah kedengaran di telinga Adib Umair. Mulut Anis Umairah tersenget.

"Aik, belum cukup sehari honey dah mengeluh penat, belum lagi esok kita jalan-jalan. Nak tak naik beca lagi esok?"

"Hihihi nak sangat abang!" Sahutnya bersemangat.

"Okay, jom kita berdengkur dulu." Ucap Adib Umair bergurau sambil tergelak perlahan melihat jelingan tajam Anis Umairah.

Pada keesokan paginya, Adib Umair dan Anis Umairah pergi ke Kota A Famosa iaitu sebagai tempat bersejarah di Melaka yang wajib dan singgah. Kemudian melawat muzium kapal selam yang dijaga rapi oleh PERZIM. Lagipun, bukan selalu berpeluang berkunjung dan melihat kapal selam? Adib Umair dan Anis Umairah tidak melepaskan peluang ini alang-alang sudah berada di Melaka. Kapal selam ini bukan sahaja boleh dimasuki tetapi juga boleh menginap di dalamnya. "Muzium kapal selam Melaka! Satu-satunya di Malaysia ini".

"Cantiknya Kota A Famosa ni!!" Ucap Anis Umairah dengan dengan ceria. Adib dapat melihat kegembiraan di mata isterinya itu.

"Betul honey, kita kena lihat semua yang istimewa di melaka." Sahutnya sambil tersenyum. Adib menggenggam erat tangan Anis Umairah, dia merasa sangat bahagia dapat menghilangkan stress isterinya yang jarang berenggang dengan buku.

"Malam nanti kita pergi mana pula abang?" Tanya Anis Umairah dan menatap wajah tampan suaminya.

"Malam ni kita pergi Menara Tamingsari Melaka, orang kata best pergi sana pada waktu malam." Terang Adib dan mengusap lembut kepala Anis Umairah.

"Tak sabar Anis tunggu waktu malam pula!"

"Okay, nanti kita pergi...jom kita balik hotel dulu untuk rehat, bersihkan diri dan solat.

Anis Umairah cuma mengangguk perlahan.

Pada waktu malam, Adib Umair membawa Anis ke Menara Tamingsari Melaka, untuk melihat pemandangan malam bandar ini yang serba indah, sama seperti menaiki River Cruise.

"Abang, jom balik hotel...Anis dah ngantuk." Ucapnya sambil menguap, Anis Umairah mulutnya menggunakan tangan kanannya.

"Marilah kita balik hotel, honey dah puas ke?" Tanya Adib Umair sambil mengusap lembut pipi Anis.

"Iya abang."

"Okay, tapi malam ni abang nak honey bagi abang hadiah." Ucapnya dengan senyuman yang penuh makna setelah mereka sampai di bilik hotel.

"Apa dia abang?" Jawab Anis Umairah sambil berfikir, keningnya tertaut.

"Abang nak honey layan abang malam ni, dan abang nak layanan vvip boleh? Nak jenguk baby kat dalam." Keningnya terangkat-angkat dan tersenyum lebar.

Pipi Anis Umairah bersemu kemerah-merahan mendengar ucapan Adib Umair yang ingin meminta haknya sebagai seorang suami.

"Boleh abang, tapi perlahan-lahan...ada baby kat dalam." Sahut Anis Umairah tersipu malu.

Setelah mendapat persetujuan dari Anis Umairah, Adib Umair tanpa membuang masa terus sahaja melayari bahtera bersama-sama dengan Anis Umairah dengan penuh nikmat syurga dunia.

Selama seminggu Adib Umair dan Anis Umairah berada di Melaka, mereka dapat berkunjung tempat Shopping di Melaka untuk membeli belah cenderahati di Melaka. Freeport Melaka Premium Outlet adalah satu tempat beli-belah yang menempatkan kedai atau butik dari jenama dalam dan luar negara, Pasar Malam Jonker Walk / Jonker Street iaitu barang-barangnya dijual dengan harga berpatutan oleh peniaga seperti  menjual makanan, cenderahati, tekstil, kraftangan dan antik yang boleh dijadikan ole-ole, Masjid Bersejarah di Melaka. Melaka merupakan pusat tumpuan pedagang di zaman kegemilangannya yang melibatkan hampir serata dunia. Masjid Kampung Hulu jika di perhatikan pada rekaan ruang solat, mimbar dan menara azan menunjukkan keunikan seni bina. Ia adalah kombinasi beberapa pengaruh iaitu Melayu Melaka, Hindu, Cina dan Jawa. Menara azan Masjid Kampung Hulu ini mirip pagoda Cina. Rekaan kolam wudhunya juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Dan akhir sekali mereka dapat pergi Bercuti di Zoo Melaka untuk Melihat Hidupan Liar! Taman Rama-Rama Melaka (Reptilia juga ada). Terdapat hampir 20 spesies rama-rama yang cantik di Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini.

Setelah penat berkeliling di melaka, akhirnya Adib Umair dan Anis Umairah pun berkemas untuk pulang ke rumah.

Anis Umairah merasa berpuas hati dengan percutiannya kali ini kerana dapat berjalan berdua-duaan bersama dengan suami tercinta Adib Umair dan tidak di nafikan melaka adalah satu tempat yang amat menarik untuk dijadikan destinasi percutian dan honeymoon.

"Abang tahan juga memandu?" Soal Anis Umairah pada Adib Umair setelah melihat wajah lesu suaminya.

"Insya Allah boleh sayang, honey tidur jika penat ya?"

"Anis tak nak tidur, Anis nak temankan abang...supaya abang tak mengantuk."

"Okay, tapi kalau mengantuk honey tidur tau!"

"Tahu abang!" Sahutnya dengan nada manja.

___________________________________

Jemput baca novel akak

1. Rindu Yang Tercalar
2. Just Friend

semoga terhibur, minta maaf kalau tidak berapa okay alur ceritanya, nanti akak perbetulkan kalau terasa janggal di baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience