Nasihat Dan Kata Yang Pernah Diucapkan Stephen Hawking

Mystery & Detective Completed 2053

Jika menyebut ilmuwan ternama pasti ada yg menyebut Stephen Hawking.Ya,seorang OKU yang sangat dikagumi ramai kerana sangat mahir dalam ilmu sains.Selain Albert Einsten dia juga tidak kalah dengan penemuan penemuan menariknya.

Saintis terkenal dunia, Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun. Semasa hidupnya, walaupun dengan keadaan fizikal yang semakin menurun akibat penyakit langka yang dideritanya, Hawking masih mampu menulis buku, memberikan kuliah hingga berpidato di pentas dunia.

Inilah kata-kata bijak dan inspirasi yang pernah diucapkan Saintis ternama ini

- Mengenai kesilapan:

"Jika seseorang mengeluh kerana anda membuat kesilapan, beritahu dia bahawa ia adalah perkara yang baik, kerana tanpa ketidaksempurnaan anda dan saya tidak akan wujud."

- Nasihat yang diberikan kepada anak-anaknya:

"Satu, ingatlah untuk melihat ke atas bintang-bintang dan bukan ke kakimu. Dua, jangan menyerah dalam bekerja. Pekerjaan memberi erti dan tujuan, dan hidup akan hampa tanpanya. Tiga, jika kamu beruntung mencari cinta, ingatlah, cinta ada di sana dan jangan buangnya. "

- Tak lama selepas pelancaran buku "A Brief History of Time", Hawking mengatakan, "Jadilah orang yang selalu bertanya. Sesusah apa pun hidup, akan selalu ada sesuatu yang boleh kamu kerjakan dan mengantarnya pada kejayaan. Penting bagimu untuk tidak menyerah."

- Mengenai kekurangan fizikal:

"Jika anda cacat, mungkin itu bukan kesalahanmu, namun tidak baik untuk menyalahkan dunia atau mengharap dunia berbelas kasihan. Orang harus mempunyai sikap positif dan harus membuat yang terbaik dari situasi di mana dirinya berada."

- Mengenai IQnya:

"Saya tidak tahu, orang yang berbangga dengan IQ mereka kalah."

Hawking dilahirkan di Oxford, England pada tahun 1942 dan merupakan anak sulung dari empat orang anak. Beliau belajar di University College, Oxford, dan menikmati buku-buku mengenai sains semulajadi. Hawking lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama untuk jurusan Fizik.

Bapa Hawking yang merupakan doktor perubatan tropika mahu anaknya mengikuti jejaknya. Tropical medicine khusus menangani gangguan kesihatan yang berlaku secara unik, tersebar luas dan lebih sukar dikawal di kawasan tropika dan subtropika. Tetapi Hawking mahu menjadi ahli matematik. Akhirnya Hawking mengkaji sains semulajadi.

Pada tahun 1963, Hawking telah terdedah kepada penyakit neuron motor (MND) dan didedahkan hanya mempunyai jangka hayat selama 2 tahun. Tetapi dia menghadiri Cambridge dan akhirnya menjadi salah seorang ahli fizik yang paling cemerlang di dunia sejak Albert Einstein.

Semoga lahir lagi Ilmuwan seperti Stephen Hawking ini.

~~~~~~
Silakan request nama ilmuwan yang ingin dikaji.Saya terima dengan seadanya.:-D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience