Terasa aman tidur di bilik sendiri walaupun tanpa pendingin hawa, hanya ada kipas siling. Suhu di bilik cukup selesa buatku. Hangat. Hangat????
Mataku terbuka luas. Tubuhku terngadah ke siling, kipas masih berpusing laju pada kelajuan tiga. Terdengar dengkuran halus di sebelah. Aku memandang ke kiri, Arif sedang lena di alam mimpi.
Bila masa pula dia datang? Tau pula tu aku kat sini. Aku matikan telefon sebaik tiba di rumah. Aku caskan baterinya. Aku tak mahu ada gangguan kononnya. Aku mahu sendirian. Tahu tahu encik suami dah ada di sebelah. Dia mengiring ke arah aku. Aku beralih membelakangi Arif, masih merajuk.
Arif merangkul pinggangku, ditarik aku rapat padanya. "I miss you. Miss you so much sayang", bisiknya, mengucup belakang telingaku.
Ala... aku tak dapat nak merajuk lama lama. Arif ni kan...... aku dah cair dengan cumbuannya. Namun aku sengaja mengeraskan diri walau dalam hati berdoa agar Arif memujuk lebih lagi.
"Sayang, sorry". Aku diam.
"Abang tau abang diamkan hal ni terlalu lama". Aku diam lagi cuma kali ini menikmati sentuhan jari jemari nakal Arif dari luar baju pada kedua gunung berkembar.
"Abang janji tak lama lagi abang akan beritahu keluarga kita. Tolong bagi abang masa", pintanya sebelum bibirnya singgah di tengkuk dan bahuku. Tali singlet aku ditolak ke bawah, sebelah payudara sudah terdedah. Tanpa lengah, tangan Arif aktif di situ. Sebelah kakinya dimasukkan diantara kakiku. Perlahan lahan kaki Arif bergerak, menggeselkan bulu kaki pada kakiku yang bersih bulu.
"Berapa lama lagi?", tanyaku padanya seolah dingin padahal dalam hati meletup meletup hingga mengakibatkan cecair nikmat wanita mula terbit, tak tahan dengan sentuhan Arif.
"Tak lama lagi. Cuma abang minta satu, apa pun terjadi, jangan tinggalkan abang lagi. Berpisah kerana tugas dan berpisah macam ni, lain sangat rasanya sayang. Kosong jiwa abang", rayu Arif merintih. Aku tersengih sendirian. Ingatkan aku sorang je rasa macam tu.
Tiba tiba muncul idea nakal terus aku berpusing menghadap Arif dan bertanya, "Kalau saya mati dulu, macam mana?".
"Shhh.. jangan cakap macam tu". Mata Arif berkaca, memandangku sayu. Sebelah tangannya mengelus rambutku, aku tau mungkin tadi rupa aku macam kak limah. Sewaktu mandi pulang kerja, aku tak basuh rambut.
"Ajal maut di tangan tuhan kan? Mana tau esok lusa ajal saya tiba". Aku duga dia lagi, sengaja. Ada titisan mengalir dari hujung matanya. La, biar betul dia ni.
"Abang ikut sayang sekali", katanya. Mata kami saling menatap.
"Gila! Sampai nak ikut mati. Saya tuntut nanti", balasku. Saja menyakitkan hati Arif sebab apa yang Arif katakan mengarut. Nak ikut aku mati pula.
"Ya, abang gilakan sayang. Sayang seorang. Tiada yang lain. Dunia akhirat. Sayang bidadari abang".
Aku rasa nak terbayang melayang je masa tu. Apataknya luahan hati Arif bersama air mata dan esakan halus meruntuhkan keegoan seorang lelaki.
Aku memeluk Arif dengan erat. Aku menangis bersama dia. Aku rasa bersalah kerana membuatkan dia menangis. Aku memperolokkan soal kematian. Aku pun tak sanggup kehilangan dia.
Aku mendongak, air matanya kuseka. Dia pun buat begitu pada ku. Kami sama sama tersenyum dalam kesedihan yang tak dirancang. Aku rindukan dia. Rindu teramat sangat. Dari mata, aku lalukan jari dipipi dan terus ke bibir. Kedua tanganku memegang pipinya yang berjambang nipis. Mata kami masih saling bertentangan, aku dekatkan bibirku ke ulas bibirnya. Aku ingin mengubat laranya.
Kini, lengan Arif menjadi bantalku. Kedua kami hanya ditutupi dengan selimut nipis yang aku gunakan sejak dari tahun pertama di universiti. Pandangan kami tertumpu pada kipas yang berpusing, tak terasa sejuk pun. Badan kami berpeluh, melekit. Jantung kami juga masih berdegup laju.
Aku mengiringkan badan untuk bangun, mahu menambah kelajuan kipas. Arif menarik aku baring semula.
"Eh.. kenapa ni? Saya nak lajukan kipas".
"Biar abang buat. Nanti keluar air tu". Aku tersenyum dengan kata kata Arif. Jika orang dengar, pasti dikatanya kotor. Tapi bagi aku, itu usaha kecil Arif untuk merealisasikan impianku.
Pusingan kipas semakin laju, suhu bilik kini semakin nyaman. Dengan adanya Arif, tidurku semakin nyenyak. Pelukan Arif dari belakang membuatkan tidurku dipenuhi mimpi indah.
"Abang.....". Jari telunjukku bermain di wajah Arif sambil berbisik lembut. Tidurnya pulas, tak sedar apa. Penat sangat agaknya.
Aku tatap wajah suami kesayanganku. Tak pernah aku terlintas abang sepupu menjadi suami. Abang sepupu yang paling aku sayangi dulu, kini dan selamanya. Hatiku sayu bila teringat usikan semalam. Aku bertanyakan jika aku mati dulu padanya. Bagaimana pula jika dia mati dulu. Kuatkah aku??? Mampukah aku untuk jalani hidup sendirian yang penuh kerinduan hingga ke akhir hayat?
Aku mengerdipkan mata. Aku biarkan air mata membasahi pipi. Aku tahu aku takkan puas menatap wajah Arif sampai bila bila, takkan pernah puas merasai hangat dakapan Arif setiap malam, takkan pernah jemu mendengar bisikan cintanya setiap masa.
"Menangis?". Arif bertanya dengan suara serak baru bangun tidur. Mata terbuka pun tak nampak dek sepetnya bangun pagi.
Aku terus melekap di dadanya. Makin kuat esakanku melayan perasaan tadi. Arif memegang lenganku, menolakku ke belakang sedikit dan menunduk pandang padaku.
"Kenapa ni?", soalnya pelik. Takde angin takde ribut, aku tiba tiba menangis.
"Jangan tinggalkan saya. Saya tak nak orang lain, nak abang sorang je", ujarku satu persatu dalam esakan yang semakin kuat. Mataku dah tak mampu menampung air mata yang keluar.
"La... itu ke? Ya, abang pun sama. Sayang seorang saja. Dah, jangan menangis. Tak bagus untuk baby", bisik Arif spontan tangannya mengusap perutku yang tak berlapik.
"Ish... mana ada. Takkan la sekali terus jadi", balasku dengan manja, menampar tangannya perlahan.
"Mana tau kot kot abang penembak tepat", usiknya tersenyum meleret.
Aku mencubit puting Arif, geram. Berkerut dahinya menahan pedih.
"Baby, you really ask for it", kata Arif menolak aku berbaring di atas tilam dan dia kini di atasku. Aku baru perasan aku tersalah pilih suis. Hadap je la Nura, sarapan pagi terbaik dari ladang.
"Dah ok?", sapa Aedy sebaik kami berdua keluar dari bilik. Dia dan Joy sedang bersarapan manakala aku dan Arif sudah siap untuk ke tempat kerja. Mesti Arif tanya Aedy semalam dan menceritakan apa yang berlaku antara kami.
"Bengkak lagi mata kau tu beb", tegur Joy. Aku terus ke cermin yang tergantung pada dinding dan membelek.
"Nampak sangat ke?", tanyaku padanya. Aku rasa tadi masa berbedak takde la ketara sangat.
"Dia yang tetiba pagi tadi menangis. Terkejut aku. Dah la tengah tidur masa tu", celah Arif.
"La... patut pun", sahut Aedy dengan mulut penuh berisi sandwich telur.
"Kau rasa susut tak kejap lagi? Aku duty malam ni", soalku pada Joy sambil melambainya supaya mendekatiku.
"Jap", jawab Joy berlari lari anak ke dapur. Padahal bukannya jauh sangat pun jarak dapur dan meja makan.
"Nah, ko tekap kat mata masa kat opis kang". Joy menghulur sebatang timun padaku.
Aku memandang Joy kehairanan dan mengambil timun tersebut darinya, "Sejak bila kau makan timun?".
"Ni stok kalau Aedy tak balik", jawabnya bersahaja.
"Choiii... amik balik. Aku beli lain". Aku kembalikan pada Joy dengan muka kegelian. Oooohhh, tak terbayang timun berlendir tu nak kuletak pada mata.
"Woii.. mana ada", kata Joy yang ketawa terbahak bahak.
"Aedy la dia suka minum jus timun. Banyak tu dalam fridge", jawab Joy tersemput semput. Seronok sangat la tu kan mengusik aku.
Aedy mengangkat gelas tinggi berisi air berwarna putih kehijauan dan meneguknya. Aku dah kembang tekak.
"Kau simpan je Joy. Aku beli lain. Jom bang". Aku menarik tangan Arif dan melambai pada mereka berdua.
***********
"Please Nura, I dah buat reservation".
Aku merenung wajah dia. Pandai pandai buat reservation tanpa persetujuan aku. Dah la tunggu aku kat lobi macam hari tu.
"You kata next time. So, today is the next time tu kan?". Aku menghela nafas panjang, jam di tangan kiri aku lihat seketika.
"Kejap. I nak buat phone call". Aku menjauhkan diri darinya, berdiri di balik tiang besar di hadapan pintu masuk stesen tv.
"Abang, saya nak keluar makan dengan kawan boleh?". Aku meminta izin, namun tak kucakap siapakah kawan itu. Padaku, dia hanya kenalan. Tak lebih dari tu.
"Thanks Nura". Dia tersenyum lebar bila aku duduk di kerusi yang ditarik olehnya. Cafe yang tak berapa jauh dari stesen tv dan ramai pekerja stesen tv menjamu selera di sini. Bila terlihat mereka, aku memberikan senyuman atau mengangkat tangan tanda hai.
"Akhirnya, sudi juga awak nak keluar dengan saya".
"Ada apa ye Encik Rizman beriya ajak saya keluar ni?", tanyaku agak dingin. Aku sebolehnya tak mahu keluar dengan lelaki. Bukan sekadar menjaga imejku, malah untuk menjaga hati suami.
"Saya nak kenal dengan lebih dekat", jawabnya setelah kami memesan makanan. Aku hanya mengambil air coklat panas.
"Yazid tak cakap pada Encik Rizman yang saya...", soalku dengan nada suara monotone.
Dia tersenyum, kedua tangannya dicantumkan dan diletakkan dagunya di situ merenung aku.
"Alasan you untuk menjauhkan diri dari Yazid kan? I tak kesah pun kalau you isteri orang sekalipun. I just nak berkawan dengan you".
Aku pelik berhadapan dengan insan begini. Isteri orang aku ni dan kau bukannya rakan kerja aku yang kau kata nak berkawan. Aku ni dah ada batas pergaulan.
"Cara you mengingatkan I pada arwah. You buat rindu I terubat", luahnya. Senyumannya kini sedikit kendur, ada nada sayu di hujung kata.
"Arwah? Isteri you?". Dia menggeleng.
"My best friend. I terkejut masa mula mula nampak you kat coffee house hari tu. Yes, I selalu tengok you kat tv. Memang seiras cuma tak sangka sampai begini. Gaya you senyum, ketawa, berbual dan dressing memang sama. Mula mula I ingat I nampak hantu", ceritanya. Kami ketawa kelucuan. Aku yang begini dia kata hantu. Tau la pengcahayaan di situ tak berapa terang.
"Serupa tapi tak sama", balasku. Pelayan menghantar pesanan kami, mengerling padaku kemudian pada Rizman kemudian tersenyum.
"Sama. Arwah pun jual mahal juga masa I try nak kenal dia dulu", ulasnya masih lagi tersenyum. Barangkali mengimbas kembali kenangan lalu.
"Sorry, kalau boleh I nak tau macam mana dia meninggal?"
"Kemalangan. Dia nak datang jumpa I di Leeds masa chrismas eve. Dia dari Cardiff", jawab Rizman tenang.
"Sorry". Tersentak hatiku bila mendengar itu. Sayu jadinya, kehilangan kawan baik pun boleh rindu sebegitu sekali apatah lagi aku, jika kehilangan Arif. Tak terbayang rasanya, nauzubillah.
"It is ok. I dah kawin sekarang ni, dah ada anak dua pun. Tapi bila nampak you, I terus teringatkan dia. Even now, bila bercakap dengan you pun I rasa macam I bercakap dengan dia". Aku nampak mata Rizman berkaca seperti dia benar benar merindui teman rapatnya itu.
Rindu.. perasaan indah namun menyakitkan. Tiada kata mampu diungkapkan untuk perasaan RINDU. Rasai sendiri.
Share this novel
ccvv. v. ll l l llolllolo
cc
Timun pengubat kerinduan.. Choiii.. haha.. Tapi hint pasal mati tu i seram.. huhu..