Bab 22

Romance Completed 15358

_2 minggu lepas_
(Ryoga POV)
"Koichi, kau balik pukul berapa ni?" Soalku sambil melihat ruangan studio yang sudah kosong. Hanya tinggal kami berdua sahaja.
Aku menggalas begku dan bersedia untuk pulang.
"Hm, kejap lagi lah." Jawabnya.
Aku mengangguk, "Aku balik dululah." Ujarku lalu melangkah.
"Eh, kejap." Dia memberhentikan langkahku. Aku menoleh.
"Adik aku sihat?" Soalnya.
"Yaa, she's just fine." Jawabku.
"Kau duduk lah kejap." Pintanya. Aku hanya akur. Aku menarik kerusi dan duduk dihadapannya.
"Kenapa?" Soalku.
"Aku dengar, kau ada deal dengan dia yang kau...nak jadi kawan rapat dia. Betul ke?" Soalnya pula.
"Hah ha, macam mana kau boleh tahu?" Balasku.
"Eh, mestilah aku tahu. Aku ni abang dia. Dia mesti bagitahu aku punya." Jawabnya dengan berlagak.
"Eleh, kau." Kami berdua ketawa.
"Jadi, betul ke tak?" Soalnya mendapatkan kepastian. Aku hanya mengangguk.
"Kau...serius dengan dia?" Soalnya lagi. Aku hanya diam.
"Ada lagi aku dengar cerita, waktu yang malam first day korang jumpa tu, kau jumpa dia pengsan dekat...ha! Kedai tepi jalan tu kan? Cuba cerita kat aku apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa dia boleh peluk kau pula?" Soal Koichi panjang. Terbuntang luas kedua mata aku. Pasal Sakinah terpeluk aku tu pun dia tahu? Dia ini memang seorang abang yang ambil berat betul.
"Okey, aku cerita." Aku memulakan cerita.
_Imbas kembali_
Kai, Takuya dan Yuki sudah selamat pulang ke rumah masing-masing. Aku pula singgah di sebuah kedai untuk membeli barang keperluan. Sedang aku memilih barang, aku memeriksa dompet aku.
"Ehh? Where's my wallet?" Aku meraba poket seluarku. Tiada. Hanya tinggal telefon aku sahaja di dalam poket.
Aku teringat, mesti tercicir di rumah mereka tadi. Aku dengan segera berpatah balik.
Dalam perjalanan aku berpatah balik itu, dari jauh aku terlihat seorang sedang terhuyung-hayang dihadapan kedai sambil dibantu oleh seorang pekedai di situ.
Aku membuat keputusan untuk pergi lebih dekat. Sengaja aku ke sana. Mana tahu aku boleh tolong dia. Dia sudah rebah ke bumi.
"Sakina-chan!" Aku baru perasan orang itu adalah Sakinah. Aku cepat-cepat menuju ke arah dia yang hampir tidak sedarkan diri.
"Daijoubu. Arigatou." Ucapku kepada pekedai tersebut.
"Hai'." Jawabnya lalu kembali menyambung kerjanya.
Aku melihat wajahnya, dia masih dalam keadaan separuh sedar, "Luckily I found you." Ujarku.
Aku mendukung dia, membawa dia balik ke rumahnya. Dia sudah betul-betul tidak sedarkan diri.
Kami sudah tidak jauh dari rumah. Aku terlalu risaukan dia. Tiba-tiba sahaja, dalam keadaan dia masih tidak sedarkan diri, dia memeluk leherku.
"Ryoga-san." Panggilnya dengan nada yang takut. Kedua tangannya masih memeluk leherku erat. Langkahku terhenti. Aku amat terkejut.
"I'm scared." Katanya hampir menangis. Aku terpaku kerana dia buat begitu. Yalah, dia dah bagi amaran awal-awal dah pada aku petang tadi, jangan sentuh dia. Yang aku dukung dia ini, yalah kecemasan. Yang dia peluk aku ini kenapa?
"Why? Tell me." Soalku lembut. Manalah tahu dia dengar walaupun dalam keadaan tak sedar. Aku rasa dia mengigau. Tapi macam mana dia boleh tahu ini aku?
"Saya takut, saya takut kalau awak tak ada dengan saya. Tadi, ada lelaki jahat tarik saya. Dia nak culik saya. Dia jahat, dia nak culik saya." Ujarnya sambil menangis perlahan dibahuku. Mimpi agaknya dia ni sebab matanya masih tertutup. Aku rasa dia takut tak ada siapa dengan dia, dia pula seorang diri keluar malam begini di negara orang.
Aku tersenyum sendiri, "Hey, it's okay. I'm here. Saya dengan awak, okey? Lelaki jahat itu saya dah tumbuk dia. Siapa suruh dia kacau awak. I'll bring you home, okay?" Pujukku. Semakin lama, tangisannya semakin perlahan. Dia sudah diam. Dah tenang nampaknya. Aku meneruskan langkahku membawa dia pulang ke rumahnya.
___Imbas kembali tamat___
Setelah aku berkata begitu dan dia menjadi tenang, aku dapat rasa yang dia percayakan aku. Sejak itu, aku suka dan cintakan dia. Tapi, aku menafikan. Dan aku tak beritahu dia hingga sekarang.
Selepas kejadian itu juga, kemana sahaja dia pergi, aku akan ikut. Aku takkan biarkan dia seorang diri. Kadang-kadang sahaja aku tak bersama dia jika aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Disebabkan itu, awal-awal lagi aku tinggalkan nombor telefon aku pada dia.
Aku tahu dia tidak sedar kejadian itu berlaku. Dia tahu setelah aku menceritakan pada Alyn dan Hannah. Alyn dan Hannah pula menceritakannya pada dia. Tiba-tiba, Koichi pula tahu. Haihh.
"Hm, macam tu ceritanya." Kata Koichi sambil mengangguk-angguk.
"Oh, sukalah kau ya kena peluk dengan dia." Kata Koichi senyum mengusik.
"Bukannya dia peluk sengaja. Tak sengaja. Kau fikir dia hadap ke nak peluk aku?" Balasku. Kami ketawa.
"Kau memang suka dia, kan?" Soal Koichi.
"Entahlah, mungkin, aku pun tak tahu." Jawabku memandang meja yang kosong dihadapanku.
"Alah, aku kenal kau bukan baru semalam, Ryoga. Dah lebih 7 tahun kita berkawan. Kau berterus terang je lah dengan aku." Kata Koichi.
"Hm, maybe I love her." Ujarku. Bahaya juga aku bercakap dengan abang dia.
"Yes! Aku dah agak." Kata Koichi teruja.
"Lepas tu, kalau ya aku cintakan dia sekalipun, kau nak buat apa?" Soalku.
"Aku nak kau jaga dia elok-elok." Jawab Koichi.
"Kau jangan nak merepek. Bukannya dia sukakan aku pun. Nak jaga dia sementara dia bukan milik siapa-siapa bolehlah." Balasku.
"Ah, mana boleh. Nak jaga dia kenalah halal." Ujar Koichi.
"Halal? Oh, tak, kau jangan nak mengarut." Balasku lagi. Aku mengerti apa maksud halal. Koichi mengangguk-angguk.
"Tak, tak, mana boleh." Kataku.
"Kenapa pula tak boleh?" Soal Koichi sambil mengeluh.
"Kau tengoklah dia masih muda. Fikiran dia pun masih kanak-kanak. Jarak umur kami jauh bezanya." Jawabku.
"Itu hanya alasan kau. Kau belum tengok macam mana dia jadi matang. Kalau dia jadi matang, orang boleh ingat dia itu ada anak tahu." Balas Koichi pula.
"Ya, memang aku tak pernah tengok dia jauh dari sifat kebudak-budakan dia itu." Balasku sambil tersenyum memikirkan dia.
"Sebab dia selesa dengan kau." Kata Koichi.
"Selesa? Apa maksud kau?" Soalku pelik.
"Bila dia suka seseorang, dia akan jadi kebudak-budakan tanpa sedar." Jawab Koichi.
"Apa kau ni? Tadi kau kata selesa, lepas tu, kau kata dia suka aku pula. Mana satu kau ni?" Aku pening. Dia ini putar belitkan cerita pula.
"Haha, aku sengaja kelirukan kau. Maksud aku, sebenarnya, aku nampaklah kan, dia itu suka kau juga. Kau bukan bertepuk sebelah tangan." Katanya. Aku terkejut.
"Seriuslah kau?" Soalku.
"Buat apa aku nak tipu?" Jawabnya.
"Tapi, seperti yang aku katakan tadi, jarak umur kitorang. 9 tahun, weh. Dia itu muda lagi. Banyak benda lagi dia perlu belajar." Ujarku.
"Lepas tu, sampai bila kau nak membujang? Sedarlah kau tu umur dah nak 30. Terima je lah dia itu jodoh kau. Dia boleh je belajar lepas kahwin. Kaulah tanggung kos pembelajaran dia, haha!" Balasnya Koichi lalu ketawa.
"Kau seriuslah nak aku kahwin dengan dia?" Soalku mendapatkan kepastian dari Koichi.
"Kalau itu yang boleh membuatkan dia bahagia, apa salahnya?" Jawab Koichi. Aku berfikir. Adakah sudah tiba masa untuk aku tamatkan zaman bujang aku?
"But, slowly. Kau jangan balik ni, datang terus kat dia, kau cakap 'aku nak kahwin dengan kau, Sakinah'." Ujarnya.
Aku memandang dia, "Ey, kau ni, aku pun boleh fikir lah. Takkan lah aku nak buat macam tu." Ujarku. Dia ketawa lagi.
"Kau nak tahu sesuatu tak?" Soal Koichi.
"Apa dia?" Soalku ingin tahu.
"Kau nak tahu macam mana aku boleh muncul dalam hidup dia?" Soalnya lagi. Aku mengangguk laju.
"Aku muncul dalam hidup dia, tepat pada masa dia perlukan seseorang yang memahami dan seseorang yang ambil berat tentang dia." Dia memulakan cerita. Aku khusyuk mendengar.
___Imbas kembali (Koichi POV)___
Aku baru tiba di Malaysia dan aku sesat. Telefon pintar aku habis bateri dan aku pula datang seorang diri. Aku berjalan tanpa arah tuju sehingga aku tiba di sebuah kawasan perumahan yang tenang.
Aku nak tanya orang yang aku ni dimana, ke mana aku perlu pergi dan segalanya lah. Tapi, setiap orang yang aku jumpa, mereka tidak faham dengan apa yang aku katakan. Walaupun aku bercakap dalam bahasa Inggeris. Sehinggalah, aku ditakdirkan berjumpa dengan seorang mak cik di sebuah kedai runcit tempatan.
"Erm, excuse me auntie, I want to know where I can get a place to sleep?" Aku memulakan soalan dengan sopan.
"Oh, there's no hotel here." Jawab mak cik. Aku terdiam. Kemana aku mahu pergi?
"Where are you from?" Soal mak cik itu.
"I'm from Japan." Jawabku dengan sedikit bunyi loghat Jepun.
"Oh, really? You are Japanese?" Soal mak cik itu teruja. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
"What's your name?" Soal mak cik itu. Mak cik itu faham apa yang aku katakan dengan mudah.
"Koichi. Yoshino Koichi." Jawabku.
"Hm, if you don't mind, you can stay at my house." Kata mak cik itu. Pada waktu itu, sudah masuk jam 8 malam.
"It just will be a trouble for you." Balasku.
"Daijoubu, just for a night." Ujarnya. Terbuntang mata aku.
Untuk satu malam aku tidur di rumah mak cik itu, aku ada lagi 12 malam di Malaysia.
"You can speak Japanese?" Soalku terkejut.
"I have a friend from Japan." Jawabnya.
"Come on, ikuza." Ajaknya.
"Hai'. Arigatou gozaimasu." Ujarku menunduk hormat pada dia.
Aku mengikut mak cik itu balik ke rumahnya.
"Here we are. My children must be so excited." Kata mak cik itu.
"Assalamualaikum." Ucap mak cik itu. Seorang perempuan membuka pintu rumah itu.
"Waalaikumussalam." Jawabnya.
"Ma, siapa ni?" Soal perempuan itu pelik.
"Masuk dulu, nanti mama cerita." Balas mak cik. Dia mengajak aku masuk ke dalam. Aku duduk di sofa.
"Ha, kak cik, pergi buat air." Kata mak cik.
"Ha, okey." Perempuan itu akur lalu masuk ke dalam.
"Ha, Koichi, that's one of my daughter." Kata mak cik. Aku mengangguk.
Sedang kami berbual, seorang lagi perempuan yang lebih muda dari perempuan tadi muncul.
"Ma, esok, aby ada..." Kata-katanya terhenti setelah melihat aku. Langkahnya juga terhenti. Dia memusing ke belakang.
"Kenapa, sayang?" Soal mak cik kepada anaknya seorang itu.
Dia menoleh semula tanpa memandangku langsung, "Ha? Erm, nak bagitahu esok, aby ada latihan memanah kat sekolah, lepas tu, Hannah ajak keluar sekali." Ujarnya.
"Aii, kan esok Ahad, ada latihan juga?" Soal mak cik lagi. Aku hanya memerhatikan dia yang langsung tidak memandangku.
"Haah, lepas tu, nak pergi jalan dekat mall kat KL." Jawabnya. Mak cik hanya mengangguk. Dia masuk ke dalam semula dengan segera. Dia pandang aku macam nampak hantu.
Air sudah tiba dan dihidangkan bersama biskut.
"Ha, that one is my youngest daughter. She is 15 years old now. Just call her aby. She's a cheerful person actually but, I don't know why this lately she not cheerful as always. And, it's kinda weird because she loves Japan but, she doesn't asked anything about you." Kata mak cik. Aku hanya mengangguk.
Aku tertarik dengan aby. Teringin aku nak tahu tentang dia.
"Ma." Aby muncul semula.
"Ya." Sahut mak cik.
"Ada nampak phone aby tak? Nak bagitahu esok jadi plan." Soalnya.
"Hah, call je lah." Kata mak cik memberi cadangan. Wajahnya menjadi risau yang amat.
"Ehh, tak boleh. Kena cari. Tak boleh call." Katanya risau.
"Call je. Cari nanti sampai kesudah tak jumpa." Ujar mak cik. Mak cik terus membuka telefonnya dan membuat panggilan.
'You are my buddy, hitori ja mirenakatta sekai'
Tiba-tiba sahaja lagu Choutokkyuu berkumandang. Aku terkejut terus memandang dia. Matanya terus terbuntang luas. Telefonnya di sebelah aku sahaja.
"Ha, tu, bunyi dah." Kata mak cik lalu menutup panggilan itu.
Aku mengambil telefonnya dan membuat panggilan pada telefon aku pula kemudian aku tutup dengan cepat. Dapat pun nombor dia.
"Here you go." Aku menghulurkan telefon itu pada dia.
"Arigatou." Katanya dan terus berlari masuk. Oh, patutlah dia sebegitu. Dia tahu aku siapa rupanya.
"Eh, kejap. Duduklah dulu." Kata mak cik. Dia duduk di sebelah mak cik sambil menunduk.
"Kenapa, ma?" Soalnya.
"He's Japanese. Don't wanna ask him something?" Soal mak cik.
"No need to. We know each other actually, auntie." Ujarku sambil tersenyum. Dia terkejut memandangku.
"Know each other? Oh, that's good. Just know us as your family then." Kata mak cik. Aku dan dia serentak memandang sesama sendiri.
"Don't call me auntie, just call me mama." Kata mak cik.
___Imbas kembali (Koichi POV) tamat___
"Wah, seronok cerita kau ni." Ujarku.
Dia ketawa, "Kan? Lawak betul waktu tu." Kami berdua ketawa.
"Lepas tu, macam mana korang boleh rapat?" Soalku.
"Haha, makin lama aku cuba rapat dengan dia. Aku whatsapp dia, aku sembang dengan dia. Banyak cerita dia cerita kat aku. Semua pasal dia aku tahu. Cuma aku tak jumpa lagi waktu tu apa yang membuatkan dia jadi macam tu." Cerita Koichi.
"Macam tu...macam mana?" Soalku pelik.
"Dia jadi tak ceria. Macam ada masalah yang dia pendam sendiri. Sampailah ada satu hari tu, hari ambil keputusan peperiksaan di sekolah dia."
___Imbas kembali (Koichi POV)___
Aku menjawab panggilan itu, "Hello, Koichi."
"Yes, ma." Jawabku.
"I have an extra work to do today, could you please pick aby's report card at her school now?" Pinta mama. Kebetulan pula aku sedang berjalan-jalan berdekatan dengan sekolah aby.
"Oh, no problem." Jawabku.
"Okay, thank you." Mama mematikan talian. Aku terus menuju ke sekolah aby.
Sesampainya aku di sana, aku tak tahu di mana kelasnya. Terlalu berbeza dengan sekolah di Jepun.
"Erm, excuse me, awak kenal Sakinah? Wan Sakinah, form 3. Where is her class?" Aku bertanya kepada salah seorang pelajar di situ. Aku cuba untuk bercakap tanpa loghat Jepun. Haha!
"Oh, Wan Sakinah. Ha, awak naik tingkat atas sekali blok ni, awak belok ke kanan, lepas awak lalu 2 kelas, jumpa dah kelas dia." Ujar pelajar itu.
"Terima kasih." Ucapku sambil menunduk hormat. Nasib baiklah aby dah ajar aku sikit-sikit tentang Bahasa Melayu.
Aku mengikut arahan pelajar tadi. Aku naik ke tingkat atas sekali blok itu. Ramainya ibubapa yang hadir. Penuh koridor kelas itu. Aku sudah jumpa kelasnya. Aku mencari-cari dia di dalam kelas itu. Dia duduk di hujung belah tingkap. Dia sedang bergelak ketawa bersama kawan-kawannya.
Aku melambai-lambai ke arahnya dan akhirnya dia perasan aku. Muka dia amat terkejut. Dia terus keluar dari kelas dan mendapatkanku.
"Onii(abang)!" Di Malaysia dia panggil aku onii sebab dia kan ramai abang.
"Aby."
"What are you doing here? Macam mana onii boleh ada kat sini? Mama mana?" Soalnya terkejut. Dia menyuruh aku kebelakang sedikit.
"Mama suruh onii ambil report card aby. Mama banyak kerja." Jawabku selamba.
"Okay, it's okay. But, where is your mask?" Soalnya.
"I didn't bring it." Jawabku lagi.
"Oh, no. My friends know you. I won't let they know that you are my brother. Wait here." Katanya lalu masuk ke kelasnya semula. Dia betul-betul ambil berat pasal aku. Dia takut aku diserbu. Dia keluar semula dengan mask di tangannya.
"Lucky you I bring it." Ujarnya memberikan aku mask itu. Aku memakainya.
"Okay now, you just have to wait for your turn. Just queue here. I will wait at my place. Jangan buka mask tu kalau onii tak nak kena serbu." Katanya lagi. Dia masuk semula sambil menghela nafas lega. Aku hanya menggeleng tersenyum.
Setelah selesai hal di sekolah aby, aku mengajak dia makan.
"Kenapa onii tak hantar aby balik terus?" Soalnya.
"Sebab kat rumah tak ada orang. Mama said that you have to follow me." Jawabku. Abang-abang dia semua di kolej. Kakak-kakanya pula ada yang kerja dan ada juga yang di universiti. Kak cik pula keluar hari ini. Dia hanya mengangguk kemudian mukanya masam.
"Hey, why are you looking sad? Daripada onii first time jumpa aby sampai sekarang." Soalku kerisauan. Dia hanya diam.
"Anything you wanna share?" Soalku lagi. Dia berhenti makan dan memandangku.
"Archery." Jawabnya sepatah.
"Hm? Your tournament is next month, right?" Soalku. Nampak tak dia beritahu aku macam-macam.
Dia mengangguk, "Yes, dan adik risau sikitlah untuk tournament kali ni." Katanya runsing meletakkan kepalanya di atas meja. Aku hanya mendengar.
Dia mengangkat kepalanya, "Sebab tu onii nampak aby macam sedih. Bukan sedih, risau sebenarnya." Katanya lagi.
"Yes, it's my dream to go to the big tournament but, it's kinda scary go to a big tournament like that. Adik takut adik tak boleh buat yang terbaik." Tambahnya lagi.
"It's okay, mama and ayah will support you there." Ujarku memujuk dia.
"They're not coming. Mama and ayah is too busy that day." Katanya sedih. Aku tahu mama kursus pada hari itu dan ayah pula kerja jauh selama beberapa hari. Satu kebetulan
"Hey, relax. Just eat first, okay?" Pujukku.
"Okay." Dia akur.
___Imbas kembali (Koichi POV) tamat___
"Dia...memanah?" Soalku terkejut.
Koichi mengangguk, "Dia dengan Hannah memanah. Alyn dan Eca pula catur." Ujarnya. Aku kagum. Empat-empat bersukan. Walaupun catur bukan permainan sukan luar, kira hebat lah juga. Mesti IQ mereka berdua itu tinggi.
"Dia memanah sampai muka dia sunburn teruk. Waktu dia memanah dia hitam. Mana ada putih macam sekarang ni. Dia baru je lagi jadi putih. Haha!" Kata Koichi lalu ketawa.
"Lepas tu, kau buat apa?" Soalku.
"Petang tu, aku bawa dia ke kedai sukan. Aku suruh dia beli kasut sukan baru." Kata Koichi.
"Kau belanja dia lah?" Soalku teruja. Seronok pula cerita Koichi ni.
Koichi mengangguk, "Mulanya dia tak nak, tapi aku suruh dia beli juga. Lagipun, teruk sangat kasut sukan dia. Aku cakap anggap je lah sebagai hadiah hari jadi dia. Dia pilih satu kasut sukan ni cantik. Dan kau tahu lah dia akan pilih warna purple." Ujar Koichi. Aku mengangguk. Memang tak ada warna lain dalam fikiran dia.
"Dan aku cakap kat dia aku yang akan datang tengok dia main. Nasib baik, Hannah tak cam mata aku ni. Lepas tu, dia seronok sangat. Sejak tu lah aku rapat dengan dia, sampai sekarang. Aku ada gambar kitorang waktu tu. Kau nak tengok?" Tambahnya lagi.
Aku mengangguk laju, "Eh, mestilah nak. Apa punya soalan lah kau ni." Jawabku. Dia membuka telefon pintarnya.
"Nah, ni waktu dia baru nak pergi shoot. Dia takut sangat. Aku support dia dari belakang." Katanya. Walaupun, aku nampak dalam gambar tu dia agak berdebar-debar tapi, dia masih senyum. Mungkin sebab dia suka Koichi datang tengok.
"Dia berjanji dengan aku yang dia akan buat yang terbaik dalam tournament dia. Dan dia tunaikan janji dia. Dia dapat tempat ketiga bagi individu bawah 15 tahun dan tempat pertama untuk berkumpulan. Aku bangga betul dengan dia waktu tu." Tambah Koichi lagi.
"Tahun depannya, dia 16 tahun. Dia masih setia dengan memanah dia. Dia makin hebat dalam sukan itu. Waktu 14 Mei, hari jadi dia, aku belikan dia Rygo. Dia sayang sangat dengan Rygo. Kadang-kadang dia bawa Rygo pergi latihan memanah. Ada juga Rygo masuk dalam beg sekolah dia. Tak sengaja dia bawa Rygo ke sekolah. Dan pada umur dia genap 17 tahun, aku tanya dia, dia nak apa."
___Imbas kembali (Koichi POV)___
"Ha, hari ni kan hari jadi aby. Aby nak apa? Cepat cakap, onii belanja." Soalku.
"Apa-apa je?" Soalnya pula. Aku mengangguk.
"Aby nak onii." Jawabnya.
"Ehh?" Aku pelik.
"Aby nak onii sayang aby sebagai adik. Aby nak onii anggap aby sebagai adik walaupun aby bukan adik betul onii. Aby nak onii selalu ingat aby walaupun onii kat Jepun. Esok onii nak balik Jepun dah, kan?" Ujarnya.
Aku sedikit tersentak lalu tersenyum dan mengangguk. 3 minggu depan kami ada konsert sebab tu esok aku akan pulang ke Jepun.
"Kalau macam tu, janji dengan onii, no matter what that happen to you, anything, you will tell me first." Kataku.
Dia mengangguk, "Janji. Tapi, onii baliklah sini selalu. Nanti lepas konsert, bawalah balik barang Ryoga. Apa-apa lah. Jaket ke, T-shirt ke, tak kisahlah. Asal ada. Hehe." Dia menyengih.
"Nak lagi barang Ryoga?" Soalku. Dia mengangguk.
"Eh, tadi kata tak nak apa-apa." Sakatku.
"Alah, hehe, ni lain." Balasnya.
"Ugh, suka sangat kat Ryoga dia tu. Yalah, nanti abang bawa balik barang Ryoga." Ujarku. Dia ketawa.
"Onii, nak satu lagu." Pintanya.
"Lagu apa pula kali ni?" Soalku.
"Hehe, tak kisah." Katanya. Aku menyanyikan sebuah lagu Choutokkyuu, tapi, separuh sahaja.
"Eh, dah, dah, jom masuk." Ajakku.
Dia terus berlari masuk, "Siapa lambat masuk tutup pintu!" Jeritnya. Haih, adik aku seorang ni.
___Imbas kembali (Koichi POV) tamat___
"Ohhh! Patutlah. Kau ingat tak ada sekali tu aku tegur kau?" Soalku.
"Yang mana? Bukan sekali dua kau tegur aku." Soalnya pula.
"Waktu tu kat backstage, kat Osaka, aku ternampak kau masukkan barang purple aku tu lah dalam beg tu aku tanya kau, 'Koichi, banyaknya kau beli. Barang aku pula tu. Kau nak buat apa?' Lepas tu, kau jawab 'Haha, ada chibi(budak comel, tapi chibi juga ada maksud lain) kirim.' Ingat tak?" Ceritaku.
Dia mengangguk, "Dialah chibi tu. Dia buat koleksi barang kau kat rumah." Aku dan dia ketawa.
"Sebab itu apa-apa pasal dia aku akan tahu dulu. She will tell me no matter what." Kata Koichi. Aku mengangguk. Nampaknya, Koichi adalah antara orang terpenting dalam hidup dia.
"Dan, sebab itu juga, aku percayakan kau untuk jaga dia." Koichi memandang aku dengan penuh harapan.
"Aku...akan cuba." Balasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience