Chapter 33

Romance Completed 35261

“Assalamualaikum. Saya Hakimi. Ini isteri saya,Kamsiah. Kami terima panggilan dari balai tadi.” kata encik Hakimi kepada seorang pegawai polis di kaunter hadapan.

“Waalaikumusalam. Encik tahu nama pegawai yang suruh encik datang ke sini?” soal pegawai polis.

“Inspektor Kimmy.” jawab encik Hakimi tergesa-gesa.

“Baik. Duduk dulu ye. Saya panggil Inspektor Kimmy.”

Encik Hakimi dan isterinya duduk di sofa yang disediakan di balai polis. Hatinya tidak tenang. Asyik berfikir sebab apa mereka dipanggil ke balai malam itu.

“Encik Hakimi?” panggil seorang lelaki yang sado berpakaian kasual dan kasut polis.

“Saya. Encik ni siapa ye?”

“Saya Inspektor Kimmy. Saya memanggil encik tadi.” balas Inspektor Kimmy. Tangannya dihulur untuk bersalam.

“Ada apa encik panggil saya?” Encik Hakimi tidak sabar untuk tahu tujuan dipanggil ke balai.

“Ada sebabnya. Ikut saya encik, puan.”

Inspektor Kimmy membawa Encik Hakimi dan Puan Kamsiah ke bilik khas. Bilik khasnya satu bilik yang mempunyai sistem keselamatan yang agak canggih. Tidak mudah untuk masuk ke bilik itu. Hanya orang yang layak, yang memiliki pas boleh masuk ke bilik khas itu. Inspektor Kimmy membuka pintu bilik khas dengan menggunakan pas. Encik Hakimi dan Puan Kamsiah masuk ke dalam bilik khas.

Mata pasangan tua itu berbulat dan jantung berdegup laju apabila memandang muka anaknya duduk di tempat penjenayah. Seorang perempuan, tiga orang lelaki dan Inspektor Kimmy berada di bilik khas itu.

“A… Adam?” mulut Puan Kamsiah, wanita yang bergelar ibu kepada Adam berketar saat memanggil anaknya yang duduk di ruang penjenayah.

“Inspektor, kenapa anak kami di sini?” tanya encik Hakimi kepada Inspektor Kimmy yang duduk di hadapan meja yang mempunyai beberapa fail berwarna coklat.

“Duduk dulu encik. Sabar puan.” Inspektor Kimmy menyuruh pasangan yang berdiri itu untuk duduk.

“Anak encik ditahan atas sebab cuba memperkosa seorang wanita di tempat awam.”

Berderau darah Encik Hakimi apabila mendengar sebab anaknya ditahan. Puan Kamsiah terkejut oleh berita yang disampaikan oleh Inspektor Kimmy.

“Wanita inilah yang cuba diperkosa oleh anak encik. Nasib baik lelaki ini tolong wanita ini.” Inspektor Kimmy mengalihkan mata ke arah Sofia Amelia yang memeluk badan dan menangis itu.

Dato’Johari dan James turut ada di situ. Mereka berdua menahan amarah terhadap Adam. Kalau lah Inspektor Kimmy tidak menghalang tadi, silap-silap Adam akan dimasuk ke wad ICU di hospital.

“Aku tak sangka anak aku perangai macam syaitan! Semua keinginan kau, aku turutkan. Apa yang aku tak bagi kat kau? Aku menyesal sebab bagi kau freedom sampaikan kau sanggup hancurkan maruah wanita.” jerkah Encik Hakimi.

“Ayah, Adam…”

“Kau diam! Jangan panggil aku ayah lagi!”

“Sayang…” Puan Kamsiah cuba mencelah. Namun jelingan suaminya kecutkan perut Puan Kamsiah. Tidak berani untuk mencelah. Apa yang anak tunggal itu buat memang salah.

“Inspektor, apa tindakan seterusnya?” tanya encik Hakimi.

“Kalau pihak wanita ini hendak buat laporan, anak encik akan ditahan dan masuk ke dalam lokap. Kalau pihak wanita dan pihak encik tak nak buatkan isu ini lebih serius, boleh bawa bincang. Apa-apa pun keputusan di tangan wanita dan juga keluarga wanita.” terang Inspektor Kimmy.

“Ayah, Adam tak nak masuk lokap.” rayu Adam.

“Sayang, buat sesuatu. Apa Adam buat memang salah. Dia tetap anak kita sayang. He is the only child for us. Kalau dia masuk lokap, masa depan dia akan musnah.” luah Puan Kamsiah.

“Anak tak guna ini kena fikir sebelum buat. Dia ada fikir ke? Dia ada fikir pasal masa depan dia? Ada fikir pasal kita?” soal encik Hakimi geram.

“Macam mana ni sayang?” air mata Puan Kamsiah membasah mukanya.

“Saya akan setuju dengan apa keputusan yang akan diambil oleh pihak wanita. Saya tak akan bantah.” kata Encik Hakimi tegas.

“Adik, aunty tahu Adam dah keterlaluan. Dia tak sepatutnya buat macam itu. Aunty minta maaf bagi pihak Adam. Tolong jangan buat report polis.” merayu Puan Kamsiah. Tangan Sofia Amelia digenggam.

Sofia Amelia tidak membalas. Diri sendirinya trauma dengan apa yang telah berlaku beberapa jam lepas.

“Saya Dato’Johari.” Dato’Johari menghampiri Encik Hakimi dan hulur tangan kanan.

“Saya Hakimi.”

“Betul encik tak akan bantah apa jua keputusan kami?” soal Dato’Johari. James hanya diam dan memerhatikan Adam yang menundukkan mukanya.

“Ye Dato’.”

“Dato’ apa keputusan?” tanya James. Kalau ikutkan hati James, biar Adam meringkuk dalam penjara.

“Sofi!” panggil Dato’Johari.

“Ye daddy?”

“What do you think? Daddy akan ikut keputusan awak.”

Sofia Amelia diam sejenak. Memikirkan tentang keputusannya. Matanya memandang ibu Adam yang menangis itu. Hati Sofia Amelia berasa sayu.

“Tak payah buat report polis daddy.” kata Sofia Amelia.

“Really?” soal James inginkan kepastian.

“Yes uncle.” jawab Sofia Amelia tenang.

“But I have to talk with Adam.” Sofia Amelia mendekati Adam.

Satu tamparan hebat singgah di pipi kanan Adam. Tak cukup itu Sofia Amelia ludah di muka Adam. Adam tergamam.

“Kau jangan ingat aku tak buat report polis sebab kesiankan kau! Aku kesiankan mak kau! Mak kau yang tak berdosa itu! Kalau bukan disebabkan mak kau, jangan harap kau berada di luar! Masa ini sudah pasti kau masuk lokap!” jerit Sofia Amelia. Tanpa menunggu keluar dari bilik khas itu.


****************************

Sofia Amelia menangis teresak-esak di biliknya. Sejak balik dari balai, Sofia Amelia menangis di bilik.

“Dato’ we should have hired a bodyguard to cik Sofi. Pity of her. Dari tadi nangis.” luah James.

“Yes James. Saya menyesal. Sebab saya marah hari itu, saya tak ambil kisah pasal bodyguard masa awak cakap di pejabat. Nasib baik ada orang di situ, kalau tak saya tak mampu nak fikir apa yang jadi pada Sofi.”

“Dato’ maaf kacau. Cik Sofi dah makan ke?” tanya Mak Ziah.

“Belum Ziah.”

“Baiklah. Saya bagi cik Sofi makan dulu.” kata Mak Ziah dan melajukan langkah ke arah bilik Sofia Amelia.

“Cik Sofi.” panggil perlahan Mak Ziah.

Sofia Amelia yang nangis itu terus mengangkat muka apabila mendengar suara Mak Ziah.

“Mak Ziah!” Badan Mak Ziah dipeluk erat oleh Sofia Amelia.

“Sabar cik Sofi. Nangis lah semahu-mahunya.” Mak Ziah faham akan perasaan Sofia Amelia sekarang.

Sofia Amelia melepaskan segala tangisan di bahu Mak Ziah. Sofia Amelia tidak sanggup melupakan apa yang Adam cuba buat atas dirinya.


*************************

“Is, pukul berapa awak datang ambil saya?” - Wahidah Tiara

“Untuk apa? Ke mana?” - Iskandar Faiz

“Untuk apa awak tanya Is? Serious lah.” - Wahidah Tiara

Tak sempat Iskandar Faiz membalas, telefon bimbitnya berdering dan nama Wahidah Tiara dipaparkan di skrin.

“Is, awak jangan main-main. Awak lupa ke?”

“Assalamualaikum.” Iskandar Faiz memberi salam dalam nada sinis.

“Waalaikumsalam.” balas Wahidah Tiara.

“Tahu pulak balas salam. Ingatkan tak erti bagi salam tadi.” perli Iskandar Faiz.

“Is, it’s not an issue now.”

“Seriously? Awak cakap tak bagi salam itu bukan satu isu? It’s ridiculous Wahidah Tiara.”

“Dah lah Is. Awak lupa ke janji awak pada saya?”

“Janji saya? Yang mana?”

“Berapa banyak janji awak buat pada saya Is?” tanya Wahidah Tiara. Makin geram dengan perangai acuh tak acuh Iskandar Faiz.

“Apa saya janji? Boleh tak awak straight to the point? Kalau setakat awak call untuk cari gaduh, I’m sorry. I am not in the mood.” balas Iskandar Faiz.

“Awak kata awak akan bawa saya ke Habib Jewels untuk pilih cincin nikah kita hari ini.” Wahidah Tiara ingatkan Iskandar Faiz.

“Owh. Yang itu.”

Jawapan Iskandar Faiz makin membuatkan Wahidah Tiara naik angin.

“Can you stop playing Iskandar Faiz?” marah Wahidah Tiara.

“Mana ada saya main Tia? Awak nampak saya main papan gelongsor ke? Main buaian ke? Tak kan?”

“Awak boleh bawa saya ke tak?” tanya Wahidah Tiara tanpa putus asa.

“Ke mana?” sengaja Iskandar Faiz menyoal balik.

“Awak ni memori lost ke?”

“Kalau lah saya ada lupa ingatan lagi best. Tak perlu saya ikat dengan sesiapa.”

“Is, apa masalah awak ni sekarang?”

“Nothing.” jawab sepatah Iskandar Faiz.

“You are spoiling my mood Is.”

“If I am spoiling your mood, no need to call me. Assalamualaikum.” terus Iskandar Faiz matikan talian.

“Awak yang buat saya layan awak macam ni Tia. Awak ingat saya akan ikut segala kehendak awak ke? Saya masih ingat lagi janji saya pada awak. Saya sengaja buat macam ini. Nak tahu awak ni boleh sabar lagi ke tak dengan saya. Manalah tahu awak anggap kelembutan saya jadikan advantage awak dan gunakan saya. Kadang-kadang kita kena keras dengan orang supaya mereka tidak ambil mudah pasal diri kita.” gumam Iskandar Faiz.


**********************

Mak Ziah memasak Meehoon dan sup daging kegemaran Sofia Amelia. Dengan penuh hati-hati Mak Ziah naik ke bilik Sofia Amelia bersama dengan makanannya.

Tok! Tok! Tok!

Mak Ziah ketuk pintu bilik Sofia Amelia. Namun, tiada sahutan dari dalam.

“Cik Sofi ni tidur ke atau mandi? Kenapa tiada balasan?” dengan rasa curiga Mak Ziah membuka pintu bilik Sofia Amelia.

“Tidur rupanya.” Mak Ziah menghela nafas lega.

Dulang yang dibawa itu letak di atas meja kecil yang terletak di sebelah katil Sofia Amelia.

“Cik Sofi, bangun. Dah pukul 11 ni. Makan selepas mandi. Semalam pun tak makan. Bangun.” Mak Ziah cuba kejutkan Sofia Amelia. Tetapi badan Sofia Amelia kaku di atas katil. Tiada sedikit pun pergerakan di badan Sofia Amelia.

“Cik Sofi. Bangun.” Mak Ziah meletakkan tangannya di lengan Sofia Amelia.

“Bangun Cik Sofi.” Mak Ziah meninggikan suaranya.

“Ya Allah. Cik Sofi!!!”

*Hi readers :) Follow my ig miz.kikki_novelplus, okay? ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience