Get the app for full experience
Sambil gosok punggungnya, Isla pandang belakang badan lelaki berlagak yang baru melanggar dia tadi dengan kening mencerun. Apa masalah lelaki tadi? Dia yang di langgar, dia pula yang di marah. Harapnya je handsome, attitude out! Hmph! Jangan dia jumpa lelaki tu lagi sudah! Kalau jumpa!Tahu la dia nak buat apa! Tanpa berlengah, Isla gerak ke arah ayah dia yang sudahpun berdiri di depan bagasi. Setiba dia di situ, ayahnya sedang turunkan dua bagasi dari mesin bagasi dengan sendiri. Isla yang lihat terus gegas dapatkan ayahnya dan bantu orang tuanya lekas-lekas. "Biar Isla angkatkan.."tawar Isla selepas berdiri di sebelah ...