Rate

PROLOG| THE ASSASSIN: Nashitarmeer Saira

Action Series 4211

HUJAN jatuh ke bumi dengan lebat. Ada banyak kebaikan dan keburukannya. Bahagia bagi mereka yang kekurangan air. Namun tidak bagi yang tinggal di hilir. Turut menangisi nasib manusia di bumi ini. Yang masih bersenang lenang dengan maksiat. Tanpa sedar masa berlalu menuju ke akhir zaman.

Dia di satu kurungan gelap. Si gadis memegang sekeping gambar lama jika diamati. Tangannya menggigil gigil menahan marah. Dua orang bagaikan sahabat kelihatan gembira di dalam gambar. Kegembiraan mereka bagaikan tersebar sebar dari luar gambar.

Fikirannya menerawang jauh ke dalam bayangan. Mengimbau kenangan lama yang ada manisnya dan pahit.

Tiba tiba dia mencapai sebilah pisau yang di sebelahnya.

Dia mengambil gambar itu lalu menikam satu wajah menggunakan pisau yang dipegangnya. Sehingga terkoyak rabak wajah itu. Gambar tergantung di notice board.

Dia menjerit. Nyaring. Geram. Benci. Sedih. Dia mahu melepaskan apa yang dirasainya. Kebencian yang dia rasa patut dipendamkan. Setelah itu dia memejam mata erat.

Kemudian, dia berjalan ke penjuru bilik. Dia mencapai telefon bimbitnya.

Dia membuat panggilan kepada seseorang.

Tett...tett..

"Jumpa aku sekarang..."

PINTU bilik terbuka.

Anak anak buahnya di sebelahnya mengangkat senapang supaya bersedia untuk menghadapi musuh. Berjaga jaga mempertaruhkan nyawa sendiri bagi mempertahankan tuan mereka. Setelah mengikat janji sumpah mati.

Di hadapan pintu, Muncul seorang lelaki yang berseluar hitam dan memakai hoodie hitam untuk menutup wajahnya. Juga memakai topeng putih supaya tidak dikenali orang.

Si gadis mengangkat tangannya mengisyaratkan supaya anak buahnya menjatuhkan senapang. Kepala terangguk angguk. Arahan tuan terus dituruti.

"Apa kau nak?" Lelaki misteri berkata kata dalam bahasa asing.

Tersenyum sinis si gadis. Memerhatikan lelaki misteri seketika. Dia kenal lelaki ini.

"Aku nak kau bunuh manusia ni." Bergeletar bibir si gadis. Sekeping foto lama dihulurkan. Gambar seorang wanita yang tersenyum manis terhadap camera.

Bukan dia tak boleh melaksanakan sendiri. Dia cukup mampu untuk melakukannya. Sekejap sahaja, tujuh keturunan wanita itu boleh dihapuskannya jika dia mahu. Ia telah sebati dalam kehidupan gelapnya.

Namun, gadis itu tidak mampu melihat kesedihan yang akan mendatang. Bagaikan peluru yang akan menerjah ke dalam hatinya. Kerana dia masih ada rasa sayang pada wanita itu.

Tapi apakan daya, dia tidak boleh buat apa apa. Jika dibiarkan, boleh jadi titik hitam dalam kehidupannya.

Lelaki misteri menyambut foto. Memerhatikan seketika wajah si wanita
. Kemudian, dia memandang ke arah si gadis.

"Kau pasti?" Tanya lelaki misteri seketika. Ragu-ragu. Ragu-ragu akan tindakan si gadis.

Gadis itu menyandarkan kepalanya di atas sofa. Merenung siling yang tiada cahaya.

Beberapa minit, dia mengangguk.

"Ya, aku pasti."

Lelaki misteri mengangguk faham.

"-Bayaran?" Garau suara si lelaki misteri. Upah mesti ada. Jika tidak, satu pun dia tidak akan lakukan.

"Akan dihantar di kotak merah sebaik sahaja kau bunuh manusia tu." Tersengih sinis si gadis.

Lelaki misteri menganggukkan kepala. Setuju. Dia tidak takut jika bayaran tidak sampai. Kerana jika begitu, satu organisasi boleh runtuh akibat kesalahan itu. Dia pasti.

Kemudian, perjumpaan bersurai.

Perjumpaan antara si gadis dan si lelaki misteri.

Pertemuan atas dendam.

-MALAYSIA 12 DISEMBER 2005 JAM 0300-

DARK memerhatikan pengawal di sebuah banglo. Sekian lama. Akhirnya pengawal itu bergerak dengan gegas ke arah tandas bagi melepaskan hajatnya.

Dark berpuas hati. Akhirnya ubat itu berkesan.

Kemudian, dark menuju ke arah bilik pengawal. Dia mematikan semua kamera keselamatan banglo itu. Sambil memasukkan virus.

Setelah selesai, dia menyembur cecair ke atas keyboard. Bagi menutup jejak jari.

Dark menuju ke arah pintu utama banglo. Satu alatan dikeluarkan dari poketnya. Dengan mudah, kod pintu terbuka serta merta.

Dia berjalan lenggang ke tingkat dua. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah. Dia tidak kisah jika terserempak dengan sesiapa. Kerana mukanya telah dibalut dengan topeng hitam. Sukar untuk dikenali.

Pisau dikaki dicabut. Pintu bilik kerja dibuka.

Dari dalam, mangsa yang sedang berjaga malam menyiapkan kerja, tersentak apabila melihat Dark.

Menggigil gigil badan mangsa apabila mengetahui hayatnya akan berakhir sebentar lagi.

Dark berjalan ke arahnya perlahan Lahan.

"Tolong. Tolong jangan bunuh aku..." Merayu si mangsa gementaran. Terduduk di lantai meminta belas kasihan.

Dark mengeluarkan sepucuk pistol dari poket kaki kirinya. Pisau tadi disimpan kembali. Sengaja mahu menakut nakutkan.

Kepala pistol dihulurkan ke arah dahi si mangsa. Picu keselamatan dibuka perlahan Lahan. Jari sudah bersedia untuk menembak dahi si mangsa.

Tiba tiba, dari luar, pintu bilik terbuka.

"Daddy! Adik nak tidur dengan daddy!" Ucap si kanak-kanak enam tahun dengan gembira.

Dark terus memandang ke arah kanak-kanak itu. Terkedu. Tidak sangka kerjanya terganggu.

Sewaktu melihat Dark terleka. Si mangsa berlari menuju ke anaknya. Tangan menggigil gigil mencapai badan anaknya.

Si mangsa berbisik ke arah anaknya.

"Khaleed kena ikut abang depan ni tau. Nanti daddy ambil Khaleed" anak lelaki polos itu memandang ke ayahnya sambil terangguk-angguk. Memahami kata-kata ayahnya. Sambil tersenyum manis.

Kemudian si ayah melihat ke arah Dark. Sambil gementar dia berkata,

"Kau boleh ambil budak ni! Jangan, jangan bunuh aku!" Si mangsa berkata yakin. Berharap permintaannya dapat diterima.

Dark berfikir seketika. Kemudian, dia terangguk-angguk. Setuju.

Si mangsa menolak anak lelakinya ke arah Dark. Khaleed memerhatikan ayahnya sambil berjalan menuju Dark.

Dark menghulurkan tangannya ke arah anak lelaki enam tahun itu. Khaleed mencapai tangan itu. Sambil menggenggam erat. Kemudian tersenyum ke arah Dark.

Dark menunduk ke arah telinga Khaleed.

"Say bye to daddy" Dark berbisik ke arah telinga Khaleed.

Khaleed melambaikan tangannya ke arah ayahnya.

Si mangsa masih takut dan lega kerana nyawanya masih dapat dijamin.

Lambaian anaknya dibalas. Sambil tersenyum jahat.

Dark menggendong Khaleed yang masih kecil.

"Bye daddy!!"

Bammm!!!

Suasana menjadi hening.

Tubuh si mangsa terjatuh ke belakang. Dahinya berlubang besar.

Khaleed yang melihat terus menangis sedih. Dia memeluk Dark dengan erat.

Dia tahu ayahnya menjual dirinya ke lelaki ini. Namun dia hanya berlakon polos.

Dark kemudian berjalan keluar dari banglo ini. Sambil menepuk nepuk Khaleed yang masih nangis. Sehingga anak kecil itu tertidur.
. .
. .
. .
. .
. .
.

VOTE AND COMMENT GUYSSS ;)

latest chapter akan dibiarkan publish sehingga saya edit mereka ;)

Re- New Version :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience