BAB 12

Romance Completed 24747

Lagu Kenny G forever In love dimainkan, Umar sudah berdiri dengan segak mula menghampiri Adriana yang duduk dihadapannya sedikit terkejut kerana reaksi Umar yang romantis itu agak pelik dimata Adriana. Dengan pertolongan dari salah seorang pekerja restaurant itu pun datang ke meja mereka dengan membawa satu transparent plate dome yang dipenuhi dengan kelopak bunga tulip dibuka perlahan dan sebentuk cincin berlian ungu Umar ambil dan duduk disebelah Adriana. “Miss KP, awak sudi tak jadi isteri saya dan awak sudi tak kalau saya jadi suami awak?” Suara garau Umar menarik perhatian pelanggan disekeliling mereka, ada yang mula menghampiri mereka untuk memberi sokongan kepada Umar dan Adriana untuk mengiyakan lamaran itu. Makan malam yang asing bagi Adriana malam ni memang sangat ngeri tapi adakah ini semua mimpi? Betulkah apa yang Umar buat pada Adriana ni? Orang yang melamar akan melutut dihadapan seseorang tapi Umar lain. Dia duduk dengan selesa disebelah Adriana dengan muka segak acting hensem comel dia dan senyum show off dimple lagi menanti jawapan Adriana.

“Sah,sah, sah, Alhamdulillah….” Abah yang menjadi wali dan uncle-unclenya menjadi saksi pada perkahwinan mereka berdua. Adriana dan Umar sudah menjadi suami isteri yang sah selepas sebulan Umar melamar Adriana di restaurant Iltaly yang menjadi satu memori yang tersangatlah manis dan dengan kuasa Allah jodoh mereka berpanjangan hingga hari diijab kabulkan.

“Saya sayang dan cinta awak cik, eh maaf dah jadi puan? Hahaha! Silap ya?” gurau Umar pada Adriana.

“Saya sudah menyiapkan diri menjadi isteri awak, jagalah saya sebaik-baiknya, jangan pernah sakiti dan sia-siakan saya ya..” Tangan Adriana ditariknya dan ditepukkan pada dadanya, Adriana terus memeluk suami tercinta sang pujaan hatinya itu.

‘’Tidak sama sekali sayang.’’ Bisik suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience