BAB 1

Action Series 806

" Terima kasih,tuan" kata seorang gadis lalu berlalu pergi dari pejabat terus. Miya gadis periang sangat gembira kerana dia dapat memasuki kelab yang dia minati setelah sekian lamanya...

"Assalamualaikum,Nama saya Miya Liyana.. Selamat berkenalan." Miya sangat bersemangat ketika berjumpa dengan ahli kelab baru. Nia, sahabatnya dari sekolah rendah,sangat gembira ketika mengetahui bahawa Miya akan bersamanya dalam kelab tersebut.

Banyak aktiviti yang dilakukan. Setiap kali Miya berjumpa dengan ahli kelab yang kurang gembira dan bersemangat, dia akan selalu memberi kata-kata semangat dan selalu melakukan khidmat sosial tanpa dipinta.

Selama dia berada Di kelab tersebut. Dia telah mendapat seorang senior lelaki yang menemannya setiap kali dibuli. Miya memperkenalkan Aizul kepada Nia. Aizul ialah seorang senior yang agak tegas dan baik di kelab tersebut. Nia hanya mengangguk tanda faham. Aizul, Miya Dan Nia, selalu bersama setiap kali berada di dalam kelab tersebut.

Pada suatu hari, Miya berjumpa dengan seorang lelaki yang hanya berdiam diri sejak dia memasuki kelab tersebut."Hai, saya Miya. Awak??" Miya memulakan perbualan. " Saya Izmal." Ujar lelaki tersebut. Miya bertanya kepada Izmal kenapa dia hanya berdiam diri sejak akhir-akhir ini. " Saje, awak takde kerja ke?" Tanya Izmal selepas menjawab pertanyaan tersebut. Miya hanya menggeleng." Kita jadi bestfriend nak tak?" Tanya Miya. Izmal hanya mengangguk Dan tersenyum melihat Miya. Miya sangat gembira kerana dia akan mendapat sahabat baru." Girlfriend tak marah ke kalau ada 'bestiegirl'. " Tanya Miya sambil meneguk air yang dibawanya." Marah. Dia ade je kat sini." Ujar Izmal dengan nada selamba. Miya Yang sedang minum air terkejut dengan jawapan Izmal. Izmal segera meminta maaf dengan tindakannya. "Siapa nama girlfriend awak tu? Mesti cute kan." Tanya Miya dengan perasaan teruja." Awak nak tahu?" Tanya Izmal. ' Orang dah tanya mesti la orang nak tau.' kata hati Miya yang geram dengan soalan Izmal. Dia hanya mengangguk." Nama dia Miya Liyana, dia tadi tersedak time minum air. Nasib Tak jadi apa-apa tadi." Ujar Izmal lalu mengambil beg sandang Miya dan lari jauh daripada Miya. Miya hanya mengangguk Dan terkejut mendengar jawapan Izmal. ' Izmal ni dah hilang akal ke?' Soal Miya." Weyyy beg aku!!!" Miya cuba mengejar Izmal tetapi tidak berjaya. Miya dan Izmal sangat gembira. Izmal Yang hanya suka berdiam diri, akhirnya menjadi seorang yang ceria.

Nothing to say.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience