Sebulan kemudian, Minhee dan Jaemin pun berkahwin. Dia menjemput aku dan Hyunjin so of course lah kiteorang pergi.
Semasa majlis perkahwinan berlansung, aku asyik tatap perutnya.
Agak²nya tu anak siapa herh?
Hyunjin sedar yang aku tengok je perut Minhee, dia pun menepuk pehaku perlahan yang membuatkan aku sedikit terkejut.
"Tu anak Jaemin" bisik Hyunjin.
"Saya harap macan tu lah"
.___.
Sekarang sesi(iye herh sesi?) makan². Mata aku masih tak lepas tengok perut Minhee.
"Yuri, sudah² lah tu" kata Hyunjin. Aku memandangnya sekilas lalu kembali memandang perut Minhee.
"Tak boleh, saya asyik fikir tu anak siapa. Lepas dia cakap dia mengandung, saya tak dapat tidur lena. Saya kena tahu tu anak siapa baru lah saya boleh tidur lena" ujarku resah. Hyunjin menepuk bahuku.
"Percayakan saya, tu anak Jaemin" kata Hyunjin.
Akhirnya aku mengalah, aku menghelakan nafas panjang lalu makan makanan yang berada di hadapanku.
Tak lama kemudian, Minhee dan Jaemin mendekati kami.
"Annyeong!" Minhee menyapa kami penuh ceria. Aku bangun untuk memeluknya.
"Thanks sebab datang" kata Jaemin. Hyunjin memberikan senyuman padanya.
"You berdua bila nak kahwin?" tanya Minhee. Aku memandang Hyunjin dan Hyunjin memandangku.
"Kiteorang ada jugak bincang pasal tu. Tengok lah dulu, kalau kiteorang kahwin kiteorang pulak yang jemput korang" kataku. Minhee dan Jaemin menganggukan kepalanya.
"I doakan supaya you berdua kekalkan hubungan ni sampai kahwin" kata Minhee. Aku menganggukan kepalaku senyuman.
"Ok kiteorang pergi dulu tau, tetamu yang lain menunggu kiteorang" kata Minhee. Aku dan Hyunjin menganggukan kepala lalu mereka pun pergi.
"Hyunjin"
"Herm?"
"Awak tak rasa awkward ke dengan Minhee?" tanyaku. Hyunjin memandangku pelik.
"Kenapa nak rasa awkward pulak?"
"Awak dan Minhee dah bersama beberapa tahun, takkan lah...Ye lahh...Haih takpe lah" aku melambaikan tanganku untuk lupakan apa yang aku cakap.
"Saya dengan Minhee 2 tahun je, lepastu 4 tahun lagi dengan awak yang berada dalam badan Minhee" kata Hyunjin.
"Whoa jinjja? Awak baru 2 tahun dengan Minhee?" tanyaku. Hyunjin menganggukan kepalanya.
"Iyup, so kira saya lebih lama dengan awak" kata Hyunjin lalu mencuit hidungku. Aku menggosok hidungku yang dah menjadi merah.
"Aish sakit la!" aku memukul perlahan dadanya.
"Aish sakit la!" Hyunjin meniruku dengan suara yang dibuat².
Aku mengabaikannya lalu sambung makan. Hyunjin pula terkekeh di sebelahku.
.___.
Beberapa bulan kemudian
Sedang aku kemas rumah, tiba² telefonku berbunyi. Aku mengambil telefonku lalu mengangkat panggilan.
"Hyunjin, waeyo?"
"Minhee...Minhee dah beranak"
(Weh author tak tahu kenapa author ketawa bila nak tulis 'dah beranak'...Author rasa macam ayat tu salah je sksksk)
"Lah ye ke! Sekarang awak kat hospital sekarang?"
"Ha ah. Nanti saya suruh pekerja saya datang ambil awak"
"Ok²"
Aku menutup telefon lalu cepat² naik ke tingkat atas untuk bersiap.
.___.
Apabila aku sampai di hospital, seseorang memanggil namaku.
Siapa lagi kalau bukan Hyunjin.
Aku mendekatinya. Kelihatan Jaemin tengah duduk di atas kerusi.
"Annyeong Jaemin" aku menyapanya. Dia menundukkan sedikit kepalanya.
"Saya nak pergi tandas jap" kata Hyunjin. Aku menganggukan kepalaku, dia pun pergi ke tandas.
"Yuri" aku memandang Jaemin.
"Mwo?"
Jaemin memberikan isyarat supaya aku duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut tanpa banyak soal.
"Awak rasa anak tu anak saya or Hyunjin?" soalan Jaemin membuatkan mata aku membulat.
"Awak pun terfikir macamtu jugak?"
Jaemin menganggukan kepalanya. Aku memusingkan badan Jaemin supaya menghadapku, aku mengangkat mukanya supaya memandang mukaku.
"Jaemin jujur dengan saya, kalau tu anak Hyunjin awak still nak jaga anak tu?" tanyaku. Jaemin senyap menatapku.
"Saya akan tetap jaga anak tu"
Share this novel