Bab 5 "Ada terjadi sesuatu ke antara kamu dan Hafiy?" tanya Jamilah. Kerana dia menyedari Aira Farisha dan Megat Hafiy nampak lain tidak seperti biasa. "Emm... Sebenarnya Aira terlepas cakap dekat Hafiy tadi. Aira rasa bersalah takut dia kecil hati," jawab Aira Farisha dengan menunduk. "Oh, kamu cuma terlepas cakap je lah. Ingatkan Hafiy ada buat benda tak baik pada kamu tadi," ujar Jamilah berasa lega mendengar perjelasan anaknya itu. Melihat perubahan anak gadisnya dan Hafiy. Membuatkan Jamilah berfikir yang bukan-bukan. Apa lagi bila mengingatkan Aira Farisha tinggal berdua sahaja dengan Megat Hafiy. "Mak ni mesti fikir yang bukan-bukan tadi kan. ...