Bab 65

Romance Completed 78326

“Kau ok ke Jer?” Tanya Maya sebaik saja press conference mengenai pertelingkahan Gia dengan Lisa sudah selesai. Untung jugak si Lisa tu tak ada dekat sini. Kalau tak, makin kecoh dibuatnya.

“Aku ok je Maya asalkan nama Gia tak tercalar. Aku tak sanggup Maya kalau dia kena tuduh macam-macam walhal benda tu dia tak buat pun. Aku akan tolong Gia sehabis mungkin. Aku akan berpihak pada mana yang betul.”

“Oklah kalau macam tu. Ni, Lisa tahu tak kau datang buat press conference untuk bersihkan nama Gia?”

“Dia tahu tapi aku dah warning dia awal-awal jangan datang sini. Aku tak nak di buat kecoh pulak dekat sini. Sakit kepala aku nanti. Lagipula aku tak nak dia buat perangai tak serupa bikin dia. Entahlah Maya, aku rasa macam aku dah tak kenal siapa dia. Dia dah tak macam kali pertama kami berjumpa.”

“Sabarlah Jer. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana since aku tak duduk di tempat kau. Aku yakin Lisa tu baik orangnya cuma yelah mungkin sekarang ni wayar dia short sikit kot.”

“Sedapnya mengutuk I?” Lisa yang sedari tadi hanya berdiri di hadapan pintu utama bangunan tersebut menyapa mereka berdua.

Maya terus zipkan mulutnya bila Lisa memandangnya dengan pandangan tajam dan panas hati. Terbakarlah tu bila aku kutuk dia. Eheks! Sorry Miss Lisa! I tak sengaja terkutuk you!

“Lisa? You buat apa dekat sini?” Tanya Jericho lalu berdiri di sisi Lisa.

“Tak ada apa. Saja I datang nak check ada tak yang tengah kutuk I sekarang ni lepas you baik hati tolong clearkan everything untuk Gia. You sedar tak Jer apa yang you buat sekarang ni buat I hilang muka tau? Malu pun dapat! Tak pasal-pasal orang cop I ni perempuan tak
betul!”

Memang pun! Sedar pun diri kau tu dah macam orang tak betul! Cemburu tak kena tempat! Maya mengejek di dalam hatinya.

“Sebelum you tanya I, lebih baik you tanya pada diri you sendiri. Masa you datang serang Gia, you ada fikir tak malu you? You ada fikir tak pasal perasaan orang lain terutama sekali perasaan I? Ada?”

“You jangan nak salahkan I pulak Jer!”

“Tak! I takkan salahkan you sebab you memang selalu betul! Yang selalu salahnya I. Please Lisa, I merayu dekat you jangan buat benda macam ni lagi ok!”

“You perli I kan Jer?!”

“Tak! I tak perli you. Tapi, at least bagi ada sense sikit dalam diri you tu yang mana betul yang mana salah!” Jericho memberi isyarat mata pada Maya supaya beredar
dari sini.

“Lain kali, pakai otak sebelum nak cakap apa. Jangan ikut kepala lutut sebab itu buatkan you nampak bodoh!”
Kali ni Maya pula menempelak Lisa. Jegilan mata Lisa padanya langsung tak mengundang rasa takut. Nak tergelak ada lah.

SEJAM lebih perjalanan dari Bangkok ke Kuala Lumpur, Gia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Selepas mengambil begnya, Gia segera menuju ke arah pintu keluar airport.
Sebaik saja dia keluar, dia terpandangkan ke arah Kristine yang sudahpun menunggunya di luar kereta. Dia menghampiri Kristine.

“Welcome back to Malaysia.”

“Buat teruklah kau ni. Aku bukannya balik dari overseas pun. Balik dari Thailand je pun.” Gia menyimpan bagasinya di dalam bonet kereta.

“Thailand pun kira luar negara jugak tu. Hehehe…”

“Yelah.”

“Kau lapar tak Gia?”

“Laparlah jugak. Kau masak apa?”

“Macam biasa. Makanan favourite kau. Aku tahu kau ni memang tak pernah puas makan dalam flight kan?” Gia tersengih. Ya…aku memang macam tu. Kalau makan dalam flight memang rasa tak puas makan. Landing je terus rasa lapar.

“Oklah…sekarang ni balik rumah, have your meal lepastu rest.” Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

Gia memandang Kristine seketika sebelum mengutarakan soalannya. “Vi macam mana? Ok ke?”

“Vi? Dia ok je. Kenapa? Kau rasa ada something yang jadi dekat dia ke?”

“Tak ada apalah. Aku saja tanya. Dia tak gastrik lagi kan? Aku bukan apa kadang-kadang aku risau jugak dengan Vi ni. Kalau dah buat kerja memang tak ingat nak makan. Haih…”

“Kau jangan risau. Sekarang ni hari-hari aku pergi hantar makanan dekat dia so that dia takkan skip makanan lagi.”

“Thank you sebab jagakan Vi sepanjang aku dekat Filipina dengan Thailand. Aku tahu aku boleh harapkan kau.”

“No thanks friend. Kau kan kawan aku dan secara automatik jugak Vi pun kawan aku walaupun dulu dia agak menyakitkan hati hahaha. Tapi, aku tak kisah sebab sekarang ni dia dah berubah. Aku tahu kau sayangkan Vi lebih dari segalanya kan?”

“Yelah Kris…dia je adik kembar yang aku ada. Sebolehnya aku cuba lindungi dia sebaik mungkin.”

“Ya aku faham…”

Kalau aku tak sayangkan dia, dah lama aku abaikan dia sejak di Pulau Bantayan. Kalau aku sakit hati dengan perangai dia, dah lama aku biar dia hidup sorang-sorang. Pandai-pandailah kau survive tapi aku tak sampai hati sebab dia satu-satunya adik-beradik yang aku ada. Darah daging aku sendiri.

AKHIRNYA…dapat jugak aku berbaring atas katil aku sendiri!!! Nikmatnya memang perghhh!!! Bergolek dia ke kiri ke kanan. Renggangkan badan yang terasa letih. Lega bila dah dapat baring macam ni. Lepas aku mandi nanti, baru aku pergi makan.

Pintu biliknya dikuak dari luar. Kristine mebawa segelas jus guava mix strawberi dan diserahkan kepada Gia. Gia mengambil gelas dari tangan Kristine dan diteguknya hingga tinggal setengah.

“Kau tak nak makan dulu ke Gia? Ke kau nak aku
bawakkan ke atas?”

“Tak apalah. Aku rasa aku nak mandi dulu baru aku turun makan nanti. Emmm…ibu macam mana?”

“Ibu? Ibu sihat je. Kau janganlah risau. Ada jugak dia tanya kenapa kau dah lama tak jenguk dia. Then, Vi bagitahulah kau ada kerja dekat fashion show dekat Filipina dan Thailand. Vi siap tunjuk jadual kau lagi. Cuma apa yang berlaku dekat kau dengan Luqman masa dekat Filipina, ibu dengan keluarga Luqman tak tahu.”

“Thanks. Sebolehnya janganlah buka cerita ni dekat diorang. Tak pasal-pasal diorang susah hati.”

“Kau macam mana pulak Gia? Luka kau?”

“Aku ok. Nasib baik just luka je. Peluru tak tembus masuk lengan aku.”

“Luqman?”

“Luqman apa?”

“Yelah…maksud aku dia terluka ke tak? Ataupun masa kau tengah sakit dia buat tak tahu je dekat kau.”

Gia tertawa kecil dengan kepalanya digeleng-gelengkan.
“Sebenarnya kan Kris…Luqman tu baik orangnya.”

Kristine yang tertarik dengan cerita Gia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menghadap Gia.
“Maksud kau? Mind to share with me?”

“Hey! Vi pun nak dengar jugak!” Vitalika tersengih di hadapan pintu bilik Gia. Gia memberi kebenaran untuk masuk. Vitalika mengambil tempat di atas katil kakak kembarnya. Sempat tubuh kakaknya dipeluk erat.

Untung saja dia habis awal hari ni. Bolehlah dia join nak membawang sekali dengan Kristine dan kakaknya.

“Akak ok? Sihat?”

“Sihat je. Kenapa? Kalau akak tak sihat, Vi nak tolong ubatkan akak ke?”

“Boleh! No problem! Ok, boleh sambung kot cerita tadi.”

“Bab macam tu laju je eh? Ok kita sambung…actually Luqman tak seperti yang kita sangkakan. Yelah, selama ni kita nampak dia selalu baran, marah-marah…tapi sebenarnya dia tak adalah seteruk tu. Dalam baran, keras kepala dia, ada jugak baik dia. Mungkin dia jadi macam tu kesan dari kehilangan Dariya kan? Ya…dia jugak yang jaga aku masa dekat Filipina. He did everything like a gentleman.”

“Dia tak sakitkan kepala otak kau ke masa kau lari dengan dia sampai ke campsite tu?”

“Tak. Cuma yelah…aku selalu tengok dia tilik gambar Dariya dekat telefon dia. Dia still tak boleh lupakan Dariya. Dia memang sayang betul dengan Dariya. Aku ingat lagi ada malam tu dia solat cara agama dia. Aku selalu dengar dia sebut nama Dariya dalam doa dia. Tak kiralah dia solat dalam waktu siang sekalipun dia tetap sebut nama Dariya.”

“Masa aku kena tembak dulu, dia yang jaga aku dekat hospital. Tak tahulah kenapa…aku rasa dia memang seorang yang caring tapi dia tak tunjuk. Tapi mungkin jugak dia buat semua tu sebab dia rasa terhutang budi dengan aku sebab selamatkan dia sampai luka semua. Apa yang aku takkan lupa, dia senyum. First time aku tengok dia senyum bila aku annoying dengan dia.”

“Hmmm??? Cara akak cakap ni lain macam je? Akak suka dekat Luqman ehhh???” Vitalika menjongketkan kening kanannya berkali-kali. Mengusik.

“Tulah…aku setuju jugak dengan Vi. Entah-entah kau suka dekat Luqman?”

“Apa pulak? Aku just cakap je. Tak bermakna aku sukakan dia. Korang berdua ni jangan nak overthinking sangat eh!”

“Taklah…bila kau cakap pasal Luqman senyum, kau pun ikut senyum. Jarang tau kau nak macam ni Gia. Apa orang kata Vi? Angau?”

“Ye! Angau!” Vitalika bersetuju dengan apa yang dikatakan Kristine.

“Mengarut! Dah! Keluar sekarang. Nak mandi!”

“Hek eleh! Nak coverlah tu! Kan Vi kan?!”

“Betul!!”

Tak tahan diusik, Gia pantas menolak tubuh Vitalika dan Kristine keluar dari biliknya lalu pintu bilik ditutup. Tiba-tiba je dia rasa berdebar lain macam. Betul ke aku suka dekat Luqman? Isy! Tak! Tak! Aku tak suka dia. Aku just senang dengan perangai dia. Yes! That’s it!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience