“Siapa je yang tak rasa sedih kalau bini aku sendiri cerita and ungkit pasal kisah hitam aku dulu kan. Hm” kata Fadzil.
Farhad menepuk bahu abang sulungnya.
“Kalau aku kene dekat diri aku sendiri, memang aku terdiam jelah. Takkanlah nak tepis apa yang dia cakap kan. Tu semua cerita lama dulu. Semua boleh ungkit balik. Aku sendiri tak boleh buat apa-apa” kata Farhad.
“Ya memang bila je orang nak berubah macam-macam tohmahan orang la kata tu la kata ni la. Nak ignore diorang pun susah. Kadang-kadang main mental jugak kan. Kalau putus asa kadang-kadang niat nak berubah terus hancur” kata Fadzil.
“Kau macam mana masa tuh ? Aku tahu orang macam kau takkan senang jatuh macam tu je. Untuk kau nak dekatkan diri dengan Allah” kata Farhad.
“Macam-macam aku buat. Ajak solat baca Al Quran kata dia period. Ajak berbuka terawih dengan aku katanya ada kerja banyak kat luar. Sahur pun aku sorang-sorang je. Kadang-kadang dia balik lepas Subuh tau time tu aku tidur. Sampai lah satu tahap aku rasa nak tahu apa yang dia buat dekat belakang aku” kata Fadzil.
“Memang lah. Mesti kau rasa ada yang tak kena dengan Lina kan ? Pelik-pelik je yang Lina tu dah selalu sangat keluar dari rumah” kata Farhad.
“Tu yang aku pergi office dia masa satu hari tu. Aku tanya bos Lina katanya dia jumpa client dia dekat Seremban. Dia bagi alamat and terus lah pergi dekat tempat tuh. Sudahnya betullah aku agak yang Lina tu ada lelaki lain belakang aku. Sebelum nih aku ada la ternampak Lina berdua dengan lelaki lain dekat bazar tempat dia kerja tuh masa first puasa. Sedih tu ada lah tapi mungkin dengan office mate dia kan. Tu yang aku berbuka dekat rumah mama dengan ayah. Aku bagitau lah yang Lina ada lelaki lain” kata Fadzil.
“Ya masa puasa pertama kau balik rumah. Aku puasa kedua baru balik. And time tu lah aku tak nak balik rumah tu lagi” kata Farhad.
“Apasal pulak ? Ada apa-apa tak kena ke dekat sana ?” tanya Fadzil.
“Erm takde apa lah. Okay apa jadi lepas tu ? Kau buat apa bila jumpa Lina dengan lelaki lain” kata Farhad.
“Hm aku ikut diorang sampai lah kat satu rumah tuh. Aku follow senyap-senyap rupanya betul telahan aku. Diorang berdua dekat rumah tu. Aku time tu darah aku dah naik so aku pecahkanlah pintu tuh. Terkejut aku tengok bini aku tengah baring dengan mamat tuh. Mamat tuh member aku yang kerja dengan aku kat office aku tuh. Terus aku pergi tumbuk mamat tuh” kata Fadzil.
“Wah sampai macam tu sekali Lina buat dekat kau ? Dengan kawan baik kau sendiri ? Aduh apa lah yang diorang dah buat” kata Farhad sambil menggelengkan kepalanya.
“Lina marah aku sebab aku tumbuk dia. Nampak betul dia pertahankan mamat tuh. Dia tengking aku macam tu sekali sampai dia aku suruh ceraikan dia. Aku marah terus lempang dia then aku lafazkan cerai dekat Lina tuh. Hati aku dah tak tahan lagi dengan dia” kata Fadzil.
“Sorry Fadzil. Aku simpati dengan kau” kata Farhad. Dia berasa gusar dan berasa serba salah ke atas dirinya sendiri terhadap kata-katanya dulu kepada ibunya.
“Sekarang aku tak tahu keadaan dia sekarang. Yang pasti lepas raya nanti aku balik KL then aku jumpa Lina. Aku nak ajak dia pergi Pejabat Agama nanti” kata Fadzil.
“Hm kau rasa tu ke jalan yang terbaik Fadzil ?” tanya Farhad.
“Dia dah tak nak aku Ad. Aku kena la redha kalau dia bukan jodoh aku lagi. Baru beberapa bulan aku dirikan rumah tangga dengan dia. Jodoh tak panjang Ad. Nak buat macam mana bukan takdir aku dengan Lina” kata Fadzil.
Farhad terdiam sahaja dengan kata-kata Fadzil itu. Dia berasa bersalah atas kejadian yang menimpa kepada abangnya. Farhad memandang sahaja di hadapan dengan kereta yang terlalu banyak di atas lebuh raya.
“Salah aku jugak Fadzil. Buat hubungan kau dengan Lina hancur. Dulu kan aku doa kau bukan-bukan. Last-last jadi betul” kata Farhad.
“Jangan macam nih Ad. Kau jangan salahkan diri kau. Takdir dah tertulis untuk aku. Aku terima kalau Tuhan takdirkan aku dengan Lina dah takde jodoh. Nak buat macam mana. Aku tak marah kau pun. Aku faham masa tu kau masih marah dengan aku lagi kan” kata Fadzil sambil menepuk bahu adiknya itu.
“Betul kau tak marahkan aku ? Sejak aku kena tampar dengan mama sebab aku cakap buruk pasal kau, aku rasa bersalah sampai sekarang. Aku pun tak tau macam mana nak cakap dengan kau” kata Farhad.
“Sekarang aku dah ada depan mata kau. Luahkan je apa yang kau rasa nak cakap. Jangan simpan nanti kau sakit” kata Fadzil.
“Takdela ni la yang aku nak bagitau dari berminggu-minggu dulu kan. So aku cakap lah” kata Farhad.
“Okay yang penting sekali, kita dah nak sampai exit ke Bagan Serai. Berapa minit lagi sampai lah” kata Fadzil. Farhad terdiam sahaja.
“Fadzil, nak tanya sikit boleh tak ?” tanya Farhad.
“Apa dia ?” kata Fadzil.
“Kau rasa mama,ayah dengan Ida terima aku ke ? Mesti diorang halau aku nanti” kata Farhad.
“Haih Ad, aku tak tahu apa yang jadi nanti. Kalau diorang nampak kau, entah-entah diorang halau kau balik KL. Macam mana eh ni” kata Fadzil.
“Sini ada homestay tak ?” tanya Farhad.
“Entahlah tak tahu ada ke tak. Okay Ad macam nih. Kita lepak kedai makan lepas tol sampai sahur boleh. Lagipun dah nak pukul 12 malam ni” kata Fadzil.
“Eyy baik kau letak aku je dekat kedai makan senang. Kalau kau lepak kedai makan dekat aku, apa pulak mama ayah tanya kau kat mana apa semua. Dahlah kita tersadai atas highway dari petang tadi. Apa pulak nanti diorang cakap kat sana” kata Farhad.
“Pandai-pandai lah aku nak cakap apa nanti. Bukannya diorang tahu” kata Fadzil.
“Okay fine, habis kalau sahur kita baru sampai rumah nenek, diorang nak buat apa pulak kat aku ? Sama jugak kan ?” kata Farhad sambil menggelengkan kepalanya.
“Dah sampai masanya kau kena cakap and cerita kat diorang apa yang berlaku. Kalau kita lepak kat kedai nanti mana tahu kau takkan ada rasa takut kan” kata Fadzil.
“Mana kau tahu. Banyak jugak la aku buat onar dulu. Kalau aku kena tampar dengan ayah pun aku sanggup lah. Cuma aku tak sanggup nak berhadapan dengan diorang semua” kata Farhad.
“Teruk sangat ke kau buat hal dulu ? Zaman aku dulu lagi teruk dari kau. Tapi tak seteruk ayah kau. Tapi bila dah sampai masanya nak berubah, akan berubah jugak kan, walaupun teruk kau dibenci oleh adik-beradik sendiri” kata Fadzil.
“Ish kau tak faham…susah aku nak berhadapan dengan diorang” kata Farhad.
“Dah kau relaks je. Kita dah nak sampai nih so kita sepam sebatang kat luar. Pastu kita makan jap. Lapar sangat nih” kata Fadzil lalu meletakkan keretanya di hadapan kedai makan.
.
“Okay tak tayar kereta kau Syaa ?” tanya Azralina yang sedang memerhatikan sahaja Syaa sedang mengepam tayar kereta.
“Mujur pancit je. Kalau bocor haih tak sampai sana nanti” kata Syaa.
“Tadi kau bincang dengan abang tu berapa kena bayar ?” tanya Azralina kepada Syaa.
“Okay ni soalan yang bagus. Aku nak tergelak tadi bila aku tanya kat abang tu berapa upah tunda kereta aku tadi” kata Syaa.
“Lah apa yang kelakar tadi ?” tanya Azralina ingin tahu.
“Kau nak tahu ? Dia kata free je tak payah bayar upah. Sebab kita perempuan” kata Syaa.
“Kalau kita perempuan pun kenapa pulak. Diorang penat-penat towing kereta tadi. Takkanlah bagi free je. Eish kesian lah diorang” kata Azralina.
“Dia kata kita kan perempuan. Dah la cantik ish tak sampai hati nak bayar upah mahal-mahal. Kemain puji kita lepas tu last sekali dia cakap ‘okay saya halalkan ya, awak bawak kereta baik-baik tau selamat hari raya’. Hahahahha aduh kelakarnya” kata Syaa sambil ketawa.
“Apa benda la abang tuh. Aduh memuji pulak kita nih. Dia tak tahu yang kita dah kahwin. Ops lupa kau single lagi hehe” kata Azralina tersengih.
“Yelah aku sedar. Kau takperla dah berbini and bakal berbadan dua” kata Syaa.
“Bukan bakal Syaa. Memang aku dah berbadan dua pun” kata Azralina.
“Dah jom. Pukul berapa ni dah nak pukul 12. Tengah malam pun dengar cerita trafik sesak jugak nih. Baik cepat kita baru je sampai Ipoh” kata Syaa.
“Okay okay jom. Kepala aku pening lagi lah” kata Azralina sambil duduk di atas kereta.
“Hm pening lagi ke ? Effect ubat tu kot kuat sangat. Kalau kau ngantuk tidur jelah. Tapi kita kena cari homestay atau hotel la nanti” kata Syaa sambil masuk ke dalam kereta.
“Betul jugak Syaa. Haih susah bila nak berhadapan dengan laki aku nanti. Mak mertua aku tak tahu lah. Ayah mertua aku confirm confirm tak nak cakap dengan aku langsung” kata Azralina mengeluh.
“Takper Syaa. Nanti dah sampai sana kita tenang-tenang je. Berapa hari lagi nak raya. Nak jumpa Fadzil lagi. Kau tidur je okay ? Sampai sana aku kejutkan kau” kata Syaa. Azralina mengangguk sahaja.
.
Faridah,Alisha dan Adirah sedang leka menonton filem seram. Tiba-tiba Adirah menjerit dengan kuat ketika babak yang menunjukkan mukanya yang menyeramkan. Alisha menutup mulut kakak kembarnya.
“Diam la bengong. Kau nak semua orang dengar ke ?” kata Alisha.
“Lah aku terjerit nampak muka tu. Seram gila” kata Adirah.
“Aku pun takut jugak. Tapi tahan lah kang nak ke diorang join kita nanti. Kena tazkirah pukul 3 pagi nanti nak ke ?” kata Faridah.
“Diam ler aku tengah fokus ni” kata Adirah.
“Jangan fokus sangat kang terbawak sampai mimpi. Hehe” kata Alisha.
“Kurang ajar la kau Isha” kata Adirah.
“Alah gurau je Irah” kata Adirah.
“Dah dah semua senyap. Jangan jerit tahan je” kata Faridah.
Beberapa minit menonton filem seram seperti terasa seperti berjam-jam menonton filem itu. Faridah sudah mula menguap dan terlelap di hadapan telefonnya. Adirah mengejutkan Faridah.
“Bangun lah. Kau ni tidur pulak. Cerita tu dah habis pun” kata Adirah. Faridah terbangun dan menguap beberapa kali.
“Apa la kau ni kata nak ajak bercerita. Baru pukul 12.45 nih” kata Alisha.
“Alaa aku tertidur nak buat macam mana. Aku nak ambik air jap dekat beg aku” kata Faridah lalu bangun dan mengambil sebotol air di dalam beg pakaiannya. Dia mengambilnya lalu meminum sehingga habis satu botol.
“Wah banyak gila kau minum. Kau haus sangat ke. Keluar jela pergi dapur minum air” kata Adirah.
“Takyah la. Kantoi pulak nanti kita tak tidur lagi. Lepas subuh memang tahan mata jelah” kata Faridah.
“Takper kita baring relaks kejap. Aku nak bukak satu cerita hantu. Yang masa ada kem kepimpinan kat sekolah bulan 2 tuh. Kau ada ingat tak Isha ?” kata Adirah.
“Yang masa ada fasilitator buat aktiviti burung hantu ? Seram weh sampai esok semua demam huhuhu” kata Alisha.
Share this novel