"Su! Oo Su! Aku dah balik ni," laung Maklang dari luar pintu.
Maksu keluar dari biliknya untuk membuka pintu buat Maklang. Maksu membuka pintu dengan senyuman manis lalu memeluk Maklang erat.
"Ya Allah rindunya Su dengan Alang,"
"Apa yang nak dirindunya? Alang baru seminggu takde kat rumah ni," Maklang tertawa kecil.
Maksu tersengih mendengarnya. Selama tempoh lima tahun ini, perangai Maklang banyak berubah. Maklanglah yang menjadi pendengar setia Maksu dengan mendengar rintihan hati Maksu setiap kali dia berselisih faham dengan suaminya. Oleh sebab itulah Maksu akan merindui Maklang setiap kali Maklang menginap di rumah anak sulungnya, Shafira.
"Alang duduklah dulu, ya. Biar Su buatkan air untuk Alang," ujar Maksu lalu melangkah ke dapur.
Maklang mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Setelah 10 minit menunggu akhirnya Maksu tiba dengan dua cawan air teh panas dan sepinggan pisang goreng.
"Wah meriahnya," ujar Maklang keriangan.
"Meriah apanya? Pisang goreng dengan air teh je kot," Maksu ketawa melihat reaksi Maklang yang melebih-lebih.
Maksu mengambil tempat di sebelah Maklang dan mereka menikmati pisang goreng dan air teh panas bersama-sama.
"Shafira apa khabar, Lang?" tanya Maksu yang baru teringat akan Shafira yang baru lepas bersalin anak keempat.
"Baik aje. Baby pun okey," jawab Maklang.
"Oh baguslah. Baby boy ke baby girl?"
"Putera," Maklang tersenyum lebar.
"Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak bayi lelaki," Maksu turut tersenyum.
"Ha'ah. Syukur sangat-sangat. Oh ye, sebelum Alang terlupa, minggu depan keluarga mentua Shafira nak buat kenduri akikah untuk baby tu. Kita semua dijemput tau," terserlah keterujaan di wajah Maklang.
"Ye ke?"
"Ye. Tapi Alang bercadang nak pergi kat situ dua hari sebelum hari kejadian. Bolehla tolong jugak sikit-sikit,"
"Kalau macam tu kita pergi sama-sama je lah," Maksu menepuk bahu Maklang.
Maklang mengangguk tanda setuju.
"Mana lagi manusia dalam rumah ni, Su?" Maklang menukar topik perbualan. Matanya melilau melihat setiap sudut rumah.
"Abang Arman macam biasalah kat kebun dia. Suf pulak bawak Mikail pergi beli barang sekolah dia kat pekan,"
"Jadi kau sorang dirilah kat rumah ni sekarang? Kesiannya. Kenapa tak duduk kat bawah dengan Syaza? Syaza ada kan kat bawah?" soal Maklang prihatin.
"Syaza ada je kat bawah dengan suami dia tu. Tapi sebenarnya Su tak keseorangan lah Alang," Maksu menatap wajah Maklang lembut untuk memberitahunya tentang kepulangan Saraa ke rumah tersebut.
Maklang mengerutkan dahinya kerana hairan dengan kata-kata adiknya itu. Siapa lagi yang ada kat rumah tu kecuali adiknya sekeluarga? Ada orang yang datang nak menumpang bilik ke selama dia takde seminggu ni?
"Tadi kamu kata mereka semua takde kat rumah. Siapa yang teman kamu pulak ni?"
"Saraa," jawab Maksu ringkas tetapi penuh keterujaan.
Maklang tergamam mendengar nama tersebut. Adakah dia sudah tersalah dengar? Ataupun memang Saraa sudah kembali ke rumah tersebut? Otaknya mula mengingati kejadian lima tahun lepas. Semasa Saraa melarikan diri dari rumah, Saraa telah meninggalkan sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia akan membalas segala perbuatan mereka. Adakah kini telah tiba masanya?
"Sa...Saraa?"
"Ha'ah Saraa. Anak Along,"
"Ma...mana dia sekarang ni?"
"Tu kat bilik arwah ibu dan ayah dia," Maksu memuncungkan mulutnya ke arah bilik yang didiami Saraa sekarang.
Maklang bingkas bangun lalu meluru ke arah bilik tersebut. Dia mengetuk pintu bilik itu dengan kuat.
"Alang, kenapa ni?" tanya Maksu yang terkejut dengan tindakan Maklang sambil mengekorinya dari belakang.
"Aku nak jumpa dengan dia. Aku nak mintak maaf,"
"Saraa! Saraa! Bukak pintu nak!" dia terus mengetuk pintu bilik Saraa bertalu-talu.
Saraa yang leka menelusuri media sosial di telefon bimbitnya terkejut akibat mendengar pintu biliknya diketuk dengan kuat.
"Eh kenapa pulak Maksu ketuk pintu bilik aku sampai macam nak roboh ni? Ketuk slow-slow tak boleh ke?" soalnya kepada diri sendiri tanpa mengetahui apa-apa.
"Jap! Jap!"
Saraa bangkit dari baringnya lalu membuka pintu bilik.
"Kenapa ni Maks..," Saraa terkedu apabila dirinya tiba-tiba dipeluk oleh seseorang.
"Saraa, maafkan Maklang Saraa," Maklang mula menangis.
"Ma..Maklang?"
"Maklang tahu Maklang banyak salah dengan Saraa, ayah Saraa dan ibu Saraa. Maafkan Maklang, Saraa. Maklang tahu yang dulu Maklang layan kamu teruk sangat, tapi sekarang Maklang dah insaf, Saraa. Tolong maafkan Maklang," Maklang masih lagi memeluk Saraa.
Hati Saraa mula sakit apabila mendengar perkataan 'insaf' keluar dari mulut ibu saudaranya yang seorang itu. Dia terus melepaskan pelukan Maklangnya itu dengan kasar.
"Sekali kau dah layan manusia yang langsung takde buat salah kat kau dengan teruk, kau patut terima bila dia dah jadi antagonis dalam hidup kau," ujar Saraa kasar sebelum menghempas pintu biliknya.
Maklang terkejut dengan tindakan Saraa itu. Kakinya berasa lemah lalu terduduk di situ.
"Kejam sangat ke aku layan dia dulu, Su?" soalnya dengan air mata yang mengalir laju membasahi pipi.
Maksu yang mendengar soalan tersebut lalu memeluk kakaknya untuk memberi kekuatan.
Dia tahu layanan kakaknya terhadap Saraa dulu amat teruk namun kini kakaknya sudah berubah ke arah kebaikan.
"Alang sabar, ya. Dia terkejut je tu. Su pasti nanti bila dia dah tenang, mesti dia akan maafkan Alang," pujuknya.
Saraa terduduk di lantai bilik dan bersandar di pintu. Matanya merah menahan air mata daripada mengalir. Sesungguhnya dia telah berjanji pada dirinya sendiri supaya tidak menangis apabila berdepan dengan ahli keluarganya. Dia juga sudah berjanji bahawa dia akan menjadi Saraa Airisha yang lebih kuat dari sebelummya.
'Kau dah insaf? Hah! Kau ingat aku nak percaya?'
'Tapi macam mana kalau dia betul-betul dah insaf dan menyesal atas perbuatannya?'
'Kalau betul pun, dia ingat aku boleh maafkan dia macam tu je ke?"
'Ingat Saraa. Dia dah layan kau macam sampah dulu. Kau tak patut maafkan dia senang macam tu je'
Saraa menghentak-hentak kepalanya di dinding. Wajah yang tadinya masam kini sudah berubah kepada senyuman yang susah untuk ditafsirkan.
p/s;
Haiiii! Sorry tau kalau korang rasa macam bab ni membosankan (???). And one more thingggggg, from now on saya akan update cerita ni twice a week je tau hehe? •?•?. Tapi kalau ada masa terluang insyaallah saya akan update lebih dua kali seminggu? •??•?)
Share this novel