DIA 43

Romance Completed 131781

Boom!

Bonda menghempas kuat pintu rumahnya kemudian melangkah masuk ke arah ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa. Dengan wajah sedih bercampur marah membuatkan Jannah dan ayah tidak berani untuk menegurnya. Jannah dan ayah juga turut melabuhkan punggung di sofa sama dengan bonda.

“Bonda…” Panggil Jannah takut-takut

“Diam! Bonda takde mood!” Marahnya tiba-tiba.

Ayah mengeluh panjang.

“Awak ni dah kenapa!? Sampai Jann panggil macam tu pun awak nak mengamuk? Apa masalah awak sekarang ni hah!?” Soal ayah pula. Bonda menjeling ke arahnya.

“Abang boleh tanya kenapa dengan saya? Abang ni dah lupa ke? Anak kita bang… Ikram Iskandar dah tinggalkan kita. Abang… Abang boleh tenang je? Abang tak marah ke dekat si Hanis jahanam tu!?” Tanpa sengaja bonda meninggikan suaranya pada ayah.

Jannah hairan dan terus berpaling ke arah bonda.

“Bonda! Ke—Kenapa bonda marah sangat dekat Hanis tu? Apa salah dia?” Soal Jannah.

“Jann!! Jann masih tak sedar ke pura-pura tak sedar hahh!? Ke sengaja je!? Sebab budak tu Ikram mati! Kita tak sempat nak tengok dia sebab Hanis!” Jerit bonda.

Ayah merengus kasar.

“Apa awak cakap ni hahh!? Kenapa nak salahkan Hanis pulak? Dah kalau Allah nak tarik nyawa dia, bila-bila masa je. Tak kisahlah esok ke semalam. Xuma terima kenyataan. Kami pun sedih. Awak ingat saya suka ke bila anak saya pergi dahulu dari saya? Saya pun sedih, Jann pun sedih, apatahlagi Hazz dengan Hanis.” Ujar ayah.

Bonda buat muka selamba. Buat-buat tak dengar. Baginya, semua ini salah Hanis. Kerana Hanis Ikram pergi dan sebab Hanis semunya jadi porak peranda.

“Abang cakaplah apa pun, cakaplah apa yang abang nak. Saya tak kisah. Bagi saya Hanis punca segala-galanya. Dia penyebab semua bala yang menimpa kita selama ini. Saya… Benci dia. Lebih dari saya bencikan abang.” Katanya.

Jannah dan ayah serentak menoleh.

“Bonda? Apa bonda cakap ni? Bonda dah melampau. Takkan sampai ayah pun bonda benci. Apa salah ayah?” Soal Jannah bingung.

“Awak… Bencikan saya? Kenapa? Apa yang saya dah buat pada awak? Saya tak curang! Saya buat salah apa sampai awak bencikan saya!? Jawab Zalia!!” Marah ayah kemudian berdiri.

Bonda menoleh kumudian bangun dan berdiri dihadapan ayah.

“Sebab awak back-up sangat budak Hanis tu. Kenapa? Kenapa awak tak bencikan dia sama seperti saya bencikan dia? Awak tak nampak ke macam mana teruknya dia? Dia- “

“Sudah!! Abang dah tak nak dengar awak mengata, memaki Hanis. Kenapa awak cuma lihat Hanis dari sisi negatif? Awak pernah tak cermin diri sendiri? Sempurnakan sangat ke awak tu? Awak tak pernah buat salah ke? Sekarang ni, awak tengking saya pun dah berdosa. Saya tak pernah nampak Hanis buat macam ni dekat Hazzar?” Kata ayah.

“Macam mana saya nak tahu, saya bukan tinggal sebumbung dengan diorang! Hazzar pun tak pernah bagitahu apa-apa. Apa abang ni.” Bonda memutarkan bebola matanya 360 darjah.

“Tahu pun! Habis macam mana awak boleh tahu yang Hanis tu seteruk yang awak cakap? Awak nampak ke dia yang bunuh Ikram dengan Ernie? Nampak je!? Dah terang-terang Hazzar cakap diorang kena langgar lori. Apa lagi yang awak nak? Ke awak nak Hanis mati sekali!?” Tengking ayah.

“Tak—Takdelah sampai dia mati. Cukuplah dia bercerai dengan Hazzar dan berambus dari hidup kita! Pergi jauh-jauh. Pergi balik kampung dia tu.” Balas bonda.

Jannah bangun dan mendekati bonda.

“Apa yang bonda merepek ni hahh!? Bonda, Allah benci penceraian antara suami isteri tapi syaitan suka. Bonda ni… Hamba Allah ke syaitan!? Sudahlah bonda, ayah, berhenti. Jannah dah tak nak dengar semua ni. Bonda tak risau ke kalau Aisyaa tengok tok ma dengan tok pa dia macam ni? Bonda… Berhenti bersangka buruk pada Hanis please. Dia tak macam apa yang bonda anggap. Dia baik sangat. Sebab dia, Aisyaa ada dekat sini sekarang.” Kata Jannah.

“Jann! Jangan nak jadi kurang ajar dekat bonda!” Arah bonda.

“Jann… Apa maksud Jann, sebab Hanis Aisyaa ada dekat sini sekarang? Kalau bukan sebab Hanis, apa jadi dekat Aisyaa?” soal ayah perlahan.

Jannah menggeleng kepala tanda tiada apa-apa dan terus melangkah ke biliknya. Bomda dan ayah sama-sama mengerutkan dahi. Mereka tidak faham dengan apa yang Jannah sampaikan sebentar tadi.

(Di bilik Jannah.)

Perlahan-lahan Jannah duduk di sebelah Aisyaa yang sedang dibuai mimpi. Rambut Aisyaa diusap perlahan-lahan. Keluhan dia lepaskan.

“Aisy… Mama minta maaf untuk apa yang mama cuba buat 3 tahun lepas pada AisyMama... Sayang Aisy.” Katanya perlahan kemudian mengukir sebaris senyuman nipis.

Hanis menoleh ke arah Hazzar yang sedang duduk diam tanpa sebarang bunyi. Hanya televisyen yang bersuara dan memenuhi ruang di dalam ruang tamu itu. Hanis mengeluh kecil. Dia teragak-agak untuk mendekati Hazzar dan akhirnya bukan dia yang mendekati Hazzar, tetapi Hazzar yang mendekatinya kemudian terus memeluk Hanis dan terus menangis di bahu Hanis.

Hanis sekadar mengusap belakang badannya. Tiada apa-apa yang dia boleh lakukan selain daripada itu. Hazzar angkat muka memandang wajah Hanis. Hanis mengesat air mata Hazzar menggunakan lengan bajunya.

“Mesti sekarang kau nak gelakkan aku kan?” Kata Hazzar.

Hanis terkejut mendengar kata-kata. Tiba-tiba sahaja?

“Ke—Kenapa Hanis nak gelakkan abang pulak?” Tanya Hanis.

“Yelah… Akhirnya, Hazzar Iskandar yang dera kau, pukul kau selama ni tumpas dan mengalirkan air mata. Sebelum ni, yang kau nampak cuma muka bengis aku. Sekarang… kau gelaklah sepuas hati kau.” Kata Hazzar.

“Abang… Buat apa Hanis nak gelakkan abang. Dengan keadaan kita sekarang ni, tak ada apa yang lawak. Hanis faham perasaan abang. Hanis pun pernah hilang orang Hanis sayang dan sakit dia… Sampai sekarang masih terasa pedihnya.” Balas Hanis.

Hazzar mengangguk perlahan dengan wajah serius.

“Hilang orang yang kau sayang? Nazrul?” tiba-tiba saja keluar nama Nazrul dari mulut Hazzar Iskandar. Hanis menggeleng laju.

“Tak ada gunanya Hanis nak sedih untuk si Nazrul tulah. Yang Hanis maksudkan, mama. Hanis langsung tak sempat nak tengok mama. Yang Hanis dapat tengok hanya… Batu nisan yang berukir nama mama.” Katanya sambil melihat ke tempat lain.

Hazzar tidak menunjukkan sebarang riak wajah.

“Hanis…” Panggil Hazzar perlahan.

Bebola mata Hanis beralih memandang wajah Hazzar.

“Aku tak boleh nak jaga kau. Aku tak dapat nak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami yang kau impikan, semua perempuan impikan.” Hanis hanya memandang wajah Hazzar dan langsung tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

“Sejak kau hadir, macam-macam dah jadi. Hanya satu yang aku tak pernah rasa bila kau hadir dalam hidup kami semua. Kau tahu apa? Kebahagiaan. Malah, bonda sendiri langsung tak nampak kebaikkan yang kau cuba tunjukkan. Hanya kak Jann dengan ayah je, dan aku sendiri pun tak tahu macam mana nak nampak semua tu dan terima sebagai isteri aku.” Kata Hazzar dengan nada perlahan.

“Tapi abang boleh cuba kan?”

“Kau bagitahu aku sekarang ni. Macam mana aku nak nampak semua tu? Macam mana aku nak cuba kalau aku sendiri tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu macam mana nak terima kau Hanis. Semuanya kacau bilau, satu persatu benda yang jadi. Bonda semakin bencikan kau. Dan semua tu, buat aku langsung tak nak buka pintu hati aku untuk kau Hanis. Aku minta maaf.” Sambung Hazzar.

“Habis sekarang? Abang nak buat apa? Abang nak Hanis pergi tinggalkan abang ke? Atau… abang nak ceraikan Hanis? Abang… Hanis merayu, fikirkan balik.” Rayu Hanis.

Hazzar diam. Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

“A—Aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku patut buat. Antara aku perlu biarkan kau gantung tak bertali, biarkan kau pergi atau lepaskan kau dan biar kau cari kebahagiaan kau sendiri. Aku buntu. Aku tak boleh fikir apa-apa dalam keadaan macam ni. Semuanya seolah-olah, kosong.” Katanya sayu.

Hanis mengangguk faham. Dia pun tak boleh paksa Hazzar untuk buat keputusan dalam keadaan yang berlaku sekarang.

“Hanis tak paksa abang untuk buat keputusan sekarang. Tapi kalau abang, kalau abang rasa abang dah buat keputusan yang terbaik untuk abang dan Hanis, Hanis terima dengan hati yang terbuka. Hanis ikut je.” Jelasnya.

Hazzar bangun kemudian pergi meninggalkan Hanis di rumah. Entah ke mana dia hendak pergi agaknya.

Nazrul menuruni anak tangga sambil tangannya berada di dalam poket seluarnya. Sebaik tiba ditingkat bawah, dia sudah boleh nampak Kasih dan Kamal. Tanpa berlengah dia terus mendekati mereka dan menghenyak punggung di sofa berdekatan dengan mereka.

Nazrul angkat muka dan mendapati, dua orang manusia tersebut memandangnya dengan mimik muka hairan. Nazrul memandang mereka berdua bersilih ganti. Ada masalah ke dengan muka aku ni? Desis hati Nazrul.

“Kau berdua apahal tengok aku sampai macam tu sekali? Ada hutang ke apa?” soal Nazrul hairan.

“Tak bukan. Kau buat aoa lagi dekat sini. Aku ingat kau ada dekat rumah Hanis.” Ujar Kamal.

Nazrul angkat kening tak faham.

“Kau ni blur betullah. Apa yang tengah buat dekat sini? Kau tahu tak yang si Ikram, adik si Hazzar tu dah mati dengan bini baru dia. Ala-ala, pengantin 7 hari gitueww.” Sambung Kasih.

“So?” soalnya kembali.

“Woii! Kau cakap cakap so? Ini lah waktu yang tepat untuk kau pergi rumah Hanis dan porak-peranda rumah tangga mereka. Lagipun tadi, aku punya spy ada cakap yang… Hazzar keluar dan tinggalkan Hanis seorang diri dekat rumah. Kau faham tak? S-E-O-R-A-N-G D-I-R-I, SEORANG DIRI.” sangat-sangat ditekankan perkataan SEORANG DIRI itu ya sehingga dieja.

“Okay! Tak payahlah nak bereja pula. Yelah, aku nak pergilah ni. Tak payah risaulah.” Balas Nazrul kemudian bangun dan menuju keluar untuk menjalankan operasi menjahanamkan rumah tangga orang. Astaghfirullahalazim…

Bonda melangkah naik ke tingkat atas dan tiba-tiba kakinya terhenti di hadapan bilik Jannah. Dia menoleh ke arah bilik tersebut dan… Kata-kata Jannah petang tadi tiba-tiba bermain di fikirannya.

“Apa yang Jannah maksudkan petang tadi? Apa yang Hanis dah buat sampai dia cakap macam tu sekali.” Katanya dengan nada perlahan.

Baru bonda mahu memulas tombol pintu tangan ayah memberhentikan pergerakkannya. Bonda menoleh dengan riak wajah terkejut. Ayah menarik tangan bonda ke bilik mereka berdua. Sebaik sahaja mereka tiba di dalam bilik, bonda terus menarik tangannya dari pegangan ayah dengan kasar kemudian membuat muka selambanya.

“Abang ni dah kenapa!? Tiba-tiba je tarik tangan saya.” Ujarnya dengan nada geram.

“Abang nak awak berhenti paksa Hazzar untuk ceraikan Hanis dan berhenti cakap yang bukan-bukan. Abang penat awak tahu tak? Penat nak melayan kerenah awak.” Kata ayah.

“Bi—Bila masanya saya hasut Hazzar hah!? Abang ada bukti ke? Lagi satu… Abang penat, abanglah yang sepatutnya berhenti, kenapa suruh saya berhenti pulak? Sebab selagi Hazz tak ceraikan si Hanis tu, saya memang tak akan berhenti. Cakaplah apa yang abang nak sekali pun.” Balas bonda seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang yang BUKAN suaminya.

Ayah bercekak pinggang.

“Kenapa awak semakin kurang ajar sengan saua ni? Dah takde ke rasa hormat dalam diri awak tu? Oo memanglah dah takde sebab semuanya dah diganti dengan rasa benci awak pada Hanis kan!?” Tengking ayah bercampur perlian.

“Abang ni dah kenapa sebenarnya? Susah sangat ke abang nak tolong saya untuk pisahkan anak kita dengan si Hanis tu sebelum orang lain pulak yang mati sebab dia. Abang cuma sokong pun dah cukup.” Ujar bonda.

Ayah sudah hilang sabar sehingga… Sehingga tangannya mendarat di pipi bonda. Bonda kaku, dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang ayah baru lakukan sebentar tadi. Perlahan-lahan bonda menoleh ke arah ayah.

“A—Abang tampar saya hanya kerana budak tak guna tu?” soal bonda dengan nada sayu.

“Cukup Zalia. Jangan sampai, bukan diorang yang bercerai. Tapi kita yang bercerai.” Kata ayah sambil mengetap gigi.

Ayah melangkah keluar dari bilik dan tiba-tiba terhenti apabila ternampak Jannah dihadapan bilik. Jannah memandangnya lama kemudian perlahan-lahan mengundur diri dan masuk ke biliknya. Ayah mengeluh panjang. Jannah mengunci diri didalam bilik. Tangannya naik menekup mulut sendiri. Rasa seperti mimpi. Siapa sangka, semuanya akan berjadi seteruk ini. Sehinggakan hubungan ayah dan bondanya renggang. Jannah mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience