BAB 3

Crime Completed 3756

"Baiklah. Kami akan bagitau kat mana berlian tu tapi kami nak tahu berapa yg kau nak bagi."
"Kalau aku bagi korang 30 juta mcm mana?"
"Okey. Kami setuju. Kami akan bagitau kat mana berlian tu."
"Bagus. Ini yg aku nak ni. Korang tak perlukan berlian tu pun. Korang perlukan duit."
"Berlian tu dah hilang. Ada org dah curi berlian tu dan kami tak kenal siapa dia dan ke mana dia bawa lari berlian tu."
"Apa? Korang ni jangan main main dgn aku. Aku blh bunuh korang skrg."
"Kami tak tipu. Mmg berlian tu dah hilang."
"Kurang ajar! Skrg ni aku dah hilang barang berharga aku."
"Duit tu mcm mana?"
"Kau nak duit tu? Betul ni?"
"Betul."
"Baiklah. Aku blh bagi duit tu dgn satu syarat. Kau dgn malaong ni semua cari sendiri berlian tu. Bersama org org aku."

Mereka bertiga terdiam sejeda ternganga mulut sehingga hampir dimasuki lalat. Manakan tidaknya kalau bekerja di tempat pelupusan sampah. Namun mereka diselubungi kebingungan dimana mereka hendak mencari Berlian Cleopatra itu. Berlian itu sangat berharga dan mustahil boleh dijumpai dlm jangka masa yg singkat. Ia memerlukan masa yg lama untuk mencari khazanah negara yg berharga itu.

Sama ada mereka hendak atau tidak mereka harus mencari berlian itu kalau mereka hendak duit RM30 juta itu. Awalnya mereka menolak namun dgn tawaran yg lumayan tadi tlh menarik mereka mencari berlian itu. Inilah ragam manusia benda yg mereka nampak mereka ingin kejar namun yg tak nampak ditinggalkan begitu sahaja. Rugi memang rugi.

*************

Sementara itu, berita kehilangan Berlian Cleopatra itu tersebar luas di seluruh Malaysia. Hari ini dlm berita shj digemparkan dgn berita kehilangan berlian itu saja. Jangankan berita malahan media sosial pun ditularkan dengan berita kehilangan berlian itu. Rosa Eva berasa bingung bagaimana berita itu tersebar luas sampaikan di Kuala Lumpur gegak gempita. Mereka berusaha berfikir dan mencari wartawan yg sebarkan berita itu. Mereka pasti ada seseorang yg berani mati menceroboh masuk ke dlm kawasan banglo mewah itu.

"Aku nak kau cari info mcm mana org ni boleh tahu pasal berlian tu. Dan aku nak engkau senyapkan wartawan tu."
"Baiklah bos. Saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk cari wartawan tu."
"Nampaknya org luar pun dah pandai nak cari pasal dgn aku. Takpe kau nak sangat kan buat hal dgn aku. Aku tunjukkan kau apa itu jenayah dan membunuh."

************

Seminggu kemudian, tersebar lagi satu berita bahawa ada kematian seorang wartawan yg pernah membuat laporan tentang kehilangan berlian itu. Hari ini masih lagi digemparkan berita berkait Berlian Cleopatra itu. Dan menjadi satu tanda tanya dan persoalan-persoalan yg timbul mengelirukan ramai pihak. Orang sudah mula bising tentang hal ini dan mula menunjukkan rasa takut mereka.

"Biar betul wartawan ni mati."
"Dengar kata dia pernah buat cerita pasal Berlian Cleopatra tu hilang. Kau rasa benda ni berkait tak tentang kematian wartawan tu?"
"Dah terang terang dlm ni ckp dia pernah buat cerita tu. Maknanya ni semua rancangan drpd Rosa Eva tu."
"Skrg ni apa yg patut kita buat?"
"Aku rasa kita jangan buat apa apa dulu. Seeloknya kita diam saja dan tunggu arahan dari Azmil tu."


Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience