Bab 1

Short Story Series 55082

"Dasar perempuan murah! Sundal! Tak guna! Apa yang kau dapat buat benda macam ni? Kau dah miskin sangat ke sampai nak perangkap aku supaya kahwin dengan perempuan sundal macam kau?" Bergema suara Haikal di dalam bilik hotel lima bintang yang menempatkan dirinya dengan wanita yang baru dinikahinya itu tanpa rela. Dia telah diperangkap oleh perempuan kampung yang entah dari mana datangnya sehingga perkahwinan adalah satu-satunya jalan yang harus mereka pilih untuk menyelamatkan maruah keluarganya ketika itu.

Rina hanya mendiamkan diri dengan air matanya yang masih mengalir deras walaupun sudah berkali-kali ditahannya. Sakit hati di dadanya bagai tiada surutnya. Perkara yang baru terjadi menghancurkan maruah keluarganya yang selama ini dijaga. Apa yang berlaku sungguh masih dia tidak meredainya. Mendengar tangisan ibu dan neneknya di dalam talian telefon amat memilukan sebaik mendengar berita yang memalukan daripada pihak penguat kuasa JAWI. Dia ditangkap khalwat!

"Cakap! Kenapa kau perangkap aku? Kenapa kau ada dalam rumah aku? Siapa yang hantar kau buat kerja ni?" Haikal menjerit lagi apabila tiada jawapan daripada gadis yang masih menangis sejak daripada tadi.

"Aku tak nak dengar kau menangislah, Sial!" Satu penampar melayang dipipi perempuan itu tetapi itu masih belum memuaskan hatinya. Seperti orang yang kerasukan, Haikal menarik gadis yang duduk di sofa sambil menangis itu dan ditolaknya dengan kuat ke tilam empuk yang tidak jauh daripada mereka.

Badannya yang sasa menindih badan wanita yang kurus itu dan menampar wajah wanita itu berkali-kali di kiri dan kanan sehingga bibir wanita itu pecah dan berdarah. Tidak puas dengan itu rusuk wanita itu ditumbuk berkali-kali seperti dia menumbuk guni tinju. Jeritan wanita itu tidak melembutkan langsung hatinya malah semakin menjadi-jadi kemarahannya. Amarahnya dilepaskan kepada gadis yang tak berdaya melawannya itu.

"Kau nak sangat jadi isteri orang kaya kan sampai sanggup kau perangkap aku sehingga kena tangkap basah ini 'hadiah' daripada aku untuk perempuan tak sedar diri macam kau." Dengan kasar kedua tangan Rina diikat dengan tali pinggang yang baru ditanggalkan daripada seluarnya ke atas sehingga mematikan pergerakan tangan Rina yang meronta-ronta minta dilepaskan.

Haikal dengan kasar menanggalkan pakaian yang dipakainya. Dia memang sudah hilang akal. Mangsa di hadapannya sudah tersaji hanya tunggu dia untuk rakus 'meratahnya'. Selendang yang sudah longgar dikepala ditarik kasar, baju kurung yang dipakai wanita itu dikoyakkan dengan kasar sehingga memperlihatkan hampir separuh aurat wanita itu.

"Encik, tolong lepaskan saya. Jangan buat saya macam ini, ingat Allah! Encik tolong lepaskan saya. Saya merayu pada encik jangan apa-apakan diri saya." Rina menjerit semakin kuat sambil memalingkan wajahnya apabila Haikal cuba mengucup bibirnya. Air matanya semakin membasahi pipi saat Haikal mengigit tengkuknya apabila cubaan lelaki itu untuk mencium bibirnya tersasar. Haikal melihat tubuh Rina yang mula mengguncang nafsunya sehingga dia tersenyum membayangkan apa yang bakal dia lakukan sebentar lagi terhadap wanita itu.

"Jangan bajet alim, sial! Perempuan macam kau ni memang kena dibagi pelajaran. Kau nak merayu aku buat apa? Kau yang nak sangat jadi isteri aku kan? Sekarang aku tunaikan hak kau, bodoh!" Satu penampar lagi hinggap di pipi kanan Rina. Tersenyum sinis dia mendengar kata-kata perempuan yang berada di bawah badannya itu yang tidak henti-henti menyuruhnya mengingat Allah. Konon alim sampai nak ingatkan dirinya pada Allah. Jika wanita itu wanita yang baik, dia tidak akan berada di rumahnya ketika itu. Bagaimana wanita itu boleh berada di rumahnya juga dia tidak tahu kerana setahunya dia tidak pernah menggajikan sesiapa untuk mengemas rumahnya seperti yang didakwa oleh wanita itu.

Mulut Rina ditekup dengan selendang wanita itu agar tidak didengar lagi jeritannya. Kain yang masih terpasang ditanggalkan. Kini wanita itu benar-benar sudah tidak berpakaian dia bersorak gembira dengan kemenangannya. Lampu yang terang berderang itu memang sengaja tidak dimatikan agar perempuan itu berasa lebih terseksa. Dia tahu wanita itu benar-benar di dalam ketakutan kerana badan perempuan itu menggigil kuat. Mulutnya masih menjerit tetapi tidak kedengaran jeritannya kerana mulut yang disumbat dengan selendang.

Haikal melihat tubuh langsing isterinya. Rambut lebat kecoklatan separuh dada itu menambahkan kecantikan isteri yang baru dinikahinya itu. Haikal mengucup dahi Rina, turun ke pipi dan tangannya melepaskan ikatan mulut Rina sebelum mengucup mulut mugil itu lama.

"Lepaskan aku, binatang!" Rina menjerit sekuat tenaga yang ada. Dia tidak rela diperlakukan seperti itu. Entah dari mana kekuatannya datang untuk menjerit sekuat hati seperti itu dia tidak tahu. Alang-alang sudah berperang biarlah sampai berkecai badan. Sungguh dia sangat takut maruahnya yang selama ini dijaga bakal diragut ketika itu.

Mendengar jeritan nyaring Rina yang memanggil dirinya 'binatang' membuatkan darah Haikal membuak-buak panas. Satu tamparan yang amat kuat tepat menampar pipi Rina sehingga hampir pengsan Rina dibuatnya. Rambut Rina ditarik dengan kasar. Dengan hasutan syaitan Haikal menjalankan 'tanggungjawab' seorang suami yang tidak direlakan oleh si isteri.

Rina berhenti meronta kerana sudah hilang kekuatan yang ada pada dirinya. Kekuatan seorang gadis yang tidak mampu melawan kekuatan lelaki yang dua kali besar daripadanya. Air matanya mengalir dengan lebih deras apabila terbayangkan wajah ibu dan neneknya.

'Ya Allah, ampuni aku.' Rina menjerit di dalam hati sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Anonymous
2021-04-23 17:38:49 

Orang jenis cakap belakang kita ni memang sesuailah dengan tempat diorang. Belakang kita. Kat situ je tak ke mana.


NovelPlus Premium

The best ads free experience