“Kalau kau dah rasa macam tu jangan dipendam lebih lama lagi perasaan kau pada Ilham.Luahkan semua yang terbuku dalam hati kau.Kadang-kala kita golongan Hawa ni kena jadi sedikit hipokrit.Jangan tunggu golongan Adam yang meluahkan perasaan.Biar kita korbankan sedikit rasa malu tu untuk kebahagian sendiri.”Tazkirahnya pada Zulfa.
“Dah banyak kali aku cuba luahkan perasaan aku tapi Ilham seperti mengelak.Aku takut kalau dia sebenarnya tak pernah punya perasaan pada aku.Dan dia kahwin dengan aku hanya untuk jadi seorang penyedia kopi buat dia.”Nada kesal terserlah.
“Jangan cepat berputus asa dan berburuk sangka.Cuba dulu baru tahu atau cuba idea aku ni.”Amerah sudah mula dengan idea nakalnya.Zulfa pula hanya jadi sipengikut idea Amerah.
“Hai,awal pula abang pagi ni.Tengah tunggu apa ni?”Tegur Zulfa.Syarif Ilham memandangnya.Renungannya juga tajam.Rasanya awal pagi dia duduk disitu hanya kerana menanti Zulfa menyediakan kopi buatnya.Rasanya sudah lama dia tidak merasa kopi buatan Zulfa.Dia lihat juga dalam beberapa hari itu Zulfa seperti mogok padanya.Dia tahu dirinya bersalah bila sang isteri menyediakan kopi tapi tidak dilayan.Alamatnya dia sendiri yang menderita bila Zulfa pula yang protes padanya.
“Please,kopi.”Pinta Syarif Ilham dengan nada merayu.Zulfa yang mendengar nada seakan rayuan itu mula geli hati.Tidak pernah dia melihat si suami berkelakuan begitu.Dah buang tabiat agaknya.
“Kopi?Siapa yang nak?”Zulfa sudah mula dengan kenakalannya.Dia sengaja menduga si suami.
“Please Zulfa.No more protes dengan abang.”Rayunya lagi.
“Mimpi apa?Tiba-tiba minta kopi ni.Selalunya orang buatkan kopi langsung tak dilayan.Tapi pagi ni tiba-tiba pula nak minta orang buatkan kopi.”Tembak Zulfa dengan kata-katanya.Rasa geram pula dia dengan si suami.
“Ok,abang mengaku dan sedar dengan sikap abang selama ni.Abang cuba tak meragam dengan Zulfa sebab abang nak buang sikap untuk jadi pengemar kopi.”Jelasnya kesal.
Share this novel