Bab 13

Romance Completed 53836

Irah..Esok awak free tak?? Tanya Azhar setelah mengorder makanan di dalam menu itu. Harini dia terasa malas hendak masuk dapur lalu mengajak Munirah untuk makan tengah hari di luar sahaja selepas pulang dari tempat kerja masing-masing.

Ermm..esok kan cuti. Saya nak pergi mana pula kalau bukan duduk rumah je. Jawab Munirah biasanya lalu memberikan semula menu itu kepada pelayan lelaki itu. Munirah memberikan senyuman manis kepada pelayan lelaki yg dari asyik terpaku sahaja melihat dirinya. Azhar yg perasan akan situasi itu, terus memegang tapak tangan Munirah tanpa teragaknya. Azhar turut memberikan senyuman girang ke arah Munirah. Entah kenapa dia tidak mahu orang lain asyik memandang wajah ayu isterinya itu sahaja.

Dah habis dah?? Tanya Munirah selepas perasan Azhar dari tadi tidak suka bila ada orang lain asyik perhatikan dirinya saja. Di tempat kerja juga ada sahaja orang cuba mendekati dirinya.

hehehe. Ok sorry. Balas Azhar lalu melepaskan tangan Munirah semula. Senyuman di wajahnya masih lagi terukir qpabila melihat muka Munirah pasrah sahaja dengan semua itu. Ohh lupa pula..esok jum kita pergi jumpa Mek som. Kata Azhar mencadangkan tentang aktivitinya bersama Munirah pada esok hari. Dia sudah lama ingin membawa pergi bersamanya.

Mek Som..?? Siapa?? Mak saudara awak ke?? Tannya Munirah hairannya kerana ini adalah kali pertama Azhar mengajaknya berjumpa dengan sanak-saudara yg lain. Munirah hanya mampu menuruti sahaja kerana itulah arahan daripada suaminya.

Esok awak tahulah siapa..Mek Som mesti suka bila dengar Azhar anak kesayangannya dia ni sudah ada isteri. Jawab Azhar seronoknya membiarkan sahaja Munirah dipenuhi tanda tanya dalam dirinya. Dia berharap sangat yg Munirah akan suka tempat yg selalu dia kunjungi bila ada waktu yg terluang.

Di rumah, sibuk sahaja tangan Azhar memasak pelbagai jenis lauk-pauk untuk dibungkusnya nanti. Dia jugak menanak nasi dalam jumlah bagi cukup untuk 20 orang makan. Munirah yg terdengar bunyi bising dari dapur segera turun ke bawah. Dia melihat Azhar seronok memasang lagu lalu menari sambil tangannya masih lagi mengaul masakan di dalam kuali. Munirah terus meletakkan tangannya di pinggang. Tergelak Munirah sendiri apabila Azhar juga menyanyi dengan penuh semangat sekali.

Jika, harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara kurela

Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu

Jika, harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara kurela

Angau Munirah seketika masih setia mendengar setiap baris lirik lagu milik Naim Daniel, "Sumpah" dinyanyikan oleh Azhar sedap sekali alunannya. Ini adalah kali pertama dia mendengar lelaki menyanyi dengan penuh perasan di hadapannya.

Hello...Heii...Haloo.. Tegur Azhar di depan muka Munirah. Sampaikan nyanyian itu sudah habis pun Munirah masih lagi termenung sahaja di situ. Sedikit pun dia tidak perasan yg Azhar sudah berada di hadapannyan.

Sayang!!! panggil Azhar kuatnya di sebelah telinga Munirah membuatkan dirinya terus tersedar dari lamunan lalu menampar kuat dada bidang milik Azhar.

Auchh...sakitnya...Ngadu Azhar melarikan diri ke dapur sambil memegang dadanya itu. Bibirnya terus tersenyum kerana dapat juga mengenakan Munirah dalam diam.

Awak...awak ok tak tu?? Kuat sangat ke saya tampar?? Tanya Munirah kelihatan takut sahaja apabila melihat Azhar terus melulu pergi ke dapur. Dia juga mengikuti langkah besar Azhar ke dapur sama.

"Ok tak dada awak tu"
"awak sedang masak apa banyak-banyak ni?"
"Untuk sapa semua makanan ini?"
"Awak ada buat kenduri apa-apa ke?"

Azhar buat tidak tahu sahaja kepada Munirah yg memandang ke arahnya tanpa berkelip sedikit pun. Pelbagai jenis soalan dituju kepada Azhar tetapi Azhar buat tidak endah sahaja. Mengeluh Munirah panjang terus menghentakkan kakinya kuat sekali lalu berjalan pergi dari situ tanpa menghiraukan diri Azhar yg berkemungkinan sedang merajuk dengannya.

Okey-okey..jangan marah..saja je buat-buat tak dengar. Janganlah muncung macam ni..Dah tak comel dah..Duduklah duduk dekat sini. Teman saya masak. Dari tadi awak asyik terperap saja dalam studio seni tu. Mengalah Azhar terpaksa memujuk semula isterinya itu. Dia ingin melihat sejauh mana Munirah akan terasa hati dengan kelakuannya itu. Dia gembira sangat apabila Munirah memang pedulikan tentang dirinya. Ditatap wajah Munirah yg sedang mengikat kemas rambut lurus paras bahunya. Comel sahaja isterinya itu mengenakan baju putih belang hitam dan seluar palazo paras lutut. Sudah ada gaya seperti artis K-pop sahaja. Azhar pernah bertanya kepada Munirah adakah ia meminati K-pop?? "Tak" Alhamulilah masih wujud lagi gadis seperti Munirah yg tidak suka K-pop. Terlalu gembira Azhar mendengar semua itu.

Suka sangat nak kenakan sayakan..Siapa yg suruh siapkan potrait yg terbengkala di dalam bilik tu?? Cikgu Muhd Azharkan?? Awak yg tak minta tolong dari saya..Ni semua masak banyak-banyak ni untuk siapa? Soal Munirah terus memarlingkan pandangannya ke arah lain. Rasa lain apabila terus menatap wajah milik Azhar itu terlalu lama.

Ehehhee..Sorry..Ingatkan nak bagi awak cuti harini. Kan 2 minggu awak bekerja. Mestilah kena cuti hari minggukan..Semua ni..adalah lepas Zohor nanti kita gerak tau. Kejap lagi saya nak mandi then pergi solat jumaat dekat masjid. Awak boleh tolong saya bungkuskan semua makanan ini tak?? Saya tak cukup tanganlah..Ada dua je..kalau awak tolong nanti ada 4. Ujar Azhar lalu membuat muka manja ke arah Munirah. Berkerut dahi Munirah hampir tersenyum tetapi di tahan sahaja. Lama juga dia berfikir akhirnya Munirah setuju sahaja. Kasihan dia melihat peluh di dahi Azhar itu. Gigih sungguh Azhar menyediakan semua ini seorang diri. Munirah mengambil tisu lalu memberikan kepada Azhar. Di suruh Azhar lapkan sendiri peluh di dahinya itu. Ketawa Azhar seronok sahaja melihat kerenah Munirah mahu senyum tetapi ditahan saja. Mereka berdua berkerjasama dengan baik sekali untuk menyiapkan semua bungkusan makanan itu. Tidak sabar Azhar mahu membawa Munirah pergi ke satu tempat yg sangat istimewa. Sudah ramai orang di sana bertanyanya bila hendak berumah tangga. Umurnya sudah separuh usia tetapi masih belum dimiliki. Kali ini Azhar akan memperkenalkan sendiri isterinya kepada mereka semua. Dia juga berharap mereka semua menerima baik diri Munirah.

Hati Munirah sangat berdebar sekali tatkala Azhar selalu saja memberikan kejutan kepadanya. Dia sangat takut jika kali ini Azhar akan membawanya berjumpa dengan ahli keluarganya yg lain. Dia takut keluarga Azhar tidak dapat menerima dirinya lagi. Hubungan yg terjalin ini bukannya atas dasar cinta dan bukannya jodoh keluarga. Hubungan yg terjalin ini adalah berkahwin terpaksa atas sebab maruah kedua belah keluarga masing-masing. Munirah tahu Azhar tidak berniat langsung untuk menyentuh dirinya. Azhar hanyalah mangsa keadaan yg rela menjadi "Pak Sanggup" demi menjaga maruah dirinya. Hubungan ini langsung tidak menjadi restu dari kedua belah ibu bapa mereka. Hanya Walid sahaja yg merestuinya demi kebahagian Azhar sendiri. Kebahagian apa yg ingin dia cari jika ibu bapanya sendiri telah membuangnya?? Jauh sekali Munirah berfikir untuk mencari kebahagian. Dia bertahan hanya untuk teruskan hidup demi menyara hidupnya sahaja. Munirah sangat berhutang budi kepada Azhar dan akan membalas semua ini untuk mencari cinta sejati kepada Azhar. Dia sendiri akan mengangkat kaki pergi setelah semua ini berlaku nanti.

Munirah...kita sudah sampai..Tegur Azhar lembutnya kepada Munirah sambil tangannya memegang tangan Munirah. Sejak dari tadi lagi Munirah hanya banyak mengelamun sahaja. Apa yg ditanya Azhar dia langsung tidak menjawabnya. Azhar takut dan risau jika Munirah masih tertekaan dan fikirannya selalu saja memikirkan kisah lama lagi.

Huh?? Ermm..Kita kat mana ni?? Tanya Munirah setelah tersedar dari lamunannya itu. Di genggam sektika tangan Azhar kerana tetiba sahaja dia rasa tidak sedap hati.

Ermm.. Mari masuk ke dalam..pasti semua orang sudah menunggu kita. Jangan risau yee..semuanya baik sahaja. Saya ada di sini. Jum kita turun. Kata Azhar lalu menepuk lembut tangan Munirah. Dia memberikan sedikit kepercayaan kepada Munirah. Sukar untuk Azhar tafsirkan apabila melihat wajah Munirah kelihatan takut sekali. Dia tidak mahu Munirah tertekan sangat.

Assalamualaikum..Ucap Azhar setelah berdiri di hadapan sebuah rumah seakan pusat jagaan. Munirah masih lagi setia berada di belakang Azhar. Di pegang eratnya t-shirt Azhar supaya suaminya itu tidak meninggalkannya. Tersenyum Azhar melayan sahaja kerenah manja Munirah bila dalam keadaan takut itu.

Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh.... Ya Allah..datang juga kamu Azhar. Kenapa tak beritahu Umi dahulu nak datang ke sini. Bolehlah kami sediakan apa yg patut. Jawab salah seorang wanita yg sudah berumur itu ramahnya selepas melihat susuk tubuh Azhar di sini. Pada masa yg sama datang juga salah seorang wanita berpurdah di sebelahnya.

Mashallah..tabarakallah..Sudah lama tidak melihat abang Azhar. Sihat?? Tanya wanita berpurdah itu lembutnya kepada Azhar. Boleh terlihat dia sedang tersenyum gembira tetapi senyuman itu ditutupi oleh purdahnya. Munirah yg melihat wanita berpurdah itu juga terpana dengan sikap lemah lembutnya. Sejuk sahaja mata bila memandang.

Alhamdulilah..sihat sahaja. Maaflah Azhar datang tidak memberitahu dahulu kepada Umi dan Iman. Ingatkan nak beri kejutan sedikit. Ohh hampir terlupa pula. Saya nak perkenal seseorang kepada Umi dan Iman. Ini adalah isteri Azhar..Munirah Safiyah namanya. Sudah nak masuk 5 bulan lebih kami berumah tangga. Irah..Ini umi dan Iman. Mereka berdua adalah penjaga di Pusat jagaan orang tua Ampang ini. Kata Azhar lembutnya kepada mereka semua. Dia menarik lembut tangan Munirah untuk berada sisinya. Azhar mahu sangat Munirah rasa selesa sepertinya apabila berada di sini. Munirah hanya melihat kedua wanita di hadapan itu masih setia memberikan senyuman kepadanya. Kelihatan mereka berdua sangat baik sekali orangnya. Perlahan-lahan Munirah berjalan ke arah mereka lalu memberikan tangan untuk bersalam. Puan Noriah iaitu 'umi' menyambut baik diri Munirah. Dipeluk dan dicium pipi mulus milik Munirah itu. Iman pula seronok memeluk tubuh kecil milik Munirah. Dia tidak menyangka yg Azhar sudah pun memiliki kekasih hati. Iman tumpang bahagia dengan khabar ini. Iman melihat Munirah seperti gadis yg baik dan sangat sesuai dengan Azhar. Tidak mungkin Azhar akan salah memilih orang untuk mendampinginya itu. Mereka semua pun masuk ke dalam pusat jagaan orang tua-tua itu. Puan Noriah menyuruh pekerja lelaki membawa masuk bungkusan makanan yg dibuat sendiri oleh Azhar. Seronok sahaja mereka menyambut tetamu bertandang ke sini selalu. Munirah seronok sangat berjumpa dan menegur sapa dengan orang-orang tua di dalam pusat jagaan ini. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang malah Munirah sendiri yg akan bertanya khabar tentang mereka semua. Kasihan sahaja dia melihat warga emas itu ditinggalkan oleh keluarga sendiri. Entah kenapa hatinya terasa sebak selepas melihat senyuman di wajah mereka tidak pernah pudar. Mereka semua sangat baik sekali kenapa keluarga mereka sendiri tergamak membuang ibu dan bapa yg sudah bersusah payah membesarkan mereka menjadi anak yg berjaya. Setelah mereka berjaya bila ibu dan bapa sakit mereka langsung tidak mempunyai masa dan tidak mengenang budi langsung dihantar ke sini. Munirah sabar sahaja dengan sifat manusia yg tidak berhati perut itu. Entah kenapa dia sangat marah dan benci dengan orang begitu. Tergamak menperlakukan semua ini kepada ibu bapa kandung mereka sendiri.

Irah..marilah makan dahulu..dari tadi awak asyik berborak sangat je dengan Pak cik Hamid dan istsrinya Mak cik Timah. Tegur Azhar setelah melihat Munirah seronok berbual dengan kedua pasangan suami isteri itu. Ramah sahaja setiap percakapan yg keluar dari mulut Munirah. Terlihat di tangan Munirah asyik sahaja mengupas buah apel untuk diberikan kepada pak cik Hamid dan isterinya itu.

Huh?? Irah nak beri pakcik dan makcik makan buah sekejap ni. Kesian mereka..dari tadi tunggu nak makan. Biarlah Irah siapkan ini dulu. Awak pergilah makan dahulu yee. Nanti Irah datang . Jawab Irah lalu menyuap lembut buah apel yg sudah dikupas itu ke dalam mulut mak cik Timah. Keadaan fizikal Mak cik Timah tidak berapa nak baik kerana mengalamai strok sakit tua. Munirah kasihan melihat keadaannya begitu cuba untuk memberinya makan juga kerana Mak cik Timah seakan teringin sahaja buah itu. Pak Cik Hamid masih keadaan yg kuat dan setia sahaja berada di samping isterinya yg sudah berkerusi roda itu. Inilah dikatakan kasih sampai hujung nyawa. Biar pun anak-anak tidak menghargainya tetapi mereka berdua tetap kuat menjalani hidup seperti biasa di sini. Air mata terus terkumpul di kelopak mata Munirah. Di tahannya daripada mengalir di hadapan mereka. Azhar tersenyum gembira di situ. Tidak tahu kenapa dia tersentuh apabila melihat diri Munirah yg sebenarnya sangat baik dan suci sekali hati nularinya. Jika Munirah adalah jodoh yg telah dihantar kepadanya. Azhar tidak mahu mengsiakan peluang ini lagi. Dia akan menghargai setiap detik dan masa bersama Munirah.

Napa tak makan gulai ayam tu..Tak sedap ke saya masak?? Tegur Azhar setelah melihat Munirah hanya menyuapkan sayur dan nasi sahaja ke dalam mulutnya. Di beri kembali gulai ayam itu kepada Azhar.

Entah..tak de selera nak makan gulai tu..bukan tak sedap tapi..tak de selera jee..Jawab Munirah tergagapnya kerana perlu memberikan alasan yg logik kepada Azhar. Dia perasan yg Azhar asyik memandangnya sahaja selepas berkata begitu.

Kenapa?? salah ke saya tak makan gulai ayam tu?? Tanya Munirah semula terus memandang tepat ke arah anak mata Azhar. Geram sahaja selepas Azhar asyik memandang ke arahnya. Sudah seperti tiada orang lain dia mahu pandang.

Awak teringatkan tentang umikan..kata Azhar lajunya dan masih menatap wajah Munirah lagi. Terkedu Munirah terus mati kata dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Di pegang kepalanya yg mula terasa sakit. Azhar sudah dapat menangkapnya kerana tahu yg masakan gulai ayam adalah makanan kegemaran Munirah selepas diberitahu oleh Puan Ruziah kepada Azhar sendiri. Puan Ruziah pernah berpesan kepada Azhar sebelum membawa Munirah tinggal bersamanya. Sedikit banyak Azhar faham yg Puan Ruziah tidak pernah membenci diri Munirah malah terlalu sayang untuk melepasnya pergi. Azhar cuba memegang tangan Munirah tetapi ditepisnya kasar sekali olehnya.

Enough..saya tak nak dengar lagi nama orang yg telah membuang saya. Saya tak suka makan gulai ayam tu. Jangan paksa saya lagi. Marah Munirah tetapi cuba mengawal ton suaranya itu supaya orang lain tidak mendengarnya. Air mata yg dari tadi tidak mengalir terus tumpah di pipinya. Perasan marah dan geram mula menjalar di dalam lubuk hatinya. Munirah terus bangun dan pergi ke arah singki untuk membasuh tangannya.

Irah...saya minta maaf..bukan maksud saya nak ingatkan awak semua ini..tetapi umi tak pernah lupakan awak. Dia tetap umi yg selalu sayangkan awak. Awak anaknya Munirah..ibu mana yg sanggup lepaskan anaknya pergi. Percayalah cakap saya ini. Pujuk Azhar lagi cuba menyakinkan diri Munirah semula. Sudah lama dia ingin memberitau Munirah semua ini. Munirah menggenggam kuat pemegang pada singki itu. Tidak tahu hatinya semakin rasa sakit selepas mendengar semua ini keluar dari mulut Azhar. Dipejam matanya rapat sekali. Munirah melepaskan genggaman itu lalu berjalan pergi tanpa menghiraukan Azhar yg masih cuba memujuk dirinya. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Azhar buat sementara waktu. Sampai bila Azhar mahu ia percaya yg keluarganya itu masih sayangkan dirinya. Kalau sayang sudah lama mereka mencari dirinya semula. Tetapi sampai kini masih tiada sesiapa yg mencari dan mengambil tahu tentang dirinya. Munirah sudah pasrah dan membuang jauh perasaan sayang kepada keluarganya. Biarlah dirinya kini hidup berseorangan tanpa ada keluarga di sisi lagi.

Hai..termenung jauh nampak..tegur Iman kepada Azhar setelah melihat Azhar hanya duduk di atas gazebo dan memandang lama sahaja ke arah Munirah yg seronok bermain dengan Mek Som. Mek Som sedikit istimewa orangnya. Umurnya baru berusia 56 tahun tetapi sudah dibuang oleh keluarganya sendiri disebabkan Mak Som bukan seperti orang normal. Disebabkan oleh itulah Azhar suka sangat datang ke sini dan bermain dengan Mek som. Di layan sahaja kerenah kanak-kanak riang Mek Som di sini.

Arr..tak delah..Saja je duduk sini. Abang tengok Munirah sedang bermain dengan Mek Som. Bukan main seronok Mek Som dah dapat kawan baru. Dengan abang sendiri pun dia tak nak bermain dah. Kata Azhar selepas teringat kejadian di mana Mek som menarik tangan Munirah untuk bermain lompat ting ting dengannya. Pada mulanya Munirah sangat terkejut tetapi baik sahaja layanan Munirah kepada Mek som. Dituruti sahaja apa yg Mek som mahu lakukan. Seperti yg Azhar sudah agak Mek Som akan menyukai diri Munirah berbanding dengannya.

Ohh begitu yaa..Lepas ni mesti Mek Som akan selalu bertanya tentang Munirah. Baik sahaja isteri abang melayannya. Pandai abang memilih calon isteri. Bersih dan suci sahaja hati Munirah bila melayan semua warga emas di sini. Tidak satu pun yg Iman lihat tidak menyukai diri Munirah. Puji Iman kerana terpegun dan terpana melihat diri Munirah yg baik orangnya itu. Sebelum ini Azhar pernah membawa bekas tunangnya ke sini tetapi jauh beza sekali dengan penampilan diri Munirah. Dia bersyukur sangat Azhar tidak salah membuat keputusan untuk berumah tangga dengan wanita seperti itu. Bukan apa, Cuma dirinya risau jika orang yg sudah mendampingi dirinya tidak suka apa yg Azhar suka lakukan di masa lapang ini. Iman sangat sukakan dengan diri baik perketi seperti Munirah. Dia adalah gadis sebaik-baik wanita.

Ermm..abang juga bersyukur Iman. Kami bukanlah bernikah atas sebab bercinta-cintun seperti orang lain. Bukan juga disebabkan oleh jodoh keluarga. Cuma..abang berharap sangat Munirah adalah jodoh terbaik untuk abang. Itu sahaja abang pinta. Ujar Azhar terus memandang ke arah langit. Di hela nafasnya panjang sekali. Iman juga turut menganggukkan kepalanya ke bawah. Dia masih tidak faham apa yg dikatakan oleh Azhar itu. Dia hanya mampu berdoa baik-baik sahaja kepada mereka berdua. semoga hubungan Azhar dan Munirah sampai ke jannah.

Munirah..Bak po dok menung gitu?? Tanya Mek Som selepas melihat Munirah pandang ke arah Azhar yg sedang berbual dengan Iman lalu dipandang laju ke arah lain. Malas dia hendak mengambil tahu lagi tentang semua ini.

Dok ado gapo Mek som. Jum kita gi make dulu. Mek som nok gapo biar Irah siapkan. Jawab Munirah dalam loghat kelantan juga kepada Mek som. Dia sudah biasa bercakap dalam loghat kelantan sedikit bila pulang ke kampung halaman Uminya di sana. Uminya adalah anak jati kelantan tetapi tinggal di selangor kerana mengikuti jejak langkah suaminya itu. Sedikit banyak sahaja Munirah faham dalam loghat kelantan kerana uminya selalu sahaja mengajar Munirah berbahasa begitu bila pulang ke kelantan. Adat lama jangan pernah kita lupakan sep kito.

Okey jum gi sekarang!! kata Mek Som semangatnya lalu menarik tangan Munirah. Tersenyum Munirah suka sahaja apabila dirinya dilayan begitu oleh Mek Som. Ada kalanya Mek Som melipat semula tudung bawalnya sehingga menjadi bulat. Lengan baju kurung Munirah juga menjadi sasaran dilipat ke atas. Mujur sahaja Munirah memakai handsock ketika itu. Jadi tidak perlulah dia menarik semula lengan bajunya itu. Di biarkan saja dirinya dikerjakan cukup-cukup oleh Mek Som. Dirinya akan gembira bila melihat Senyuman di bibir Mek Som itu tidak pernah pudar. Azhar hanya mampu menunggu sahaja di depan kereta apabila Mek som menangis kerana tidak mahu membenarkan Munirah pulang. Di peluk tubuh kecil Munirah erat sekali. Munirah juga membalas pelukan itu dan berbisik sesuatu kepada Mek Som. Akhirnya Mek Som mengalah dan membenarkan Munirah pergi. Dia hanya berjanji akan berjumpa dengan Mek Som pada minggu hadapan di hujung minggu. Dia juga akan membawa mainan baru kepada Mek Som nanti. Azhar hanya mampu tsrsenyum sahaja. Tersentuh hatinya melihat Munirah senang dan selesa sahaja berada di sini. Hatinya masih ragu lagi jika benar Munirah adalah jodoh yg dihantar ataupun jodoh yg perlu dijaga dan dilindungi sahaja. Setiap hari persoalan yg sama terus membelagu di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience