Bab 8

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa keluar dari bilik air selepas habis membersihkan dirinya.Dia menyarungkan baju berwarna putih dan seluar berwarna hitam. Kemudian dia memilih tudung shawl berwarna hitam.

Dia hanya memakai jam tangan jenama Casio dan seutas gelang yang diberikan oleh seseorang pada suatu ketika dahulu.Gelang itu menjadi temannya sejak kehilangan Alysa.

Elysa merenung gelang itu.Dia tidak ingat siapa yang bagi gelang tu tapi dia rasa tenang bila memakainya.

Elysa memegang perutnya yang berbunyi minta diisi.Dia mencapai beg galasnya lalu keluar dari bilik.

Kafe yang selalu menjadi tempat pilihan Elysa penuh dengan kehadiran para pengunjung.Dia tidak dapat mencari tempat kosong.Matanya tertancap pada sebuah meja yang diduduki oleh seorang pemuda.Tanpa berlengah dia menuju ke arah meja itu.

"Boleh aku duduk di sini?"tanya Elysa.

"Kau nak duduk sini?"tanya Imran.

"Mmm..tapi kalau tak boleh takpa lah.Aku boleh cari tempat makan lain."kata Elysa.

"Err...duduklah.Aku tak kisah pun.Aku takut kau yang tak selesa duduk di sini."balas Imran.

Tanpa berlengah Elysa duduk di hadapan Imran. Dia memanggil pekerja di situ lalu memesan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng udang butter dan segelas air ice lemon tea.

Imran hanya memandang sepi pada gadis dihadapannya itu.Sebenarnya dia hanya memandang pergelangan tangan Elysa.

Elysa perasaan akan renungan Imran.

"Apa yang kau tengok?"tanya Elysa.

"Err..cantik gelang.Mana dapat?"tanya Imran. Elysa memandang gelang di tangannya.

"Entahlah.Aku rasa ada orang bagi."jawab Elysa.

"Siapa..yang bagi?"tanya Imran lagi seperti ingin memastikan sesuatu.

"Aku tak ingatlah."Elysa hanya memandang gelangnya.Dia cuba untuk mengingati muka orang yang memberinya tapi dia tetap tidak ingat.

"Oh.."wajah Imran mempamerkan reaksi hampa.

Selepas beberapa minit makanan yang dipesan Elysa sampai.Dia membaca doa kemudian mula menjamah makanannya.Elysa mengerling sekilas pemuda yang berada di hadapannya yang sedang menjamah mi gorengnya.

'Macam pernah nampak je muka dia ni.Kat mana ya?'bisik Elysa.Sebenarnya ada sesuatu dia rahsiakan dari lelaki itu.Dia cuma ingat sedikit sahaja tentang orang yang memberinya gelang itu.Iaitu orang itu memakai gelang yang sama. Dia cuba untuk melihat pergelangan tangan Imran tetapi tidak dapat kerana lelaki itu memakai jaket panjang tangan sehingga menutup pergelangan tangannya.

"Kenapa tak makan?"tanya Imran yang menyedari tindak tanduk Elysa.

"Hah!"Elysa hanya tersengih sengih menahan malu kerana perbuatannya disedari Imran. Pipinya merona merah.Dia cuba untuk berlagak biasa sambil menyambung makan makannya.

Imran memanggil pekerja di situ lalu meminta bil. Dia membayar bil makananya dengan bil makanan Elysa.

"Eh!Tak payahlah.Aku boleh bayar sendiri."kata Elysa.

"Biar aku belanja.Tanda persahabatan kita.Itupun kalau kau mahu berkawan dengan aku."balas Imran kemudian menghulur sekeping wang yang bernilai 50 ringgit.Selepas menerima duit baki dia keluar dari situ selepas meminta diri dengan sopan.

"Okeylah.Aku gerak dulu.Seronok berbual dengan kau tadi."kata Imran.

Elysa terdiam.Dia tidak percaya dengan apa yang di nampaknya tadi.Dalam diam dia tersenyum sendiri.Elysa mengejar Imran.

"Imran!"panggil Elysa.Imran menoleh ke belakang.

"Kenapa?"tanya Imran pelik.

"Aku dah ingat."kata Elysa.

"Ingat apa?"tanya Imran lagi.

"Aku dah ingat orang yang bagi aku gelang tu." jawab Elysa.Imran terkejut.

"Siapa?"Imran betul betul ingin tahu.

"Kau kan.Aku nampak gelang tu di tangan kau." balas Elysa.

Imran tersenyum.'Dia lah orang tu'bisik Imran.

"Betulkan?"tanya Elysa ingin kepastian.

"Hmm..entahlah."balas Imran kemudian beredar dari situ dengan senyuman.

Elysa berasa tidak puas hati.Mulutnya dicebikkan.'Ish.Jawablah betul betul.Aku sepit mulutnya dengan sepit ketam nanti baru tahu' marah Elysa dalam hati.

Elysa bercadang untuk berehat saja di biliknya pada hari itu kerana besok dia akan pulang ke universitinya.Lebih baik dia berehat sebelum memulakan perjalanan yang panjang pada hari esoknya.

Elysa menunggu di hadapan lif.Tiba tiba bahunya dilanggar seseorang.

"Sorry."kata wanita yang agak berusia itu.

"Err..takpe.Bukan cedera teruk pun.Sikit je."balas Elysa.

"Anak ni baik rupanya."kata wanita itu lagi.

Elysa mengerutkan dahinya.

"Muka saya nampak macam jahat ke?"tanya Elysa.

"Taklah..cuma kita ni tak tahu orang tu macam mana.Kadang kadang orang itu nampak macam baik tapi kita tidak tahu bila hatinya sudah resah." kata wanita itu cukup misteri.Wanita itu beredar dari situ dengan segera.

'Macam pernah dengar je.Oh ye..Ira pernah cakap macam tu masa kat kafe.'bisik Elysa dalam hati.

Dia cuba untuk melupakan sahaja kata kata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience