Rate

BAB 3

Spiritual Completed 387

“Aku berani cakap dengan kamu ni sebab kamu seorangcikgu. Hari-hari kamu
memberi ilmu pada budak-budak, bergaul dengan mereka, mestikamu faham
dan arif dengan corak hidup zaman sekarang. Faham dengan ertimerdeka
yang sebenar.” Pak Tua memandang aku dengan pandangan yang susah
untukaku faham. Mata tuanya yang berkedut seribu itu menjadi semakinkecil.

Aku mengalih pandang ke tengah lembah. Air sudah banyakbertakung. Hujan
masih turun walaupun tidak selebat tadi. Kata-kata Pak Tuamembuatkan aku
hilang diri. Teringat tingkahku pagi tadi. Bangun untuk solatsubuh pun
aku liat. Berdoa sekadarnya kerana turutkan nafsu untuk tidur.
Walhal,aku ini seorang guru. Seorang pembimbing generasi akan datang.
Seorang yangharus kenal dan faham erti merdeka pada diri dahulu sebelum
memerdekakananak-anak didikku.

Hari ini, pada hari ulangtahun kemerdekaan negara yangke-60 tahun, aku
disekolahkan oleh Pak Tua yang hidupnya menyaksikan negara inidijajah.
Pak Tua yang dirinya pernah dipukul komunis, tetapi minda dan
hatinyamerdeka.

Bunyi bekas-bekas yang berlaga di dapur membuatkan akutersedar yang Pak
Tua sudah lama menghilang ke dapur. Belum sempat aku bangun,Pak Tua
sudah terjengul di muka pintu.

“Kita solat Dhuha dulu, Wan. Lepas tu boleh tengok perarakan merdeka
dekattv sama-sama.” Pak Tua tersengih.

“Boleh Pak Tua.” Aku bangun dan memegang lengan Pak Tua.

“Pak Tua, terima kasih.” Pak Tua menepuk lembut bahuku seakan mengerti
isihatiku. Mungkin hari ini hari hujan yang sangat sesuai untuk tidur,
tetapi hariini tetap hari merdeka. Dan aku, aku akan mula memerdekakan
hatiku hari ini. Benarlahkata Pak Buya Hamka, “Kemerdekaan sesuatu
negara akan dapat dijamin teguhberdiri apabila berpangkal pada
kemerdekaan jiwa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience