DIA 26

Romance Completed 131781

Hanis sekadar bermain dengan straw di dalam gelas. Hazzar pula leka mencari line maklumlah di kampung. Dia merengus dan meletakkan telefonnya diatas meja. Bebola matanya tertumpu pada Hanis yang sedang termenung, entah apa yang dia fikirkan.

"Dari tadi kau asyik main dengan straw tu. Minumlah! Apa yang fikirkan tu? Pasal bapak kau tadi?" Hazzar cuba meneka.

Bebola mata Hanis naik memandang Hazzar kemudian kepalanya diangguk perlahan.

"Hanis... Kenape kau cakap dengan bapak kau yang kau... Pelacur?" Soalnya ingin tahu.

"Perlu ke saya bagitahu encik Hazzar?" Soal Hanis kembali.

"Mestilah aku ni kan bakal suami ka- "

"Tapi encik tak sudi pun. Buat ape nak cerita bukan penting pun." Balas Hanis acuh tak acuh.

Hazzar terus diam. Hanis kembali ke dunia khayalannya tadi.

"Betul ke kita nak kahwin lagi dua hari? Atau awak tipu parents awak?" Soal Hanis.

"Takkan aku nak tipu pulak. Aku nekad, kita kahwin lusa. Kalau kau bunyi sekali lagi. Aku takkan kahwin dengan kau. Banyak mulut." Hanis melihatnya tak percaya.

'Dia jugak yang banyak tanya tadikan?' rungut hati Hanis.

---

Bebola mata Hanis bergerak-gerak mencari kelibat babahnya. Nampaknya babahnya tidak bohong, babahnya tidak hadir di hari dia bakal disatukan dengan Hazzar. Hanis mengeluh panjang. Lara pun satu, tadi kata nak datang tapi sampai sekarang mana batang hidung dia? Mana?

"Dah sedia?" Soal tok kadi kepada Hazzar.

Hazzar menarik nafas sepanjang-panjangnya lalu dilepaskan. Dia mengangguk. Tangan mereka bersatu.

"Hazzar Iskandar bin Tan Sri Razak?"

"Aku."

"Aku nikahkan dikau dengan Hanis Adawiyah binti Abdul Aziz, dengan mas kahwinnya sebanyak MYR 6,000 tunai."

"Aku terima nikahnya Hanis Adawiyah binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya sebanyak MYR 6,000 tunai..."

Tok kadi menoleh ke arah para saksi dan mereka mengangguk-angguk kepala. Tok kadi mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur kerana majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar sekali. Tok kadi mengangkat tangan lalu membaca doa.

"Hazz... Pergi sarungkan cincin pada jari Hanis sana." Arah ayah.

Note: Sebab dah kahwin, kita guna gelaran ayah bonda. Takde lagi ayahnya, bondanya.

Hazzar dengan langkah beratnya mengatur langkah mendekati Hanis yang sedang duduk bersama dengan para tetamu perempuan yang terdiri daripada keluarga Hazzar sahaja.

Hanis mengangkat tangan kanannya kemudian Hazzar menyarungkan cincin di jari manis Hanis. Tangan Hazzar disalam lama. Kalau diikutkan hati, memang tak nak Hazzar mengucup dahi Hanis tapi... Jannah dibelakang sudah memberi isyarat maut kepadanya. Dahi Hanis dikucup lembut.

Sempat Jannah mengambil gambar kedua mempelai secara sembunyi-sembunyi. Hazzar mengalihkan bibirnya dari dahi Hanis lalu menjeling sekilas ke arah Hanis.

"Hazz... Photographer tengah tunggu kau dengan Hanis dekat luar." Pantas Hazzar menoleh ke arah ayah.

"Photographer? Nak buat ape?" Soal Hazzar.

"Nak suruh dia jual ikan. Sah-sah lah nak ambik gambar kahwin kamu dengan Hanis. Dah tahu tanya lagi!" Marah ayah.

Hazzar memutarkan bebola matanya. Buat apa nak ambik gambar kahwin kalau masing-masing tak ada perasaan cinta, desis hati Hazzar. Hanis dan Hazzar keluar dari masjid bersama dengan mendekati si juru gambar.

"Cantik pengantin kita hari ni." Pujian sang juru gambar langsung tidak dilayan.

"Urm... Boleh kita mula?" Soal Hanis.

Dia tidak mahu lama-lama di sini. Lebih cepat habis, lebih cepatlah dia boleh berehat. Penat!

Hanis sekadar menguntum senyuman nipis manakala Hazzar langsung tiada satu pun senyuman yang diukir pada wajahnya. Sang juru gambar ingin berkata sesuatu tetapi cuak apabila melihat wajah Hazzar.

"Kau nak cakap ape?" Soal Hazzar.

"Boleh tak kalau encik senyum? Baru nampak manis. Ar... Kalau tak takpe. Saya bagi cadangan je." Ujarnya takut-takut.

"Eh kau ni! Ambik jelah gambar tu! Suka hati akulah nak senyum ke nak ketawa ke nak serius!! Aku tak ganggu kau pun kan? Tugas kau untuk ambik gambar, bukan membebel!!" Marah Hazzar.

"Abang dia suruh abang senyum je. Tak payahlah nak ma- "

"Diam!" Celah Hazzar.

"Tapi abang- "

"Diam! Aku suami kau dengar cakap aku. Atau kau ada apa-apa dengan mamat ni?" Soalnya sambil menunding jari kepada juru gambar tersebut.

Laju Hanis menggeleng tanda menafikan kata-kata Hazzar tadi. Hanis terus mendiamkan diri. Hazzar kembali memandang si juru gambar.

"Kau dah siap ambik gambar? Ke kau nak ambik sampai 100?" Soalnya dingin.

"Tak tak. Dah cukup." Ujar juru gambar sambil menggeleng kepala.

Hazzar melangkah pergi dari situ, dan meninggalkan Hanis bersama sang juru gambar. Hanis menoleh ke arah sang juru gambar.

"Nanti hantar gambar tu dekat saya okay?" Ujar Hanis lembut lalu mendekati Hazzar.

"Kenape abang marah-marah macam tu dekat dia? Dia bukan buat salah pun." Soalan Hanis dibalas dengan jelingan tajam.

"Hanis!!!" Jerit Lara.

Hanis angkat muka dan mencari dari mana datangnya suara tersebut. Terukir senyuman lebar pada wajah Hanis. Akhirnya datang jugak orang yang dia tunggu-tunggu, Lara.

Lara berlari anak dengan baju kurung modennya ke arah Hanis lalu dipeluk erat Hanis kesayangannya itu. Hanis tarik bibir.

"Aku ingat kau tak datang. Dahlah babah pun tak datang." Rungut Hanis.

"Babah tak datang? Biar betul? Takkanlah marah dia tak reda lagi." Ujarnya terkejut.

"Aku tak tahulah. Marah dia masa aku jumpa dua hari lepas memang lain. Lagi teruk dari sebelum ni. Macam..."

"Macam ada orang tuang minyak dalam api?" Celah Lara.

Hanis mengangguk perlahan. Sampai bilalah babah dia akan marah macam tu?

"Eh... Jangan sedih-sedih. Aku nak lah jugak tengok suami kawan baik aku ni. Mana dia? Segak tak? Handsome tak?" Soal Lara teruja.

"Jom aku bawak kau jumpa suami aku dengan keluarga mertua aku."

Mereka berjalan seiringan mendekati Hazzar dan yang lain. Lara tidak dapat melihat wajah Hazzar disebabkan Hazzar sedang membelakangi Hanis dan Lara. Hazzar tiba-tiba menoleh.

Senyuman yang tadinya menyerikan wajah Lara kini pudar. Hazzar tersenyum nipis memandang Lara. Lara dengan wajah tidak percaya pantas menoleh ke arah Hanis.

"Kau bukan kahwin dengan Ikram?" Soal Lara perlahan.

Hanis tertawa kecil sambil menggeleng. Lara kembali memandang Hazzar. Biar betul? Mati-mati dia sangkakan yang Hanis berkahwin dengan Ikram dan bukannya Hazzar.

"Wei... A--Aku tak sangka kau kahwin dengan Hazzar. Mati-matian aku ingat kau kahwin dengan Ikram." Ujarnya gugup serta tertawa janggal.

"Apa aku boleh buat. Takdir Tuhan. Terima jelah. Kau bila lagi?" Kening Hanis asyik turun naik sahaja menanti jawapan dari Lara.

"Hari tu adalah yang aku berkenan tapi itulah... Nampaknya dah tak boleh. Rupanya dia suami orang ngek. Melepas aku." Rungut Lara.

"Sabarlah nanti ada jugak." Pujuk Hanis sambil mengusap bahu Lara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience