Adam terjaga pada pagi hari dan melihat jam pada tangannya pukul tujuh. Adam mengemas kembali barangnya dengan membawa barangan penting supaya mudah untuknya berjalan. Dia menyimpan pistol jenis Colt di dalam poket seluar dan menjamah dua bungkus biksut dan air kotak lalu berjalan ke arah jalan raya besar. Dia melalui kawasan hotel dan mendengar suara jeritan seorang perempuan meminta tolong. Adam segera berlari mengikut jeritan itu dan melihat seorang perempuan sedang bergelut dengan seorang lelaki iaitu zombi yang berusaha untuk memakannya. Adam mengeluarkan pistolnya untuk membidik kemudian dia terkejut melihat beberapa lelaki yang dikenalinya iaitu mereka yang menculik Danial sedang terikat pada sebatang pokok besar. Harden yang cemas melihat Milly diserang bergelut bagi melepaskan diri untuk menyelamatkan teman wanitanya itu.
Dia perasan akan kehadiran Adam lalu meminta bantuan. "Hai, budak maafkan kami sebab culik adik kamu dan menakutkan kalian. Tolonglah bantu teman wanita saya? , dia merayu. " Mengapa saya perlu bantu encik sedangkan encik sudah culik adik saya! Kami hanya mahu mencari ayah kami dan encik sanggup menembak adik saya?" Adam menjerit marah dan mengacukan pistolnya pada Harden sambil menitis air mata kesal akan apa yang telah terjadi. " Maaf kan saya , adik. Kami semua terdesak dengan keadaan sekarang, kita perlu selamatkan diri maka kami terpaksa buat untuk makanan dan perlindungan. Tolonglah selamatkan dia saya merayu? Kami janji akan bagitahu adik kamu di mana. Kami tidak sempat pun menjual dia kerana ada kumpulan yang sudah selamatkan adik kamu. Kami janji akan tolong kamu cari dia ya? Tolonglah..." Harden merayu. " Bagaimana saya boleh yakin dengan janji encik itu? " Adam ragu-ragu. " Kami akan bawa kamu ke kem adik kamu berada, kami akan lindungi kamu. " Rakannya yang lain berteriak.
Adam menukar target dan menembak tepat ke arah kepala zombi itu dan wanita tersebut berlari ke arah Adam memeluknya dan menangis sambil mengucapkan terima kasih. Dia meminta maaf dan pergi ke arah rakan-rakannya.
Lalu kesemua mereka meminta maaf kepada Adam. Adam membawa mereka ke stesen minyak kembali dan menunjukkan kereta milik pak ciknya. " Bang bawa kereta ni, ini kepunyaan pak cik saya, dia di dalam sana. Bawa saya ke tempat adik saya berada dan kalian boleh ambil kereta ini beserta makanan dan beberapa keperluan. Semua di dalam bonet kereta. Saya sudah cukupkan barangan untuk saya dan jangan mungkir janji sebab encik tahu saya boleh buat apa dengan senjata ni bukan?" Adam menunjukkan beg galasnya kepada mereka. Namun begitu dia telah pun mengambil kotak peluru dan pistolnya sementara memberi barangan keperluan sahaja kepada mereka. Mereka terharu akan kebaikan Adam walaupun telah diperlakukan dengan buruk tetapi tetap membantu mereka. Harden berasa malu kerana dia kalah akan sikap anak kecil ini yang sanggup memberikan mereka makanan tanpa berdendam pada mereka.
Dia juga jenis orang yang tidak suka makan budi dengan orang lain kerana itu adalah prinsip hidupnya selama ini. Milly bertanya pula." Pak cik kamu mana?" Adam menggeleng kepala dengan raut wajah yang suram. Harden mengintai ke arah pintu kedai stesen minyak itu dan melihat seseorang merenung ke arah mereka dan memandang Adam, Adam bergenang air mata dan menyeka kembali sambil dipujuk oleh Milly. Tanpa berlengah mereka menaiki kereta dan kali ini Harden memandu ditemani Milly dan Adam duduk di belakang sementara dua rakan yang lain enggan ikut dan memilih untuk berlindung di stesen minyak itu. " Berkenaan pak cik kamu , kawan abang tadi kunci dia di dalam bilik stor sebab pak cik kamu tak serang kami jadi untuk keselamatan kami pisahkan dia. Agak pelik? " ucap seorang rakan Harden kepada Adam. Adam terfikir, "Ini mesti akibat kesan ubat yang pak cik ada beritahu tu" . Lalu kereta itu beredar meninggalkan stesen minyak selepas lelaki tadi berbual dengan Milly dan Harden berkenaan rancangan mereka selepas ini.
Papan tanda jalan menandakan Orion streets sejauh 3 kilometer dan Whoops dengan jauh 6 kilometer. " Jadi kita akan ke Orion jemput adik kamu dari kem dan bawa kamu berdua ke Whoops tetapi sebenarnya bukan kem tetapi mereka berlindung di dalam pusat membeli belah iaitu Orion Trek Mall". Adam mengerti dan menyetujui cadangan Harden. Dia telah pun memaklumkan pada Harden dan Milly berkenaan kem di Whoops dan Phinie tetapi tidak mendedahkan nama keluarga belah ayahnya kerana teringat akan pesanan pak ciknya. Milly menyedut air kotak yang diberi Adam dan berbual dengan Adam. " Ouh, bagaimana kamu tahu terdapat kem yang masih selamat? " Milly hairan akan informasi Adam. "Pak cik saya doktor di hospital kerajaan Kyres jadi dia dapat informasi dari kerajaan saya rasa." Adam terpaksa mencari idea kerana tidak dapat mempercayai mereka sepenuhnya atas perbuatan mereka.Milly menyoal pula "Kamu adik beradik datang dari negara asia iaitu Malaysia. Datang sini untuk jemput adik kamu tapi terperangkap sebab gejala zombi ni." Adam mengangguk. "Adik saya terima rawatan pembedahan di sini sebab pak cik saya yang bedah. Tapi yang tahu adik saya sakit apa hanya papa yang tahu. Jadi saya sepatutnya tinggal di hospital teman adik sambil tunggu papa siapkan kerja dia dan balik ke Malaysia."Adam mebalas. "Ouh" balas Harden Dan Milly.Mereka memasuki jalan kecil yang terdampar banyak kereta tinggal dan bertuah kerana terdapat laluan untuk menembusi kesesakan kereta itu.
Harden memandu dengan perlahan dan mereka bertiga terpandang sebuah padang sekolah bersebelahan kiri kereta. Masing - masing terperanjat akan apa yang berkumpul memenuhi padang itu. Kelihatan puluhan zombi berdiri memandang ke arah sebuah pentas dan terdapat seorang lelaki muda sekitar 20-an berdiri sambil melambung sesuatu bersinar dan dipandang oleh semua zombi itu. "Eh, pelik gerombolan zombi tu tak serang lelaki tu malahan semua diam kaku! ". Harden hairan dan menghentikan kereta bagi melihat akan keanehan itu. Lelaki asing itu kemudian duduk di atas sebuah kerusi dan seperti berkata sesuatu menggunakan phone yang sepatutnya tiada line ketika musibah ini. Tidak semena- mena dia terpandang akan kereta mereka yang berhenti di tengah jalan raya dan menatap tepat ke arah Adam. Lelaki itu turun dan segera berlari ke arah kereta. Harden terkejut lantas menekan pedal memecut laju meninggalkan kawasan itu. Dari kejauhan terdapat sebuah jejantas yang terletak highway di hadapan. Adam memandang ke belakang cermin kereta dan terkejut melihat kereta mereka di kejar oleh puluhan zombi manakala lebih memeranjatkan adalah lelaki aneh itu berada di hadapan sekali. Milly memandang cermin hadapan dan menjerit terkejut apabila melihat separuh muka lelaki aneh tersebut berubah menjadi zombi sementara separuh lagi menunjukkan rupa kacak lelaki aneh itu. "Cepat Harden!!!" Milly cemas. "Eh, pelik kenapa zombi tu tak serang lelaki Tu malahan seperti menurut arahan lelaki pelik itu.?" Harden menyoal dan menekan pedal minyak sehingga ke 110 km/jam bagi meloloskan diri dari dikejar . Tiba-tiba sekitar 20 zombi terjun dari jejantas menuju ke bawah jalan raya itu dan menimbun di hadapan jalan raya di mana mereka patut lalui . Harden terkejut dan memijak pedal brek namun tidak sempat mengelak. Kereta itu meluncur laju dan bertembung dengan timbunan manusia itu. Harden dan Milly tercampak keluar manakala Adam masih kekal di dalam kereta berkat tali pinggang keledar yang memang menjadi tabiatnya jika menaiki kereta terus memakainya. Adam terhantuk ke kerusi tempat Milly berada tadi dengan kuat hingga membuatkan dirinya pening." Ouch!" Adam mengusap.dahinya dan memandang depan kereta."Tak!.."Adam menjerit dan menutup matanya kerana melihat Milly dan Harden yang parah terhumban keluar dari kereta sedang dipapah oleh gerombolan zombi. Darah mermecik di hadapan cermin kereta dan Adam trauma melihat keadaan itu. Dia mengigil ketakutan dan melihat gerombolan zombi memasuki kereta melalui cermin hadapan yang pecah. Adam segera membuka tali pinggang keledar dan melihat sekeliling kereta namum di luar sudah dipenuhi oleh zombi. Adam yang merasa sakit dan cemas tidak tahu apa harus dibuat dan dia menembak beberapa zombi yang cuba mencapainya namun tersasar kerana tangannya yang tidak berhenti mengigil ketakutan.
Adam ditarik keluar dan dibawa ke arah lelaki aneh tersebut. Dia dipeluk erat oleh satu zombi berbadan sasa dan dia kaku melihat wajah lelaki itu. Berwajah separuh zombi dan yang mengerikan adalah kesemua gigi lelaki itu tajam dan mengeluarkan lidah seperti lidah biawak yang panjang. Dia mengeluarkan dua batu seperti kristal berwarna ruby yang sekecil guli dan mengarahkan zombi yang lain membuka mulut Adam. Adam tidak berdaya melawan. Lelaki itu memasukkan dua Kristal itu ke dalam mulut Adam. Adam melawan sekerasnya tidak mahu menelan kristal di dalam mulutnya. " Dia nak bunuh aku! Ya Allah tolonglah aku." Adam menangis dan meronta kuat tetapi dia makin dipeluk erat oleh zombi sasa itu. Lelaki itu mengambil sebotol air di di dalam kereta yang tinggal separuh dan menumbuk perut Adam. Adam mengerang kesakitan dan automatik dia menelan kristal tadi yang telah sedia ada di dalam mulut lalu lelaki itu menuang air botol itu ke dalam mulut Adam. Air mencurah keluar dari mulut Adam dan dia terpaksa menelan dua kristal itu enggan lelaki itu memukulnnya lagi. Adam terbatuk perit kerana sakit ditumbuk dan menangis tidak berhenti. " Bagus! Sekarang kamu sudah ada dalam genggaman aku. Hahaha...." Lelaki itu ketawa berdekah dan beredar diikuti zombi sasa bersama Adam yang keletihan di bawa pergi dari situ.
Share this novel