Bab 2

Romance Series 59136

“Muzik.. Muzik. Aku tak faham kenapa orang anggap muzik yang aku cipta sampah? Kenapa semua orang tak faham aku?” teriak Daniel. Dia membaling kertas – kertas nota muziknya dan membiarkan berselerak di atas lantai. Seperti biasa, seandainya karyanya ditolak mentah – mentah oleh pensyarahnya, dia akan sebegitu. Aku makin arif dengan sikapnya setelah beberapa lama berkawan, tak, istilah kurang tepat. Aku hanya kawan kepada kawan dia. Dia langsung tak kenal aku malah kami tidak langsung jarang bertegur.

Seandainya dia menegurku, lebih bertanyakan hariku, dan khabar.

Aku semakin masak dengan perangai mereka semenjak berbulan menghabiskan masa bersama. Acap, atau nama semenarnya Ashraf. Sejujurnya aku pelik, kenapa semua orang bernama Ashraf akan dipanggil Acap. Dari sekolah menengah, memang kebanyakan kawan aku bernama Ashraf akan dapat nama ringkasan begitu.

Baiklah Acap ni, yang aku tahu seseorang yang berkemampuan. Berkemampuan dari segi kewangan. Tengoklah, dia dapat memandu kereta sendiri ke kelas, gaya pemakaian dia, pergh, 10/10 boleh dikasi. Dia berupa juga. Semua suka berkawan dengan dia ni, hanya sebab dia suka menghabiskan duit belanja kawan – kawan dia. Okey, info ni aku dapat sebab dia sendiri yang cerita kat aku masa pertama kali jumpa dulu. Dari situ aku tahu dia ni orang berada. Lain kelas dengan orang macam aku. Anak yatim yang mengharapkan bantuan dari wang biasiswa.

Sekarang, yang rambut kusut masai tu Daniel. Ringkas dorang kekadang panggil dia Niel tak pon Dan. Niel kalau mood masa tu baik, bila dia ni jadi macam malaikat. Tak pun kalau si Acap dengan Aliya nak membodek dia. Nama Dan akan keluar kalau gabungan Acap dan Aliya mengamuk dengan Daniel. Selalunya dialah yang suka bagi masalah kat dorang berdua. Daniel ni memang terlalu taksub dengan muzik dia. Aku akui, suara dia bagus, dia juga selalu nyanyikan lagu – lagu barunya untuk kami. Tapi masalahnya, bila kena kritik jer dengan pensyarah, jadi macam tadilah. Dibaling semua kertas muzik dia, lepas tu membebel sebab tak ada yang faham muzik dia nak sampaikan.

Paling menarik pasal dia ni, kata Aliya Daniel sanggup buat apa sahaja untuk cipta lagu. Pernah dulu dia nak rasa kecewa dengan hancurkan hati seseorang. Nak dapat perasaan dan ilham menulis kononnya. Tapi pengakhirannya perempuan tu benci dia, dan dia pula tak dapat ilham tu. Menakutkan betul tak?

Aliya pula aku boleh sifatkan seseorang yang tabah nak melayan dua orang lelaki yang berbeza personaliti. Satu barat, satu timur. Jarak berbeza seperti langit dan bumi. Aliya adalah orang di tengahnya. Seperti penyeri mereka. Aliya orangnya manis, selalu berkeyakinan tinggi. Tak ada sesiapa boleh halang dia kalau dia dah nekad.

Bagi aku, mereka macam tiga serakan Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley. Secara kebetulannya dijodohkan menjadi rakan baik semenjak sekolah menengah hinggalah sekarang persahabatan tu kekal. Aku cemburukan mereka.

Aku mulanya kenal dengan Aliya dahulu. Kebetulan aku mengenalinya semasa hari orientasi dan paling menariknya, dia juga rakan sebilik aku. Dek kerana itu, Aliya terus memperkenalkan aku kepada lagi dua sahabat karibnya itu. Awalnya aku tak faham macam mana ketiga – tiga mereka boleh akrab. Tapi aku buang persoalan tersebut. Aku sekarang hanya mampu melihat akulah yang berbeza dari mereka. Personaliti aku yang sebenarnya tak sama dengan mereka.

Disebabkan aku dah kenal dua sahabat kesayangan Aliya, dia akan selalu menganjakku lepak di dewan yang kosong. Mujur Acap dan Daniel boleh menerima kehadiranku. Aku memang risau seandainya mereka tak selesa dengan aku. Tapi tidak, dorang melayan aku seperti aku sebahagian dari rakan lama mereka dan membenarkan aku ikut serta melepak di dewan bersama. Di sini, tempat kami membuang masa semasa cuti hujung minggu. Semestinya tanpa pengetahuan sesiapa. Acap, yang memegang kunci dewan antara yang pertama mencadangkan tempat untuk kami melepak di sini.

“Dah puas menjerit?” soal Acap sambil mengutip kertas helaian muzik yang berada berhampirannya. Dia menghulurkan kepada Daniel. “Kalau bernilai, jangan dibuang. Perjuangkanlah.”

Acap mengetuk kepala Daniel dengan kertas tersebut saat dia mahu mengambilnya. Aku menahan diri dari tertawa melihat kedua badut bagiku. Cuba sedaya upaya fokus pada latihan calculus di hadapanku.

“Cikgu,”

Aku mengangkat muka apabila mendengar nama panggilanku dipanggil. ‘Cikgu’, entah mana dia dapat idea memanggilku sedemikian.

“Nah,” Acap mencampak roti gardenia kepadaku. Dengan kelam kabut aku menyambutnya. Tak ada cara lebih baik nak bagi makanan kat orang ke? Aku membetulkan cermin mataku dan merenung Acap.

“Makanlah, tu Daniel bagi.” Dia bersuara.
Aku merenung kosong roti tersebut. Perasa vanilla, kegemaranku.

“Thanks.”

Aku meletakkan roti tersebut ke sisi dan mahu menyambung kerjaku semula. Namun terhenti. Aku melihat terdapat helaian nota muzik yang dicampak oleh Daniel tadinya berada berhampiran denganku. Melihat sekelilingku, Daniel, Acap dan Aliya leka berbual. Mereka tahu, diriku takkan berbual dan lebih suka menyendiri. Disebabkan itu, tiada yang peduli seandainya aku diam lagi dan sudah penat agaknya mereka memaksaku untuk berbual seperti mereka.

Mataku melihat kembali nota muzik tersebut. Aku menghela nafas dan mengambil helaian tersebut. Sebuah lagu. Tanpa tajuk dan masih belum lengkap. Bahagian bawah ni masih kosong. Hanya terdapat not tanpa muzik. Cuma verse yang tertulis lirik.

Not – not yang ada disitu aku cuba bayangkan seandainya dimainkan di piano, satu – satunya alat muzik yang aku tahu mainkan.

“C, A, G,” aku membisikkan not yang dapat aku baca.

“Kau cakap apa?” dari jauh Aliya menjerit.
Pantas aku menggelengkan kepala dan menunduk. Mengelak dari memandang wajah ketiga – tiga mereka. Tumpuanku fokus pada nota muzik tersebut dan membaca lirik yang tertulis.

Aku taksub membaca bait – bait lirik sehingga terleka. Terlupa kerja calculus yang perlu dihantar esok, dan terlupa aku tidak bersendirian di panggung.

“Mia,” suara lembut Daniel mengejutkan aku dari lamunanku sendiri. Aku melihat dia datang menghampiriku. Itu pertama kali Daniel memanggilku dengan namaku. Selalunya ‘cikgu’, dan diikuti oleh mereka yang lain. Selama ni aku fikirkan dia tak tahu nama aku. Jadi sebab tu dia wujudkan nama tu. Katanya sesuai dengan course yang aku ambil.

Dia semakin hampir. Tindakan pantas aku ialah dengan segera aku menyorokkan helaian nota muzik tersebut dari Daniel. Entah kenapa aku buat begitu. “Jom makan malam kat warung depan univ kita nak?”

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Bukan ke mereka dah tahu, lebih dari jam 7 aku takkan berani keluar dari kawasan univ, walaupun dengan kawan. Sebab almaklum bahaya dan tak manis bagi perempuan berada di luar. Dan aku terikut – ikut pesanan nenek selalu.

Daniel menunggu jawapan dariku.

“Korang pergi jer lah. Mia macam biasa, tak boleh.”

Daniel sekadar mengangguk. Mungkin tahu aku tetap takkan berubah pendirian dan ingkar arahan. Aku suka berurusan dengan Daniel bab ni. Dia takkan memaksa. Hanya mengangguk dan akan bertanya, “Nak pesan apa – apa tak?”
Tersenyum. Sedia tahu persoalan itu yang akan keluar dari mulutnya.

“Korang pergilah, nanti Mia kunci pintu dewan ni.” Aku melihat jam di tangan. Pukul 6. “Mia nak kemas barang dulu baru balik.”

Ketiga – tiga mereka menganggukkan kepala dan keluar meninggalkan aku sendirian. Perlahan aku mengutip buku – buku ku yang berteraburan di atas lantai sebelum memasukkan ia ke dalam beg. Nota muzik Daniel ku selit pada salah satu muka surat buku teks ku. Entah aku sendiri tidak pasti mengapa aku mencuri kertas Daniel. Cuma lagu tersebut membuatkan aku tertarik.

Perasaaan ingin tahu membuak – buak dalam diriku. Aku ingin tahu melodinya. Aku mahu tahu lagu yang ditulis Daniel. Aku cuba mengetuk – ngetuk pen pada buku teks mengikut rentak tertulis pada not. Makin lama, makin taksub dengan duniaku sendiri bersama not muzik milik Daniel.

“Mia!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience