“ Maira ! Buka pintu ni sayang ! ” Kedengaran suara ayah Humaira memanggilnya. Humaira terjaga dari tidurnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Perlukah dia membuka pintu itu ?
Humaira mengerling jam tangannya. Baru dia perasan, sejak pagi tadi lagi dia memakai jam itu. Jarum jam menunjukkan pukul tiga petang. “ Maira ! ” Ayahnya memanggilnya lagi.
Humaira rasa bersalah. Dia menguak pintu dan dudk di atas katilnya. Dia langsung tidak memandang ayahnya. Dia tidak sanggup ! “ Maira ! Janganlah, macam ni… ”
Humaira merebahkan dirinya di atas katil dan menarik kain selimutnya. Dia membelakangi ayahnya. Hanya satu yang terdapat di benak fikirannya ketika ini… Dia mahu menyambung tidurnya.
“ Maira ! Janganlah macam ni… Ayah terima pinangan tu sebab ayah rasa dia mampu bahagiakan Maira. lagipun, umur Maira nak masuk 30 tahun dah… Ayah tak nak anak ayah jadi anak dara tua. Itu je sebabnya ! ” Berdesing telinga Humaira saat mendengar kata- kata yang keluar dari mulut ayahnya. “ Ayah sepatutnya tanya Maira dulu… ” Kata Humaira dalam nada yang lemah. Air mata yang tadi berhenti mengalir kembali.
“ Maira, bukan ayah tak nak tanya Maira dulu… Tapi, setiap kali ada pinangan, maira pasti menolak. Dah dekat 10 pinangan Maira tolak. Sampai bila maira nak jadi maam ni ? Sampai bila nak ? ” Humaira terkedu. kata- kata ayahnya benar belaka. Memang benar, sudah 10 orang meminangnya namun ditolaknya kerana dia belum bersedia.
‘ Seandainya ayah tahu apa yang Maira lalui, mesti ayah tak akan paksa Maira…
kan ? ” Bisik hati kecil Humaira. Humaira bangun lalu memeluk ayahnya. Dia dapat merasakan amarahnya tadi sedikit lega.
“ Maira terima ya ? ” Tanya ibu Humaira yang entah dari mana munculnya. Humaira menganguk lemah. Dia terpaksa terima demi ibu bapanya walaupun dia tahu tindakannya itu bodoh. Tiba- tiba sahaja dia teringatkan Ilyas. Pasti Ilyas akan mengamuk. Pasti !
“ Ha… Macam tu lah anak ibu… ” Segaris senyuman jelas kelihatan di bibir ibu Humaira. Begitu juga ayahnya. Humaira mengesat air mata yang masih lagi mengalir. Dia kurang yakin akan keputusan yang diambilnya. Ingin sekali dia mengatakan tidak. Namun, senyuman yang terukir di bibir kedua orang tuanya mampu membatalkan niatnya.
“ Dah lah ! Pergi mandi dan solat. Dah nak masuk asar ni… ” humaira menganguk lemah. Dia mencapai kain tuala dan bergegas ke bilik air.
Share this novel