CHAPTER 38

Drama Series 633633

Tangan sejuk itu digenggam entah semenjak berapa lama Hana Aishah tidak tahu. Air matanya mengalir seperti tiada noktah semenjak dua hari ini. Mindanya kosong. Fakhrul sedang terbaring selepas sesi amukan lelaki itu. Sudah hampir 24 jam berlalu , keadaan Fakhrul masih lagi begitu.

Sewaktu mereka bawa Fakhrul , nadinya masih ada walaupun perlahan. Pernafasan Fakhrul yang Hana Aishah sangka sudah berhenti ada cumanya perlahan. Segala aktiviti badan lelaki itu berhenti tetapi jantung dan paru – paru Fakhrul masih cuba bertahan.

Fakhih membawa kereta selajunya menuju ke hospital yang terdekat. Hana Aishah memangku kepala Fakhrul seeratnya melalui perjalanan yang dia rasakan terlalu lama. Mulutnya berkali – kali memanggil nama Fakhrul mengharapkan balasan.

Sesampai mereka di jabatan kecemasan , Fakhih terpaksa menahan Hana Aishah yang tidak mahu melepaskan Fakhrul. Tangan suaminya yang sejuk digenggam seeratnya sebelum raungannya kedengaran. Saat itu minda logiknya sudah tidak berfungsi. Ketakutannya tidak dapat digambarkan.

“Sayang doa Allah ambik nyawa abang pergi” jawapan Fakhrul setiap kali perpisahan dia pinta daripada suaminya bermain di mindanya membuatkan ketakutan Hana Aishah berkali ganda.

Masa yang diambil doktor di hospital terlalu lama dia rasakan. Dalam setiap saat yang berlalu semakin banyak hukuman suara hatinya cuba jatuhkan. Segala kemungkinan buruk yang dapat dia bayangkan membuatkan Hana Aishah tidak dapat bernafas. Tecungap – cungap dia mencuri nafas di sebelah Fakhih sehinggalah saat pintu bilik kecemasan dibuka semula.

“There`s a bite mark over his left calf. We are not sure what bit him. We are giving the anti venom at random because the blood test wasn’t conclusive” terngiang – ngiang penjelasan doktor pakar kecemasan pagi semalam.

Sampai saat ini mereka tidak pasti apa yang terjadi kepada Fakhrul. Fungsi hati dan buah pinggang Fakhrul terjejas teruk manakala , tubuhnya seperti sedang melawan sesuatu yang mereka tidak pasti. Kesan gigitan di betis kiri Fakhrul yang mereka tidak pasti dipatuk ular ataupun haiwan lain.

Daripada jabatan kecemasan Fakhrul dipindahkan ke ICU. Hana Aishah bertegas tidak mahu meninggalkan Fakhrul. Adam entah apa khabar di rumah banglo lelaki itu. Dia takut mahu meninggalkan sisi Fakhrul walaupun sesaat.

Setiap saat mulutnya tidak berhenti berdoa untuk Fakhrul sedar kembali. Sehinggalah tengah malam tadi Fakhrul tidak memberi sebarang balasan. Tangan Hana Aishah hanya terpisah saat dia menunaikan solat kemudian tangannya akan kembali memegang tangan Fakhrul.

Awalnya dia ditegah untuk menemani Fakhrul mengikut polisi di ICU tetapi selepas tengah hari semalam dia dibiarkan bersendirian dengan Fakhrul. Entah apa yang Fakhih dan Hariz lakukan Hana Aishah pun tidak tahu tetapi sekurang – kurangnya dia tidak perlu membebankan dirinya dengan pihak ICU. Saat itu logic akalnya sebagai doktor tidak berfungsi oleh itu satu benda yang pihak ICU cuba terangkan tidak akan masuk ke mindanya.

Di minda Hana Aishah hanya ada Fakhrul. Adam yang entah jadi apa dirumah Fakhrul pun dia tidak mahu fikirkan. Air matanya mengalir seperti air sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. Mulutnya terkumat kamit bersilih ganti berdoa dan berzikir. Sehinggalah tengah malam tadi apabila Fakhrul memberi tindak balas.

Tetapi sedar Fakhrul itu hanyalah untuk meracau sambil mencabut segala tiub dan jarum di tubuh sendiri. Tangan Hana Aishah mengusap kesan merah di lengan suaminya. Baru sahaja dia buka ikatan di tangan kanan Fakhrul yang dipasang semalam kerana amukan lelaki itu dalam ketidaksedarannya.

“Wake up please. You cannot leave me hanging like this” Hana Aishah berbisik perlahan pagi itu. Kumpulan doktor – doktor yang membuat rondaan pagi datang tetapi tidak diendahkan Hana Aishah.

Detik berlalu , matanya hanya fokus pada setiap pernafasan Fakhrul. Hati Hana Aishah gusar sekiranya matanya beralih sebentar pernafasan Fakhrul akan terhenti. Kelopak matanya semakin memberat dalam setiap detik yang berlalu. Kepenatan yang tidak mahu Hana Aishah akui semakin mengusai dirinya.

Hana Aishah melawan rasa mengantuknya dan segala kekuatan yang berbaki dia salurkan ke kelopak matanya supaya terus tercelik melihat deruan nafas Fakhrul yang berombak tenang. Bibirnya masih terkumat kamit berzikir tetapi bacaannya semakin lama menjadi semakin tidak tersusun.

Saat matanya hampir terpejam , renungan Hana Aishah bertaut dengan Fakhrul. Renungan yang sama Fakhrul berikan saat lafaz doa dituturkan selepas akad nikah mereka. Bibir Hana Aishah berhenti berzikir dan mengukir senyuman sebelum matanya tertutup tanpa dapat dia tahan.
****************************************************************

Bunyi erangan menganggu tidur Hana Aishah yang lena. Dahinya berkerut menandakan ketidak puasan hatinya. Matanya dipejam rapat cuba menghilangkan suara erangan yang kedengaran sayup itu.

Tidak sampai sesaat bunyi itu hilang dan usapan di kepalanya membawa Hana Aishah ke alam mimpi kembali. Kepalanya yang sedang dibaringkan mengiring ke kanan itu cuba dialihkan tetapi tidak berjaya. Otot – otot lehernya menunjukkan protest barangkali kerana bertahan di posisi itu terlalu lama.

“Ermmm” Hana Aishah mengerang kuat sebelum matanya cuba dibuka. Kekejangan ototnya mula naik ke kepalanya.

“Sayang” suara Fakhrul memanggil lembut. Bibir Hana Aishah yang tadi berkerut dicebekkan mendengar panggilan Fakhrul.

“Leher Aishah sakit” suara serak Hana Aishah mengadu dalam kesayuannya. Sensitif pula hatinya saat itu entah mengapa.

“Sorry sayang , I couldn’t lift you up onto the bed with me” penyesalan kedengaran saat Fakhrul memberitahu. Tangan yang tadi mengusap kepalanya turun ke leher Hana Aishah. Tangan sejuk suaminya mengurut lembut leher Hana Aishah.

Perlahan – lahan kesegaran mulai muncul di dalam diri Hana Aishah. Nafasnya yang tadi pendek menjadi semakin panjang cuba melegakan kesakitan di tubuhnya. Matanya masih dipejam rapat menikmati urutan suaminya di leher.

“Can you lift yourself up on to the bed with me sayang. You`ve been sleeping in that positions for hours. Your body must hurt” mendengar permintaan Fakhrul, Hana Aishah membuka matanya perlahan – lahan.

Perkara pertama yang dia lihat adalah mesin ubat yang bersusun. Berkelip – kelip lampu merah , kuning dan hijau menyakitkan matanya. Matanya Hana Aishah ikut berkelip cuba menyesuaikan matanya dengan cahaya di mesin itu. Hana Aishah menguap besar menikmati kesunyian di bilik itu.

“So many colours” Hana Aishah memberi komen. Mindanya masih lagi cuba memproses di manakah dia. Dia termenung beberapa ketika sebelum kepalanya diangkat dalam keterpaksaan.

“Ouch my neck” dia mengaduh sambil menegakkan badannya. Tangan kanan Hana Aishah naik mengurut lehernya sambil matanya merenung kea rah Fakhrul. Sempat beberapa saat sahaja dia mengurut sebelum realiti 48 jam yang sudah berlalu meluru masuk ke dalam kotak memorinya.

“Ya Allah. Abang” Hana Aishah menjerit kuat sebelum tubuh Fakhrul dirangkul erat.

“Abang dah bangun. Abang tak tinggal Aishah. You woke up” berkali – kali kata – kata itu diungkapkan sebelum wajah Fakhrul dicium berkali – kali.

Bahagia yang datang melimpah seperti air terjun yang mengalir laju selepas hujan. Ketakutan dan penyesalan yang mengasak hati Hana Aishah beberapa hari ini dibawa pergi arus deras bahagia yang datang.

“I`m sorry. Aishah mintak maaf sebab Aishah sakitkan hati abang. Sorry” wajahnya sedang merenung tepat ke arah wajah Fakhrul yang pucat itu. Bibir suaminya merekah – rekah.

Fakhrul terdiam membisu merenung ke arahnya. Anak mata hitam itu bersinar bahagia tetapi ada kerisauan di sebalik mata itu. Minit berlalu , anak mata mereka bersabung sebelum bibir suaminya membentuk segaris senyuman. Tangan Fakhrul naik mengusap pipi Hana Aishah.

“Sayang tak ada salah pun dengan abang. I`m sorry for troubling you. You were scared is it?” Hana Aishah mencebikkan bibirnya mendengar pertanyaan lembut Fakhrul. Kepalanya dianggukkan laju sebelum telinga kanannya melekap ke dada Fakhrul.

“Aishah takut sangat. Abang tak angkat call and then … pastu abang … abang…” esakan Hana Aishah bermula saat kata – katanya mula tersekat – sekat. Perasaannya tidak dapat digambarkan lansung.

“I’m sorry for scaring you” kepalanya diusap Fakhrul perlahan. Degupan jantung Fakhrul yang tenang seperti selalu melegakan hatinya yang tidak tenang.

“Don’t do that again. I`m so scared” Hana Aishah meminta perlahan.

Matanya merenung kearah jendela yang sudah dilindungi langsir. Hana Aishah pasti itu adalah arahan Fakhrul. Hari yang disangkakan sudah malam rupanya masih lagi terang saat melihat cahaya mentari yang mencuri masuk disebalik belahan langsir.

Petang itu , segala pemasalahan yang masih berbaki di antara mereka Hana Aishah meletakkan tanda noktah dahulu. Ketakutan yang melumpuhkan segenap sel tubuhnya menukar segala rencana yang mahu dia sampaikan kepada Fakhrul dua malam lepas. Hana Aishah tidak mahu tahu berapa lama dia berbaring di dada Fakhrul tetapi degupan itu meyakinkan dia bahawa Fakhrul akan kembali sihat.
**************************************************************

“Umi is sorry sayang” Hana Aishah memeluk Adam erat. Wajah sembap anaknya ditenung lama. Sepasang mata bundar anak terunanya merenung penuh rindu. Lingkaran gelap mengelilingi mata Adam.

“Mimi work. Mimi naughty” dalam kepelatan anaknya , Adam menutur bicara.

Fakhrul sudah dipindahkan ke wad VIP dengan pantauan rapi daripada pakar. Hana Aishah bersyukur kerana sekurang – kurangnya Adam boleh dibawa masuk ke wad. Mereka mahu memindahkan Fakhrul ke hospital milik Dato` Karim tetapi kerana hari sudah beransur malam , rencana itu ditunda ke hari esok. Lagipun Hana Aishah masih bimbang dengan keadaan Fakhrul.

“I`m sorry ok. Umi so naughty. Umi need to take care of babah. Babah fell down and got a booboo” wajah serius Adam merenung kea rah Hana Aishah mendengar penjelasan ibunya.

“Am go to babah. Now” arahan penuh tegas Adam berikan. Hana Aishah merenung ke arah Fakhrul yang sedang berbaring di atas tilam itu. Lelaki itu masih kelihatan pucat dan melihat tubuh Fakhrul yang sudah susut itu hatinya dipangguk rasa sayu.

Hana Aishah menggerakkan kakinya melangkah kea rah Fakhrul yang sedang menanti mereka penuh sabar. Kerinduan Fakhrul jelas kelihatan saat itu tetapi Fakhrul masih tidak kuat untuk mendukung Adam. Sewaktu Hana Aishah meninggalkan Fakhrul sebentar untuk mengambil wuduk , lelaki itu cuba untuk berdiri dan hampir jatuh. Nasib baik Fakhih yang baru tiba di wad bersama Adam sempat menyambut.

“Am down” Hana Aishah meletakkan penuh hati – hati Adam di sebelah Fakhrul. Bimbang dia sekiranya Adam tertarik apa – apa wayar tetapi melihat kerinduan Fakhrul dia tidak sampai hati menghalang.

“Careful sayang. Babah got so many wires around him. You don’t want to make babah booboo worse right” Hana Aishah menegur lembut tetapi yang dia dapat hanyalah jelingan Adam. Marah betul anaknya kerana ditinggalkan.

Saat dia tahu sahaja Fakhrul akan di pindahkan ke wad persendirian , terus dia menelefon Fakhih untuk membawa Adam ke hospital. Mahu meninggalkan Fakhrul dia tidak berani lagi. Ketakutannya masih ada walaupun Fakhrul berkali – kali meyakinkan dia yang lelaki itu sudah stabil.

Sangkanya satu keluarga Tan Sri Fadhil akan hadir tetapi yang datang hanyalah Fakhih menghantar Adam bersama pembantu rumah. Beberapa beg yang dia pasti mengandungi kelengkapan dia dan Fakhrul di letakkan di almari. Tidak sampai setengah jam Fakhih sudah mengundur diri meninggalkan mereka tiga beranak.

“Am up” Adam memberitahu sebelum merangkak naik menaiki badan Fakhrul. Hana Aishah mahu menahan tetapi Fakhrul menggelengkan kepalanya kea rah Hana Aishah. Beberapa saat kemudian Adam sudah berbaring di dada Fakhrul sambil menghisap ibu jari kanannya.

Mata Adam berkelip – kelip merenung kea rah Hana Aishah tanpa bicara. Sangka Hana Aishah anaknya akan mengamuk mahu menyusu tetapi sangkaannya meleset. Adam yang ditepuk – tepuk perlahan punggungnya oleh Fakhrul terlelap tidak sampai beberapa minit.

Hana Aishah dapat merasakan berat di dadanya kembali melihat dua beranak itu. Rindu mereka terhadap satu sama lain tidak dapat dia fahami. Adam baru mengenali bapanya tidak sampai tiga bulan pun tetapi keakraban mereka seperti mereka sudah bersama sepanjang hidup anak kecil itu.

“Sayang” Fakhrul menegur mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Matanya merenung kea rah Fakhrul.

“Come here” Fakhrul memanggil lembut. Kaki Hana Aishah bergerak tanpa sempat dia memberi arahan.

“Hop on sayang” Fakhrul menyuruh Hana Aishah tetapi dia laju menggelengkan kepalanya.

“You`re not well. I don’t want to hurt you” Hana Aishah menolak penuh kerisauan.

“I`m fine. I miss you. Please sayang” Hana Aishah menarik nafasnya dalam. Matanya dipejam rapat saat melihat kerinduan Fakhrul. Saat itu pergelutan bukan lagi dengan memori silam yang menyakitkan. Yang hadir hanya rasa bersalah yang melanda hatinya.

Hana Aishah menurunkan pagar penghadang sebelum dengan berhati – hati naik ke atas katil yang menempatkan Fakhrul dan Adam. Saat dia melabuhkan kepalanya di atas dada Fakhrul , ketenangan yang dia cari kembali. Air mata Hana Aishah gugur , pening memikirkan segala yang berlaku.

“We`re going to be fine. Abang janji” Fakhrul memeterai janji sebelum ubun – ubun Hana Aishah dikucup. Hana Aishah memejam matanya rapat menyambut ketenangan yang hadir.

“Ini ke jawapan istikharah aku Ya Allah” hati Hana Aishah berbisik.
***********************************************************

“Mama nak ikan kari ke yang goreng tu?” Fakhrul melihat isterinya yang sedang sibuk melayan keluarga Tan Sri Fadhil.

Pagi ini baru dia membenarkan Fakhih membawa keluarga besar mereka datang melawat. Semalam sepanjang hari Fakhrul habiskan bersama Hana Aishah dan Adam.

Pagi itu kepalanya yang hanya berdenyut sedikit semakin sakit dengan persoalan yang ditujukan kepada Fakhrul. Bagaimana dan apa yang berlaku? Persoalan yang dia pun tidak tahu jawapannya.

“I cant remember a thing. The last memory I have was at the surau with Ustaz Khuwailid and then everything is blank after that” itulah jawapan yang Fakhrul berikan kepada pakar bedah otak yang mengendalikan kesnya dan juga ahli keluarga Fakhrul.

“We found you at Adam`s resting place” Fakhrul yang sedang asyik merenung Hana Aishah memalingkan wajahnya. Fakhih yang semenjak tadi tidak bergerak daripada sisi katilnya bersuara.

“I thought you were gone” Fakhrul dapat menangkap getaran di sebalik suara abangnya.

Fakhih yang sentiasa membuatkan dia marah dan menyakitkan hatinya semenjak semalam hanya berdiam diri. Sekarang Fakhrul tahu puncanya. Selama ini sikap pentingkan diri sendiri membuatkan dia buta dengan kasih sayang yang cuba mereka hulurkan kepada dia.

“Don’t do that again Angah” amaran abangnya dibalas dengan senyuman sehingga terkejut Fakhih dibuatnya.

“You can’t get rid of me that easily” Fakhrul membalas sebelum pandangannya dilarikan kearah Hana Aishah.

Isterinya kelihatan penat tetapi seperti biasa penat itu ditolak ketepi untuk insan – insan terpilih yang dapat merasai sayang dan cinta Hana Aishah. Kerana itu semalam dia menelefon Fakhih supaya tidak membawa sesiapapun datang kecuali Adam. Hana Aishah perlukan rehat dan dia mahu bersama anak dan isterinya.

Mengingatkan Adam hatinya dipangguk rasa rindu. Rindu mendukung anaknya , rindu bermain dengan anaknya. Dia mahu cepat sembuh saat itu kerana terlalu banyak perkara yang dia mahu lakukan dengan Adam untuk menutup segala yang dia tinggalkan selama 28 bulan anak hidup di muka bumi ini.

Adam sedang berbaring manja di dada Tan Sri Fadhil sambil diagah oleh abinya. Lelaki yang dia benci sepanjang dia membesar. Yang menjadi punca hidupnya kesunyian. Yang dia tidak mahu menjadikan idola ataupun panduan dalam melayari hidup sebagai seorang suami dan bapa.

Tetapi lelaki itulah yang memastikan anak isterinya terjaga disebabkan kebodohan Fakhrul. Lelaki itulah yang memastikan hubungan dia dan isterinya masih bertaut kerana kegagalan dia dalam mempertahan rumah tangganya. Fakhrul dapat merasakan sesak di dadanya saat melihat kedutan yang semakin jelas di wajah Tan Sri Fadhil. Kepenatan yang dibawa sepasang anak mata hitam yang diwarisi dia dan Adam.

“You. You ok tak ni?” suara cemas Hana Aishah kedengaran menyedarkan Fakhrul daripada emosi yang tidak dapat dia fahami semenjak dia tersedar daripada koma.

Fakhrul memandang kea rah Hana Aishah yang sedang berdiri di sebelahnya sambil menatang pinggang yang berisi makanan. Emosinya dipadam daripada raut wajahnya sambil dia mengukir senyuman pendek.

“Ok sayang. My head hurts a bit but I`m fine” Fakhrul berbohong menyembunyikan rasanya.

“You haven’t eaten. Aishah suap and then I`ll ask them to add another pain killer” Fakhrul terus menggelengkan kepalanya mendengar bicara Hana Aishah.

“No more meds. The meds are making me very sleepy. I`ll feel better after I eat” Fakhrul menjawab laju sebelum sempat Hana Aishah membantah.

“You had concussion Fakhrul. Jangan tahan sakit tu” Dato` Karim yang sedang menjamah makanan itu menegur.

“There`s too much medication going in abi. My head is floating as it is already with the current meds, I`ll take whatever necessary only” kegeraman Fakhrul muncul kembali melihat layanan ahli keluarganya. Fakhrul dapat melihat gelengan kepala abinya melihat kedegilan dia.

“Abi risau. You were out for 2 days sayang. Worst 2 days of our life” Datin Fatimah membalas. Fakhrul melihat wajah gerun ibunya mengingatkan 2 hari yang tiada dalam memorinya itu.

“I`m fine now ibu. Don’t ….” Sebelum sempat dia menghabiskan kata – katanya Hana Aishah laju memotong.

“You makan dulu. I suap. Mak Zah masak sup ayam for you” Hana Aishah seperti biasa akan mematikan apa – apa perbalahan yang baru mahu muncul.

“I can eat by myself. Sayang ambik another plate. Eat with me” Fakhrul mengarah dalam ketidak sedaran dia. Melihat Hana Aishah yang semenjak pagi tadi ke hulu hilir menguruskan dia dan melayan ahli keluarga mereka dia menjadi risau.

“You makan dulu. I`ll eat afterward. Please don’t be difficult Fakhrul” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di birai katil menolak cadangan Fakhrul.

“You`re tired so you can’t feel your hunger. Abang tahu. Eat with me please” Fakhrul menukar taktiknya. Dia dapat melihat pergelutan yang berlaku dari raut wajah isterinya. Semenjak dia sedar Fakhrul dapat melihat betapa Hana Aishah cuba menahan segala kata – kata dan perbuatannya supaya tidak menyinggung Fakhrul.

“Fakhrul….” Fakhrul menggelengkan kepalanya sebelum tangan Hana Aishah yang mahu menyuapnya ditahan.

“Please sayang” Hana Aishah mengeluh berat dan Fakhrul menahan senyuman melihat isterinya yang kalah dengan rayuan dia.

“Aishah. Dengar cakap Fakhrul. Ibu made your plate already. Awak tu kalau dah sibuk pasal orang , diri sendiri memang tak cara” Datin Fatimah menarik meja untuk meletakkan di antara Fakhrul dan Hana Aishah sebelum meletakkan lagi satu pinggan sekaligus mematikan bantahan Hana Aishah.

“Thanks bu” Hana Aishah mengetap bibirnya menahan daripada berbicara melihat senyuman Fakhrul.

“Dua – dua kena sihat. Bukan Fakhrul je. Faham” Datin Fatimah mengelus rambut ikal Fakhrul sebelum mengucup pipi anak susuannya.

Tangan Fakhrul yang penuh kesan suntikan dan jarum yang baru dimasuk pagi tadi mengambil sudu untuk memulakan jamahan. Ini kalau dia mengeluarkan kata – kata yang tidak enak , mati terus selera lelaki itu.

“Sayang nak abang suap ke?” tangan kiri Fakhrul memaut tangan kanan Hana Aishah. Tangannya yang selalunya suam itu menjadi sejuk semenjak dia koma.

Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum menarik tangannya daripada pegangan Fakhrul.

“Hana. Along tahu Hana risaukan Fakhrul tapi dengan Hana tak makan macam ni nanti Hana yang sakit” Fakhrul tersenyum melihat Hana Aishah yang sudah memulakan suapan selepas mendengar bebelan Fakhih.

“Ok you two love bird eat , I have my love bird looking at me like I`m a long awaited meal” Fakhih yang semenjak tadi menjadi pemerhati mengangkat punggungnya saat mereka suami isterinya memulakan jamahan. Fakhih menuju kea rah isterinya yang tidak silap Fakhrul sudah melebihi tarikh bersalin.

“When is your due Kak Id?” Fakhrul bertanya sambil menjamah makanan. Sesekali matanya melirik kea rah Hana Aishah yang sedang menyuap perlahan makanan ke dalam mulutnya.

“2 days back” Idora membalas dengan kepenatan yang jelas kelihatan.

“When are they going to induce?” Fakhrul melihat wajah abang yang kerisauan sambil mengurut pinggang Idora yang sarat itu.

“Supposedly esok tapi I don’t know. Ceaser je la Ling” Fakhih meluahkan kerisauan.

“Mama dah pening. Mana nak fikir Fakhrul , nak fikir dekat Idora. Bertimpa – timpa datang masalah. Banyak dosa mama” suara sebak Puan Sri Maria menyelah.

“Ria jangan bersangka buruk. Whatever happen ada hikmah. Angah is recovering already” Fakhrul dapat melihat tangan papanya memaut tangan mamanya.

Cinta Tan Sri Fadhil buat Puan Sri Maria tidak pernah berkurang walau sedikit sepanjang hidupnya. Dahulu dia tidak faham mengapa papanya mengikut cakap mamanya sambil tidak mengambil peduli perasaan Fakhrul tetapi setelah Hana Aishah hadir di dalam hidupnya dia mulai faham.

“Angah balik nanti kita buat kenduri doa selamat. Boleh buat sekali dengan cukur jambul” Puan Sri Maria membuat rencana.

Fakhrul meneruskan jamahannya sambil menjadi pendengar. Tidak sampai 10 minit licin pinggan Fakhrul. Seleranya sudah kembali pulih semenjak dipindahkan keluar daripada wad ICU.

Tetapi apabila Fakhrul melihat kearah pinggan isterinya yang hanya suku berusik, kerisauannya kembali. Fakhrul arif sangat dengan sikap Hana Aishah. Sudu yang sedang dipegang Hana Aishah diambil menyedarkan isterinya yang sedang mengelamun.

“I told you I`m going to feed you if you don’t open your mouth. Now open up” Fakhrul menyuakan sudu yang berisi nasi dan isi ayam itu ke arah mulut isterinya yang sedang merenungnya tanpa perasaan.

“Aishah tak lapar” Fakhrul menggelengkan kepalanya menolak alasan isterinya.

“You are. Adam has been feeding almost non stop since yesterday. Yesterday you didn’t even sleep. Abang suap sayang and then abang nak sayang tidur. All of them are here today. They`ll help me take care of Adam” air mata Hana Aishah sudah bertakung saat mendengar kata – kata Fakhrul.

“Sayang tak nak abang risau kan?” Fakhrul terpaksa menggunakan ayat itu untuk memujuk isterinya. Hana Aishah tidak membalas tetapi sudu yang tadi Fakhrul ambil cuba diambil kembali isterinya.

“Nope. Now its me feeding you. Open up” mulut Hana Aishah dibuka tidak sampai beberapa saat sebelum suapan bermula.

Selepas Fakhih meninggalkan mereka tiga beranak semalam , Fakhrul terpaksa diam memerhatikan Hana Aishah menguruskan Adam sendirian. Seboleh mungkin dia menarik perhatian Adam supaya dapat fokus kepadanya tetapi Adam seperti mahu menebus segala masa yang dia tidak dapat bersama dengan ibunya selama lebih 48 jam.

Yang memburukkan lagi keadaan adalah ubat – ubatan yang mereka berikan kepada Fakhrul. Hampir setiap 4 jam ada ubat yang akan dimasukkan melalui jarum dan tidak sampai 10 minit Fakhrul akan tertidur tidak kiralah bagaimana dia cuba menahan dirinya daripada tidur.

Setiap kali dia bangun pula, keadaan akan masih sama. Hana Aishah akan menyusukan Adam dan sentiasa berjaga , tetapi yang berbeza adalah sama ada Adam terjaga atau sudah tertidur. Mata isterinya tidak tertutup walaupun sejenak dan Fakhrul gusar. Kerana itu jugalah dia membenarkan ahli keluarganya datang.

“See. You are hungry” Fakhrul mengelap sisi mulut isterinya yang sudah comot itu.

Hana Aishah tidak membalas. Pinggan mangkuk kotor diangkat sebelum Fakhrul melihat tubuh isterinya yang hilang disebalik pintu bilik air. Matanya kemudian mencari gerangan anaknya. Adam semenjak pagi tadi berjaya dialih perhatian. Kehadiran Mary Irina berjaya Adam menarik perhatian anak terunanya.

“Ibu can you help me pull the curtain” Fakhrul tidak suka keadaannya yang tidak boleh bergerak itu kerana dia perlu kerap meminta tolong tetapi saat itu dia mahu Hana Aishah berehat.

“Adam want to go and see Giraffe” Tan Sri Fadhil seperti memahami kehendak Fakhrul terus mengumpan cucu lelaki tunggalnya.

“Am go see uff with kakak” nyaring suara anak lelaki membalas. Fakhrul tersenyum lebar mendengar permintaan anaknya.

“Can Tokbi come” jawapannya dibalas dengan Adam melontarkan badannya ke atas Dato` Karim.

“I guess that’s a yes” tawa Adam bergema saat pipinya dikucup Dato` Karim.

“Ok la then. Fakhih bawak la pa. At least Hana can rest. She looks like a walking zombie already” Fakhih menyetujui cadangan papanya.

“Mama pun risau tengok Hana. Tak rehat lansung” Puan Sri Maria meluahkan kerisauannya. Daripada dia sampai jam 10 pagi tadi sehinggalah sekarang tidak berhenti menantunya bergerak menguruskan segalanya.

“She never fails to surprise me. You can never beat the love that she has for you angah. No matter how many hateful things she says to you at the end of the day her loves for you win. Don’t mess this up angah” masing – masing terdiam mendengar kata – kata Fakhih. Fakhrul menelan air liurnya kesat saat mendengar pesanan abangnya.


*************************************************8

Hana Aishah melihat wajahnya di dalam cermin buat kali ke berapa entah. Lama dia berteleku di dalam bilik air. Dia tahu tubuhnya penat tetapi mindanya tidak penat. Seribu macam perkara bermain di fikiran Hana Aishah.

“His kidney is improving however his liver is static. Its not worsening but it is not getting better either” kata – kata pakar perubatan pagi tadi bermain di minda Hana Aishah.

Mereka masih tidak tahu apa yang menyengat Fakhrul tetapi yang pasti hati Fakhrul terjejas teruk. Dia tidak mahu Fakhrul dimaklumkan tentang perkara itu kerana itu sewaktu Fakhrul tidur akibat kesan ubat tahan sakit yang diberi , dia pergi sendiri bercakap dengan pakar perubatan yang mengendalikan kes Fakhrul.

Sepanjang malam semalam , dia tidak dapat tidur memikirkan Fakhrul. Merayu di dalam sujud supaya keadaan lelaki itu bertambah baik kerana jalan terakhir yang mereka berikan terlalu menakutkan untuk Hana Aishah. Dia tidak tahu mahu memberitahu siapa saat itu.

Hana Aishah mengambil wuduk sambil berdoa supaya segala kerisauan yang saat ini jelas terpancar hilang. Ibu bapa mertuanya termasuk keluarga susuan Fakhrul tidak boleh dirisaukan lagi. Puan Sri Maria pengsan saat perkhabaran Fakhrul sampai kerana tekanan darah ibu mertuanya mencanak naik. Perkara itu tidak boleh berulang.

Hana Aishah yang baru keluar daripada bilik air dengan air wuduk terkebil – kebil melihat bilik yang tadinya bising sudah menjadi sunyi. Dia memandang kea rah Fakhrul yang masih ditempat yang sama tetapi sedang duduk di birai katil bukan berbaring seperti tadi.

“Where is everyone?” Hana Aishah bertanya bingung.

“They brought Adam to the zoo. Sayang tolong abang mandi and then we can pray together” Fakhrul menghulurkan tangannya untuk disambut Hana Aishah.

“Ehh tak payah. You stay here. Aishah ambik botol spray so you can take wuduk from here” Hana Aishah menegah laju.

“Abang nak mandi. I feel a bit strong already. Sayang tolong abang mandi and then kita solat sekali please” Fakhrul cuba meyakinkannya tetapi tubuh lelaki itu terlalu rapuh saat itu.

“Fakhrul semalam you try berdiri pun nak tumbang , please don’t do this” Hana Aishah mengetap giginya kegeraman mendengar bicara Fakhrul.

“Abang rimas sangat. I don’t feel clean at all” Fakhrul membidas.

“Pagi tadi kan I dah lap kan badan you” Fakhrul menggelengkan kepalanya mendengar hujah Hana Aishah.

“Fine then , abang mandi sendiri” mendengar rajuk Fakhrul , mata Hana Aishah terus dijulingkan ke atas.

“Ya Allah geramnya I dengan you ni” Hana Aishah melangkah laju menuju kea rah Fakhrul dan berdiri di hadapan suaminya.

“You stay there. I mandikan tapi you have to be on wheelchair” Hana Aishah bercekak pinggang memberi arahan.

“Yes bos” melihat sisi Fakhrul yang mengusiknya dengan senyuman lebar hatinya diusik rasa rindu yang sudah terlalu lama hilang. Kenapa jalan mereka terlalu berliku. Kenapa susah sangat untuk mereka bahagia.

“Hey sayang. Why suddenly your face looks sad” Fakhrul memaut tangannya bertanya penuh kerisauan. Hana Aishah cepat – cepat menghilangkan perasaannya daripada raut wajah.

“I pegi ambik wheelchair. You better stay here Tengku Fakhrul” Hana Aishah melarikan diri sambil memberi amaran. Air matanya gugur saat pintu bilik wad ditutup. Kakinya melangkah menuju pintu kecemasan sebelum dia terduduk bersandar di sebalik pintu itu.

“Ya Allah sakit sangat. I shouldn’t ask why but its so hard. Aku tak pernah doakan buruk untuk dia. Please don’t punish him. He didn’t mean it” esakan Hana Aishah bergema di tangga yang sunyi itu.

Entah berapa lama masa yang dia ambil , tetapi apabila air mata yang dia tahan sudah habis mengalir barulah dia menuju kembali ke dalam wad meneruskan misinya untuk mencari kerusi roda dan memastikan wajahnya tidak kelihatan seperti baru lepas menangis.

Saat dia masuk Fakhrul masih duduk di birai katil menantinya. Wajah Fakhrul bertukar cemberut dan dia pasti kehadiran jururawat lelaki itu menjadi puncanya.

“He is just here to help me carry you till bathroom. Nanti Aishah yang mandikan. Masam macam cuka dah muka tu” Hana Aishah tersenyum mengejek.

“I can stand up on my own. I just need a bit of support from you” Hana Aishah sudah bercekak pinggang mendengar kata – kata Fakhrul.

“You nak mandi ke tak ni Fakhrul. Banyak sangat songeh I restrain you on the bed nanti” geram pulak dia mendengar permintaan suaminya.

Dalam keterpaksaan Fakhrul membiarkan Hana Aishah dan jururawat lelaki bernama Danish membantu Fakhrul sehingga dia selamat didudukkan di tempat duduk di dalam bilik mandi yang luas itu.

“You can go now” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar kata – kata suaminya. Tangannya laju mengeluarkan barangan mandian Fakhrul. Segalanya sudah dipesan kepada abang iparnya semalam lagi.

“Haih lah Tengku Fakhrul, cubalah cakap terima kasih. Adik tu dah tolong sampai you selamat duduk atas stool tu” Hana Aishah membebel. Tangannya mencapai tuala Fakhrul yang sudah disusun kemas di dalam almari semalam.

“Abang tak suruh pun dia tolong , abang nak sayang mandikan abang” Hana Aishah tersenyum sendiri mendengar bicara Fakhrul.

Saat dia memusingkan badannya , Fakhrul sudah membuka bajunya. Hana Aishah menahan reaksi wajahnya saat melihat tubuh Fakhrul. Dalam masa 48 jam , badan yang sentiasa berisi dipenuhi otot itu kelihatan sangat susut.

“Sayang I honestly don’t think I look that good but you cant seems to stop staring” Fakhrul mengusik Hana Aishah.

Hana Aishah bersyukur melihat keceriaan Fakhrul yang tidak tahu keadaan sebenar yang sedang tubuh Fakhrul lalui. Air liurnya ditelan cuba menahan dirinya daripada mengalirkan air matanya.

“You don’t look good. Your muscle is gone. I want that firm body back. After all that’s the only reason I`m still staying with you” Hana Aishah berseloroh cuba melarikan dirinya dan Fakhrul dari realiti sebenar yang sedang mereka hadapi.

“La sayang tak cakap awal – awal” sesaat selepas Fakhrul membalas, Hana Aishah yang sedang memeriksa suhu air pancuran itu tidak semena – mena ditarik Fakhrul sebelum di terduduk di atas riba Fakhrul.

“Fakhrul. Ya Allah. Eee you ni” Hana Aishah membalas geram tetapi saat wajah tenang Fakhrul merenung kea rah mukanya , bibir Hana Aishah terus kelu.

“I promise you I will keep my body fit if that’s is what making you stay. I`ll get better and get on my feet faster so that this body will get back to normal. Ok sayang” air mata yang ditahan semenjak tadi gugur tanpa dapat Hana Aishah tahan.

“Sayang…” kata – kata Fakhrul dimatikan dengan pelukan erat Hana Aishah.

“I`m so sorry” Hana Aishah meminta maaf dalam esakannya. Jahatnya dia sebagai manusia. Selama ini dia membutakan matanya daripada melihat segala usaha yang Fakhrul cuba lakukan.

“Sayang. Abang tak suka tengok sayang menangis macam ni. Abang dah ok. Abang janji I wont scare you like that ever again” dalam saat ini pun Fakhrul masih memikirkan dia.

“No you are not ok. You need to take care of yourself. Don’t think about me. Please get your health back in check. I`m so sorry. I`m sorry” esakan Hana Aishah bergema ke segenap ruang bilik air itu.
*******************************************************

“Shhh” Fakhrul menegur gerangan manusia yang membuka pintu bilik wadnya untuk kesekian kalinya.

Wajahnya semenjak tadi tidak lari daripada merenung Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak di dalam pelukan dia. Wajah sembap yang sedang tidur diulit mimpi indah harapannya.

“She`s still asleep?” Fakhrul hanya mengangukkan kepalanya mendengar pertanyaan papanya.

Matanya tidak mahu dilarikan daripada memandang wajah Hana Aishah. 4 tahun dia menanti untuk isterinya kembali ke dalam rangkulannya , hari ini baru dia dapat merasai pelukan tanpa keterpaksaan. Fakhrul tidak mahu masa ini berlalu. Walaupun badannya terasa bisa di setiap pergerakan , kalau ini yang perlu dia lalui untuk mendapatkan kembali cinta isterinya dia sanggup lalui sakit ini berkali – kali.

“He just fell asleep. Papa bawak Adam balik. I want both of you to rest.” Fakhrul menggelengkan kepalanya. Wajahnya dikalih memandang kea rah papanya yang sedang mendukung Adam yang terlentok di bahu.

“I`ve instructed them to put in an extra bed. In the mean time you put him on the pull-out sofa first” Fakhrul mahu Hana Aishah dan Adam berada di situ. Sesaat pun kalau boleh dia tidak mahu berenggang dengan mereka berdua.

“Angah. Papa tahu angah rindu Adam and Hana but right now both of you need rest. At least let me send Zah to help both of you around. Adam is comfortable with her” Fakhrul cuba berfikiran positif menerima cadangan Tan Sri Fadhil walaupun perasaan jengkel yang biasa hadir sedang berlegar – legar.

“Fine” pendek jawapan dia membalas.

“Wonderful” suara ceria Tan Sri Fadhil mengusik hati Fakhrul. Saat itu dia dapat melihat sisi lain Tan Sri Fadhil. Sisi yang tidak pernah dia lihat atau lebih tepat sisi yang dia tidak mahu lihat selama ini.

Wajah yang sudah berkedut itu kelihatan ceria menelefon dan memberi arahan yang sepatutnya untuk membawa Mak Zah ke situ untuk membantu Fakhrul. Entah mengapa semenjak dia tersedar daripada koma , matanya mulai melihat perkara – perkara yang suara hatinya tidak pernah benarkan dia lihat.

“She`ll be here in less than an hour. Angah rest. Papa boleh manage Adam” Fakhrul melarikan wajahnya saat Tan Sri Fadhil menyedarkan dia daripada pergelutan dengan suara hatinya. Tiada balasan yang dia beri.

Pelbagai perkara bermain di mindanya saat itu tetapi lidah Fakhrul kelu tidak tahu mahu berbicara apa. Mereka tidak pernah berada di dalam ruangan yang sama untuk tempoh yang lama. Terlalu banyak persoalan yang dia mahu tanya semenjak Hana Aishah kembali tetapi di mana dia mahu mula.

Wajah Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak direnung. Ketenangan hadir saat melihat wajah itu. Segala harapan , impian dan cita – cita yang isterinya sentiasa kongsi dengan dia kembali bermain di minda Fakhrul. Ego Fakhrul menjadi punca Wanita yang sentiasa penuh dengan semangat dan azam itu menjadi hilang arah.

“When did you first met them?” lancar soalan yang tidak mahu keluar semenjak tadi menutur di bibirnya. Itu sahaja kekuatan yang Fakhrul perlu. Hana Aishah.

“When Adam was 7 months old” lama masa yang diambil Tan Sri Fadhil sebelum papanya memulakan bicara.

“Why?” Fakhrul ikut terkejut mendengar pertanyaan yang keluar daripada mulutnya tanpa rasa amarah yang dia simpan selama ini untuk papanya.

“Because she looks happy. In a very long time, papa dapat tengok Hana senyum” tidak seperti tadi , jawapan yang dia terima tidak sampai sesaat.

“But you hide them from me” rasa marah yang Fakhrul cari tiada. Cuma persoalan yang dia mahukan jawapan.

“For that I am sorry. The last thing I want to do is hurting you” keikhlasan yang keluar daripada mulut Tan Sri Fadhil membuatkan hati Fakhrul diselubungi rasa yang tidak pernah dia rasai.

“Papa mintak maaf for all the pain I caused you. It was never my intention to hurt you” Fakhrul menarik Hana Aishah erat ke dalam pelukannya. Getaran di sebalik suara papanya membuatkan rasa asing tadi semakin kuat.

“I want what’s best for you. That has always been my utmost priority” papanya menyambung bicara tetapi Fakhrul tidak mahu memandang wajah itu. Hanya telinganya menjadi pendengar setia.

“Maybe that is why Hana get hurt along the way. My priority was you and only you. I can’t erase your childhood so I thought by throwing Hana into your life, she can mend your wound” penyesalan menyaluti bait bicara Tan Sri Fadhil. Lama papanya jeda. Fakhrul tidak tahu mahu merasai apa saat itu.

“Both of you needed this separation. You need to see your mistakes and Hana need to learn to stop living for your happiness” Tan Sri Fadhil menyambung bicaranya.

“So, it was your plan all along. To make sure she didn’t meet me. If you care about me, you would’ve told me where she was. You know I was looking for her at every single possible place I could think of” Fakhrul membalas kecewa. Sayang apa kalau memang itu rencana papanya daripada awal. Matanya tajam merenung sepasang mata yang kembar dengannya

“Hana needs to heals. Hana needs to live for herself. First, she was living for the sake of your happiness and then Adam came. Now she is living for Adam. Its not fair for Hana” Tan Sri Fadhil membalas hakikat yang selama ini siapa pun tidak mahu katakan.

“Papa tak tahu what happen between you two but I`ve never seen a love greater than her love for you. Her love never dies. Every time I visited her, her eyes were full of worry and love despite all her sleepless night. Despite the nightmares she was having, the pair of brown eyes never fails to show me how much she misses you” ada nada sebak di hujung bicara papanya. Tubir mata Fakhrul menjadi hangat. Dadanya terasa sesak mendengar hakikat itu. Ubun – ubun isterinya dikucup lama. Haruman yang dia terlalu rindu.

“Were they ok?” sebaknya sudah tidak ditahan. Membayangkan Hana Aishah sendirian membesarkan Adam di bumi asing. Bukit kegagalan dia sebagai seorang suami dan bapa.

“I visited them as frequent as I could. Paling lama pun 3 bulan je. More than that papa pun tak mampu. Rindu cucu handsome Tokpa ni” Fakhrul mengalihkan pandangannya merenung Tan Sri Fadhil dan seperti yang dia jangka pipi montel Adam menjadi habuan papanya.

Papanya sedang duduk bersandar di kerusi malas dengan Adam yang terbaring di dada papanya. Fakhrul dapat membayangkan hari – hari yang dia hilang sewaktu anaknya membesar tetapi papanya dapat lalui saat itu bersama Adam. 28 bulan yang dia hilang itu Fakhrul tidak akan dapat balik. Sakit luka itu kembali.

“It wasn’t my intention to take that experience away from you angah. But Hana needs to heal. Without you” renungan mata mereka bertemu saat Tan Sri Fadhil berbicara. Fakhrul yakin wajahnya penuh denga kesakitan saat itu. Sakit membayangkan anaknya membesar tanpa dia.

“You took my childhood away and you took the experience that I should have with my son away too” bukan tuduhan tetapi petang itu mulutnya Fakhrul mahu lancar meluahkan rasa.

“Papa mintak maaf” Fakhrul terdiam mendengar kata – kata itu. Kenapa bukan dahulu kata – kata itu diungkapkan.

“Isnt it a little too late to apologized?” Tan Sri Fadhil tersenyum kepahitan mendengar kata – kata Fakhrul.

“Papa tak dapat peluang tu dengan angah. I was stupid. Tapi Allah bagi Angah peluang. He gaves you chance to redeem the mistakes that you did to Hana and late Adam” Fakhrul melarikan wajahnya untuk kesekian kalinya saat dia melihat tubir mata papanya bertakung dengan air mata.

Saat itu renungan matanya bertaut dengan sepasang mata coklat yang masih merah. Entah bila Hana Aishah terjaga tetapi saat itu air mata yang ditahan Fakhrul gugur. Telapak tangan kanan Hana Aishah mengusap dada Fakhrul yang berdetak kuat seperti baru lepas lari maraton.

“Talk to him” bisikan isterinya kedengaran.

“I regret every single second of my life for not holding you close. Everything that happen puncanya dari papa. I don’t know how to fix this. Tapi Angah jangan buat salah yang sama papa buat. Hold them tight but with love. Love that I was never able to show you” air mata Fakhrul semakin lebat. Dia mahu memejamkan matanya melarikan diri daripada situasi itu tetapi kekuatannya sedang merenung penuh harapan.

“Abang sakit. Aishah tak nak abang sakit. Please talk to papa. Trust me on this please” permintaan Hana Aishah berkali – kali selama bertahun – tahun tidak pernah dia layan tetapi saat ini keputusan yang dia akan ambil akan merubah jalan masa depan mereka.

Fakhrul diam cuba mengumpul kekuatan untuk berbicara. Matanya masih merenung ke dalam anak mata coklat yang masih merenungnya dengan harapan. Tangan itu tidak berhenti mengusap dadanya. Detik berlalu Fakhrul tidak tahu mahu berbicara apa. Suasana sunyi menyelubungi mereka. Sesekali dengkuran Adam kedengaran.

“Thank you for taking care of them” terluah jua kata – katanya. Hana Aishah tersenyum bahagia saat mendengar bicara Fakhrul.

Hanya itu kata – kata yang mampu Fakhrul ungkapkan saat itu. Hatinya sedang bertarung. Antara membahagiakan Hana Aishah sekaligus menolak kesakitannya ketepi dan juga egonya yang sentiasa tinggi melangit. Untuk hari itu , ucapan terima kasih yang tidak pernah dia ungkapkan kepada papanya pertama kali dia hadiahkan.

Hati Fakhrul yang tadi panik diselubungi rasa yang dia tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan kembali berentak bahagia. Senyuman yang sangat susah Hana Aishah mahu berikan kepadanya tetapi saat itu terpancar jelas.

“Her happiness has always been you. She fucking smile only if you allow her to do so. That’s so fucked up man but that`s just Hana. So if you are miserable how do you expect her to be happy” kata – kata Hariz berlegar di mindanya saat itu.
**********************************************************

“Sorry Mak Zah kena stay sini malam ni. Hana ok je nak handle Adam and Fakhrul. Papa tu risau sangat” Hana Aishah mengeluh berat merenung kea rah Wanita yang sebaya ibu mertuanya itu.

Mak Zah yang sedang bersandar di dinding bertentangan dengan Hana Aishah tersenyum. Senyuman yang selalu menenangkan hati Hana Aishah dan menjadi pengubat rindunya sewaktu dia difitnah. Salah satu insan yang tanpa Lelah akan memeluknya erat dikala bibir Hana Aishah kelu tidak mampu meluah rasa.

“Mak Zah yang offer dekat Tan Sri sebenarnya. Mak Zah risau dekat Angah tapi pagi tadi waktu Along cakap boleh datang melawat , Puan Sri suruh Mak Zah stay dekat rumah tengokkan Felisha. Si Felisha tu entah apa angin dia , dah seminggu balik berkurung dekat rumah Tan Sri. Tak nak keluar bilik , tak cakap dengan siapa – siapa” becok mulut Mak Zah berbicara.

“Itu tadi bila Tan Sri call Puan Sri , Mak Zah bagi idea suruh bagi Mak Zah teman” tersenyum simpul Mak Zah memberitahu rencana dia.

“Mak Zah tahu sangat Angah tu. Manalah dia nak bagi Adam tu hilang dari depan mata dia. Nyawa dia tu” Mak Zah menyambung penuh semangat.

“Amboi Mak Zah, pandai je buat plan senyap – senyap belakang Hana” Hana Aishah mengusik.

“Ye lah, kesian dekat Hana. Itu tengok , dari Mak Zah sampai sampai sekarang nak menetek je” Mak Zah menjuih kan bibir kea rah Adam yang sedang tidur tetapi susuannya tidak mahu lepas.

“He misses me. I feel so bad tapi Hana dah tak boleh fikir apa dah waktu jumpa Fakhrul. Otak Hana blank terus” bibir Hana Aishah bergetar menahan sebak saat dia memberitahu Mak Zah. Kejadian beberapa hari lepas masih segar diingatannya.

“Tak apa Hana. Kitorang semua ada. Semua berkampung dekat rumah Tan Sri. Mak abah pun ada sekali. Hari pertama tu Adam ok lagi , masuk hari kedua baru dia mula merengek. Nak baring dekat dada Tokpa dia je” Hana Aishah tersenyum pahit mengingatkan bapa mertuanya.

Dia sudah terjaga sewaktu Tan Sri Fadhil menelefon untuk menyuruh pemandu menghantar Mak Zah ke hospital lagi tetapi Hana Aishah berpura – pura tidur kerana dia mahu Fakhrul dan Tan Sri Fadhil berbicara. Terlalu banyak luka yang dipendam kedua – duanya.

“La dah kenapa Hana monyok macam tu. Mak Zah ada salah cakap ke?” Hana Aishah yang tersedar daripada lamunannya terus menggelengkan kepalanya laju.

“Eh tak ada apa Mak Zah. Teringat dekat mak. Dah 3 hari tak jumpa” Hana Aishah terus melarikan topik mereka.

“Mak ada dekat Bangsar. Adik beradik Hana pun ada. Hana jangan risau , semua dipantau rapat Azuwa. Lagi garang dari Hana” terlepas tawa Hana Aishah mendengar omelan Mak Zah.

“Ni mesti Mak Zah kena lempias sekali kan” melihat wajah cemberut Mak Zah lagilah kuat tawa Hana Aishah sampai Adam yang nyenyak tidur terjaga.

“Ya Allah. Sorry sorry sayang. Umi tak sengaja” Hana Aishah menepuk kembali Adam tidur sebelum matanya dilarikan melihat Fakhrul yang sedang tidur nyenyak. Setelah bertegang urat barulah Fakhrul setuju untuk diberi ubat tahan sakit. Bimbang juga dia sekiranya Fakhrul terjaga semula.

“Telinga sensitif betul Adam ni. Sebijik babah dia waktu kecik” Mak Zah menepuk punggung Adam lembut melihat cucu Tan Sri Fadhil itu menyusu rakus. Berkerut – kerut muka Hana Aishah menahan sakit. Salah Hana Aishah juga , gelak tidak pandang kiri kanan.

“Macam – macam ujian si angah ni. Mak Zah paling risau kalau angah tak sihat” suara Mak Zah memecahkan kesunyia yang menyelubungi mereka. Wajah tua itu kelihatan berkerut merenung kea rah Fakhrul. Hana Aishah tersenyum tawar melihat kerisauan Mak Zah. Sarat dengan kasih sayang.

“Waktu kecik – kecik dulu , sakit dia semua mana pernah bagi tahu. Tup tup Mak Zah jumpa ubat dalam bilik dia. Entah mana dia dapat ubat Mak Zah pun tak tahu. Semua nak diurus sendiri. Tak pernah bagi siapa pun uruskan dia. Degil. Macam Tan Sri la tu” Hana Aishah merenung Fakhrul yang sedang tidur nyenyak dengan dengkuran halus. Fakhrul jarang berdengkur sewaktu tidur tetapi kalau betul – betul penat barulah dia dapat dengar dengkuran lelaki itu.

“Selalu Mak Zah tak panggil Fakhrul angah. Tiba – tiba tukar dah” Hana Aishah menegur Mak Zah. Memang dia pelik pun semenjak Mak Zah datang tadi , orang tua itu tidak cukup tangan melayan Fakhrul. Tetapi yang dia pelik adalah panggilan yang sudah bertukar.

“Dulu Angah selalu teman Mak Zah sampai dia darjah enam. Kalau Mak Zah masak dia duduk la sebelah tu diam je perati Mak Zah masak. Mak Zah je yang pot pet pot pet borak. Angah tu , angah ni. Waktu tu Mak Zah rapat lah dengan Angah” jelas kegembiraan di wajah tua itu saat bercerita kisah lama.

“Lepas Angah dah masuk asrama lansung batang hidung pun tak nampak. Rasanya dua tahun sekali nak balik raya pun tidak” bibir itu diserotkan menandakan ketidak puasan hatinya. Lucu Hana Aishah lihat wajah Mak Zah yang bertukar – tukar mengikut emosi.

“Fakhrul pergi mana?” Hana Aishah bertanya pelik. Adam ditukar posisi ke sebelah kanan pula. Lenguh tangannya menampung Adam yang membesar dengan jayanya.

“Balik rumah nani dia. Tak pun dekat rumah Hariz” Mak Zah membalas.

“Rumah abi dengan ibu tak kan tak pergi kot” Hana Aishah bertambah pelik.

“Mana nak pergi. Tiap kali Puan Sri dapat tahu Fakhrul pergi sana , perang dunia rumah Bangsar tu. Puan Sri sakit balik. Lama – lama Fakhrul pun dah tak pergi rumah Dato` Karim” keluhan berat dikeluarkan Mak Zah di akhir bicaranya.

“Mama sakit apa Mak Zah” Hana Aishah terpaksa bertanya. Dia tidak mahu dibiarkan di dalam kegelapan lagi.

“Hana penat Mak Zah. I`ve been trying to understand him tapis orang pun tak nak berterus terang dengan Hana. Macam mana Hana nak faham Fakhrul kalau everyone wants to keep me in the dark” suara sebak Hana Aishah melepaskan geramnya.

“Hana, Mak Zah..” Hana Aishah menggelengkan kepalanya saat dia dapat mendengar Mak Zah cuba mencipta alasan.

“Its fine Mak Zah. Sampai bila – bila pun Hana tetap orang luar” air mata yang ditahan gugur sekali lagi.

“Hana. Mak Zah mintak maaf” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Emosinya tidak dapat dikawal malam itu.

Hana Aishah menggerakkan tubuhnya supaya dia dapat membaringkan Adam tanpa memutuskan susuannya. Hatinya benar – benar pilu saat itu. Kerana inilah dia tidak dapat memahami Fakhrul. Mereka semua sama sahaja. Membiarkan dia dalam kegelapan.

Saat tubuhnya berjaya dibaringkan di tilam yang disediakan pihak hospital itu , badannya terus diiring membelakangi Mak Zah. Tilam besar bersaiz queen itu mampu menempatkan tiga orang dewasa , untuk itu Hana Aishah bersyukur. Dia tidak mahu Mak Zah tidur di sofa ataupun di lantai.

“Puan Sri sakit meroyan. Mak Zah tak tahu bahasa inggeris nya apa tapi lepas bersalin Fakhrul , Puan Sri tak jadi diri dia dah. Puas dah berubat kampung , berubat moden …. Hmmmm… tapi Puan Sri tetap macam tu. Sebab tu Tan Sri bagi Fakhrul dengan Dato` dan Datin” Mak Zah memulakan bicara. Hana Aishah menelan air liurnya kesat.

“Lepas hampir 3 tahun berubat barulah Puan Sri pulih sikit tapi kalau datang sakit dia , kadang sampai seminggu Puan Sri hilang tak jumpa cari” terbayang Hana Aishah insiden yang berlaku di rumah bapanya sewaktu Teacher Basirah balik. Itu kah sakit yang mamanya sembunyikan. Kerana itu kah wajah Tan Sri Fadhil kerisauan.

“Mak Zah bukan nak sembunyikan daripada Hana tapi Mak Zah ni orang gaji je Hana. Siapalah Mak Zah ni nak bukak aib Puan Sri. Mak Zah kesian dekat Puan Sri. Tapi… “ rasa bersalah mencengkam hati Hana Aishah saat suara pilu Mak Zah kedengaran.

“Kalaulah Puan Sri dengan Tan Sri duduk dan terangkan dekat Angah mungkin keadaan tak jadi sampai macam ni” jelas kekecewaan Wanita itu. Tidak perlu Hana Aishah pandang pun dia sudah tahu wajah penuh kecewa Mak Zah.

“Tan Sri sentiasa akan lindung Along dari tengok sakit Puan Sri. Hantar pergi kem sana , kursus sini setiap kali sakit Puan Sri datang , tapi angah .. apalah salah budak tu sampai dia kena hadap sakit Puan Sri” terketar – terketar suara Mak Zah menahan geram.

“Mak Zah sayang diorang tiga beradik macam anak Mak Zah sendiri tapi sayang Mak Zah dekat Fakhrul lain” sarat kasih sayang Mak Zah untuk suaminya.

“Angah cuba bukan tak cuba. Rindu dia dekat ibu dengan abi dia …. Ya Allah , Mak Zah dengan Allah je tahu tangisan dia tiap malam. Tapi dari umur 4 tahun dia pendam dalam – dalam supaya Mama dia tak sakit. Supaya Puan Sri tak mengamuk dan lari dari rumah” dada Hana Aishah terasa sesak membayangkan zaman kecil Fakhrul yang sentiasa keseorangan. Dia pernah rasai perasaan itu sewaktu dia difitnah. Kesunyian yang membunuh segenap jiwa walaupun berada disamping insan – insan yang sepatutnya melindungi dia.

“Tak adil Hana. Tak adil lansung untuk paksa anak kecik macam itu untuk faham keadaan mak dia” air mata Hana Aishah mengalir lebat. Bibirnya bergetar menahan sebak membayangkan kesunyian dan kesakitan yang Fakhrul perlu lalui semenjak kecil.

Lama Mak Zah jeda. Kalau tadi Hana Aishah membuak – buak dengan perasaan ingin tahu , saat ini dia menyesal. Kesakitan yang dilalui Fakhrul tidak dapat digambarkan. Patutlah Fakhrul susah sangat mahu membuka cerita. Cerita yang Fakhrul pun terpaksa belajar sendiri. Pemasalahan yang dia tidak tahu hujung pangkal tetapi perlu selesaikan.

“Bila Hana datang dalam hidup Fakhrul , Mak Zah gembira sangat” bahu Hana Aishah diusap Mak Zah lembut.

“Dah ada orang boleh jaga Fakhrul. Kalau Mak Zah meninggalkan pun , Mak Zah tenang” tangan Hana Aishah naik memaut erat tangan kasar yang menjadi tulang belakang keluarga Tan Sri Fadhil.

“Pertama kali Mak Zah tengok Fakhrul ketawa besar waktu birthday Mary , air mata Mak Zah tak boleh berenti mengalir. Lama sangat dia cari punca bahagia dia” Hana Aishah ingat hari itu. Hari yang dia tidak tahu merupakan penanda noktah untuk kebahagiaan keluarga kecil dia dan Fakhrul.

“Tapi itu pun tak lama kan” hambar suara Mak Zah memberitahu hakikat yang sedang Hana Aishah fikirkan.

Matanya kemudian memandang kea rah dada Fakhrul yang berombak tenang. Kenapa hidup Fakhrul tidak boleh menjadi setenang ombakan di dada lelaki itu saat ini. Kenapa apabila celik sahaja sepasang mata hitam itu , hanya kesakitan yang perlu lelaki itu rasai?

“Mak Zah nak sangat tengok Hana dengan Fakhrul bahagia. Tapi yang paling penting , Mak Zah tak nak pisang berbuah dua kali” saat mendengar bait kata Mak Zah , Hana Aishah menarik Adam erat ke dalam pelukannya.

Adam sudah pun melalui apa yang Fakhrul lalui. Adam lalui bersamanya di London. Amarahnya , raungannya , jeritannya di dalam ketidak sedaran Hana Aishah. Ya Allah , pisang sudah berbuah dua kalikah? Adam akan menjadi seperti babahnya?

“I`m so sorry Adam. Umi mintak maaf sayang” Hana Aishah berbisik di telinga anaknya yang sudah kembali nyenyak.

Share this novel

Panda ri
2022-06-26 02:58:44 

Thanks for update! The storyline is just perfect!

Dewi Ratna
2022-06-25 19:02:04 

tq update...pleas update lg KLU ada masa

norsila
2022-06-24 09:26:11 

dah kembali..yeeesss tq..


NovelPlus Premium

The best ads free experience