"SEMALAM abang pergi majlis auntie June, ramai tak?"tanya Iris sambil meletakkan kepala atas dada Harith.
"Ramai juga.Maaf tak dapat tunggu sayang."Tangan Harith naik membelai rambut Iris.Dia suka menyedut haruman dari helaian rambut Iris.Wangi dan mengasyikkan.
"Tak apa.Lagipun meeting habis lambat."
Semalam Iris balik kerja pun sudah dekat pukul sembilan.Hampir jam sebelas baru suami dan ibu mertuanya pulang.
"Majlis apa ntah abang cakap,Iris dah lupa."Iris menangkap jari-jemari suaminya yang sedang merayap ke tempat lain.Satu jelingan manja di hadiahkan pada Harith.
"Birthday Auntie June."jawab Harith ringkas sambil senyum nakal pada Iris.Dia suka mengusik Iris.Suka akan kemanjaan isterinya.
"Ohh..."Iris hanya mengangguk.
"Mesti meriah kan."telah Iris lagi.
"Boleh lah."jawab Harith bersahaja.
"Intan tu anak tunggal Auntie June kan?"
Harith mendiamkan diri.Dia hanya angguk kecil.
Fikirannya terbang ke malam semalam.Meriah sambutan hari lahir Auntie June.Ramai kawan-kawan Auntie June yang hadir.Dah tua pun buat majlis hari lahir lagi.Geram juga dengan mama tak bagitahu awal-awal.Ingat majlis kenduri doa selamat ker apa.
Intan, perempuan yang pernah bertaktah di hatinya satu ketika dulu.Semalam dengan dress labuh berwarna putih mengikut bentuk badan,Intan nampak cantik.Dalam dia Harith memuji Intan.
Mereka berdua berbual sambil menjamah makanan hingga tak sedar ramai tetamu sudah pulang.Bercerita tentang diri masing-masing dan hal semasa.Intan nampak lebih matang dan berfikiran terbuka.Tidak seperti dahulu,sering memberontak dan mengikut kata hati.Harith mula rasa keselesaan bergaul dengan Intan.
Intan dilihat ramah melayan tetamu.Ramai yang memuji kecantikan Intan.Ada juga anak kenalan Auntie June yang mahu mendekati Intan tetapi dia menolak lembut.Dia lebih banyak berbual bersama Harith.
"I lebih selamat duduk berbual dengan you dari yang lain."kata Intan.
"Intan yang I kenal dulu mana pernah takut."sedikit sindiran kecil dari Harith sambil tersenyum sungging.
"I dah belajar dari pengalaman Harith..Tak semua lelaki I boleh percaya."
"Habis tu dengan I,you percaya pula?"
"I kenal you jenis macam mana Harith.I tahu you tak akan luka kan hati perempuan.Silap I."muka Intan bertukar redup.Mengingati kesilapan diri yang pernah dilakukan.Dan sebab itu juga dia meninggalkan Harith.
"Bertuah isteri you."puji Intan buatkan Harith tersenyum bangga.
"Abang!abang!"Iris melambai tangan depan muka Harith.Boleh pula Harith tersenyum sorang diri.
"Abang ni teringatkan siapa?senyum sorang-sorang pula tu."Iris muncungkan bibir.Timbul sedikit rasa cemburu.Entah Harith masih ingatkan Intan.Telahnya dalam hati.Tetapi segera di usir pergi.Dia tidak mahu bersangka buruk pada suaminya.
"Sayang ni kan...Abang senyum sorang pun tak boleh.Nak ingat siapa lagi kalau bukan isteri abang yang cantik ni."Harith cium pipi Iris bertalu-talu.
Iris tak jadi merajuk.Dia ketawa kegelian bila Harith mula mengigit lembut telinganya sambil membisikkan sesuatu.
Baju Iris dilepaskan satu persatu.Harith tanpa menunggu lama terus menutup suis utama.Yang kedengaran hanya bisikan cinta yang meniti dari bibir masing-masing.
Share this novel