"EHEM...,"
Tisha dan Izam menoleh hampir serentak mencari arah suara itu. Dilihat jelas Lana kini berdiri tidak jauh darinya, bola mata Izam sedikit bersinar. Orang yang dia nanti-nantikan sudah pun muncul! Tidak perlu lagi dia menghabiskan masa berdua dengan Tisha!
Rimas dan tidak selesa, itu yang dirasakan sejak tadi. Diam-diam dia berharap agak Lana boleh muncul dengan segera!
"Am I… interrupt your date?" soal Lana yang mana anak matanya hanya teertump kepada Tisha. Tidak diendahkan langsung Izam yang baginya hanyalah manusia asing yang dia tidak perlu ambil tahu pun.
"No," serentak itu juga Tisha dan Izam menafikan. Bersilih ganti dua wajah itu pandang. Ada rasa curiga bila penafian itu kedengaran keras dan seakan terpaksa
"Are you... sure?" Lana ingin pasti. "If yes, I'll let you two...,"
"I'm looking for you," segera dipintas ayat Lana. Kalau dibiarkan, macam-macam spekulasi yang akan muncul dibenak minda gadis itu. Dia sangat mengelak dari menjadi bahan bualan gosip murahan walaupun dia kenal Lana bukan jenis yang bawa mulut merata sekadar untuk berkongsi cerita-cerita yang langsung tidak memberikan faedah untuk dirinya sendiri.
Anak mata Tisha berkalih kepada Izam. Direnung wajah itu sesaat dua. Dia perasaan ada perubahan pada wajah Izam yang nampak sedikit teruja dengan kehadiran Lana. Tidak seperti tadi, tenang dan
tidak berperasaan. Walaupun masih lagi kelihatan tenang, sinar wajahnya jelas tunjuk ceria!
Is he dead serious? This guy… is he really the heartless guy yang sibuk diperkatakan itu? Oh, man… this not gonna be a good start, I guess. Lana is a very tough for him!
Dahi Lana sedikit berlapis. Posisi badan berubah dengan tangan bersilang di dada. Agak lama jugak dia perhati anak muda itu atas ke bawah. Seakan dia sedang menimbang-nimbang akan sesuatu. Jujur, dia macam pernah wajah itu, tapi tidak ingat di mana. "Do I know you?"
Tisha mengeluh kecil. Dia sudah agak reaksi Lana. Berbeza pula dengan Izam, masih lagi dia kekalkan riak tenang dan diikuti dengan sedikit senyuman. Izam kelihatannya sedang sibuk mengeluarkan sesuatu daripada poket belakang seluarnya.
"Remember this? You help me," tenang saja nadanya sambil sapu tangan berwarna kuning emas disuakan kepada Lana. Ini saja cara untuk Lana ingat tentang dirinya. Kalau dia jelas panjang lebar pun rasanya tidak akan membantu. Dalam erti kata lain, dia sangat tidak gemar menjelaskan sesuatu perkara dan baginya sangat membuang masa. Cukup yang penting saja.
Melihatkan sapu tangan itu mengingatkan dia pada satu insiden lebih kurang tiga bulan yang lepas. Mahu dia tidak ingat kalau Izam sudah banyak kali cuba mencuri perhatiannya dengan cara yang sama, tetapi masih tidak cukup kuat untuk dia ingat akan kewujudan lelaki tersebut. "Ah..., ingat... ingat!" angguk Lana beriya sambil tersenyum lebar. "Kau yang takde keja asyik nak tegur aku setiap kali aku lalu dekat taman tu, kan?" ujar Lana dengan nada sedikit cerita.
Senyuman Izam ikut melebar bila Lana dah ingat tentang dirinya. Sapu tangan tadi dia masukkan kembali ke dalam poket seluar. “Glad you still remember,”
"And I keep rejecting you," sesaat saja nada Lana sudah bertukar dingin. Tiada lagi senyuman yang lebar, hanya riak mukanya yang semakin ketat! "And I keep avoiding you. Kenapa cari aku lagi? Kau ni memang tak faham bahasa eh?" soal Lana dengan tangan kembali disilang ke dada. Cukup untuk menunjukkan yang dia sungguhlah tidak suka cara lelaki itu menghampirinya.
Walaupun diawalnya dia agak terkejut yang Lana boleh berubah sikap dalam sesaat, kini dia ketawa kecil. Tanda yang dia sudah faham sikap Lana. "Didn' I said, I wanna be a friend?"
"Didn’t I keep saying… no, thanks," tolak Lana tanpa perlu dipertimbangkan permintaan Izam itu. Semakin dia menolak, semakin dekat pulak mamat tu datang dalam hidupnya. Why?!
"Why?" nada yang tenang itu berbaur tanda tanya. Senyuman masih lagi terukir di garis bibir. Tidak faham kenapa sukar benar gadis itu menerima salam perkenalan darinya. Niat pun cukup jelas yang dia sekadar hendak berkawan, tapi…
"Sebab aku taknak," tidak perlu dia menjawab berjela. Harapannya cuma satu, supaya lelaki itu beredar dengan segera. Sungguhlah dia rasa rimas!
Izam jeda. Kali ini dia sekadar diam dan hanya merenung ke segenap wajah bujur sirih milik Lana. “Kau takut sangat dengan aku ni, kenapa?” tiba-tiba saja soalan itu disua kepada Lana.
Lana lapis dahi. Tisha sedari tadi diam menjadi penonton. Hanya memerhati gelagat mereka berdua. Tidak tahu macam mana dia hendak mencelah bila dilihat fokus Izam hanya pada Lana. Seakan kehadirannya bagaikan bayang-bayang sahaja disitu!
“Apahal pulak aku nak takut dengan kau?” sepertinya soalan Izam diulang dalam bentuk ayat yang lain. Anak mata Lana mula kelihatan tidak senang.
Izam senyum. “Aku nak kawan je dengan kau, bukan nak flirt ke apa,” nadanya masih tidak berubah, tenang dan mendatar. “Lainlah kalau kau takut terjatuh suka dengan aku, maybe aku boleh consider,” ucap Izam lagi. “Faham, kadang sakit bila kita jatuh suka dekat orang yang tak pandang kita langsung. Aku faham,” sinis dan menyindir nada Izam dihujung ayat.
Mungkin juga dia sekadar hendak menduga Lana.
“Pardon me?” Walaupun jelas setiap butir yang ditutur Izam, dia berlagak seakan tidak dapat ditangkap maksud dari kata-kata Izam.
“Who knows. Maybe your expectation terlalu jauh menyimpang. Maybe you expect that I fall for you.
The fact, I just wanna be a friend,” seakan tidak dipeduli Lana.
Rahang Tisha sudah jatuh. Cerita mengenai Izam seorang yang licik kini terbukti lagi!
“What?” dahi Lana sudah berkerut seribu.
“Sebab tu orang cakap, jangan layan sangat drama. Otak tu pun dah jadi tak betul,” Izam masih menyambung. “Takpe. Kau mengaku je yang kau sebenarnya dah terpikat dengan aku, itu yang buat kau takut. Takut aku reject,”
Selamba telefon bimbit dicapai dari poket seluar. “I’ll see you around,” serentak itu juga Izam berlalu.
Sebenarnya, Izam sedar yang wajah Lana sudah merah menahan marah. Harus dia marah, dah Izam pun merapu yang entah apa-apa! Semuanya sekadar dia nak menduga gadis itu. Tisha sudah tepuk dahi. Tanda yang dia sedar yang dah termakan umpan Izam.
“Hei, kau!” jerit Lana tiba-tiba, langkah Izam turut mati ditempat.
Dengan gaya dia melangkah, jelas yang dia sudah cukup menahan amarahnya. Mata bertemu pandang. “Kau ni, dah puas perasan? Ha? Muka tak seberapa, ada hati nak perasan melampau,” tutur Lana sedikit kasar.
“Oh,” telefon bimbitnya kembali dimasukkan ke dalam poket seluar. “Muka aku ni tak cukup untuk tarik perhatian kau eh? Tak cukup untuk buat kau jatuh cinta?” walaupun lembut tapi sinis tu tetap ada.
Riak muka Lana saat itu sumpah rasa menyampah. Sakit hatinya saat itu, hanya tuhan saja yang tahu. Dia tidak faham kenapa dia asyik didekati oleh anak muda ini sejak beberapa minggu yang lepas. Tidak setiap hari, seminggu sekali mesti dia bertembung di taman dengan sapaan.
“Yakin sungguh!” kecil tapi masih sampai ke gegendang telinga Izam.
“Then, apa yang susah sangat kalau aku nak berkawan dengan kau?” soal Izam. “Dah kau rasa rupa macam aku ni masih tak cukup syarat untuk jadi boyfriend kau, isn’t that means yang kita boleh jadi kawan yang baik?” dihujung ayat nada Izam sedikit lembut.
Pada pandangan Tisha, Izam sebolehnya berkelakuan comel di mata Lana. Jelas yang Izam memang sangat tekad untuk kenal Lana. Tidak macam lelaki-lelaki sebelum ini, cara Izam sungguh extreme! Bukan dengan cara lembut, bukan juga berkelakuan romantis, tidak pula dia datang untuk mengaku suka. Hanya ingin Lana menerimanya sebagai kawan.
“Kenapa mesti aku? Dah takde orang lain nak kawan kau ke macam mana?” sedikit menyindir berbaur kasar nada Lana
Izam menggeleng bersahaja. “Banyak, tapi aku tak rasa diorang tu sesuai jadi kawan aku,”
Heh?!!
Lana kerut dahi. Di sebelah, Tisha ikut kerut dahi. Sungguhlah, Izam seorang yang sukar untuk dibaca apa yang ada dibenak kepalanya itu. Antara sedar dan tidak, Lana mengeluh sekerasnya di situ.
“Whatever. Penat nak layan kau, sumpah,” Lana akhirnya beralah. Riak diwajahnya pun sudah cukup membuktikan yang dia sudah tiada hati untuk melayan kerenah Izam. “Dahlah. Tish, jom balik,” Lana atur langkah untuk meninggalkan Izam.
“So, aku assume kita dah jadi kawan eh?” Izam sekadar bertanya untuk memastikan yang dia sudah berjaya!
Kedengaran lagi keluhan dari Lana. “Kalau aku cakap ‘tidak’, kau akan tetap nak aku cakap ‘ya’. So, what’s the point kau nak tanya lagi? Kau tak bodoh, kan?” lemah dan sinis nada Lana.
Izam tersenyum semakin lebar. Rancangannya berjaya! Tidak sia-sia usaha yang dia ambil dalam masa tiga bulan ini! “Phone number? Or whatsaap?” pinta Izam pada Lana.
Lana sungging senyum jelas tak ikhlas. “Usaha tangga kejayaan. Good luck,” ucap Lana dan terus berlalu diikuti Tisha. Sejujurnya, dia memang takde hati nak berkongsi nombor telefon peribadinya kepada Izam.
Sempat pula Tisha menoleh mencari kelibat Izam. Ingin dilihat riak pada wajah lelaki itu. Masih lagi kekal tenang! Hmm…
Share this novel